• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU-ISU SA INS SOSIAL DARI PERSPEKTIF ISLAM

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "ISU-ISU SA INS SOSIAL DARI PERSPEKTIF ISLAM"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ISU-ISU SA INS SOSIAL DARI PERSPEKTIF ISLAM Social Sciences Issues From

The Islamic Perspective

(3)

... \

(4)

n

ISU-ISU SAINS SOSIAL DARI PERSPEKTIF ISLAM

Social Sciences Issues From The Islamic Perspective

Disunting Oleh

Edited By

Asmady Idris Dzurizah Ibrahim . Rahminah Muharam

Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073 88999 Kota Kinabalu

Sabah Malaysia

(5)

"Universiti Malaysia Sabah 2003 Semua hak terpelihara.

Tlada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini

boleh disimpan atau diterbitkan semula dalam sebarang bentuk yang boleh dikeluar-ulang, atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa

cara sekalipun termasuk cara dektronik, mckanikal, fotokopi, rakaman digital, atau sebaliknya tanpa mcndapat izin bcrtulis daripada

Pencrbit Univcrsiti Malaysia Sabah. Kcizinan mendapat hak tcrbitan daripada hak cipta ini tertakluk kcpada

pembayaran royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Isu-isu Sains Sosial dari Perspektif Islam

=

Social Sciences Issues From

The Islamic Perspective! disusun oleh Asmady Idris, Dzurizah Ibrahim, Rahminah Muharam.

ISBN 983-2188-96-2

1. Islam and the Social Sciences.

2. Religion and the Social Sciences.

I. Asmady Idris. II. Dzurizah Ibrahim. Ill. Rahminah Muharam.

N. Judul: Social Sciences Issues from the Islamic Perspective.

Pereka Letak Halaman: Ermalisa Abdullah Percka Kulit Buku:

J

upili Selamat

Editor: Asmady ldris, Dzurizah Ibrahim, Rahminah Muharam

Muka Taip Teks: Times New Roman Saiz Taip Teks dan Leading. 11/ 13.3poin

Pencetak:

Percetakan CCS Sdn. Bhd. (225662-A) No 11, Block G, Sri Kemajuan Industrial Estate Mile 6Y2, Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-426120, 437120 Fax:088-430120

(6)

Senarai Singkatan Mukaddimah

Senarai Penyumbang

lSI KANDUNGAN

Bahagian Satu: Falsafah dan Kehidupan Beragama Bab 1 Pengajian Sosial dan Hubungannya dengan

Pembinaan Hukum Islam Semasa: Satu Analisis Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim

Bab 2 AI-Ghazali's Concept of Happiness with Specific References to Kimya AI-Sa'dat Rahminah Muharam

Bab 3 Kod Pakaian Menurut Perspektif Islam dan Kristian Noor Eshah Tom Abdul Wahab

Bahagian Dua: Kekeluargaan dan Pendidikan

Bab 4 Marriage in Islam with Reference to Ottoman Law M. Zeki Erbay

Bab 5 Pengaruh Perkembangan Personaliti Anak-anak dari Aspek Keluarga dan Persekitaran

Saini Ag. Damit

Bab 6 Religious Education in lohore Before World War II Mohd. Sohaimi Esa

Mukasurat

1-34

35-58

59-72

73-111

113-131

133-145

(7)

vi

Bahagian Tiga: Ekonomi dan Sumber Manusia Bab 7 Kerja dan Pengurusan: Amanah Dalam Islam

Dzurizah Ibrahim

Bab 8 Pengurusan Skim Pampasan Pekerja

Azmi

Abdul Mana!

Bab 9 K-Dakwah dan Peranannya dalam Proses Islamisasi eli Sabah: Harapan dan Cabaran Dr. Kasim Hj. Mansur

147-163

165-176

177-192

Bahagian Empat: Alam Sekitar, Kepimpinan dan PolitikIHubungan

Antara~

Bab 10 Pembangunan Berterusan: Satu Ulasan Umum Mohammad Tahir Mapa

Bab 11 Kesempurnaan Kepimpinan Khulafa' AI-Rashidin MoM Farid Mohd. Shahran

Bahagian Lima: Penutup

Islam dan Kegemilangannya: Satu Rumusan Asmady Idris

Bibliografi Indeks

193-211

213-227

229-231

233-260 261-262

(8)

APIUM

JRD OLFR

p.b.u.h SAPKJ s.a.w

S.W.t

r.a

SENARAI SINGKATAN

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya lohore Religious Department

Ottoman Law of Family Rights Peace Be Upon Him

Sekolah Agama Petang Kerajaan lohore Sallallahu alaihi wasalam

Subhanallahu Wa Ta'ala Radiallahu anhu

vii

(9)

MUKADDIMAH

Masyarakat tidak dapat dipisahkan dari aktiviti sosial yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosio-budaya. Aktiviti sosial sesebuah masyarakat pada kebiasaannya dipengaruhi oleh adat resam dan kepercayaan. Adat resam sesebuah masyarakat dapat diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pengekalan amalan sesuatu adat resam bergantung kepada keinginan sesebuah masyarakat itu untuk terus mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Manakala kepercayaan agama, bagi sesetengah pihak, dianggap sebagai pelengkap kehidupan masyarakat yang selama ini hidup dalam ruang lingkup adat resam tradisional. Masyarakat Islam pula melihat agama sebagai 'jalan pembebasan'dari kehidupan sosial yang bersifat jahiliyah kepada satu kehidupan yang memartabatkan maruah dan harga diri manusia. Agama Islam adaIah petunjuk ke arah ketauhidan dan kebesaran Rabbullzzati. Islam mampu memandu aktiviti sosial masyarakat ke arah pemupukan dan pengamalan nilai-nilai murni yang seterusnya dapat diterjemahkan ke dalam konsep ibadah dan 'pengabadian' kepada

Allah S.W.t. '

Berkesinambungan daripada konsep pertalian antara Islam dan aktiviti sosial masyarakat, buku ini cuba membahaskan bagaimana Islam menilai sesuatu isu sosial masyarakat dan juga memberikan jalan penyelesaian, ataupun sekurang-kurangnya suatu pandangan aIternatif, terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan isu sosial tersebut. Disebabkan oleh keterbatasan ruangan perbincangan, buku ini memberi fokus utama terhadap isu-isu sosial yang lebih relevan dengan keadaan kehidupan masyarakat global masa kini.

Walau bagaimanapun, ini tidak berrnakna buku ini akan mengetepikan isu- isu sosial yang sudah usang sifatnya. Terdapat beberapa isu sosial lampau yang telah dimasukkan ke dalam buku ini seperti kajian sistem perkahwinan dengan merujuk kepada Daulah Uthmaniyah dan juga isu pendidikan di Malaysia (negeri Johor) sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua. Isu- isu seperti ini, biarpun telah berlalu, tetapi memberikan impak yang penting dalam pembangunan minda dan intelektual masyarakat Islam pada hari ini.

(10)

Untuk menjadikan perbincangan lebih sistematik. buku ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian Satu yang mengandungi tiga bab, membincangkan aspek falsafah dan kehidupan beragama. Dr. Rahimin menghuraikan peranan dan hubungkait disiplin pengajian sosial dengan pembinaan hukum Islam semasa (merujuk kepada sistem fiqh Islam). Bab kedua karya Rahminah pula membincangkan pandangan Imam AI-Ghazali menerusi hasil karyanya yang bertajuk 'al-Kimya' al Sa'adat' tentang konsep kimia kebahagiaan.

Metodologi ke arab mendapatkan kimia kebahagiaan ialah melalui pendekatan pembersihan minda, intelektual dan jiwa yang bersih. Nor Eshah dalam bab ketiga pula membincangkan etika berpakaian Islam dan Kristian. Beliau mengungkap kepentingan memahami susur galur asal berpakaian yang menutup aurat dari perspektif agama.

Bahagian Dua pula adalah aspck kckcluargaan dan pendidikan. Antara kajian dalam bahagian ini ialah M. Zeki Erbay yang mengkaji tentang sistem perkahwinan dalam Islam dengan memberikan fokus utama kepada amalan Undang-Undang Uthmaniyah. Pelbagai isu menarik dibincangkan seperti definisi perkahwinan, rukun pernikahan. konsep mas kahwin (dowry) dan lain-lain lagi yang berkaitrapat dengan adab dan hukum fiqh Islam. Saini menerusi karyanya dalam bab empat pula membincangkan proses perkembangan personaliti anak-anak menurut pandangan Islam. BeHau turut menekankan faktor-faktor seperti keluarga dan persekitaran sebagai faktor utama yang mempengaruhi proses perkembangan personaliti anak-anak.

Sohaimi pula menganalisis coruk pendidikan agama di negeri lohor sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua. Kajian beliau tertumpu kepada latarbelakang penubuhan pendidikan agama, secara formal dan tidak formal, persamaan dan perbezaan kedua-dua corak pendidikan ini dan juga peranan kerajaan negeri dalam membantu mempertingkatkan kaedah pengajaran-pembelajaran dan seterusnya meninggikan syiar Islam di negeri lohor.

Bahagian Tiga ialah aspek ekonomi dan sumber manusia. Bahagian ini lebih menumpukan kepada isu-isu sosial dalam sektor ekonomi dan sumber manusia. Kajian yang berkaitan dengan bab ini ialah seperti karya Dzurizah yang membincangkan budaya kerja dalam Islam dan kepentingannya di

(11)

xi

tcmpat kcrja dan pada masyarakat hari ini. Bab ini mclihat bagaimana aspck kekhalifahan dan ibadat boleh dihubungkaitkan dengan konsep kerja dan pengurusan dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, Azmi turut membahaskan isu pengurusan Skim Pampasan Pekerja sebagai satu aspek terpenting dalam pengurusan sumber manusia. Kajian ini pada dasamya meninjau Skim Pampasan Pekerja dari tiga perspektif iaitu perspektif keharmonian hubungan perusahaan, pengurusan sumber manusia dan Islam. Walau bagaimanapun, tumpuan kajian lebih memfokus kepada perspektif Islam. Dr. Kassim pula menerusi karyanya dalam bab sembilan menonjolkan kepentingan aspek 'K' (knowledge) dalam menyebarkan risalah Islamiah terutamanya di Sabah. Justeru dalam menyebarkan dakwah di Sabah, pendekatan K-Dakwah dengan pengetahuan dalam bidang lain seperti K-Ekonomi amat dititikberatkan. Karya ini turut menggarap harapan dan cabaran K-Dakwah dalam proses Islamisasi di Sabah.

Bahagian Empat ialah aspek pembangunan alam sekitar dan kepimpinan.

Mohammad Tahir dalam bab sepuluh membincangkan beberapa perkara tentang pembangunan dari perspektif Islam. Menurut kajian ini, pembangunan bukan hanya merujuk kepada pembangunan ekonomi.

Pembangunan boleh dirujuk sebagai satu bentuk kemajuan yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia bermula dari peringkat individu, masyarakat dan negara. Kajian juga akan memberikan sedikit pandangan tentang pembangunan berterusan dan penjagaan alam sekitar dengan membcrikan beberapa konsep penjagaan dalam agama Islam serta persamaannya dengan konsep penjagaan alam sekitar moden. Mohd. Farid Mohd. Shahran pula meninjau ketokohan Khulafa Rashidin dalam melaksanakan tugas kepimpinan dan tanggungjawab sosial ke atas rakyat.

Khulafah Rashidin dianggap sebagai "Khalifah yang Menjadi Petunjuk dan Murshid". Tumpuan kajian lebih ditekankan kepada aspek-aspek syakhsiah individu Khulafa Rashidin seperti ketauladanan, pemikiran, pandangan hidup, ilmu, nilai, kemanusiaan dan keagamaan.

Bahagian Lima ialah bahagian kesimpulan bagi keseluruhan perbincangan dalam buku ini. Menerusi bahagian ini, Asmady mengungkap kepentingan memahami ajaran Islam sebagai wadah komprehensif yang sentiasa

(12)

Iii

memenuhi cabaran dari satu generasi ke satu generasi dan bukannya terkongkong kepada konsep peribadatan yang sempit.

Niat mumi dalam menghasilkan buku ini sememangnya tidak akan terlaksana tanpa adanya dorongan dan sokongan beberapa pihak yang memungkinkan hasil karya ini. Justeru itu, dalam menjayakan buku ini, panel penulis ingin merakamkan ribuan penghargaan dan lerima kasih kepada pihak Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah atas galakan dan keizinan menerbitkan buku ini. Terima kasih kami juga buat Dekan Sekolah Sains Sosial di atas sokongan yang diberikan. Kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kami rakamkan rasa terima kasih kami atas segala kerjasama yang diberikan. Semoga dengan ini, kami berharap agar usaha- usaha mumi seperti ini akan sentiasa berterusan dari masa ke semasa.

Asmady Idris Dzurizah Ibrahim Rahminah Muharam Kota JGnabaJu

(13)

xiii

Senarai Penyumbang

Asmady Idris adalah seorang Pensyarah di Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Beliau mendapat BA (Hons.) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan merupakan lulusan Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari University of Newcastle Upon Tyne, England.

Azmi Abd. Manar merupakan seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sains Pembangunan (Kepujian) dari UKM dan MBA dari Universiti Putra Malaysia.

Dzurizah Ibrahim adalah seorang Pensyarah di Program Hubungan Industri, Sekolah Sains Sosial, UMS. Berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sains Pembangunan (Kepujian) dari UKM dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Industri dan University of Warwick, England.

Kasim Hj. Mansur (Dr.) adalah merupakan seorang Pensyarah di Sekolah Pemiagaan dan Ekonomi, UMS. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Sains Ekonomi mengkhusus dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Indiana State University, Amerika Syarikat dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi Pembangunan dan Ekonomi Buruh dari University of Wisconsin, Milwaukee, Amerika Syarikat.

M. Zeki Erbay merupakan pelajar Ijazah Kedoktoran di School of Oriental and African Studies, University of London dalam bidang undang- undang perbandingan dan antarabangsa. Mendapat ijazah Sarjana dari universiti yang sama dalam bidang pengajian TimurTengah dan perundangan dan mendapat ijazah pertamanya dalam bidang teologi dengan perundangan dari University of Marmara, Turkey.

Mohd. Farid Mohd. Shah ran merupakan seorang Sarjana Penyelidik di Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam (lSTAC). Beliau merupakan lulusan dalam bidang Pengajian IImu Wahyu dan Warisan Islam dari UIAM dan M.A dalam bidang Pemikiran Islam dari ISTAC.

(14)

Nor Eshah Tom Abdul Wahab adalah seorang Pensyarah di Pusat Penataran llmu dan Bahasa Memiliki Ijazah Sarjana dalarn bidang pengajian Asia dari University of Lancaster, England dan Ijazah Sarjanamuda dalam bidang pengajian Islam (Syariah Wal-Qanun) dari UKM.

Rahimin Arrandi Abd. Rahim (Dr.) adalah seorang Pensyarah dalam bidang syariah Islam di labatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya (UM).

Berkelulusan BA (Hons) dalam bidang pengajian Islam, UM, manakala Ijazah MPhil dalam bidang perbandingan mazhab dari University of St.

Andrews, Scotland dan Ijazah kedoktoran dalarn bidang pengajian Islam dari University of Binningham, England.

Rahminah Muharam adalah seorang Pensyarah dalam bidang Etika dan Akhlak di Pusat Penataran llmu dan Bahasa, UMS. Mendapat Ijazah pertama dalam bidang Ilmu Wahyu dari UIAM dan Ijazah Sarjana datam bidang pengajian Islam dari University of Birmingham, England.

Saini Ag. Damit merupakan Pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS mengkhusus dalam bidang Bahasa Arab. Mendapat Ijazal Sarjanamuda dari Casablanca, Morocco dan Ijazah Sarjana dari UKM.

Referensi

Dokumen terkait

This study aimed to determine the optimum pH and adsorption capacity of Cd(II) ions by activated charcoal made of rice husk using the Atomic Absorption Spectrophotometry (AAS)

nug 1'OIlr TiJdens do dllBnÎli1't' lI!lnneuting tier IIIl'xiea."lIlho kronu lloor d.·" Aar\.ttbtrlGg Muximililll\n ""lIrti ulrlckanl, dal dil kl!il.,.lijke rl'gu,illg in 1II0Iie/