JAT1 atau nama saintifiknya Tectona grandis adalah nama
• umttm bagi spesies pokok kayu keras tropika dan produk lH kayu. Ia berasal dari Asia Selatan dan Tenggara serta banyak I
j didapati di India, Indonesia, Malaysia dan Myanmar. ■■■■■
jJK® Tumbuhan ini adalah pohon kayu bermutu tinggi dan H
f banyak digunakan dalam pelbagai bidang seperti pembuatan I bahan binaan, bahan bakar, perabot, kapal laut, dan kayu WM
lapis. "*v
Atas sebab itu, pelbagai pihak mengambil inisiatif
* untukmewujudkankawasanpenanamanpohonjatibagi^B
> rrrembiakkan lagi tanaman ini dan memastikan bekalan kayu jati dapat dipenuhi di pasaran,
Selain diusahakan, kawasan penanaman tersebut berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan pelanconganH bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali pohon
ini sekali gus dapat menikmati keindahan hutan pohon jati .J
kepad
Headline MANFAAT POHON JATI MediaTitle Sinar Harian
Date 31 Jul 2012 Color Full Color
Section Nasional Circulation 60,000
Page No 25,28,37 Readership 180,000
Language Malay ArticleSize 1888 cm²
Journalist N/A AdValue RM 10,384
Frequency Daily PR Value RM 31,152
APABILA disebut pohon jati, masyarakat umum perlu tahu bahawa ia adalah penyumbang kayu berkualiti di dunia.
Tumbuhan tropika ini sangat terkenal kerana mempunyai hasil kayu yang indah, tahan lama, kalis terhadap serangan makhluk perosak dan cuaca.
Pohon jati juga memiliki pelbagai manfaat pada setiap bahagiannya bermula daripada akar hingga daun bagi kegunaan manusia. Selain itu, ia mampu mewujudkan keadaan ekologi yang sesuai untuk kehidupan fauna dan flora lain.
Tumbuhan berasal dari Myanmar ini sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengguna seluruh dunia dan paling banyak digunakan dalam pembuatan perabot kayu kerana ia mempunyai ketahanan terbaik dan tidak
mudah rosak.
Kepelbagaian potensi pohon itu membuatkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) menubuhkan Stesen Penyelidikan Perhutanan (SPF) Mata Ayer, Perlis pada 1974 bagi memulihara spesies jati di samping menjadi pusat sumber untuk kayukayan bernilai tinggi
ini.
Penyelaras ladang penyelidikan Mata Ayer, Dr Mohd Zaki Abdullah berkata, kirakira 625 hektar kawasan negeri Perlis ditanam dengan pokok jati oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
Menurutnya, pohon jati di Mata Ayer bukan sahaja antara tertua malah ia juga adalah yang pertama sekali ditanam semula daripada baka klon asal di Langkawi yang dibawa pada 1953.
"Apa yang menarik, terdapat sebatang pohon di sini mempunyai saiz perempang sangat besar iaitu 75 sentimeter," katanya pada sesi lawatan media di SPF Mata Ayer, barubaru ini.
SPF Mata Ayer menempatkan pelbagai spesies jati dari dalam dan luar negara.
Lokasi asal pohon jati ini adalah dari
Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan beberapa lokasi di sekitar Semenanjung dan Sabah
Ladang penyelidikan seluas 300 hektar ini terletak di Hutan Simpan Mata Ayer dan dibarisi pokokpokok jati gergasi yang tegak dan besar dengan ada di antaranya mencapai ketinggian 30 meter.
Tawar eko pelancongan
Beliau berkata, pihak Frim sentiasa memantau dan mengukur pertumbuhan kayu keras tropika ini bagi dijadikan rujukan pada masa depan. Kajian yang dijalankan membolehkan jati diklon*
daripada jenis lebih baik termasuk spesies dengan jangka masa matang lebih singkat.
"Selain itu, tapak yang dirizabkan untuk pohon jati bernilai tinggi ini menawarkan pemandangan menarik dan persekitaran nyaman sekali gus
menjadi tumpuan kepada pencinta alam semula jadi di samping memelihara kelestariannya.
"Oleh kerana itu, infrastruktur eko pelancongan juga mula
diperkembangkan dengan lebih rancak di sini untuk membolehkan mereka yang datang ke sini bersantai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini," katanya.
Mohd Zaki berkata, SPF mempunyai baka jati untuk spesies terpilih di mana ia baik untuk kajian atau pun bagi dijual kepada mereka yang mahu menanam
tumbuhan ini.
Menurutnya, pemerhatian turut dijalankan semasa pokok berbunga dan berbuah. Benih jati yang masih berada di atas pokok dikutip untuk semaian dan benih luruh diabaikan kerana ia kurang
sesuai untuk disemai.
"Jarak di antara pokok dalam satu baris adalah tiga meter manakala jarak antara barisan pula adalah empat meter.
Ini akan menggalakkan pohon jati ini tumbuh dengan lurus dan ia antara faktor yang akan meningkatkan nilai pohon jati,"
katanya.
Jana pendapatan lumayan
Beliau berkata, hasil jati menjadi lebih lumayan sekiranya ia ditebang ketika berusia 20 tahun atau lebih kerana
kayunya sesuai digunakan'bagi industri pembuatan perabot dan binaan.
"Jika pohon jati ditebang kurang daripada usia 10 tahun maka corak ira atau grain yang terbentuk di batang kayunya tidak nyata dan menyebabkan hasil jati muda dijual pada harga lebih rendah," katanya.
Ketua Pengarah Frim, Datuk Dr Abdul Latif Mohmod berkata, orang ramai yang berminat untuk mengusahakan penanaman pohon jati ini akan mencatatkan pulangan ekonomi dalam tempoh 20 tahun atau lebih daripada tempoh tersebut.
Menurutnya, penanaman semula pohon jati akan membantu penjagaan alam sekitar dan hasilnya mampu digunakan untuk menjana pendapatan serta meningkatkan status ekonomi masingmasing.
"Pohon hijau yang ditanam menjanjikan penambahbaikan terhadap kesejahteraan hidup di muka bumi ini kerana ia dapat mengurangkan karbon dioksida (Co2) di udara," katanya.
Beliau berkata, SPF Mata Ayer berhasrat untuk menjayakan taman pohon jati ini sehingga ia muncul sebagai ikon pelancongan negeri Perlis.
"Kami juga komited untuk menjadikan stesen ini sebagai Pusat Penyelidikan dan Maklumat Jati terkenal di rantau ini dan dalam masa sama, terus giat mempromosi bidang perhutanan dan eko pelancongan kepada orang ramai," katanya. Bernama
Antara pohon jati yang terdapat di SPF Mata Ayer, Perlis.
Headline MANFAAT POHON JATI MediaTitle Sinar Harian
Date 31 Jul 2012 Color Full Color
Section Nasional Circulation 60,000
Page No 25,28,37 Readership 180,000
Language Malay ArticleSize 1888 cm²
Journalist N/A AdValue RM 10,384
Frequency Daily PR Value RM 31,152
Titian kanopi ini sudah pasti akan menarik kunjungan orang ramai.
Galeri Jati disediakan buat orang ramai untuk mendapatkan maklumat pohon jati.
Abdul Latif (depan, lima, kiri) bersama rombongan wakil media beserta pegawai Frim dan Jabatan Perhutanan Perils.
Headline MANFAAT POHON JATI MediaTitle Sinar Harian
Date 31 Jul 2012 Color Full Color
Section Nasional Circulation 60,000
Page No 25,28,37 Readership 180,000
Language Malay ArticleSize 1888 cm²
Journalist N/A AdValue RM 10,384
Frequency Daily PR Value RM 31,152