Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Jabatan Perhutanan terbit buku dokumentasi pemuliharaan
'dipterokarpa'
A 2022-12-09T13:21:23+08:00
DOKUMENTASI: Frederick (empat kiri) menerima buku penerbitan baharu Jabatan Perhutanan daripada Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Robert Ong. Turut kelihatan barisan penulis dari kiri, Reuben, Joan, Eyen, Colin, John, dan Sandy.
KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah menghasilkan satu penerbitan buku baharu bertajuk 'The Sabah Red List of Dipterocarpaceae' iaitu satu dokumentasi status pemuliharaan hutan dipterokarpa di negeri ini.
Hutan dipterokarpa campuran adalah jenis tumbuhan yang paling dominan di negeri ini dengan 182 spesis direkodkan terdapat di seluruh Sabah.
Sehingga kini, kira-kira 26 peratus daripada kawasan tanah Sabah terdiri daripada rangkaian Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).
Melalui penilaian Senarai Merah bagi spesis dipterokarpa seluruh negeri, TPA berkepentingan dalam memulihara spesis tumbuhan berkenaan dari terancam.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Penerbitan dokumentasi itu dibiayai oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Penilaian dokumentasi berkenaan dijalankan oleh penyelidik dari Jabatan Perhutanan Sabah, Forever Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Eyen Khoo, Sandy Tsen, Lee Yew Leung, John Sugau, Dr Joan Pereira, Dr Reuben Nilus, dan Dr Colin Maycock.
Daripada 182 spesis dipterokarpa yang direkodkan di Sabah, 166 spesis iaitu 91 peratus direkodkan dalam sistem TPA manakala lebih separuh daripada dipterokarpa dinilai sebagai 'terancam' kerana kehilangan habitat.
Bagi spesis yang direkodkan di luar sistem TPA, ia sama ada dinilai sebagai terancam atau kekurangan data.
Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan menjelaskan kepentingan memahami status pemuliharaan spesis dipterokarpa semasa dalam merancang kepentingan
pemuliharaan di peringkat negeri.
• oleh
Siti Aisyah Narudin