• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ismail Ali Yusten Karulus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Ismail Ali Yusten Karulus"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

| 1

(2)
(3)

ISMAIL ALI

YUSTEN KARULUS

Penyunting

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my 2012

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

(4)

© Universiti Malaysia Sabah, 2012

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Pulau Mabul : dulu, kini dan masa depan / penyunting Ismail Ali, Yusten Karulus

Mengandungi Indeks Bibliografi : ms. 89 ISBN 978-967-5224-93-5

1. Ecotourism--Sabah--Pulau Mabul.

2. Rural development--Economic aspects--Sabah.

3. Pulau Mabul (Sabah)--Description and travel. I. Ismail Ali, 1969-.

II. Yusten Karulus, 1981-.

915.9516

Muka taip teks: Cambria Saiz taip teks dan leading: 11/13.2 poin

Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak oleh: Percetakan Bunga Raya Sdn. Bhd.

Lot 50-A, Hiong Tiong Industrial Centre Lorong Buah Salak 5, 11.2 km

Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

(5)

KANDUNGAN

Senarai Foto vi

Senarai Jadual x

Senarai Peta x

Senarai Rajah x

Senarai Singkatan xi

Kata Aluan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) xii Kata Pengantar YB Dato’ Sri Hj. Nasir Tun Sakaran xiii

Prakata xiv

Penghargaan xv

BAB 1 Sepintas Lalu Pulau Mabul

Ismail Ali 1

BAB 2 Kedinamikan Institusi Kepimpinan Tempatan

Romzi Ationg, Mansur Tola & Budi Anto Tamring 11 BAB 3 Komuniti Bajau Laut

Ismail Ali & Kasim Hj. Md. Mansur 15

BAB 4 Aktiviti Penangkapan Ikan Tuna dalam Kalangan Nelayan Artisanal

Ismail Ali

21

BAB 5 Perkembangan Pendidikan di SK Pulau Mabul

Dayu Sansalu & Sabariah Rahim 27

BAB 6 Agama dan Kepercayaan Masyarakat di Pulau Mabul

Ros Aiza Mohd. Mokthar, Abdul Hakim Mohad & Yusten Karulus 35 BAB 7 Pembudayaan Perahu Tradisi

Ismail Ali, Yusten Karulus & Mosli Tarsat 43

BAB 8 Elemen Perahu dalam Alam Spiritual Bajau Laut

Ismail Ali & Hinmin Chiam Tah Kong 55

BAB 9 Bunga Sakura di Pulau Mabul

Alice Alim & Ismail Ali 61

BAB 10 Khidmat Masyarakat MASKUM di Pulau Mabul Kasim Hj. Md. Mansur, Wan Mahzom Ahmad Shah, Ismail Ali &

Darwis Awang

65

BAB 11 Isu, Cabaran dan Masa Depan

Kamaruzaman Hj. Ampon & IsmailAli 75

Penutup 85

Senarai Penyumbang 87

Rujukan 89

Indeks 93

(6)

vi |

SENARAI FOTO

Foto Halaman

1.1 Spesies Grouper (RedGrouper) 3

1.2 Spesies Eels (Moray) 4

1.3 Spesies Grouper (Grouper) 4

1.4 Spesies Hydrozoans (Millepora) 5

1.5 Reef Fishes (PlataxOrbicularis) 5

1.6 Spesies Soft Corals (Dendronephthya) 5

1.7 Spesies Cephalopods (Cephalopods) 5

1.8 Spesies Opisthobranches (Chromodoris) 5

1.9 Spesies Sea Anemones (Radianthus) 6

1.10 Spesies Poisonous Fishes (Lionfish) 6

1.11 Spesies Reptiles (Turtle) 6

1.12 Spesies Reef Fishes (Anglerfish) 6

1.13 Spesies Poisonous Fishes (Lionfish) 6

1.14 Homestay di Pulau Mabul 7

1.15 Sipadan Water Village 7

1.16 Aktiviti selam skuba 8

1.17 Kedai cenderamata berasaskan produk marin 8

1.18 Kedai runcit 8

1.19 Nelayan menjual ikan 9

1.20 Bantuan tangki air 9

1.21 Pelajar di SK Pulau Mabul 9

2.1 Hj. Jamaludin bin Supu (ketua kampung) 13

2.2 Madrasah al-Islamiah di Pulau Mabul 13

2.3 Masjid 14

2.4 En. Mubin Parajah (ketua kampung imigran) 14

3.1 Petempatan Bajau Laut 16

3.2 Ikan kering dijemur di atas atap bot 17

3.3 Tripang salai 17

3.4 Pemandangan bot kediaman Bajau Laut 18

3.5 Landak laut (pehe-pehe) 18

3.6 Ubi kayu (putu) 19

3.7 Tompe 19

3.8 Lato 19

3.9 Bajau Laut membaiki boggo 20

3.10 Wanita Bajau Laut 20

3.11 Wajah kanak-kanak Bajau Laut 20

4.1 Proses pemeraman dan pengeluaran dakwat sotong 23

4.2 Dakwat sotong 23

4.3 Kanak-kanak sedang membungkus lancong 23

4.4 Reka bentuk lancong 23

(7)

| vii

4.5 Bengkel membuat jungkung 24

4.6 Jungkung gergasi 24

4.7 Perahu jungkung 24

4.8 Nelayan membawa ikan tuna ke Semporna 24

4.9 Ikan tuna 24

5.1 Papan tanda SK Pulau Mabul 29

5.2 Sebahagian daripada bangunan sekolah 29

5.3 Bilik gerakan sekolah 29

5.4 Logo SK Pulau Mabul 29

5.5 Pelajar SK Pulau Mabul menyertai 10th Mabul Marine Day 33 5.6 Pelajar SK Pulau Mabul membersihkan sampah sempena Mabul

Marine Day 34

5.7 Pelajar SK Pulau Mabul menghasilkan lukisan sempena Mabul

Marine Day 34

6.1 Masjid Kampung Pulau Mabul 35

6.2 Madrasah al-Islamiah 36

6.3 Ruang kelas Madrasah al-Islamiah 36

6.4 Dari kanan–Ustaz Morshid, Garwas bin Mohd. Nor dan Ustaz

Yassin 36

6.5 Pelajar SK Pulau Mabul 37

6.6 Kubur yang ditutup dengan kelambu 38

6.7 Kubur yang diletakkan cermin 38

6.8 Kubur yang diletakkan botol dan pelita 39

6.9 Kubur dibekalkan dengan air oren 39

6.10 Para jemaah sedang menunaikan sembahyang tarawih di masjid

Kampung Pulau Mabul 40

6.11 Imam Hamzah 40

6.12 Kawasan tepi pantai yang lazimnya dijadikan tempat upacara

menolak bala 41

7.1 Boggo diperbuat daripada batang kayu 44

7.2 Boggo diperbuat daripada papan 44

7.3 Nelayan sedang mengasap boggo 45

7.4 Keluarga Bajau Laut menaiki boggo 46

7.5 Kanak-kanak bermain boggo 46

7.6 Kanak-kanak Bajau Laut mendayung boggo 46

7.7 Cadik atau katik 48

7.8 Penjemuran dan pengeringan cat pada pumpboat 48

7.9 Pumpboat yang sudah dicat dikeringkan 49

7.10 Perahu pumpboat 49

7.11 Reka bentuk enjin pumpboat 49

7.12 Nelayan membaiki pumpboat 50

7.13 Pelbagai bentuk pumpboat 50

7.14 Perahu espeed 50

7.15 Pengeringan bot espeed 50

7.16 Sharf dan kipas 51

(8)

viii |

7.17 Kemudi 51

7.18 Lamak belayar menuju ke daratan 52

7.19 Pelaut menurunkan lamak 53

7.20 Pelaut mengikat lamak 53

7.21 Lamak 53

8.1 Bot kediaman Bajau Laut 56

8.2 Keluarga Bajau Laut menaiki boggo 56

8.3 Kanak-kanak Bajau Laut mendayung boggo 56

8.4 Rumah Bajau Laut di pantai 57

8.5 Replika manusia menaiki boggo 58

8.6 Kubur wanita 58

8.7 Kubur lelaki dewasa 58

8.8 Kubur kanak-kanak 58

8.9 Tiga nisan dalam satu tapak kubur 59

9.1 Yoriko Omae 61

9.2 Yoriko bersama suami dan anaknya (dari kiri–Nurissa, Nurriko,

Yoriko, Lordi dan Nurrina) 62

9.3 Yoriko dan keluarga bersama ibunya di rumah kediaman mereka 62

9.4 Yoriko bersama ibu dan anaknya 62

9.5 Yoriko dan keluarganya bersama ibu bapa 63

9.6 Produk kraf tangan Yoriko 63

9.7 Pemandangan warung kraf tangan Yoriko 63

9.8 Pemandangan warung-warung lain yang menjual produk marin

berhampiran warung Yoriko 63

10.1 Ucapan perasmian oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr Kasim Hj.

Md. Mansur 65

10.2 Simbolik perasmian oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr Kasim Hj.

Md. Mansur 66

10.3 Timbalan-timbalan Naib Canselor HEPA dan tetamu khas 66

10.4 Penduduk kampung 66

10.5 Pelajar MASKUM 66

10.6 Prof. Dato’ Dr Mortaza Mohamed (TNC HEPA) UMK menyampaikan

bantuan beras 66

10.7 Prof. Wan Mahzom Ahmad Shah (TNC HEPA) UPNM merangkap

Pengerusi MASKUM IPTA menyampaikan bantuan gula dan kopi 66 10.8 Penyampaian simbolik pakaian oleh Prof. Dr Zolkefli, Universiti

Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kepada ketua kampung 67

10.9 Ucapan terima kasih ketua kampung 67

10.10 TNC HEPA UMS memakaikan pakaian kepada kanak-kanak 67 10.11 YBhg. Tuan Askandar Ampuan Yaacob (Pengarah JPAM Sabah)

menyampaikan bantuan persekolahan 67

10.12 Menaik taraf gelanggang bola keranjang 68 10.13 Majlis perasmian gelanggang bola keranjang oleh En. Toni selaku

wakil KPT 68

10.14 Pembersihan kawasan madrasah 68

10.15 Pembersihan kawasan perkuburan 68

(9)

| ix 10.16 Pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan Hospital Daerah Semporna 69

10.17 Keadaan madrasah sebelum dicat semula 69

10.18 Dinding madrasah sedang dicat 69

10.19 Wajah madrasah selepas dicat semula 69

10.20 Perasmian madrasah oleh TNC HEPA UMS 69

10.21 Longgokan sampah sarap 70

10.22 Pelajar MASKUM sedang mengorek lubang sampah 70 10.23 Pelajar MASKUM bersama kanak-kanak sedang membersihkan

kawasan SK Pulau Mabul 70

10.24 Pelajar MASKUM memasang papan tanda kebersihan 71 10.25 Prof. Madya Datuk Dr Kasim Hj. Md. Mansur dan Prof. Dr Zolkefli

Buang merasmikan papan tanda Modul Alam Sekitar 71

10.26 Wajah murid-murid SK Pulau Mabul 71

10.27 Program suai kenal bersama murid-murid SK Pulau Mabul 72

10.28 Permainan ikat kaki 72

10.29 Permainan meniup tepung dalam piring 72

10.30 Sukaneka bersama murid-murid 73

10.31 Murid-murid menerima bantuan peralatan persekolahan 73 11.1 Kanak-kanak Bajau Laut tanpa warganegara 75

11.2 Kanak-kanak pelarian (Suluk) 78

11.3 Kanak-kanak Bajau Laut 78

11.4 Kanak-kanak menjalankan perniagaan 78

11.5 Kediaman Bajau Laut 79

11.6 Rumah beratap dan berdindingkan rumbia 79

11.7 Rumah penduduk tempatan di pesisir pantai 80

11.8 Rumah penduduk tempatan di atas air 80

11.9 Pam air 81

11.10 Telaga air 81

11.11 Alat janakuasa 81

11.12 Pemancar televisyen yang sudah tidak berfungsi 82

11.13 Sipadan Mabul-Resort 82

11.14 Pemandangan indah SK Pulau Mabul sebelum pembinaan

homestay 82

11.15 Bot pukat jerut di perairan Pulau Mabul 83

(10)

x |

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

5.1 Pencapaian keseluruhan UPSR 2001-2005 30 5.2 Pencapaian UPSR mata pelajaran bahasa Melayu

(Pemahaman) 30

5.3 Pencapaian UPSR mata pelajaran bahasa Melayu

(Penulisan) 31

5.4 Pencapaian UPSR mata pelajaran bahasa Inggeris 31 5.5 Rumusan pencapaian UPSR 2005-2007 31 5.6 Analisis pencapaian UPSR 2005-2007 32 5.7 Pelunjuran UPSR mengikut mata pelajaran bagi

tahun 2007-2011 32

11.1 Jumlah penduduk yang tidak memiliki kad

pengenalan 77

SENARAI PETA

Peta Halaman

1.1 Kedudukan Pulau Mabul 1

1.2 Lokasi kawasan selam skuba di Mabul 3

11.1 Kawasan perikanan di Sabah 83

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1.1 Zon perletakan Pulau Mabul mengikut keratan rentas lautan

2 1.2 Keadaan arus laut di sekitar Pulau Mabul semasa

monsun barat daya dan monsun timur laut

2

2.1 Carta organisasi kepimpinan moden Pulau Mabul 12

7.1 Ilustrasi Barangayan 47

7.2 Ilustrasi Kora-Kora 47

7.3 Dapang – Pandangan dari atas 48

7.4 Dapang – Pandangan dari depan 48

7.5 Konsep layar garay 51

7.6 Ilustrasi kain lamak 52

7.7 Ilustrasi komponen lamak 52

7.8 Ilustrasi ketinggian dan panjang lamak 52

(11)

| xi

SENARAI SINGKATAN

APD Alat Pandang Dengar

APMM Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia BNBCC British North Borneo Chartered Company JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JKKK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JPAM Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

KAFA Kelas al-Quran dan fardu ain

KPLB Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

LO Learning Outcomes

MASKUM Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia MKN Majlis Keselamatan Negara

MNLF Gerakan Pembebasan Kebangsaan Moro NGO Non Government Organisation

PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

PGA Pasukan Gerakan Am

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PJ Pendidikan Jasmani

PPRT Projek Perumahan Rakyat Termiskin P&P Pengajaran dan Pembelajaran RMT Rancangan Makanan Tambahan SPBT Skim Pinjaman Buku Teks UiTM Universiti Teknologi Mara

UNHCR United Nations High Commissioner for Refugees UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(12)

KATA ALUAN

NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

T

erlebih dahulu saya bagi pihak UMS ingin merakamkan ucapan tahniah dan mengalu- alukan kejayaan penerbitan buku yang berjudul Pulau Mabul: Dulu, Kini dan Masa Depan sempena majlis perasmian Regatta Lepa Semporna 2012. Sesungguhnya, kajian, penulisan dan penerbitan buku ini melambangkan komitmen UMS dalam memartabatkan sejarah dan kebudayaan masyarakat di Sabah. Terletak di Semporna, Pulau Mabul merupakan sebuah pulau yang cukup terkenal sebagai pusat peranginan bertaraf dunia dan telah menjana pendapatan kepada negeri Sabah. Setiap tahun, jumlah pusat peranginan mewah dan homestay di pulau ini kian bertambah, seiring dengan peningkatan kedatangan bilangan pelancong dari dalam dan luar negara.

Walaupun proses pembangunan di Pulau Mabul ini berlangsung dengan pantas, satu perkara yang perlu diteliti ialah sejauh mana pembangunan ini telah membawa impak positif kepada kesejahteraan penduduk dan alam marinnya?

Dalam hal ini, sudah tiba masanya pembangunan infrastruktur di pulau ini perlu diseimbangkan dengan pembangunan komuniti setempat untuk kesejahteraan bersama. Oleh hal yang demikian, penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya untuk mengimbau dan menilai kembali keberadaan dan sumbangan Pulau Mabul dalam pembinaan peradaban maritim di Sabah. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha penerbitan buku ini.

YBHG. BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

Naib Canselor

Universiti Malaysia Sabah

(13)

KATA PENGANTAR

YB DATO’ SRI HJ. NASIR TUN SAKARAN

P

ertama sekali saya bagi pihak Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna 2012 ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak UMS atas kejayaan penerbitan buku yang berjudul Pulau Mabul: Dulu, Kini dan Masa Depan sempena Pesta Regatta Lepa Semporna 2012 ini. Pada perasmian Pesta Regatta Lepa Semporna 2011 yang lalu, UMS juga telah melancarkan buku yang berjudul Sejarah, Kebudayaan dan Kesenian Kaum Bajau Semporna dan hal ini secara langsung telah menunjukkan komitmen UMS dalam memartabatkan sejarah, kebudayaan dan kesenian masyarakat di Sabah.

Pada hari ini, pembangunan pesat di Pulau Mabul terutamanya industri pelancongan berasaskan marin telah banyak mengubah landskap dan corak kehidupan penduduk di pulau ini.

Walaupun kewujudan pelbagai pusat peranginan dan kemasukan para pelancong dari dalam dan luar negara diperlukan untuk membangunkan pulau ini dan menjana pendapatan negara, impak pembangunannya kepada penduduk, kebudayaan dan kesenian penduduk di Pulau Mabul perlu diperjelaskan untuk kesejahteraan bersama.

Sesungguhnya, penerbitan buku ini bersesuaian pada masa dan tempatnya kerana kajian dan penulisan secara holistik berhubung Pulau Mabul jarang dilakukan oleh penulis tempatan.

Melalui buku ini, pelbagai aspek berhubung Pulau Mabul seperti latar belakang sejarah, komuniti, pendidikan, agama dan kepercayaan, kebudayaan dan kesenian, pembangunan ekonomi, isu dan persoalan semasa dan lain-lain lagi dapat diketengahkan dan diketahui oleh umum. Akhir kata, saya sekali lagi bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna 2012 merakamkan ucapan terima kasih kepada para penulis dari UMS atas kejayaan penerbitan buku ini.

YB DATO’ SRI HJ. NASIR TUN SAKARAN Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah

(14)

PRAKATA

B

uku ini merupakan kesinambungan daripada buku Sejarah, Kebudayaan dan Kesenian Kaum Bajau Semporna yang ditulis dan diterbitkan khas sempena perasmian Regatta Lepa Semporna 2011. Pada masa ini, keunggulan pulau-pulau di pantai timur Sabah terutamanya Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Terumbu Kapalai, Pulau Mataking, Pulau Pom-Pom dan sebagainya sebagai antara pusat peranginan terkemuka dunia bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, tetapi juga dikagumi oleh masyarakat dunia. Pulau Mabul yang terletak di Laut Celebes mashyur sebagai pusat peranginan khusus untuk aktiviti selam skuba di samping terkenal dengan keunikan budaya dan cara hidup komunitinya yang jarang ditemui di tempat-tempat lain di Sabah.

Sebelum dibangunkan sebagai pusat peranginan bertaraf dunia, pulau ini hanya didiami oleh sekumpulan kecil orang Bajau dan dijadikan tempat persinggahan para nelayan. Namun demikian, apabila pulau-pulau di sekitarnya mula dimajukan untuk tujuan peranginan seperti Pulau Sipadan dan Terumbu Kapalai, Pulau Mabul mula menjadi tumpuan penduduk tempatan dan para pengusaha pusat peranginan termasuk pelarian politik dari selatan Filipina dan suku Bajau Laut yang berkelana di Laut Celebes dan Laut Sulu. Pada hari ini, pelbagai pembangunan dan pemodenan terdapat di pulau ini seperti pembinaan puluhan pusat peranginan untuk para pelancong dari dalam dan luar negara, sekolah, balai raya, surau, markas PGA dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, pembangunan dan pemodenan ini nampaknya tidak dinikmati sepenuhnya oleh semua penduduk tempatan, komuniti pelarian (Suluk) dan Bajau Laut yang menumpang di pulau ini. Mereka masih mengekalkan corak kehidupan tradisi yang diwarisi daripada negara asal.

Maka, dapat disimpulkan bahawa kerencaman dan kemajuan sosiopolitik, sosiodemografi dan sosioekonomi sedemikian telah menjadikan pulau ini agak unik daripada pelbagai aspek.

Secara keseluruhannya, kajian, penulisan dan penerbitan buku yang berjudul Pulau Mabul:

Dulu, Kini dan Masa Depan ini merupakan usaha para penyelidik UMS untuk memartabatkan sejarah, sosioekonomi, kebudayaan, kesenian dan persoalan semasa komuniti maritim di Sabah untuk dijadikan renungan dan tatapan oleh generasi pada masa hadapan.

ISMAIL ALI YUSTEN KARULUS 2012

(15)

PENGHARGAAN

B

agi pihak semua pengkaji dan penulis, kami ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya, maka kajian dan penulisan buku yang berjudul Pulau Mabul: Dulu, Kini dan Masa Depan dapat disempurnakan. Dalam ruangan ini, semua penulis ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada YB Dato’ Sri Hj. Nasir Tun Sakaran selaku Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah yang sentiasa memberi ruang kepada UMS untuk melibatkan diri dalam majlis pelancaran Regatta Lepa Semporna.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Hj. Ampon, Naib Canselor UMS dan YBhg. ACP Prof. Madya Datuk Dr Kasim Hj. Md. Mansur selaku Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS, Prof. Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa selaku Ketua Unit Penerbitan UMS dan Pn. Ainun Jamil selaku Pegawai Penerbitan UMS yang sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada para penulis untuk melibatkan diri dalam majlis Regatta Lepa Semporna.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua penduduk di Pulau Mabul sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan buku ini. Para penulis berharap agar kajian dan penulisan buku ini akan dapat memartabatkan semula keunggulan Pulau Mabul untuk tatapan generasi akan datang.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

komi ed dengan keras,ma , dalam a OIeh YAP SIONG HAN ltr3 a.!;·Lf·~IJ1 PENGLmATAN Universiti Malaysia Sabah UMS dalam rangkaian'Strengthening Human Right and Peace Research