• Tidak ada hasil yang ditemukan

JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Malay Language Education Journal

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Malay Language Education Journal"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Malay Language Education Journal

Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu Murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(Malay Vocabulary Mastery of Attention Deficit Hyperactivity Disorder Students)

Siti Noridayu Abd. Nasir1 , Hazlina Abdul Halim2 & Rohaidah Kamaruddin3

1,2,3 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putera Malaysia, 4300 Serdang, Selangor, MALAYSIA.

Koresponden: Siti Noridayu Abd. Nasir, noridayu87_nasir@yahoo.com

ISSN: 2180-4842

Terbitan: Disember, 2022 Volume: 12

Bilangan: 02 Halaman: 135-143 Dihantar pada:

21 Julai 2022 Diterima pada:

01 Oktober 2022

Abstrak: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah masalah gangguan, kecelaruan dan kurangnya fokus dalam aspek pembelajaran. Ia melibatkan penguasaan kosa kata bahasa pertama murid ADHD. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan kosa kata bahasa Melayu melalui visual tentang pekerjaan serta membincangkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan Teori Behaviourisme Skinner. Dua objektif kajian ini dibincangkan secara kualitatif secara mendalam. Responden bagi kajian ini adalah seorang murid lelaki ADHD yang berusia 15 belas tahun.

Sebanyak 20 item kajian tentang jenis pekerjaan yang perlu dijawab oleh responden dengan menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang betul. Item diberikan dalam bentuk visual berwarna dan responden hanya perlu menjawab jenis pekerjaan mengikut visual yang dipaparkan. Dapatan kajian memperlihatkan hanya lapan soalan sahaja dapat dijawab dengan tepat menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang betul. Maka, terdapat 12 item soalan gagal dijawab dengan tepat menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang betul. Hal ini berlaku kerana, penguasaan bahasa Melayu murid ADHD yang tidak sama seperti murid normal pada usia 15 tahun telah menguasai kosa kata bahasa Melayu yang lebih kompleks. Namun begitu, pengaruh penggunaan kosa kata bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dapat dikuasai kerana penggunaan yang berulang kali dalam persekitaran keluarga responden. Aplikasi Teori Behaviourime Skinner dalam penerapan pengukuhan positif dapat memotivasikan penguasaan bagi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu. Namun, pengukuhan negatif memberikan kesan kurangnya keyakinan dalam proses pembelajaran kosa kata bahasa Melayu apabila mendapat teguran kerana memberikan jawapan yang tidak tepat. Kajian ini mencadangkan agar keluarga kepada murid ADHD membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu melalui latihan lisan, visual dan tontonan rancangan yang bersesuaian.

Kata kunci: ADHD, penguasaan bahasa, kosa kata, bahasa Melayu, Teori Behaviourisme B.F. Skinner

Abstract: Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) is a problem of distraction, confusion and lack of focus in aspects of learning. It involves mastering the vocabulary of the ADHD student's first language. Therefore, this study was conducted to identify the mastery of Malay vocabulary through visuals about career and discuss the mastery of Malay vocabulary with Skinner's Theory of Behaviorism. The two objectives of this study are qualitatively discussed in depth. The respondent for this study is a 15-year-old ADHD male student. A total of 20 research items about the type of job that respondents need to answer using the correct Malay vocabulary. Items are given in the form of colored visuals and respondents only have to answer the type of job according to the displayed visuals. The findings of the study show that only eight questions can be answered correctly using the correct Malay vocabulary.

So, there are 12 question items that fail to be answered correctly using the correct Malay vocabulary. This happens because ADHD students' mastery of Malay, which is not the same as normal students at the age of 15, has mastered more complex Malay vocabulary. Nevertheless, the influence of the use of English vocabulary as a second language can be controlled due to repeated use in the respondent's family environment. The application of Skinner's Behaviorime Theory in the application of positive reinforcement can motivate mastery for learning Malay vocabulary. However, negative reinforcement gives the effect of lack of confidence in the process of learning Malay vocabulary when reprimanded for giving incorrect answers. This study suggests that the families of ADHD students help improve the mastery of Malay vocabulary through oral, visual training and watching appropriate shows.

Keywords: ADHD, language mastery, vocabulary, Malay language, Behaviorism Theory by B.F. Skinner

(2)

PENGENALAN

Bahasa menjadi alat komunikasi terpenting dalam kehidupan harian manusia. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa mempengaruhi komunikasi dengan ketepatan maklumat yang disampaikan. Okarisma Mailani et al. (2022) menjelaskan alat komunikasi terbaik dan paling berkesan dalam kehidupan masyarakat ialah bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Tanpa komunikasi yang melibatkan bahasa maka maklumat dalam bentuk lisan atau bertulis gagal disampaikan dengan baik. Ia menyebabkan berlakunya salah faham dan maklumat penting gagal disampaikan. Namun begitu, bahasa hanya dapat digunakan dengan baik jika seseorang individu memperoleh dan menguasai bahasa dengan baik.

Lazimnya, pemerolehan bahasa permulaan seorang bayi ialah bahasa pertama yang diujarkan oleh ibu bapa serta orang sekelilingnya. Kepentingan bahasa bermula daripada peringkat bayi hingga dewasa. Muhammad Firdaus et al. (2021) menegaskan bahasa adalah kompenen dalam proses penyampaian mesej kerana bahasa menjadi medium untuk menyampaikan makna sesuatu mesej kerana bahasa menjadi medium untuk menyampaikan makna sesuatu mesej yang diingini.

Oleh itu, kosa kata merupakan item utama dalam penguasaan bahasa seseorang. Malah, penguaaan kosa kata bahasa pertama penting kepada murid yang mengalami masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Walau bagaimanapun, murid ADHD tergolong dalam murid berkeperluan khas yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran. Namun begitu, pendidikan yang baik perlu dikuasai oleh murid normal dan berkeperluan khas di Malaysia. Hazlin dan Khairul Farhah (2021) menjelaskan dalam pendidikan antarabangsa keutamaan dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan membawa maksud semua murid termasuk murid berkeperluan khas perlu diberikan hak untuk belajar serta bermain seperti murid lain. I Made Sudarma et al.

(2021) menegaskan bahawa ADHD ialah kanak-kanak yang mengalami masalah dalam memberikan fokus dan perhatian, keadaan ini dikenali sebagai hiperaktif.

Kanak-kanak ADHD mengalami masalah dalam komunikasi melibatkan bahasa pertama mereka.

Penguasaan bahasa Melayu penting dalam urusan seharian dalam perkara melibatkan akademik atau kelancaran kehidupan. Nur Syamira dan Harun (2021) menegaskan bahawa seorang murid yang menghadapi masalah pembelajaran tidak mampu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan baik terutama dalam aspek kemahiran asas seperti membaca. Syamira dan Harun (2021) menambah lagi masalah tersebut berlaku apabila murid itu memiliki tahap kemampuan membawa yang lebih rendah daripada tahap jangkaan usia yang sepatutnya.

Di Malaysia pengguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada murid berkeperluan khas berbangsa Melayu perlu diaplikasikan dalam kehidupan harian. Mohd Sohaimi et al. (2021) menegaskan bahawa dari segi sejarah, terbukti bahasa Melayu melalui proses yang rumit untuk diketengahkan sebagai bahasa kebangsaan. Mohd Sohaimi et al. (2021) menambah lagi bahawa bahasa Melayu amat besar peranannya sebagai identiti rakyat dan negara yang berdaulat. Nurhijrah et al. (2019) menjelaskan jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Nurhijrah et al. (2019) menambah lagi, pelajar yang mengikuti pembelajaran di institusi pendidikan di negara ini wajib mempelajari bahasa kebangsaan kerana bahasa Melayu adalah bahasa pengantar dan digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kecuali di sekolah jenis kebangsaan. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia begitu penting kepada semua murid. Malah, ia melibatkan murid berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti murid ADHD.

SOROTAN KAJIAN

Kajian lepas dianalisis dengan melihat objektif kajian, metodologi kajian dan dapatan kajian yang mempunyai kaitan dengan penguasaan kosa kata bahasa Melayu Murid ADHD. Oleh yang demikian, kajian lepas tentang kanak-kanak ADHD, kosa kata bahasa Melayu, penguasaan bahasa dan Teori Behaviourisme Skinner dibincangkan. Mohd Arshad dan Mohd Firdaus (2020) menjalankan kajian berkaitan intervensi inklusif sukan terhadap murid yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan ADHD. Kajian kes ini dijalankan secara pemerhatian dan mencatat sebagai kaedah pengumpulan data kajian. Responden adalah seorang murid ADHD yang merupakan atlit pelapis untuk acara sukan balapan padang bagi kategori murid berkeperluan khas. Hasil kajian menunjukkan intervensi inklusif sukan dapat mengurangkan tingkah laku negatif murid ADHD dan boleh menjadi alternatif dalam rawatan yang tidak melibatkan ubatan kimia. Malah, intervensi melalui sukan lebih harmonis tanpa kesan sampingan dan mempunyai matlamat dalam konsep Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Selfia Darmawati dan Nuryani (2020) menjalankan kajian tentang perkembangan bahasa pragmatik pada kanak-kanak ADHD melalui penelitian neurolinguistik. Kajian dijalankan dengan tujuan mendeskripsikan perkembangan pragmatik pada kanak- kanak ADHD. Hal ini kerana, salah satu masalah kanak-kanak ADHD adalah pragmatik dalam penggunaan bahasa. Teori neurolinguistik diaplikasikan bagi meneliti hubungan antara bahasa dan otak kanak- kanak ADHD. Dapatan kajian memperlihatkan kanak-

(3)

kanak ADHD tidak dapat bertahan dengan sesuatu percakapan kerana mudah kehilangan fokus dalam komunikasi mereka. Malah, kanak-kanak ADHD mengalami masalah dalam merumuskan ujaran mereka kesan dari sikap yang terburu-buru.

Ahmad Zulfadhli et al. (2021) menjalankan kajian tentang manfaat pinjaman kosa kata bahasa Melayu dari bahasa Arab terhadap pelajar yang mempelajari bahasa Arab. Tujuan kajian dijalankan bagi melihat manfaat bahasa pinjaman (bahasa Arab) dalam bahasa Melayu.

Malah, ia bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kosa kata bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab. Hasil dapatan kajian memperlihatkan pinjaman kosa kata bahasa Melayu memberikan banyak manfaat kepada pelajar dalam memahami kosa kata bahasa Arab. Oleh itu, dapatan ini menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada pelajar bahasa Arab membantu mereka mempelajari kosa kata bahasa Arab dengan lebih mudah. Mohamad Rozi (2021) menjalankan kajian tentang kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu Purba melalui analisis perbandingan kosa kata dasar. Kajian dijalankan bagi membandingkan kosa kata dasar dan menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa Jakun dan bahasa Melayu purba. Teori Leksikostatik yang dicadangkan oleh Swadesh 1955 diaplikasikan dalam analisis 200 koa kata dasar. Dapatan kajian memperlihatkan hubungan bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba adalah pada peringkat keluarga bahasa sahaja. Malah, kajian mendapati bahasa Jakun tidak meminjam bahasa Melayu tetapi menjadi salah satu cabang daripada bahasa induk dalam bahasa Melayu purba.

Savitry dan Norasmah (2022) menjalankan kajian tentang tahap penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi mata pelajaran Perniagaan kepada murid bukan Melayu. Kajian dijalankan dengan tujuan meneliti hubungan penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi subjek Perniagaan murid bukan Melayu dengan menggunakan pendekatan kualitatif.

Oleh itu, seramai enam orang guru terlibat sebagai responden kajian melalui temu bual. Dapatan kajian memperlihatkan wujudnya hubungan positif antara penguasaan bahasa Melayu murid dengan pencalaian prestasi mata pelajaran Perniagaan. Malah, kelemahan dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan bertutur dalam kalangan murid bukan Melayu memberikan kesan dalam pencapaian prestasi akademik mereka. Khairul Madihah et al. (2021) menjalankan kajian tentang punca kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar yang menggunakan bahasa kedua. Tujuan kajian dijalankan bagi menjelaskan hasil analisis penguasaan bahasa Melayu 30 orang pelajar Cina dan India di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu responden. Antaranya, faktor sikap, bahasa ibunda,

keluarga dan rakan sebaya. Oleh itu, faktor tersebut telah memberikan kesan terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembelajaran yang melibatkan kemahiran membaca dan menulis.

Kiki Melita Andriani et al. (2022) menjalankan kajian tentang penerapan Teori Behaviourisme B.F.

Skinner dalam pembelajaran dengan menganalisis artikel jurnal SINTA bermula tahun 2014 hingga 2020.

Kajian dijalankan dengan tujuan menganalisis lima artikel jurnal dalam aplikasi Teori Behaviourisme B.F.

Skinner. Dapatan kajian memperlihatkan lima artikel jurnal tersebut memiliki tema yang diperdebatkan mengenai teori pembelajaran B. F. Skinner tetapi mempunyai fokus yang berbeza. Batasan dalam pemikiran B.F. Skinner dibandingkan dengan tokoh lain dalam aspek pemikiran pendidikan. Perbandingan itu melibatkan penelitian Rifon Zaini tentang pemikiran B.F.Skinner tentang pembelajaran, penelitian Kris Setyaningsih tentang pemikiran pendidikan antara Al- Ghazali dan B.F.Skinner dengan Ahmad Minan Zuhri tentang hukuman dalam pendidikan serta perbandingan pemikiran Abdullah Nasih ‘Ulwan dengan B.F.Skinner.

Nurhidayah Fitriyani et al. (2021) menjalankan kajian berkaitan konsep hukuman dalam pendidikan melalui perbandingan pemikiran B.F. Skinner dan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid.

Oleh demikian, kajian dijalankan untuk meneliti, mengkaji dan mengetahui dengan lebih lanjut konsep hukuman oleh dua tokoh. Oleh itu, kajian ini bertujuan membandingkan konsep hukuman oleh B.F. Skinner dan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid dengan melihat persamaan dan perbezaannya. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua teori memperdebatkan tentang hukuman dalam membentuk konsep pemikiran. Selain itu, terdapat perbezaan dari segi isi pemikiran dan persamaan dalam perkara asas tentang kesan serta teori.

PERNYATAAN MASALAH

Nora’Azian dan Nurul Jamilah (2022) menjelaskan bahawa penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur (lisan) dalam bahasa Melayu merupakan masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

Oleh itu, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Malaysia merangkumi PdP di Malaysia.

Keperluan kemahiran dalam bahasa Melayu perlu dikuasai dengan baik oleh semua murid. Murid ADHD dalam kategori berkeperluan khas juga tidak terkecuali untuk menguasai kemahiran bahasa Melayu. Namun begitu, kemahiran dalam menguasai bahasa Melayu berlaku kekangan kepada murid yang mengalami masalah ADHD kerana mereka cenderung mengalami masalah dalam komunikasi yang melibatkan bahasa.

Hal ini kerana, murid ADHD lazimnya memiliki tahap fokus yang rendah dalam proses pembelajaran dan menyebabkan penguasaan bahasa Melayu gagal ditaakul dengan baik.

(4)

Rati Mei Ningrum et al. (2022) menjelaskan bahawa gangguan fokus atau perhatian dan hiperaktif adalah keadaan gangguan mental yang lazimnya terjadi kepada kanak-kanak yang boleh berkekalan hingga dewasa. Masalah ini melibatkan aspek neuro atau otak murid ADHD yang dikaitkan dengan gangguan mental mereka. Penyampaian maklumat melibatkan bahasa yang didengari dan disampaikan ke otak yang membolehkan manusia membuat sesuatu kepututusan apabila mendapat maklumat lisan tersebut. Namun begitu, murid ADHD tidak dapat membuat keputusan apabila mendapat maklumat melalui lisan daripada orang sekeliling mereka. Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa pertama yang lazimnya digunakan sejak bayi tetapi murid ADHD tidak mendapat bahasa dengan baik kerana fokus yang terhad.

Dayang Julida dan Muhd Izwan (2021) menjelaskan bahawa masalah tingkah laku bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid di aliran perdana sahaja, malah turut berlaku pada murid bermasalah pembelajaran terutamanya murid ADHD. Oleh yang demikian, masalah ADHD telah menjejaskan pembelajaran bahasa mereka di sekolah dan rumah. Ida Puteri 2021) menegaskan bahawa guru yang mengajar murid berkeperluan khas sememangnya berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya ialah apabila murid kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri yang rendah. Malah, murid ADHD mengalami masalah tingkah laku apabila berada di dalam kelas. Gita Indriana Lestari dan Izzatin Kamala (2020) menegaskan bahawa sikap murid hiperaktif sering mengganggu rakan sekelas, tidak mahu diuruskan, bersikap ego, kerap meninggalkan tempat duduk semasa proses pembelajaran, hanya berminat melakukan tugas di sekolah yang disukai sahaja, bersikap malas dan manja.

Kesimpulannya, melalui permasalahan kajian yang telah diutarakan oleh penyelidik lepas jelas menunjukkan kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Malah, kepentingan penguasaan bahasa Melayu melibatkan murid ADHD dalam kategori OKU masalah pembelajaran. Tambahan lagi, murid ADHD mengalami masalah melibatkan sistem neuro yang menjejaskan proses pemerolehan bahasa Melayu mereka. Walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa pertama murid ADHD, tetapi penguasaan bahasa Melayu baku dalam pembelajaran di sekolah tidak dapat dikuasai seiring usia mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyenaraikan penguasaan kosa kata bahasa Melayu melalui visual tentang pekerjaan.

2. Membincangkan penguasaan bahasa Melayu dengan aplikasi pengukuhan positif dan negatif dalam Teori Behaviourisme B.F. Skinner.

METODOLOGI

Penelitian kajian tentang penguasaan kosa kata bahasa Melayu murid Attention Deficit Hyperactivity Disoder (ADHD) adalah kajian berbentuk in-depth-study yang memberikan fokus kepada seorang responden kajian.

Ang Kean Hua (2016) menjelaskan temu ramah secara mendalam selalunya berlaku antara dua orang sahaja seperti melibatkan seorang penyelidik dan seorang responden kajian. Malah, ia merupakan kajian kualitatif yang meneliti secara mendalam menggunakan item kajian dengan dapatan yang diperoleh.

Responden merupakan seorang murid lelaki tingkatan tiga yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Syed Saffi, Perlis. Responden dan keluarganya menetap di Sungai Padang, Perlis yang menggunakan dialek utara negeri Perlis dalam komunikasi harian mereka. Justifikasi pemilihan responden kerana penghidap ADHD yang terhad di negeri Perlis. Malah, responden merupakan salah seorang murid ADHD yang mengalami masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam penulisan. Namun begitu, responden dapat berkomunikasi menggunakan dialek negeri Perlis dan melakukan tugas harian secara praktikal dengan baik. Selain itu, murid ADHD menunjukkan simptom yang berbeza antara setiap individu. Sikap mereka dipengaruhi oleh persekitaran dan tahap fokus yang berbeza.

Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang menggunakan bahan ilmiah melibatkan kertas seminar, artikel jurnal, bab dalam buku, buku dan artikel majalah yang berkaitan kajian ini. Bahan kajian bertulis yang mempunyai kesahan penyelidikan akademik dianalisis dan dijadikan rujukan utama kajian. Item kajian adalah 20 keping visual berwarna yang merujuk kepada kerjaya atau pekerjaan. Pemilihan item kajian berdasarkan kemampuan penguasaan yang dimiliki oleh responden melalui pengesahan oleh penjaga tentang tahap pengetahuan responden. Oleh yang demikian, sebanyak 20 soalan perlu dijawab oleh responden kajian tentang kerjaya yang terdapat di dunia. Sebelum menjalankan kajian, penyelidik terlebih dahulu berbincang bersama penjaga responden tentang kosa kata yang telah dipelajari oleh responden secara formal.

Penyelidik menyediakan kertas catatan bagi melihat sejauh mana kemampuan penguasaan kosa kata tentang aspek kerjaya yang dimiliki oleh responden.

Bagi melengkapkan proses analisis data kajian, catatan dilakukan apabila responden memberikan jawapan tentang penguasaan kosa kata yang dimiliki.

Bagi menjawab objektif kajian pertama terdapat 20 soalan perlu dijawab dan penyelidik mencatatkan sama ada jawapan betul atau salah. Kemudian, bagi melengkapkan objektif kajian kedua pula catatan dilakukan dengan menggunakan teori kajian ini. Oleh itu, Teori Behaviourisme Skinner diaplikasikan dengan penerapan pengukuhan positif dan negatif. Oleh itu, pengukuhan positif merujuk kepada pujian atau kata-

(5)

kata motivasi yang diberikan setiap kali responden memberikan jawapan yang betul. Pengukuhan negatif pula diaplikasikan apabila responden memberikan jawapan salah dengan memberikan nasihat dan membetulkan jawapan yang salah. Kedua- dua pengukuhan yang diterapkan dalam Teori Behaviourisme Skinner diaplikasikan sepanjang proses penyelidikan dijalankan. Ia bagi melihat sama ada pengukuhan positif dan negatif dapat memberikan kesan terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertama responden kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan data kajian melalui 20 item visual tentang pekerjaan dicatatkan maka ia dipecahkan kepada dua objektif kajian. Senarai pekerjaan merupakan kerjaya yang wujud di Malaysia dan diketahui oleh responden.

Malah, item kajian hanya melibatkan tentang bidang kerjaya yang pernah dipelajari oleh responden di sekolah. Hal ini demikian kerana, usia responden adalah 15 tahun dan telah mempelajari tentang jenis-jenis pekerjaan. Item kajian ini adalah dalam kosa kata bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertama responden kajian.

Menyenaraikan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu Melalui Visual Tentang Pekerjaan

Bidang pekerjaan merupakan item yang dikenali oleh kebanyakan individu. Hal ini kerana, penerapan tentang cita-cita seseorang murid sekolah lazimnya diperkenalkan sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Nurul Farhana dan Mohd Izwan (2021) menjelaskan bimbingan kerjaya bermula di rumah dan berakhir di rumah. Malah, Nurul Farhana dan Mohd Izwan (2021) menegaskan bahawa ibu bapa merupakan individu yang bersama anak-anak sebelum mereka memulakan alam persekolahan. Selain itu, pendedahan tentang jenis kerjaya di dunia tidak terbatas untuk diketahui dengan jelas oleh murid berkeperluan khas. Ia bagi meningkatkan pemerolehan kosa kata bahasa Melayu murid berkeperluan khas. Hal ini kerana, tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu yang baik daripada pemeroleh bahasa yang dipelajari secara formal atau tidak formal. Oleh yang demikian, 20 item soalan ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kosa kata bahasa Melayu responden yang menghidapi ADHD.

JADUAL1: Jawapan responden tentang pekerjaan dalam kosa kata bahasa Melayu

Bil. Senarai Pekerjaan

Jawapan Responden

Betul/

Salah

Catatan

1 Guru Cikgu Betul Penggunaan istilah sama makna.

2 Polis Polis Betul Jawapan tepat.

3 Askar Askar Betul Jawapan tepat.

4 Doktor Doktor Betul Jawapan tepat.

5 Jururawat Misi Salah Penggunaan istilah sebutan dialek Perlis.

6 Juruterbang Bawak kapai terbang

Salah Penerangan tentang tugas/

perbuatan juruterbang.

7 Posmen Posmen Betul Jawapan tepat.

8 Tukang Masak

Tukang

goreng Salah Penggunaan sebutan dialek Perlis pada perkataan goreng.

9 Petani Orang buat

bendang Salah Definisi tentang pekerjaan petani.

10 Bomba Bomba Betul Jawapan tepat.

11 Arkitek Orang lukih kot

Salah Penggunaan dialek Perlis dan penerangan tentang pekerjaan arkitek.

12 Nelayan Nelayan Betul Jawapan tepat.

13 Penyanyi Penyanyi Betul Jawapan tepat.

14 Peguam Tat tau Salah Penggunaan dialek Perlis menyatakan tidak tahu.

15 Pengawal

Keselamatan Guard Salah Penggunaan istilah bahasa Inggeris.

16 Wartawan Baca berita Salah Penerangan tentang tugas wartawan.

17 Jurutera Tat tau Salah Penggunaan dialek Perlis menyatakan tidak tahu.

18 Mekanik Pomen Salah Penggunaan istilah sebutan dalam dialek Perlis.

19 Tukang

Jahit Jait baju Salah Penggunaan istilah dialek Perlis bagi perkataan jait.

20 Angkasawan Orang naik bulan

Salah Penerangan tentang tugas dalam kerjaya angkasawan.

(6)

Dalam Jadual 1 menunjukkan hanya lapan item soalan atau kosa kata bahasa Melayu sahaja yang dapat dijawab dengan betul dan tepat oleh responden dalam sesi penyelidikan. Malah, terdapat 12 kosa kata bahasa Melayu tentang pekerjaan gagal dijawab dengan tepat oleh responden kajian. Walau bagaimanapun, responden memahami tentang pekerjaan dalam item soalan, tetapi tidak mengetahui dengan jelas istilah formal yang digunakan dalam kosa kata bahasa Melayu.

Bagi item soalan pertama ialah guru yang dapat dijawab dengan betul walaupun jawapan diberikan adalah cikgu kerana istilah formal kosa kata bahasa Melayu standard juga boleh menggunakan istilah cikgu bagi guru.

Kedua, item soalan polis juga dapat dijawab dengan tepat. Begitu juga item soalan askar dan doktor yang dapat dijawab dengan kosa kata bahasa Melayu dengan tepat.

Namun begitu, bagi jawapan untuk item soalan kelima adalah jururawat adalah kosa kata bahasa Melayu standard tetapi dijawab dalam dialek utara yang disebut sebagai misi. Kosa kata misi diperoleh daripada ahli keluarga responden yang menyebut misi yang merujuk kepada jururawat. Dalam item kosa kata bahasa Melayu bagi juruterbang juga gagal dijawab dengan baik dan responden memberikan jawapan dalam dialek utara bawak kapai terbang yang menunjukkan responden faham pada pekerjaan tersebut tetapi tidak mengetahui dengan jelas istilah dalam kosa kata bahasa Melayu standard. Item soalan untuk kosa kata posmen dapat dijawab dengan tepat kerana responden telah terbiasa menggunakan kosa kata tersebut.

Seterusnya, kosa kata bahasa Melayu untuk tukang masak dijawab sebagai tukang goreng yang merujuk kepada penggunaan dialek utara. Walau bagaimanapun, responden memahami tugas tukang masak tetapi tidak mengetahui dengan begitu jelas istilah kosa kata bahasa Melayu standard. Bagi kosa kata petani juga tidak dapat dijawab dengan betul kerana responden hanya mengetahui petani adalah individu yang mengerjakan sawah seperti yang sering dilihat responden di kampungnya. Oleh yang demikian, responden memberikan jawapan dengan menggunakan dialek utara sebagai orang buat bendang. Bagi kosa kata bomba jawapan yang diberikan tepat kerana responden sering menyebut dengan betul kosa kata bomba. Kosa kata bahasa Melayu untuk arkitek hanya dapat dijawab dengan menggunakan dialek sebagai orang lukih kot. Penggunaan dialek bagi orang lukih kot merujuk kepada gambar seseorang yang memegang kertas pelan binaan yang menunjukkan responden tahu apa yang disampaikan visual tetapi gagal mengetahui dengan jelas istilah yang betul.

Kemudian, kosa kata bahasa Melayu untuk nelayan dapat dijawab dengan baik kerana menggunakan kosa kata yang betul secara berulang kali.

Bagi kosa kata penyanyi juga dijawab dengan tepat kerana responden jelas dengan penggunaannya. Namun begitu, bagi kosa kata peguam pula ia gagal dijawab

dengan baik kerana responden benar-benar tidak mengetahui tentang istilah kosa kata bahasa Melayu tentang sebutan pekerjaan peguam. Dalam kosa kata bahasa Melayu untuk pengawal keselamatan pula disebut dalam istilah bahasa Inggeris sebagai guard.

Hal ini kerana, ahli keluarga responden menggunakan istilah guard yang merujuk kepada pengawal keselamatan. Oleh yang demikian, kebiasaan penggunaan kosa kata bahasa Inggeris sebagai guard menyebabkan responden tidak mengetahui dengan jelas kosa kata bagi pengawal keselamatan dalam bahasa Melayu standard.

Selanjutnya, kosa kata bagi wartawan dijawab dengan penggunaan dialek sebagai baca berita yang merujuk kepada tugas seorang wartawan yang diketahui oleh responden. Namun begitu, kosa kata wartawan tidak dapat dijawab dengan tepat kerana tidak mengetahui dengan jelas istilah kosa kata dalam bahasa Melayu standard. Bagi kosa kata jurutera pula tidak diketahui dan hanya dapat dijawab dengan menggunakan dialek tat tau yang merujuk bahawa responden benar-benar tidak mengetahui tentang pekerjaan tersebut. Jawapan untuk kosa kata bahasa Melayu mekanik dijawab dengan penggunaan dialek utara sebagai pomen. Pekerjaan mekanik disebut sebagai pomen di negeri Perlis yang sering disebut secara berulang kali oleh responden.

Selepas itu, dalam kosa kata bahasa Melayu untuk tukang jahit dijawab sebagai jait baju yang menggunakan dialek utara dan merujuk kepada tugas seorang tukang jahit. Oleh yang demikian, kosa kata bahasa Melayu bagi tukang jahit tidak dapat diberikan dengan betul oleh responden. Akhir sekali, kosa kata bahasa Melayu angkasawan yang hanya dapat dijawab dalam dialek utara sebagai orang naik bulan yang merujuk kepada tindakan naik ke bulan tetapi tidak memberikan jawapan dalam kosa kata bahasa Melayu yang tepat. Namun begitu, responden mengetahui bahawa tindakan yang berlaku kepada angkasawan yang menggunakan roket untuk ke bulan. Oleh yang demikian, daripada dapatan menunjukkan responden masih lemah dalam menguasai kosa kata bahasa Melayu yang melibatkan nama pekerjaan.

Membincangkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Melayu dengan Teori Behaviourisme Skinner

Teori Behaviourisme Skinner diaplikasikan semasa proses mendapatkan data. Penetapan peneguhan positif secara memuji dapat membantu memberikan motivasi kepada responden kajian. Siti Fauziah et al. (2020) menjelaskan bahawa pemberian peneguhan positif dapat dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

Walaupun terdapat dua pilihan dalam peneguhan positif tetapi pujian dipilih sebagai ganjaran kerana lebih emosi murid berusia 15 tahun lebih berfokus kepada kata-kata dan layanan terhadap mereka.

(7)

JADUAL 2: Tindakan responden melalui aplikasi pengukuhan positif dan negatif

Bil Senarai Pekerjaan

Betul/

Salah

Pengukuhan Teori

Tindakan Penyelidik

Tindakan Responden 1 Guru Betul Positif Memuji Senyum dan

bersemangat 2 Polis Betul Positif Memuji Senyum dan bersemangat 3 Askar Betul Positif Memuji Senyum dan bersemangat 4 Doktor Betul Positif Memuji Senyum dan bersemangat 5 Jururawat Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Wajah keliru dan berfikir lama 6 Juruter-

bang

Salah Negatif Menegur dan membetulkan jawapan

Teragak-agak memberikan jawapan 7 Posmen Betul Positif Memuji Senyum dan

bersemangat 8 Tukang

Masak

Salah Negatif Menegur dan membetulkan jawapan

Teragak-agak memberikan jawapan 9 Petani Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Teragak-agak memberikan jawapan 10 Bomba Betul Positif Memuji Senyum dan

bersemangat 11 Arkitek Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Teragak-agak memberikan jawapan 12 Nelayan Betul Positif Memuji Senyum dan

bersemangat 13 Penyanyi Betul Positif Memuji Senyum dan bersemangat 14 Peguam Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Wajah keliru dan berfikir lama 15 Pengawal

Kesela- matan

Salah Negatif Menegur dan membetulkan jawapan

Senyum dan bersemangat 16 Wartawan Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Wajah keliru dan berfikir lama 17 Jurutera Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Teragak-agak memberikan jawapan 18 Mekanik Salah Negatif Menegur dan

membetulkan jawapan

Wajah keliru dan berfikir lama 19 Tukang

Jahit

Salah Negatif Menegur dan membetulkan jawapan

Wajah keliru dan berfikir lama 20 Angkasa

wan

Salah Negatif Menegur dan membetulkan jawapan

Teragak-agak memberikan jawapan Jadual 2 menunjukkan peneguhan positif sebanyak lapan kali melibatkan kosa kata bahasa Melayu yang dijawab tepat (cikgu, polis, askar, doktor, posmen, bomba, nelayan dan petani) memberikan semangat dan senyuman gembira kepada responden.

Hal ini menunjukkan bahawa peneguhan positif berpotensi memberikan galakkan untuk meningkatkan proses penguasaan kosa kata bahasa Melayu kepada

responden kajian. Pujian merupakan ganjaran dalam bentuk sokongan emosi kepada seseorang untuk menjadikannya motivasi yang baik dalam proses pembelajaran.

Teori Behaviourisme Skinner diaplikasikan semasa proses mendapatkan data. Penetapan peneguhan positif secara memuji dapat membantu memberikan motivasi kepada responden kajian. Siti Fauziah et al.

(2020) menjelaskan bahawa pemberian peneguhan positif dapat dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Walaupun terdapat dua pilihan dalam peneguhan positif tetapi pujian dipilih sebagai ganjaran kerana lebih emosi murid berusia 15 tahun lebih berfokus kepada kata-kata dan layanan terhadap mereka. Jadual 2 menunjukkan peneguhan positif sebanyak lapan kali melibatkan kosa kata bahasa Melayu yang dijawab tepat (cikgu, polis, askar, doktor, posmen, bomba, nelayan dan petani) memberikan semangat dan senyuman gembira kepada responden. Hal ini menunjukkan bahawa peneguhan positif berpotensi memberikan galakkan untuk meningkatkan proses penguasaan kosa kata bahasa Melayu kepada responden kajian. Pujian merupakan ganjaran dalam bentuk sokongan emosi kepada seseorang untuk menjadikannya motivasi yang baik dalam proses pembelajaran.

Dalam peneguhan negatif pula bagi kajian ini menggunakan kaedah teguran kepada pembetulan jawapan yang betul. Ia digunakan bertujuan memberikan pendedahan tentang kosa kata bahasa Melayu yang tepat supaya responden tidak mengulangi penggunaan kosa kata yang salah atau tidak tahu tentang kosa kata yang betul. Aspek tingkah laku semasa diberikan peneguhan juga dicatat oleh penyelidik bagi melihat tindakan responden apabila dipuji dan ditegur. Tiong Siu Ing dan Mohd Khairi (2022) menegaskan tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai. Tingkah laku merupakan elemen dalam psikologi manusia yang bertindak dengan pemerolehan serta penguasaan kosa kata dalam sesuatu bahasa. Agus Riyan Oktori dan Yandi Hafizallah (2021) menjelaskan keadaan dalam proses interaksi sosial tidak hanya memberikan kesan dalam proses emosi malah melibatkan persekitaran manusia.

Oleh yang demikian, dalam peneguhan negatif menunjukkan berlaku dua situasi kepada responden apabila ditegur dan diberikan jawapan dalam kosa kata bahasa Melayu yang betul. Responden menunjukkan tingkah laku dengan wajah yang keliru serta mengambil masa seperti sedang berfikir panjang dalam memberikan jawapan. Hal ini berlaku dalam jawapan untuk kosa kata bahasa Melayu yang dijawab salah bagi (jururawat, peguam, wartawan, mekanik dan tukang jahit). Ia berlaku kerana responden tidak mengetahui dengan jelas kosa kata bahasa Melayu yang tepat dan menurunkan kadar keyakinan untuk menjawab. Begitu

(8)

juga bagi tingkah laku teragak-agak untuk memberikan jawapan bagi kosa kata bahasa Melayu (juruterbang, tukang masak, petani, arkitek, jurutera dan angkasawan). Redsponden teragak-agak kerana tidak mempunyai jawapan yang pasti dalam kosa kata bahasa Melayu.

Namun begitu, bagi jawapan pengawal keselamatan menunjukkan respoden berkeyakinan walaupun diberikan dalam kosa kata bahasa Inggeris guard kerana mengetahui dengan jelas istilah yang digunakan adalah betul. Hal ini kerana, murid ADHD tidak mengingat dengan jelas arahan untuk menjawab dalam kosa kata bahasa Melayu. Penghidap ADHD lazimnya gagal mengingat arahan dan memahami arahan dengan baik kerana tahap fokus yang rendah dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, aplikasi pengukuhan positif dapat memotivasikan emosi murid ADHD. Manakala, pengukuhan negatif menurunkan keyakinan ketika menjawab soalan kepada murid ADHD. Walau bagaimanapun, pengukuhan negatif dilaksanakan bagi memberikan pendidikan kepada murid ADHD untuk belajar kosa kata bahasa Melayu yang betul.

KESIMPULAN

Penguasaan kosa kata bahasa Melayu mengenai pekerjaan masih lagi berada pada tahap yang lemah.

Hal ini kerana, penggunaan dialek utara (Perlis) dalam komunikasi harian memberikan pengaruh dalam proses mengingat dan mendapatkan bahasa kepada murid ADHD. Malah, latar belakang keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar mempengaruhi responden untuk menggunakan kosa kata yang tidak formal. Melvin dan Shahlan (2020) menjelaskan ibu bapa merupakan elemen yang ditekankan dari segi penglibatan dan penyertaan dalam pembelajaran malahan juga dari segi sokongan bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013).

Aplikasi dalam Teori Behaviourime B.F. Skinner yang menerapkan pengukuhan positif dan negatif mempunyai impak kepada emosi ADHD. Hal ini kerana, motivasi meningkatkan semangat serta keyakinan kepada murid ADHD kerana berjaya menjawab soalan dengan baik. Nor Aroma et al. (2021) menjelaskan bahawa motivasi merupakan perkara yang penting dalam pencapaian seseorang murid dengan aktiviti belajar. Oleh yang demikian, pentingnya motivasi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid ADHD, manakala pengukuhan negatif bertujuan memberikan didikan yang betul dan tidak bertujuan dijadikan hukuman secara emosi. Namun begitu, bagi murid ADHD teguran berbentuk didikan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan untuk menjawab dengan baik.

RUJUKAN

Agus Riyan Oktori & Yandi Hafizallah. (2021).

Pandemik Covid-19: Perilaku manusia, dan psikologi sosial, suatu tinjauan teoritis. Counselle, 1 (2) Dec., 152-166.

Ahmad Zulfadhli Nokman, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Azman Che Mat, Nor Shaifura Musilehat

& Ahmad Arifin Sapar. (2021). Manfaat pinjaman kosa kata bahasa Melayu dari bahasa Arab terhadap pelajar bahasa Arab. International Journal of West Asian Studies, 13, 209-219.

Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu kajian kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 17-23.

Dayang Julida Abang Tar & Muhd Izwan Mahmud.

(2021). Minat, tingkah laku distruptif dan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (4), 49-64.

Gita Indriana Lestari & Izzatin Kamala. (2020).

Gambaran perilaku anak hiperaktif pada Siswa Kelas I Sd Negeri Ii Demak Ijo. Elementary School, 7 (2) Julai, 225-232.

Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021).

Pelaksanaan pedagogi inklusif bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (2), 197-210.

Ida Puteri Mahsan. (2021). Ekspresi seni dan komunikasi visual murid berkeperluan khas dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10 (1), 41-54.

I Made Sudarma Adiputra, Ni Luh Ayu Yustikarini, Istri Dalem Hana Yundari, Ni Wayan Trisnadewi

& Ni Putu Wiwik Oktaviani. (2021). Persepsi guru paud tentang Attention Deficit Hyperactivity Disorder pada anak usia prasekolah (3-6 Tahun).

Jurnal Akademika Baiturrahim Jambi, 10 (1), 9- 21.

Khairul Madihah Mansor, Nur Farahkhanna Mohd.

Rusli & Norazimah Zakaria. (2021). Analisis punca kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Prosiding Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu, hlm. 181-190. Anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, pada 13-14 September 2021.

Kiki Melita Andriani, Maemonah & Rz. Ricky Satria Wiranata. (2022). Penerapan Teori Belajar Behavioristik B. F. Skinner dalam Pembelajaran:

Studi analisis terhadap artikel jurnal terindeks sinta tahun 2014-2020. Jurnal SALIHA, 5 (1) Januari, 78-91.

Melvin Anak Maxwell & Shahlan Surat. (2020).

Pengaruh latar belakang keluarga dan pencapaian

(9)

akademik pelajar di SMK Bau. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (1), 227-233.

Mohamad Rozi Kasim. (2021). Hubungan kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba:

Satu analisis perbandingan kosa kata dasar. Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 21 (1) Jun, 41-66.

Mohd. Arshad Yahya & Mohd Firdaus Abdullah.

(2020). Intervensi inklusif sukan terhadap murid gangguan kecelaruan tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 35 (2), 131-143.

Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman

& Herlina Jupiter. (2021). Isu dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di ambang kemerdekaan Tanah Melayu. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6 (41), 111-125.

Muhammad Firdaus Abdul Manaf, Muhammad Zaid Shamshul Kamar, Mohamad Redha Mohamad &

Ilman Mursyid Idris. (2021). Penerapan bahasa Arab dalam kurikulum kanak-kanak di Malaysia.

Jurnal Pengajian Islam, 14 (1), 13-19.

Nor Aroma Abu Bakar, Puvaneswary a/p Batmanathan

& Zetty Nurzuliana Rashed. (2021). Tahap motivasi belajar dalam kalangan murid di dua buah sekolah di daerah Hilir Perak. Proceeding of The 8th International Conference on Management And Muamalah 2021, hlm. 667-675. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia.

Nora’Azian Nahar & Nurul Jamilah Rosly. (2022).

Persepsi guru-guru bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu sepanjang pandemik Covid-19.

Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 22 (1), 149-172.

Nurhidayah Fitriyani, Shanty Komalasari & Yulia Hairina. (2021). Konsep punishment dalam pengasuhan: Studi komparatif pemikiran B.F.

Skinner dan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Jurnal Al Husna, 2 (3), 240-259.

Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud & Mohd Mahzan Awang. (2019). Penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah realiti dan cabaran di sekolah pelbagai teknik. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Kedua 2019, hlm.

1152-1166. Anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putera Malaysia.

Nurul Farhana Yahya & Mohd Izwan Mahmud. (2021).

Pengaruh Hubungan ibu bapa terhadap minat kerjaya anak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (4), 210-216.

Okarisma Mailani, Irna Nuraeni, Sarah Agnia & Jundi Lazuardi. (2022). Bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan manusia. Jurnal KAMPRET, 1 (2), 01-10.

Rati Mei Ningrum, Satrio Wibowo, Asmika Madjri &

Mega Ulfah. (2022). Literature review: Hubungan terapi bermain dengan daya konsentrasi pada anak gangguan pemusatan perhatian dan hiperaktivitas.

Journal of Issues in Midwifery, 6 (1) April-Julai, 1-9.

Savitry Chelliah & Norasmah Hj Othman. (2022).

Tahap penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi mata pelajaran Perniagaan murid bukan Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (5), 1-16.

Selfia Darmawati & Nuryani. (2020). Perkembangan bahasa pragmatik pada anak Attention Deficit Hyperactivity Disorde: Kajian neurolinguistik.

Journal of Early Childhood Education, 1 (1) Jun, 21-36.

Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif, Mad Nor Madjapuni & Muralindran Mariappan. (2020).

Implementasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam pembangunan Modul Robot M-Solat.

International Journal of Education, Psychology and Counselling, 5 (35), 38-48.

Syamira Mohamad Nor & Harun Baharudin. (2021).

Masalah murid disleksia dan gaya pengajaran guru dalam pembelajaran bahasa Arab.

International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1 (2), 26-44.

Tiong Siu Ing & Mohd Khairi Zawi. (2022). Tingkah laku tidur di kalangan atlet sekolah di Daerah Miri, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (3), 1-14.

Referensi

Dokumen terkait

5.6 Perbezaan Skor Pencapaian Peperiksaan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kaedah Biasa Dapatan menunjukkan bahawa item 13 mencatatkan skor yang paling tinggi bagi soalan yang dijawab