• Tidak ada hasil yang ditemukan

ini is PENGURUSAN FATWA DI NEGARA MINORITI ISLAM: KAJIAN DI KEMBOJA*

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ini is PENGURUSAN FATWA DI NEGARA MINORITI ISLAM: KAJIAN DI KEMBOJA*"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN FATWA DI NEGARA MINORITI ISLAM:

KAJIAN DI KEMBOJA*

Adnan Bin Mohamed Yusoff Hisham Bin Sabri Wan Abdul Fattah Wan Ismail

Abstract

The objective of the article is to share the experience and the information on fatwa management in Cambodia particularly its organizational structure and fatwa issuingprocess. It is also to know how far the fatwa activities have been carried out where Muslims are the minority. The study examines the historical background and development of the Islamic society in Cambodia. The fatwa management in Cambodia has a number ofproblems, for example, lack o f f q h experts andprofession;l expertise, inadequate reference boob and ill-equipped ICT inflastructure. In other words, the fatwa management in Cambodia is lagging behind compared to other countries in the region. The study oflers a number of suggestions to further improve the fatwa management in order to enhance the development

of the Muslim community in Cambodia in general.

Abstrak

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan dan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan fatwa di Kemboja samada dari bentuk organisasi atau proses pengeluaran fatwa serta melihat sejauhmana perjalanan dan aktiviti yang berkaitan dengan fatwa di negara tersebut. Kajian ini dihasilkan melalui proses temuramah dengan Mufii Kemboja, pegawai yang menguruskan ha1 orang Islam di Kemboja, khususnya pejabat mufti, observasi dan kajian perpustakaan. Kajian mendapati bahawa pengurusan fatwa di Kemboja masih memerlukan penambahbaikan terutarna bagi mengatasi masalah kekurangan pakar rujuk yang melibatkan hukum hakam dan kemahiran profesional. Selain itu, proses pendokumentasian fatwa juga tidak dilaksanakan disamping kemudahan ICT yang kurang sempurna.

Sehubungan itu, adalah dicadangkan beberapa pendekatan yang realist&

bagi mengatasi pernasalahan yang berlaku dalam pengurusan fatwa berkenaan.

*

Artikel ini merupakan rumusan hasil penyelidikan mengenai Penguman Fatwa Di Kemboja yang dijalankan di bawah INFAD.

(2)

Pengurusan Fatwa Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

PENDAHULUAN

Kemboja adalah salah sebuah negara rninoriti umat Islam di Nusantara. 90% daripada 11.4 juta penduduknya menganut agama Budha, 6% daripadanya pula menganut agama Islam, manakala bakinya pula menganut agama Kristian Katholik dan lain-lain.

(http://www.islamtoday.net~articlesshow~a~icles~content.) Mengikut Perlembagaan Kemboja, agama rasmi negara ialah Budha. Walau bagaimmapun penganut agama lain terutarna Islam diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agama mereka, berbeza dengan sesetengah negara minoriti lain di rantau ini.

Justeru, pembangunan Islam di negara ini berkembang pesat melalui pelbagai institusi seperti pendidikan, kebajikan, dakwah, ibadat dan sebagainya. (Ibid.) Bermula dari tahun 2002, segala aktiviti dan semua urusan berkaitan agama Islam yang sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam, Kementerian Agama dan Minoriti Kemboja, (Ibid.) diletakkan di bawah Jabatan Mufti Kemboja. Manakala jawatan Mufti ini pula dilantik terus oleh Raja Kemboja sendiri.

S E J A W PENUBUHAN INSTITUSI FATWA

Walaupun merupakan golongan minoriti di Kemboja, masyarakat Islam di sini hidup dalam keadaan baik selama beberapa kurun, semenjak awal kedatangan Islam sehinggalah ke era pemerintahan Regim Pol Pot. Masyarakat di Kemboja bebas untuk mengamalkan kewajipan Islam, menegakkan syiar Islam dan mempertahankan adat budaya serta warisan mereka, seperti penggunaan bahasa ibunda yang banyak melambangkan jatidiri Islam mereka, pendidikan Islam di institusi-institusi pengajian yang mereka asaskan clan sebagainya, termasuklah kearah penubuhan Institusi Fatwa.

Usaha untuk mewujudkan sebuah institusi fatwa yang tersusun di Kemboja telah lama dilakukan. Ia telah membawa kepada perlantikan rasmi seorang Mufti Negara yang dibuat sendiri oleh Raja Kemboja pads tahun 1905. Bidang kuasa Mufti yang diberikan pada ketika itu hanya merangkumi permasalahan-permasalahan yang timbul berkaitan dengan agama Islam sahaja. .Pa& waktu tersebut, institusi fatwa berada

&lam keadaan yang tidak tersusun disebabkan tiada organisasi khas yang dapat membantu menyusun organisasi Institusi Mufti. H a i l daripada itu setiap permasalahan urnat Islam yang timbul hanya &an

(3)

Jurnal Penguruson dan Penyelidikan Fatwa

diselesaikan di peringkat setempat. Sehingga tahun 1974, seramai tiga orang imam telah dilantik menjadi Mufti Kemboja.

Namun Institusi Mufti yang ditubuhkan pada 1905 yang menjadi tempat rujukan umat Islam di Kemboja itu tidak dapat bertahan lebih lama. Ini kerana, menjelang tahun 1974 Institusi Mufti telah dimusnahkan oleh tentera Khmer Rouge yang berfahaman komunis di bawah pemerintahan Pol Pot. Pada zaman pemerintahan tersebut, umat Islam telah ditindas dan dizalami tanpa sebarang pembelaan.

Sekaligus institusi yang menjadi payung umat Islam itu turut terjejas teruk.

Setelah mengecapi keamanan, pada tahun 1993, satu perjumpaan bersejarah buat pertama kalinya diadakan antara imam-imam seluruh Kemboja di Phnom Penh. Pertemuan itu bertujuan untuk memilih ketua umat Islam dan hasil perjumpaan tersebut, Imam Sulaiman Ibrahim telah dilantik menjadi ketua umat Islam Kemboja (Syeikhul Islam) yang pertarna selepas pemerintahan diktator Pol Pot. Pertemuan kali kedua dilakukan sekitar tahun 1996. Dalam pertemuan tersebut, satu badan bagi menjaga kedudukan umat Islam dibentuk iaitu Majlis Tertinggi Kepimpinan Umat Islam (MAPIK) dan Hj. Kamaruddin Yusof telah dilantik bagi menggantikan tempat Imam Sulaiman Ibrahim merangkap pengerusi MAPIK.

Sohibus Samahah Oukhna Hj Kamaruddin Yusuf telah dilantik secara rasmi menjadi Mufti (Changwang) apabila menerima watikah perlantikan daripada Raja Kemboja pada tahun 2000. Penubuhan semula Institusi Fatwa selepas terkubur selama tempoh 20 tahun, telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah dari pihak luar iaitu dari negara-negara Islam. Hal ini terbukti dengan keperihatinan Sultan Brunei terhadap nasib umat Islam di Kemboja untuk membangunkan semula Institusi Fatwa di sana, pada tahun 2003 baginda telah memberikan sumbangan kepada Mufti Kemboja bagi membeli sebuah rumah untuk di gunakan sebagai sebuah pejabat.

Menjelang tahun 2004, jawatankuasa Majlis Pimpinan Tertinggi Umat Islam Kemboja atau dikenali sebagai (MAPIK) dikemaskinikan.

Mereka telah mengorak langkah dengan melaksanakan beberapa pembaharuan sepertj membuka akaun MAPIK serta pembinaan dewan serbaguna di sebelah pejabat MAPIK. Hasil daripada itu Majlis Fatwa Kemboja telah ditubuhkan dan dikendalikan sepenuhnya

(4)

Pengurusan Fahva Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

oleh oleh MAPIK. Penubuhan ini adalah disebabkan belum ads satu jawatankuasa khusus untuk mengendalikan, menguruskan dan

mengemas kini urusan fatwa di Kemboja.

Walaupun begitu MAPIK masih terlalu muda untuk bergerak cepat.

Pelbagai permasalahan yang timbul dalam pengurusan umat Islam khusus dalam ha1 berkaitan dengan fatwa. Antara perkara yang timbul ialah bahan rujukan terlalu sedikit ini kerana hampir semua rujukan telah dimusnahkan semasa dalam pemerintahan Pol Pot. Selain itu juga perrnasalahan yang timbul ialah kemudahan yang disediakan di pejabat mufti masih jauh ketinggalan bagi menguruskan urusan pejabat mufti secara lancar. Keadaan ini berlaku disebabkan pejabat mufti tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap dan mencukupi.

Namun begitu, ingin dinyatakan bahawa pengurusan fatwa di negara Kemboja masih perlu dikemaskhi. Ia juga bertaut rapat dengan stratifrkasi kepirnpinan umat Islam di negara berkenaan seperti yang dapat dilihat &lam carta organisasi berikut :

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PIMPINAN MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA

Majlis tertinggi Pimpinan Masyarakat Islam Kernboja

Pengurusan

[ . - I

[

Pembangunan Ekonomi

I

Nikah Cerai

Pembangunan Masjid

EzJ

(5)

Jurnal Pengumsan &n Penyelidikon Fatwa

PERMASALAHAN PENGURUSAN FATWA Proses Pengeluaran Fatwa

Proses fatwa hanya berlaku di peringkat dalarnan sahaja. Ia tidak melibatkan pihak luaran atau yang berkepentingan misalnya pihak industri, rnasyarakat umum dan sebagainya. Dari sudut fatwa, mufti dan ulamak yang ada ketika itu hanya rneru.uk kepada kitab-kitab fikah yang ada untuk menerangkan tentang hukurn-hukum berkenaan untuk disampaikan kepada masyarakat.

Tidak ada fakta yang menunjukan bahawa terdapat sesuatu fatwa telah dikeluarkan oleh mufti atau ulamak di Kemboja, selain dari apa yang telah termaktub dalam kitab-kitab tradisi fikah.

Ringkasnya, tidak ada satu prosedur khusus untuk mufti mengeluarkan sesuatu fatwa. Fatwa-fatwa umum seperti penentuan tarikh awal Rarnadhan, hari raya, kadar zakat fitrah dan sebagainya akan disiarkan dan dihebahkan kepada seluruh masyarakat Islam Kemboja melalui Imam- imam wilayah, daerah dan masjid selepas solat jumaat di masjid masing- masing. Manakala fatwa-fatwa khusus tidak dihebahkan kepada umum, sebalikuya ia hanya disampaikan kepada orang berkenaan dan pihak-pihak yang terbabit sahaja. Buat masa ini pengurusan fatwa berada di bawah Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja yang dipengerusikan oleh Mufti Kemboja iaitu berada sebaris dengan pendidikan, pendaftarm nikah cerai, pembangunan ekonomi dan juga pengurusan masjid.

Penggunaan ICT

Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa penggunaan ICT dalam proses pengeluaran dan pengurusan fatwa di Negara Kemboja adalah amat terhad. Ini disebabkan fasiliti berkaitan pengkomputeran masih diperingkat awal pembinaan. Kelengkapan ICT yang digunakan dalam pentadbiran di pejabat Mufti adalah merupakan sumbangan individu- individu tertentu dari Malaysia.Oleh yang demikian, pembangunan software untuk tujuan pengurusan fatwa sudah pasti agak sukar dilaksanakan. Selain itu, hanya terdapat seorang tenaga ke rja di pejabat mufti yang mempunyai kepakaran dalam penggunaan ICT. Ini sudah pasti akan menyebabkan perkongsian pintar di kalangan pekeja di pejabat mufti agak terhad.

(6)

Pen- Fatwa Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengurusan fatwa di negara berkenaan masih memerlukan sumbangan tenaga pakar dari pihak luar.

s~esifikasi alatan komputer yang tidak mengikut arus perkembangan ICT juga telah menyebabkan pengaplikasian software terkini tidak dapat dilaksanakan.

Kepakaran Ahli Majlis Fatwa

Sehingga kini ahli majlis fatwa Kemboja hanya dianggotai oleh ahli- ahli yang pakar dalam bidang agama. Keanggotaan mereka ini tidak perlu dipertikaikan kerana kepakaran serta kewibawaan merekalah yang menjadi tunggak institusi ini sejak zaman-berzaman. Walau bagaimanapun dunia hari ini mengalami perubahan yang pesat dalam semua aspek kehidupan manusia. Kepesatan perubahan ini telah dimanifestasikan dalam berbagai- bagai disiplin dan cabang ilmu yang tidak mampu lagi dikuasai oleh seorang individu.

Hakikat ini mendorong institusi-institusi fatwa di negara-negara urnat Islam menjadikan khidrnat nasihat serta kepakaran seseorang dalam bidang berkaitan sebagai asas pertiinbangan dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Jika diperhatikan dalam kitab-kitab fikah atau fatwa tradisional, pengesahan pakar terutama dari bidang perubatan banyak menjadi pemutus kata dalam sesuatu fatwa contohnya dalam kes hukum berbuka puasa bagi orang sakit. Ulamak memutuskan bahawa sekiranya seorang doktor yang adil mengesahkan bahawa penyakit seseorang pesakit akan bertarnbah buruk atau boleh membawa kepada penyakit lain dengan berpuasa, maka hams baginya berbuka puasa di bulan Ramadan dan melakukan qada

'.'

Dalam konteks hari ini, selain dari bidang agama, kepakaran yang diperlukan oleh sesebuah institusi fatwa tidak terhad kepada perubatan semata-mata, malah pakar-pakar dari bidang ekonomi, wdang-undang, sains, teknologi dan sebagainya amat diperlukan bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan tepat dan sejajar dengan ruh tashr?.

Jabatan Fatwa Kemboja perlu bergerak selaras dengan keperluan semasa serta perkembangan rakan-rakan dari negara-negara Islam lain dengan menjadikan tenaga pakar muslim dalam bidang-bidang terbabit sebagai rujukan mereka. Sebagai contoh kes bayi tabung uji, pengguguran bayi disebabkan keselamatan ibu yang mengandung dan seumpamanya tidak

I Al-CAyniyy, Mahmud bin Ahmad Badr al-Din, A/-Bidayah Sharh al-Hidayah, tahk. Ayman Salih Shacban, Dar al-Kutub al-CIlmiyyah, Beirut, 1420H12000, jil. 4, hlm.76.

(7)

terdapat di dalam mana-mana kitab terdahulu kerana kes tersebut baru berlaku pada awal80-an.

Fatwa Dan Sistem Undang-Undang Negara.

Dari sudut undang-undang, fatwa tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan perlembagaan negara. Kadang kala timbul kesulitan apabila ada sesetengah individu muslim yang tidak berpuas hati dengan sesuatu hukurn yang difatwakan lalu membawanya ke mahkamah kerajaan dan dibicarakan mengikut undang-undang negara. Dalam kes ini pihak mufti hanya mampu memberikan nasihat dari sudut hukurn agama dan terpulanglah kepada individu berkenaan untuk menerirnapakai keputusan mahkamah atau fatwa mufti. Fatwa juga tidak dapat diselaraskan dengan perlembagaan atau undang-undang negara kerana kedua-duanya terlalu jauh berbeza, tambahan pula sistem demokrasi yang diamalkan memberikan kebebasan penuh kepada setiap individu untuk memilih apa yang difikirkan sesuai untuk dirinya.

Pendokumentasian Fatwa.

Apabila sesuatu fatwa diputuskan, mufti akan mengeluarkan satu surat rasmi mengenai fatwa tersebut dan akan diedarkan kepada imam-imam masjid untuk dibaca dan diisytiharkan di tempat masing-masing. Menurut mufti kemboja, Sekiranya ada permintaan untuk sesuatu fatwa bagi kes- kes tertentu, masa yang diambil biasanya adalah tiga hari dan kemudiannya akan diisytiharkan di masjid pada hari Jumaat berikutnya berserta dengan hujah-hujah yang diperolehi.

PENYELESAIAN MASALAH PENGURUSAN FATWA

Penambahbaikan proses pengeluaran dan pendokumentasian fatwa

Proses pengeluaran fatwa dan pendokumentasian perlu dilaksanakan dengan teliti dan tersusun bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan menjamin kemaslahatan umum, dihormati dan dipatuhi oleh orang ramai.

Untuk memastikan proses pengeluaran sesuatu fatwa itu tersusun, sebuah organisasi yang kukuh dan kemas, ahli-ahli majlis fatwa yang terdiri daripada pakar-pakar yang pelbagai bidang perlu dibentuk.

(8)

Pengumsan Fatwa Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

Mewujudkan Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa.

Carta alir adalah bertujuan untuk memastikan proses pengeluaran fatwa dapat berjalan dengan licin. Selain itu juga, carta alir ini dapat menjelaskan kepada kita bagaimanakah proses sesuatu fatwa dikeluarkan.

Keadaan ini dapat menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa sesuatu fatwa di keluarkan terlebih dahulu melalui proses-proses yang amat teliti.

Proses mengeluarkan fatwa hendaklah diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatan Kuasa Fatwa. Mufti diberi tugas serta kepercayaan untuk menjelaskan dan mengelwkan fatwa bagi meyelesaikan kekeliruan yang berlaku berhubung sesuatu hukum. Oleh itu fatwa akan dikeluarkan apabila timbul sesuatu permasalahan yang memerlukan kepada pengeluaran hukum. Prosedur-prosedur dalam pengeluaran hukurn perlu dibuat dan dipatuhi bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan lebih tersusun.

Sebelum Jawatan Kuasa Fatwa memutuskan untuk membuat atau mengelwkan fatwa, Mufti hendaklah memastikan supaya kajian atau penyelidikan dijalankan terlebih dahulu sebagaimana yang telah diarahkan. Hasil kajian atau penyelidikan hendaklah dimuatkan dalam bentuk kertas kerja. Apabila Jawatan Kuasa Fatwa bercadang hendak membuat atau mengeluarkan fatwa, Mufti hendaklah mengemukakan surat memanggil suatu jawatan kuasa Fatwa untuk membincangkan fatwa yang dicadangkan.

Penambahbaikan dalam penggunaan ICT

Dalam melebarkan jaringan perhubungan, pembangunan teknologi maklumat mampu memberikan input yang amat berkesan. Ia telah digunakan oleh hampir semua organisasi sama ada berbentuk domestik mahupun antarabangsa. Ia secara langsung memudahkan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat.

Oleh itu, adalah menjadi satu kewajaran untuk mengadakan satu laman web rasrni bagi Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja. Hal ini pada dasarnya telah dibangunkan namun dari aspek pengemaskinian fakta dan maklumat adalah amat terhad. Kesannya peranan laman web yang seharusnya menjadi panduan kepada pihak yang ingin berurusan dengan organisasi berkenaan akan terbantut.

(9)

Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar setiap aktiviti dan input yang dilaksanakan oleh MAPIK dimasukkan kedalam laman web berkenaan. Ia pada dasarnya memudahkan jaringan hubungan di samping dapat memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pihak yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada organisasi berkenaan. Sudah pasti pihak penyumbang akan berpuas hati jika saluran kewangan yang diberikan telah digunakan pada tahap yang paling maksima.

Selain itu, adalah amat perlu jika satu penyata kewangan yang berbentuk amal tabam' diasaskan dalam laman web berkenaan.Ia bertujuan bagi mengetahui status terkini berkaitan jumlah sumbangan masyarakat tempatan dan antarabangsa dalam menaikkan syiar Islam di negara Kemboja. Ditambah pula dengan pembahagian aktiviti yang dijalankan oleh MAPIK dengan mengikut kadar jumlah pembayaran operasi bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Rentetan daripada itu, dengan pengemaskinian laman web berkenaan akan dapat meningkatkan imej Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (MAPIK) dengan memperkenalkan fungsi dan tanggungjawab mereka dalam pembangunan negara dan sosial terutamanya bagi umat Islam. Ia akan memudahkan pihak luar untuk memahami sebarang pernasalahan yang timbul khususnya masyarakat Islam di Kemboja dan seterusnya memberikan bantuan susulan yang bersesuaian. Bahkan dengan penambahbaikan ICT juga mampu mengeratkan hubungan antarabangsa antara MAPIK dan masyarakat luar. Hanya dengan pengaplikasian laman web berkenaan, organisasi berkenaan yang mahu m e n j w s bidang skop kerja ke arah pengurusan fatwa akan lebih sisternatik. MAPIK boleh menjalinkan hubungan khususnya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia untuk mendapatban input terkini berkaitan pe rjalanan fatwa dan perkongsian pintar berkaitan isu-isu f h h sernasa. Secara tidak langsung ia mampu melicinkan pentadbiran berkaitan pengurusan fatwa.

Penambahbaikan Laman Web MAPIK

Sebelum proses penambahbaikan sesebuah laman web, pembangunan projek perlu dirancang dengan teliti supaya laman web yang terhasil lebih berinfonnasi, menarik dan interaktif disamping menggunakan kos yang paling minimum. Ia amat berpatutan dengan kapisiti kewangan yang dirniliki oleh MAPIK. Secara asasnya, dokumen perancangan &pat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

(10)

Pengunasan Fahva Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

i) Menakrif masalah

Setiap masalah atau kekangan yang wujud perlu dikenalpasti (dianalisis terlebih dahulu) supaya objektif utarna penambahbaikan laman web dapat dicapai. Ia juga perlu memenuhi coretan laman web yang lebih berdaya saing danji-iendly user.

ii) Pembangunan strategi penyelesaian

Sebarang bentuk penyelesaian masalah harus disenaraikan supaya pembangun lebih mudah membuat sesuatu keputusan dalam menyelesaikan setiap masalah yang tirnbul. Selain itu, input dari pegawai yang bertanggungjawab juga diperlukan supaya ia menepati misi dan visi organisasi berkenaan. Begitu juga dengan maklurnat terkini dimana ia perlu sentiasa dipantau dan dikemaskinikan. Hal ini adalah amat penting khususnya yang melibatkan aspek pengedalian aktiviti dan sumbangan kewangan dari pihak luar.

Penambahbaikan terhadap laman web ini adalah bagi membawa perubahan positif kepada MAPIK, meningkatkan produktiviti sekaligus menaibrkan imej MAPIK di mata dunia. Masyarakat dunia Islam khususnya di Malaysia harus didedahkan dengan keadaan semasa umat Islam di Kemboja supaya dapat dijadikan iktibar bersama. Selain daripada itu, melalui laman web ini juga pengguna dapat menghulurkan bantuan samada dalam bentuk material atau bukan material kepada penduduk Islam di sini. Insya'Allah dengan terbinanya larnan web ini, diharap nasib dan keadaan penduduk Islam di sana terutamanya dalam bidang pendidikan akan lebih terbela.

Cadangan Perluasan Sub-Unit

Setelah dikenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pembangunan projek laman web rasmi MAPIK, pembangun megusulkan beberapa cadangan untuk tujuan penambahbaikan. Antaranya ialah:

i) Laman Web Yang Dinamik

Laman web MAPIK 2004 merupakan laman web yang stat&, bennaksud laman ini hanya memaparkan maklumat sahaja tanpa dapat melakukan komunikasi secara dua hala dengan pengguna. Dicadangkan agar pada masa hadapan, pembangun akan menghasilkan laman web berciri interaktif dimma segala komentar dan pertanpan pengguna dapat dipaparkan

145

(11)

Jurnal Penguman dun Penyelidikmr Fatwa

dan dijawab di &lam laman web tersebut bagi memudahkan pengguna m e n c l a p a h maklumat dengan lebih cepat. la seharusnya menjurus ke arah pengurusan fatwa atau permasalahan fikah yang memerlukan pandangan dan cadangan dari para ilmuan dan mufti dalarn menyelesaikan masalah berkaitan.

ii) Penggunaan Dwibahasa

Penggunaan Bahasa Melayu secara 100% di dalam laman web ini harus dipertirnbangkan semula. Memandangkan arus teknologi yang kini berkembang pesat, dicadangkan agar pembangunan laman web masa akan datang menyedialcan dua versi bahasa pilihan iaitu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ini bertujuan untuk mendedahkan lagi organisasi MAPM kepada dunia luar bukan hanya tertumpu kepada negara-negara Asia sahaja.

iii) Antaramuka Yang Lebih Menarik

Tidak dapat d i n a h bahawa antamnuka yang menarik mempengaruhi pengguna sewaktu melayari laman web ini.

Diharap pada masa hadapan, pembangun dapat mengubahsuai grafik yang dihasilkan supaya tampak lebih ceria dan &pat menaikkan 'mood' pengguna apabila melayari laman web ini.

Cadangan lain yang dirasakan releven adalah menghubungkan laman web ini dengan laman rasmi kerajaan Kemboja dan mana- mana laman web persendirian yang memberi malclurnat mengenai negara ini. Ia akan memudahkan pihak berkepentingan untuk memasuki laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan MAPIK dan badan pengumsan fatwa di Negara Kemboja. Laman web ini juga dibina bagi membawa perubahm positif ke atas MAPIK, meningkatkan produktiviti sekaligus menaikkan imej MAPIK di mata dunia.

Pemantapan Penguatkuasaan Fatwa

Hubungan pengurusan fatwa dan sistem undang-undang negara berkait rapat dengan Kementerian Agama. Menurut Haji Zakariyya Adam, fimgsi Kementerian Agama ialah untuk menyusun perjalanan agama-agama bagi memastikan bertepatan dengan aspirasi kerajaan. Tujuan mewujudkan Kementerian Agama adalah untuk menarik pengikut kesemua agama mtuk berganding bahu bagi mencapai objektif yang dikehendaki oleh pentadbiran negara.

1 46

(12)

Pengurusan Fatwa Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

Urusan berkaitan fatwa tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pihak kerajaan dan undang-undang negara. Dengan kata lain, setiap fatwa yang dikeluarkan oleh mufti tidak diberikan sebarang pengesahan oleh pihak kerajaan sehingga ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang wajib diikuti dari sudut undang-undang. Walau bagairnanapun, pihak kerajaan tidak menganggap fatwa-fatwa ini begitu juga dengan hukum- hukum dalam agama Buddha sebagai penghalang kepada projek-projek pembangunan yang diusahakan.

Di waktu yang sama, para aktivis ini juga seiring dengan kerajaan untuk tidak memaksa pihak kerajaan menerima hukurn-hakam agama masing-masing bagi menjamin keharmonian antara berbagai-bagai pihak dalam negara. Sebagai contoh, hukum riba dalam Islam telah dijelaskan oleh pihak mufti kepada kerajaan clan seluruh masyarakat Kemboja, khususnya yang beragama Islam, sebagai suatu perkara yang haram dan tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tetap membenarkan sistem kewangan konvesional yang berasaskan riba dilaksanakan di Kemboja.

Para ulamak pula berperanan dalam memberikan penjelasan kepada masyarakat Islam berkenaan fatwa berkenaan tanpa sebarang tekanan atau paksaan ke atas mereka. Setiap imam di kampung-karnpung dan wilayah-wilayah bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan serta penerangan kepada masyarakat Islam di tempat masing-masing menggunakan berbagai pendekatan dan saluran yang ada sehingga seluruh masyarakat Islam di tempat mereka benar-benar memahami, menghayati seterusnya mengamalkan fatwa yang dikeluarkan. Proses ini kadangkala memakan masa berbulan-bulan malah boleh mencecah setahun.

Walau bagaimanapun, dari sudut pelaksanaan atau penguatkuasaan sesetengah fatwa di kalangan masyarakat Islam, terdapat satu bentuk usaha dari pihak jabatan mufti dan kerjasama dari pihak kerajaan supaya ia dapat diamalkan secara lebih meluas. Misalnya dalam masalah perceraian, terdapat sesetengah pasangan yang enggan mendaftarkan perceraian mereka secara rasmi kepada pihak kerajaan walaupun telah sah bercerai dari sudut syarak. Dalam ha1 ini, pihak mufti akan menghantar seorang wakil secara rasmi kepada jabatan-jabatan kerajaan berkenaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar pasangan-pasangan berkenaan dari sudut Islam, seterusnya menasihatkan mereka supaya mendaftarkan perceraian mereka secara rasmi untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam urusan

(13)

kehidupan mereka sebagai sebahagian daripada komuniti Islam di masa akan datang.

Dengan kata lain, setiap kali sesuatu fatwa diputuskan oleh jawatankuasa fatwa, seorang wakil rasmi dari pihak mufti akan dihantar menemui pegawai-pegawai berkenaan dalam kerajaan untuk memberikan penj elasan mengenai fatwa tersebut serta isu -isu yang berkaitan dengannya.

Pihak kerajaan seterusnya akan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menggalakkan masyarakat Islam di Kemboja mengikut fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti selaras dengan peruntukan dalam undang-undang tubuh Kementerian Agama yang memperuntukkan bahawa selain dari perlembagaan negara, setiap warganegara Kemboja juga perlu mematuhi peraturan dan syiar agama masing-masing.

KESIMPULAN

Hasil dari kajian berkaitan pengurusan fatwa di negara Kemboja memperlihatkan senario yang amat berbeza dengan negara Malaysia.

Terdapat pelbagai aspek pengurusan yang masih perlu dilakukan penambahbaikan ke atas pengurusan fatwa di negara berkenaan. Bermula dari aspek struktur organisasi sehinggalah portfolio jawatankuasa persidangan mufti masih perlu kepada penstrukturan secara komprehensif Pelbagai usaha amat perlu dilaksanakan bagi memantapkan pengurusan fatwa di Kemboja. Beberapa cadangan yang dikemukakan mun@

boleh dimanfaatkan. Walau bagaimmapun, kekurangan atau masalah yang dialami di Kemboja temyata memerlukan kerjasama dan bantuan kepakaran serta pengalaman dari negara-negara Islam lain termasuk Malaysia.

Al-'Ayni~y, MMahmud bin Ahmad Badr al-Din, Al-Baruryah Sharh al- Hidayah, tahk. Ayrnan Salih Sha%an, Dar al-Kutub al-"lmiyyah, Beirut, 1420W2000.

Sohibu Samahah Okhna Tuan Haji Kamamddin bin Yusof Mu@ Negara Kemboja. (Temuramah). 6 Oktober 2004.

(14)

P e n g u m Fatwa Di Negara Minoriti Islam: Kajian Di Kemboja

YB. Tuan Haji Zakariyya bin Adam. Zlmbalan Menteri Agama Negara Kemboja. (Temuramah). 14 Julai 2005.

Tuan Haji Abdul Wahid bin Abdullah dan En. Yusoff bin Ahrnad al- Saghir. Pegawai Khas Mufti Negara Kemboja. (Temurarnah). 16

& 17 Julai 2005

Laporan Penyelidikan berkenaan di Bawah INFAD

Referensi

Dokumen terkait