• Tidak ada hasil yang ditemukan

J.EKONOMI MALAYSIA 44-2010 [12]A4 NEW.pmd

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "J.EKONOMI MALAYSIA 44-2010 [12]A4 NEW.pmd"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

LATAR BELAKANG ISU AGIHAN DI MALAYSIA Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen (INTAN 1991), semenjak merdeka tidak terlepas daripada isu pertumbuhan dan agihan yang tidak sama rata dan sama taraf walaupun Dasar Ekonomi Baru dikemukakan 1971-1990 (Faaland 1990; Chamhuri 1992 & 1996 dan Mohd Yusof Kasim 1994), yang dilanjutkan kepada Dasar Pembangunan Nasional (1991- 2000) dan Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010).

Dengan indikator statistik yang rasmi, Malaysia telah mencapai kemajuan pesat dalam ekonomi yang terus memberangsangkan dalam pelbagai usaha untuk terus menerus membangunkan negara, memajukan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup warga negaranya. Semenjak

mencapai kemerdekaan 1957, keluaran dalam negeri kasar Malaysia (KDNK) pada harga sebenar meningkat sebanyak 6.5% antara tahun 1957-2005, merupakan suatu kadar pertumbuhan yang tertinggi pernah dicapai oleh negara berdaulat yang setaraf dan sedang membangun. Dalam tempoh yang sama, KDNK perkapita pada harga semasa meningkat ke aras 7.0% setahun telah menghasilkan peningkatan ketara kualiti hidup rakyat. (Malaysia 2006:3).

Hala tuju pembangunan negara Malaysia dibentuk oleh wawasan, pemikiran serta usaha para negarawan dan cendekiawan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan tiga rangka dasar perancangan strategik utama negara, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000 dan Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010. Setiap

NOTA PENYELIDIKAN

Isu Agihan Pendapatan di Malaysia: Penilaian Melalui Pendekatan Islam Hadhari

(Income Distribution Issues in Malaysia: Assessment Through the Islam Hadhari Perspective)

Ideris bin Endot Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Isu ketidaksamaan agihan kekayaan negara menjadi persoalan sejagat dalam kalangan sarjana ekonomi di barat dan timur. Evolusi idea pemikiran pembangunan ekonomi moden Adam Smith dan Karl Marx telah menjadi latar belakang dasar pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan ekonomi dunia ditadbir oleh samada aliran kapitalis atau sosialis-marxis dan dasar ekonomi campuran liberal kapitalisme. Dari pihak yang lain dunia telah dikenali dengan falsafah ekonomi China dan India di Timur dan Ekonomi Islam di negara-negara Muslim. Tegasnya, apa sahaja sistem ekonomi yang digunapakai di Malaysia sebagai negara sedang membangun, fungsi kepimpinan negaralah yang menentukan dasar ekonomi dilaksanakan dengan pengurusan dan tadbir urus berkesan, cekap, adil, saksama, demokratik, terbuka, liberal, bebas dan sebagainya adalah antara slogan-slogan penting dalam agenda pembangunan negara Malaysia diperdebatkan hingga kini. Apakah model ekonomi unggul, terbaik dan alternatif ideal untuk menyelesaikan persoalan kemunduran rakyat yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia.

Isu keadilan dan ketidaksamaan sosio-ekonomi tetap menjadi agenda negara dan umat manusia sejagat di Malaysia.

Kata kunci: agihan pendapatan; kemiskinan; jurang pendapatan; agama Islam

ABSTRACT

The issue of unequal distribution of national wealth has become a global problem among the western and eastern economic scholars. The evolution of modern growth economic ideas like Adam Smith and Karl Marx has become the background of world’s development and wealth distribution policies, either among capitalist or Socialist-Marxist or liberal mix capitalism. On the other side, the world has also been known by the economic philosophy from China and Indian in eastern or by Islamic economist in Muslim countries. Therefore, which ever economic system applicable for Malaysia as developing country, the leadership will determine the economic policies to be implemented either effectively, efficiently, justice, fairness, democratic, openness, liberal and freedom as a slogan for development model which have been debated until now. What is the ideal or the best to economic model to overcome problems related to back wardness and poverty problem in Malaysia. The role of justice and socio economic inequality still remain as national agenda and human kind in Malaysia.

Keywords: income distribution; poverty; income gap; Islamic religion

This article is published under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license.

(2)

dasar tersebut digubal berlandaskan pemahaman yang mendalam tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh negara serta tindakan yang perlu dilaksanakan. Dasar- dasar ini juga berjaya mencerminkan aspirasi negara.

Aspirasi ini telah digariskan dalam Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991, bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. (Malaysia 2006:3).

Isu penting yang dibangkitkan dalam seluruh dasar- dasar DEB, DPN dan DWN adalah berpunca daripada persoalan pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan ekonomi negara semenjak merdeka hingga kini. Justeru itu strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat adalah impak kebalikan yang tersurat dan tersirat dari segi agihan pendapatan sumber kekayaan ekonomi negara yang banyak melibatkan pelbagai faktor, seperti politik, sosial, pendidikan, etnik, budaya dan kepercayaan agama warga Malaysia yang telah terkenal dengan kepelbagaian falsafah hidup, tradisi dan amalan semasa hingga kini.

Sebenarnya isu pengagihan adalah isu yang sama wujud dengan manusia itu sendiri di alam dunia ini. Al- Quran menyatakan peristiwa Qabil dan Habil adalah berpunca daripada hak milik harta dunia yang menimbulkan perbalahan, perselisihan, kedengkian dan kerakusan yang akhirnya membawa kepada musibah dan trajidi kematian dan kemusnahan nilai hidup murni, walaupun mereka berdua adalah bersaudara di bawah bimbingan satu Ayah dan satu Ibu. Rakaman ini diketahui oleh umat yang beragama wahyu terutamanya umat Islam, Yahudi dan Keristian yang golongan inilah menguasai sumber kekayaan dunia dan pengagihannya seperti yang dipelopori oleh Adam Smith, dan Karl Marx yang menjadi asas mazhab konvensional-sekular terbesar dunia kini.

Di pihak yang lain ialah dasar pengagihan kekayaan mengikut al-Quran dan al-Sunnah seperti yang dipelopori oleh umat Islam. Justeru itu isu agihan kini berkait rapat

dengan fungsi kuasa kepimpinan negara memilih dasar agihan manakah yang hendak dilaksanakan dalam kehidupan ekonomi negara dan umat sejagat. Walaupun wajah pertumbuhan dan agihan harta kekayaan negara dipersembahkan dengan nada dan agenda yang amat menarik kepada hamba rakyat, namun isu keadilan agihan sentiasa mendapat perhatian utama dari pelbagai pihak.

PENCAPAIAN KDNK DAN PER KAPITA Pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia selepas DEB

melalui DPN dapat dikenalpasti dengan jelas melalui Jadual 1 dan Jadual 2, berasaskan data untuk tahun 1995-2000.

Pertumbuhan negeri-negeri yang berbeza menyebabkan pencapaian dalam bantuk agihan per kapita juga adalah berbeza. Negeri yang dikategorikan lebih maju, akan terus maju dan negeri yang berada dalam kategori kurang maju akan terus kurang maju walaupun berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi sebesar dan per kapita negeri-negeri di Malaysia. Manakala Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan pencapaian prestasi KDNK dan KDNK per kapita tahun 1990-2010 negeri-negeri di Malaysia masih berada dalam ketegori yang sama, iaitu lebih maju dan kurang maju yang melibatkan aspek ketidaksamaan agihan kekayaan negara terus kekal dengan bentuk dan corak agihan yang sedia ada diamalkan di negara ini.

FOKUS ISU KETIDAKSAMAAN AGIHAN PENDAPATAN

Ketidaksamaan pendapatan dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia semenjak tahun 1970 hingga pelaksanaan

RMK9(2006-2010) adalah menjadi isu utama dalam usaha untuk mencapai pertumbuhan dengan pengagihan. Isu

JADUAL 1. Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri di Malaysia 1995-2000 KDNK Mengikut Nilai Pembeli RM juta dalam harga 1978

Negeri 1995 1998 2000 1996-97(%) 1998(%) 1999-2000(%)

Johor 13787 15293 16416 9.8 -7.9 3.6

Kedah 5596 6285 6803 10.1 -7.5 4.0

Kelantan 2723 2802 3087 5.8 -5.1 3.3

Melaka 3102 3422 3588 9.1 -7.7 2.6

N.Sembilan 4018 4470 4792 9.8 -7.7 3.5

Pahang 5455 5973 6516 7.9 -5.9 4.4

Perak 9930 10891 11678 8.3 -6.6 3.6

Perlis 7839 859 926 8.3 -6.5 3.8

P.Pinang 3378 9920 10234 7.4 -7.9 1.6

Sabah 2919 8647 10026 3.1 -2.9 7.7

Sarawak 0362 10293 10719 11.9 -9.0 2.0

Selangor 4528 26061 27019 8.0 -8.8 1.8

Terengganu 8047 9374 9899 10.8 -5.1 2.8

WPKL 15639 16880 17431 55.5 -3.1 1.6

Malaysia 120272 131258 139145 8.2 -6.7 3.0

Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000:51

(3)

JADUAL 2. Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri 1995-2000 KDNK Per KapitaNisbah KDNK per kapita kepada purata negara

RM dalam harga semasa Kadar pertumbuhan tahunan purata (%)

Negeri 1995 1998 2000 1996-97 1998 1999-2000 1995 1998 2000

Johor 9715 11726 12705 11.2 -2.4 4.1 0.95 0.96 0.99

Kedah 6490 8064 8896 12.1 -1.2 5.0 0.60 0.66 0.69

Kelantan 3584 4067 4293 6.9 0.3 2.7 0.35 0.33 0.33

Melaka 9530 11861 12785 12.1 -1.0 3.8 0.93 0.97 0.99

N.Sembilan 9124 11293 12245 12.1 -1.5 4.1 0.89 0.93 0.95

Pahang 8157 9810 10784 9.6 0.1 4.8 0.79 0.81 0.84

Perak 8380 10503 11682 11.6 0.6 5.5 0.82 0.86 0.91

Perlis 6722 8094 8724 10.1 -0.6 3.8 0.65 0.67 0.68

P.Pinang 13858 16624 17509 10.2 -1.2 2.6 1.35 1.37 1.36

Sabah 6307 6457 7028 0.8 0.7 4.3 0.61 0.53 0.55

Sarawak 8390 10537 11108 13.9 -3.1 2.7 0.82 0.87 0.86

Selangor 15374 17361 17708 8.5 -4.1 1.0 1.50 1.43 1.37

Terengganu 15888 19880 20623 11.7 0.2 1.9 1.55 1.63 1.60

WPKL 20704 25100 26442 8.1 3.8 2.6 2.02 2.06 2.05

Malaysia 10273 12166 12884 9.5 -1.2 2.9 1.00 1.00 1.00

Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000:51

JADUAL 3. Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri 1990-2010 (RM juta harga 1987)

Negeri 1990 % 2000 % 2010 % Kadar pertumbuhan

purata(%) Pencapaian Sasaran

RRJP2 RRJP3

Negeri Lebih Maju 67604 63.8 141492 67.6 293077 68.2 7.7 7.6

Johor 11093 10.5 23425 11.2 49162 11.4 7.8 7.7

Melaka 3124 2.9 6148 2.9 12536 2.9 7.0 7.4

N.Sembilan 3427 3.2 6776 3.2 13720 3.2 7.1 7.3

Perak 9582 9.0 17153 8.2 34235 8.0 6.0 7.2

P.Pinang 7997 7.5 17314 8.3 36446 8.5 8.0 7.7

Selangor 20103 19.0 44708 21.4 93878 21.8 8.3 7.7

WPKL 12277 11.6 25968 12.4 53101 12.4 7.8 7.4

Negeri KurangMaju 38373 36.2 67777 32.4 136668 31.8 5.9 7.3

Kedah 4670 4.4 9087 4.3 18944 4.4 6.9 7.6

Kelantan 3098 2.9 5061 2.4 9615 2.2 5.0 6.6

Pahang 4926 4.6 8250 3.9 17034 4.0 5.3 7.5

Perlis 712 0.7 1362 0.7 2648 0.6 6.7 6.9

Sabah 9268 8.7 14947 7.1 30004 7.0 4.9 7.2

Sarawak 9687 9.1 16323 7.8 33274 7.7 5.4 7.4

Terengganu 6011 5.7 12746 6.1 25149 5.9 7.8 7.0

Malaysia 105977 100 209269 100 429745 100 7.0 7.5

Sumber: RRJP3 2001-2010:118

JADUAL 4. KDNK Per Kapita Mengikut Negeri 1990-2010 (RM Harga Semasa)

Negeri 1990 2000 2010 Kadar pertumbuhan Nisbah Kepada

RRJP2 tahunan purata (%) Purata Negara Pencapaian

RRJP3 Sasaran 1990 2000 2010

Negeri Lebih Maju 7591 17410 29319 8.7 5.4 1.2 1.2 1.2

Johor 5877 13954 28100 9.0 5.9 0.9 1.0 1.0

Melaka 6598 15723 24249 9.1 6.0 1.0 1.1 1.1

N.Semilan 5394 12791 25549 9.0 6.6 0.8 0.9 1.0

Perak 5435 13183 25524 9.3 6.8 0.8 0.9 1.0

P.Pinang 8066 21469 37951 10.3 5.9 1.2 1.5 1.5

Selangor 9691 17363 25888 6.0 4.1 1.5 1.2 1.0

WPKL 11364 30727 49630 10.5 4.9 1.7 2.1 2.0

(4)

ketidaksamaan ini menjadi agenda penting dalam misi nasional sebagai teras ketiga, iaitu menangani masalah ketidakseimbangan sosio ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.

Kenyataan ini dikukuhkan bahawa ketidaksamaan pendapatan termasuk dalam setiap kumpulan etnik telah meningkat. Aspek ketidaksamaan lain juga menunjukkan arah aliran yang membimbangkan. Walaupun jurang ketidaksamaan pendapatan etnik secara relatifnya telah mengecil semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, jurang tersebut dari segi nilai mutlak terus meluas.

Ketidaksamaan antara negeri dan antara wilayah berterusan dan kekal lebar. Pertumbuhan ekonomi merupakan daya penggerak dalam meningkatkan pendapatan dan taraf hidup, namun pertumbuhan ekonomi tidak dengan sendirinya menjamin manfaat pertumbuhan dinikmati secara saksama oleh semua lapisan masyarakat (Malaysia 2006:343).

Keperluan untuk menegaskan semula pengagihan dalam pembangunan Pendekatan Islam Hadhari bagi menangani isu ketidaksamaan pendapatan melalui perancangan strategik dan program RMK9 disuratkan dengan irama yang amat menarik walaupun nyata ianya masih berada dalam kerangka “Capitalist Globalisation

(Choudhury 1997) atau lebih parah lagi andainya ia berada dalam bakul “ casino capitalism” (Anwar Fazal 2002).

RMK9 (2006:344-346) merangkakan antaranya, ialah:

1. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan, menggalakkan pembangunan insan dan memperkukuhkan perpaduan negara.

2. Memenuhi sasaran pengagihan yang belum dicapai sepenuhnya.

3. Memastikan keberkesanan dan impak sepenuhnya dasar, program dan projek pengagihan selaras dengan amalan tadbir urus yang baik.

4. Ke arah pertumbuhan dengan pengagihan

Fokus khusus dalam pendekatan pembangunan Islam Hadhari yang istimewanya ialah dari segi usaha dalam tempoh RMK9 (2006:363), wujudnya langkah yang akan diambil untuk menambah baik pengurusan institusi berasaskan Islam, terutamanya yang berkaitan dengan zakat, wakaf dan baitulmal serta membangunkan institusi tersebut menjadi mekanisme yang berkesan untuk memberi bantuan secara langsung kepada golongan

miskin. Kejayaan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dicontohi sebagai model pungutan zakat untuk dilaksanakan di negeri lain.

Peruntukan rasmi kerajaan melalui institusi pelaksana bagi melaksanakan program dan projek pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan, agensi peneraju dalam pembasmian kemiskinan luar bandar adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Manakala bagi kawasan bandar, usaha pembasmian kemiskinan akan diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Agensi lain yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, FELDA, RISDA, FELCRA Berhad, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi Negeri berkaitan. Agensi peneraju bagi melaksanakan program penyusunan semula guna tenaga adalah Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan/Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Bagi meningkatkan pemilikan kekayaan dan pembangunan MPPB, agensi yang memainkan peranan utama adalah MECD, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dalam tempoh RMK9, peruntukan pembangunan bagi program pengagihan adalah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5 menunjukkan bahawa agenda pengagihan dalam RMK9 akan memberi tumpuan ke arah pencapaian pariti pendapatan menerusi strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Kemiskinan tegar dijangka akan dapat dibasmi dan kemiskinan keseluruhan dikurangkan separuh kepada 2.8% menjelang akhir tahun 2010 menerusi program pembasmian kemiskinan yang lebih bertumpu. Strategi pengagihan akan terus dilaksanakan bagi memastikan penyertaan dalam peluang ekonomi yang lebih seimbang dan saksama di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Lebih penekanan akan diberikan kepada usaha mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan merapatkan jurang pendapatan antara bandar dengan luar bandar serta meningkatkan penyusunan semula guna tenaga dan menambahkan guna tenaga Bumiputera dalam kategori

Negeri Kurang Maju 5326 10893 19174 7.4 5.8 0.8 0.7 0.8

Kedah 3864 8918 16910 8.7 6.6 0.6 0.6 0.7

Kelantan 2940 6241 11735 7.8 6.5 0.4 0.4 0.5

Pahang 5232 10370 19870 7.1 6.7 0.8 0.7 0.8

Perlis 4279 10802 20316 9.7 6.5 0.7 0.7 0.8

Sabah 5729 9123 14335 4.8 4.6 0.9 0.6 0.6

Sarawak 6403 12775 23094 7.2 6.1 1.0 0.9 0.9

Terengganu 8549 22994 37734 10.4 5.1 1.3 1.6 1.5

Malaysia 6578 14584 25096 8.3 5.6 1.0 1.0 10

Sumber: RRJP3 2001-2010:119.

JADUAL 4. (Sambungan)

(5)

pekerjaan professional dan yang berpendapatan tinggi.

Di samping itu, jurang pemilikan kekayaan akan dikurangkan manakala pembangunan MPPB akan memasuki fasa kedua yang lebih mantap. Justeru itulah, maka pentingnya semua program dan projek pengagihan, kerajaan akan memastikan pelaksanaannya diseliakan dengan teliti menerusi mekanisme pemantauan yang lebih kukuh di Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri. Semua kementerian dan agensi berkaitan perlu memastikan dasar dan program yang dilaksanakan menyumbang ke arah pengagihan pendapatan, kekayaan dan peluang ekonomi lain yang lebih saksama. Satu sistem yang lebih baik akan diwujudkan untuk mengenal pasti penerima faedah dan meminimumkan kebocoran bagi mencapai objektif pertumbuhan dengan pengagihan (Malaysia RMK9 2006:374)

Keindahan penyataan di atas dapat melembutkan hati yang gusar, mental yang berputar, dada yang berdebar, rasa yang cemas, dan harapan yang berkabus. Namun kepastian ke arah mana pengagihan sebenar belum pasti merawat penyakit kronik kemiskinan dan ketidaksamaan agihan kekayaan negara semenjak DEB 1971-1990 dan DPN 1991-2000 yang kini berada dalam wabak yang sama melalui DPW 2001-2010. Secara kritikal hal ini dapat diselongkarkan melalui indikator dalam Jadual 6 dan 7, iaitu gambaran pertumbuhan KDNK negeri di Malaysia tahun 2001-2010 dan kedudukan penduduk dan kadar pembandaran mengikut negeri 2000-2010 yang dipecahkan mengikut pembangunan Wilayah Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak. Dalam apa pun ungkapan pembangunan dan keadilan agihan yang hendak dicapai,

negeri-negeri Wilayah Timur akan terus ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri Wilayah Tengah, Timur dan Selatan. Walaupun pertumbuhan per kapita negeri tertentu telah mengatasi per kapita nasional, namum ia tetap berada dalam negeri dalam kategori kurang maju seperti apa yang dicapai oleh negerti Terengganu.

Kadar pertumbuhan KDNK negeri di Malaysia dalam

RMK8 dan RMK9 bagi Wilayah Timur (3.5:5.7) nyata lebih rendah berbanding dengan Wilayah Tengah (4.6:6.2), Wilayah Utara (4.4:5.9), Sabah (4.3:5.8) dan Sarawak (4.6:6.1). Sedangkan di peringkat nasional ialah (4.5:6.0).

Manakala kadar pembandaran negeri di Malaysia seperti Jadual 7 adalah juga menunjukkan bahawa peratus pencapaian negeri-negeri di Wilayah Timur adalah lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri di Wilayah Tengah, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan bahawa negeri-negeri di pantai timur, terutamanya Kelantan dan Terengganu akan mengalami akibat ketidaksamaan agihan pendapatan dan peluang ekonomi yang sama sahaja sebelum dan selepas RMK9 dalam pembangunan Pendekatan Islam Hadhari di Malaysia. Inilah hakikat isu agihan yang sebenar perlu ditangani bersama oleh kerajaan, rakyat, pemimpin, pegawai awam dan swasta, NGO dan koporat.

KESIMPULAN

Isu agihan pendapatan di Malaysia melibatkan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara melalui

DEB, DPN dan DPW yang dilaksanakan semenjak 1971

JADUAL 5. Peruntukan Pembangunan bagi Program Pengagihan 2006-2010 (RM juta)

Program Peruntukan

Pembasmian Kemiskinan 4,465.3

Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat 340.8 Program Pembasmian Kemiskinan Bandar 50.0 Skim Penanaman Semula Getah dan

Kelapa Sawit 1,047.8

Pemulihan dan Penyatuan Tanah 1,004.3

Pembangunan Wilayah 510.9

Pembangunan Semula Kampung Tradisional

dan Baru 235.0

Pembangunan Orang Asli 361.8

Pembangunan Keusahawanan Tani 414.7

Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat 100.0

Program Lain 400.0

Penyusunan Semula Masyarakat 7,058.8

Pmbangunan MPPB 1,371.9

Kemudahan Pembiayaan 1,220.0

Pendidikan dan Latihan 2,216.9

Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera 2,000.0 Pembangunan Tanah Wakaf/Baitulmal 250.0

Jumlah 11,524.1

Sumber: Malaysia RMK9:2006:373

JADUAL 6. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri 2001-2010

Negeri Kadar Pertumbuhan tahunan

Purata (%)

RMK8 RMK9

Wilayah Utara 4.4 5.9

Kedah 4.1 5.9

Perak 4.1 5.7

Perlis 3.4 5.3

Pulau Pinang 5.0 6.1

Wilayah Tengah 4.6 6.2

Melaka 4.2 6.0

Negeri Sembilan 3.8 5.8

Selangor 5.2 6.4

WPKL 3.8 6.1

Wilayah Selatan

Johor 5.1 6.2

Wilayah Timur 3.5 5.7

Kelantan 3.3 5.2

Pahang 3.9 5.9

Terengganu 3.4 5.7

Sabah 4.3 5.8

Sarawak 4.6 6.1

Malaysia 4.5 6.0

Sumber: Malaysia RMK9 2006:377

(6)

hingga 2010. Dalam perancangan pembangunan RMK9, pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan negara diberi wadah operasi melalui Pendekatan Islam Hadhari tahun 2006 hingga 2010. Hasil yang dicapai untuk melaksanakan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat terus menerus menjadi harapan semua pihak.

Usaha kerajaan dan rakyat diharapkan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan untuk mencapai matlamat dasar, strategi dan penambahbaikan di hari muka.

RUJUKAN

Awar Fazal. 2002. International governance:government, NGO’s and the citizenry, their synergistic role in a global village, Dlm.The seventh national civil service conference 11-13 July 2002. Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration (INTAN) & Administrative and Diplomatic Service Association PPTD Malaysia.

Chamhuri Siwar, Mohd.Yusof Kasim & Abdul Malik Ismail, sunt.1992. Ekonomi Bumiputera selepas 1990. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar & Nor Aini Hj. Idris, sunt. 1996. Kemiskinan dalam arus pembangunan ekonomi Malaysia.

Bangi:Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Chudhury, Nasudul Alam, M.Z, Abdad and Muhammad Syukri Salleh, eds. 1997. Islamic political economy in capitalist- globalization:an agenda for change. Kuala Lumpur:

Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Deane, Phyllis. 1990. The evolution of economic ideas.

Cambridge: Cambridge University Press.

Faaland, Just, Parkinson, J.R and Rais Saniman. 1990. Growth and ethnic inequality: Malaysia’s New Economic Policy.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka INTAN. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: INTAN Jabatan Perdana Menteri. 1998. Pelan pemulihan ekonomi

negara:agenda tindakan. Majlis Tindakan Ekonomi Negara: Unit Perancang Ekonomi.

Malaysia. 1996. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Bhd.

Malaysia. 2006. RRJP3 2001-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Bhd.

Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.

Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Bhd.

Mohd.Yusof Kasim & Md.Zyadi Md.Tahir, sunt. 1994.

Ekonomi Malaysia:beberapa isu utama. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Qaradawiy, Yusuf. 1985. Mushkilah al-faqr wa kayfa

‘alajaha al-Islam. Bayrut: Mu`assah al-Risalah.

Al-Qaradawiy, Yusuf. 1995. Dawr al-qiyam wa al-akhlaq fi al- iqtisad al-Islamiy. Al Qahirah: Maktabah Wahbah.

Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E.

[email protected]

JADUAL 7. Penduduk dan Kadar Pembandaran Mengikut Negeri 2000-2010

Negeri Penduduk (juta) Kadar Pembandaran Kadar pertumbuhan

(%) Tahunan Purata

penduduk bandar (%)

2000 2005 2010 2000 2005 2010 RMK8 RMK9

Wilayah Utara

Kedah 1.67 1.85 2.04 39.1 39.8 40.3 2.4 2.2

Perak 2.09 2.28 2.44 59.1 59.3 59.3 1.6 1.6

Perlis 0.21 0.23 0.25 34.0 35.1 35.9 2.2 2.2

P.Pinang 1.33 1.50 1.60 79.7 79.8 80.0 2.0 1.9

Wilayah Tengah

Melaka 0.65 0.72 0.79 67.5 70.6 73.4 2.9 2.7

N.Sembilan 0.87 0.96 1.03 54.9 56.3 57.4 2.3 2.1

Selangor 4.19 4.47 5.31 88.7 88.4 89.1 2.7 2.4

WPKL 1.42 1.62 1.60 100.0 100.0 100.0 1.9 1.5

Wilayah Selatan

Johor 2.76 3.17 3.46 64.8 66.5 67.7 2.9 2.6

Wilayah Tengah

Kelantan 1.36 1.51 1.67 33.5 33.4 33.3 2.0 2.1

Pahang 1.30 1.41 1.57 42.0 43.5 44.6 2.7 2.5

Terengganu 0.90 1.02 1.12 49.4 49.8 50.3 2.6 2.6

Sabah 2.60 3.13 3.33 48.1 49.8 51.6 3.1 2.9

WPLabuan 0.08 0.09 0.09 76.3 77.6 78.6 3.2 1.8

Sarawak 2.07 2.34 2.56 48.1 49.5 50.6 2.8 2.4

Malaysia 23.49 26.75 28.96 62.0 63.0 63.8 2.5 2.3

Sumber: Malaysia RMK9 2006:381

Referensi

Dokumen terkait