JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN PERTANIAN
(Ministry of Agriculture) JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA
http://agrolink.moa.my/did Telefon: 03-26982011 Fax: 03-2694 8169 Email: [email protected]
Ruj. Tuan : (Your Ref.)
Semua Pengarah Bahagian Ruj. Kami : ( )dlm. PPS 10/4/2 BUB (Our Ref.) Jld. 4 Semua Pengarah JPS Negeri
Tarikh : Mei 2002 Semua Jurutera Projek
Tuan,
SURAT EDARAN JPS
- PROSEDUR PEMULANGAN 50% NILAI JAMINAN BANK/INSURANS/ SYARIKAT KEWANGAN BERLESEN DAN WANG JAMINAN PELAKSANAAN APABILA PERAKUAN SIAP KERJA DIKELUARKAN.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1999 mengenai Tatacara Penyediaan, Penilaian dan Penerimaan Tender bertarikh 30 Oktober 1999 adalah dirujuk. Mengikut SPP tersebut agensi Kerajaan dibenar memulangkan 50% daripada nilai Bon Perlaksanaan kepada kontraktor sebaik sahaja Perakuan Siap Kerja dikeluarkan.
2. Sehubungan dengan itu apabila menerima pemohonan Kontraktor, Pegawai Penguasa hendaklah menimbangkan pelepasan 50% daripada nilai Bon Pelaksanaan kepada Kontraktor. Sekiranya permohonan kontraktor diluluskan, Pegawai Penguasa hendaklah menyediakan surat kepada Penjamin iaitu Bank/Syarikat Insurans/Syarikat Kewangan Berlesen mengikut format di Lampiran I, memberi pengesahan bahawa jaminan asal akan dikembalikan jika kontraktor mengemukakan jaminan baru bernilai 2.5%
daripada Harga Kontrak bagi meliputi baki 50% daripada nilai bon pelaksanaan.
3. Bagi Bon Pelaksanaan dalam bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan prosedur pemulangan 50%
daripada nilai bon, perakuan hendaklah dikemukakan kepada pejabat pembayar dengan mengemukakan format seperti di Lampiran II.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘CINTAILAH SUNGAI KITA’
Saya yang menurut perintah,
(DATO’ IR HJ. KEIZRUL BIN ABDULLAH) Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.
s.k.: Timbalan Ketua Pengarah I Timbalan Ketua Pengarah II
Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Juruukur Bahan/Pembantu Teknik Ukur Bahan Negeri & Projek Juruukur Bahan Ibu Pejabat
HA/FS/Psdur Pulang 50%BG
Jayakan Perkhidmatan Sempurna
Lampiran I
………..
………..
………..
………..
(Bank/Syarikat Insurans/Syarikat Kewangan Berlesen)
Tuan,
Projek : No. Kontrak : Kontraktor :
Jaminan Bank/Syarikat Insurans/Syarikat Kewangan Berlesen No. :……….
Nilai Bon : RM. ……….
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan sesalinan Perakuan Siap Kerja untuk rujukan tuan.
2. Sehubungan dengan itu Jabatan ini bersetuju untuk melepaskan 50% daripada nilai bon pelaksanaan kepada Kontraktor. Maka dengan ini adalah disahkan bahawa Jaminan asal akan dikembalikan kepada tuan sebaik sahaja pihak tuan mengemukakan satu jaminan bernilai RM ………..bagi meliputi baki 50% daripada nilai bon pelaksanaan. Jaminan baru ini hendaklah berkuatkuasa sehingga
………..(iaitu 12 bulan selepas tarikh tamat tempoh kecacatan).
Sekian, terima kasih.
……….
(Pegawai Penguatkuasa)
s.k. ……….) Sila berurusan dengan Bank/Insuran/
……….) Syarikat Kewangan Berlesen dan seterusnya ……….) kemukakan kepada Pegawai Penguasa jaminan
( (Kontraktor) yang baru.
HA/FS/Lampiran I~ psdur Pulang 50%
Lampiran II PERAKUAN PEMULANGAN WANG JAMINAN PELAKSANAAN
………
………
………
………
Tarikh :………
………
………
………
………
(Pejabat Pembayar)
Nama Kontraktor : Nama Projek :
No Kontrak :
---
* Adalah dimaklumkan bahawa seluruh Kerja yang tersebut di atas telah disiapkan oleh Kontraktor. Bersama-sama ini disertakan sesalinan Perakuan Siap Kerja untuk rujukan tuan. Oleh itu 50% daripada Wang Jaminan Pelaksanaan boleh dipulangkan kepada Kontraktor.
* Adalah dimaklumkan bahawa segala kecacatan dan kerosakan telah disempurnakan oleh Kontraktor. Bersama-sama ini disertakan sesalinan Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan untuk rujukan tuan. Oleh itu baki Wang Jaminan Pelaksanaan boleh dipulangkan kepada Kontraktor.
2. Dengan ini adalah diperakukan supaya Wang Jaminan Pelaksanaan berjumlah RM ……….. dibayar kepada Kontraktor.
………
(Pegawai Penguasa/Wakil Pegawai Penguasa)
• Batalkan yang tidak berkenaan
CATATAN OLEH PEGAWAI YANG MENYEDIAKAN BAUCER Jumlah amaun yang dilepaskan ialah RM.: ………..
(Sesalinan Perakuan hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Pengesyor)
HA/FS/Lampiran I~ psdur Pulang 50%