• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jejak Rasul rekod 2.2 juta penonton

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Jejak Rasul rekod 2.2 juta penonton"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Jejak Rasul rekod 2.2 juta penonton

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - April 24, 2021

Sinematografi memukau menjadi antara kekuatan dokumentari Jejak Rasul yang diterbitkan TV3 sejak 27 tahun lalu. Foto Ihsan TV3

KUALA LUMPUR: Dokumentari Islamik terbitan TV3, Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul mencipta rekod apabila episod keenam edisi ke-27, minggu lalu, ditonton 2.2 juta orang.

Dokumentari ikonik yang menjadi tontonan wajib rakyat Malaysia setiap Ramadan, mencapai 2.2 juta penonton ketika disiarkan antara jam 6.30-petang hingga 7 malam, Sabtu lalu, berdasarkan maklumat Nielsen Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata edisi terbaharu Jejak Rasul mencatat kejayaan memberangsangkan hasil komitmen tinggi kumpulan produksi.

"Alhamdulillah, Jejak Rasul edisi 2021 mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sejak minggu pertama yang merekodkan 1.2 juta penonton bagi episod ketiga.

Terkini, episod keenam mencatatkan 2.2 juta penonton. Walaupun tidak dapat menjalankan penggambaran di Makkah dan Palestin seperti dirancang, saya kagum dengan komitmen dan dedikasi produksi.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Mereka berusaha dan berkarya dengan kreatif dalam menyempurnakan edisi tahun ini," katanya dalam kenyataan.

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya sebagai perantara, Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul membawa kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.

Khairul Anwar berkata, biarpun berdepan sekatan perjalanan ke luar negara akibat pandemik COVID-19, penonton masih dapat menyaksikan naratif dan videografi yang cantik ketika menjejak peninggalan sejarah Islam di Malaysia.

Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul yang diterbitkan bersama Muhamad Amin Yusoff dan Ahmad Fedtri, menjalani penggambaran selama 41 hari di tujuh negeri di Malaysia.

Lokasi Tanah Melayu yang strategik menjadi laluan utama pedagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama.

Episod keenam yang disiarkan pada 18 April lalu mencari jawapan benarkah sebuah wilayah Islam wujud di Melaka sebelum kehadiran Parameswara.

Episod itu juga meninjau apakah benar Kesultanan Melaka terbentuk hasil dakwah alim ulama asing.

Tontoni Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul sebanyak 15 episod tajaan Pharmaniaga Baraka dan Jabatan Muzium Malaysia, setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang di TV3.

Siaran ulangan boleh ditonton di TV9 pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 10.30 malam.

Referensi

Dokumen terkait

Các công ty, nhà thầu dầu khí trong và ngoài nước, Liên doanh Việt - Nga “Vietsovpetro” đã xác lập ĐẶC ĐIỂM TƯỚNG VÀ MÔI TRƯỜNG TRẦM TÍCH OLIGOCENE MUỘN KHU VỰC TÂY BẮC LÔ 09-3/12, BỂ

Amendment of quotation document: At any time prior to the last date of receipt of bids, Institute may for any reason, whether at its own initiative or in response to a clarification