• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid I 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid I 2018"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

83

PERBANDINGAN NILAI, KEMAHIRAN DAN PELAKSANAAN DI ANTARA ACARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN DAN LARIAN HIJAU “GREEN RUN”

2019

Rashida Binti Hj Awang@ Zainal Abidin

Jabatan Kokurikulum,

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai,

Bandar ENSTEK, Negeri Sembilan, Malaysia

[email protected]

PENGENALAN

Kepentingan kokurikulum telah ditekankan sejak zaman dahulu oleh para cendekiawan terutamanya oleh seorang guru dari Itali yang dikenali sebagai Vittoria de Feltre. Beliau berpendapat bahawa pendidikan tanpa aktiviti praktikal seperti sukan dan permainan adalah tidak lengkap dan tidak menyeluruh.

Kokurikulum didefinasikan sebagai aktiviti berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (Hj Fadzil & Ahmad, 2010). Dalam kata lain, kokurikulum juga telah dirungkai sebagai suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang

(2)

84

kepada pelajar untuk menambah, mengukur, dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai- nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

Berdasarkan penulisan (Hj Fadzil & Ahmad, 2010), aktiviti kokurikulum membantu menyemaikan kesedaran Agama dan Kepercayaan kepada Tuhan ke dalam diri setiap pelajar, membantu menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama, membantu membina dan meningkatkan disiplin, minat dan bakat pelajar, dan akhir sekali mewujudkan budaya sekolah sihat dan berwatak.

KURSUS KOKURIKULUM OLAHRAGA (MPU 3071) DAN KAEDAH PENGAJARAN

Kemahiran mengurus dan kepegawaian dalam acara olahraga dengan mengamal sikap beretika dan profesional merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar 4PISMP yang mengambil kursus Kokurikulum Olahraga (MPU 3071).

Untuk hasil pembelajaran yang kedua didalam Rancangan Maklumat Kursus (RMK) iaitu mengaplikasikan kemahiran mengurus dan kepegawaian dalam acara olahraga dengan mengamalkan sikap beretika dan profesional, tiga kaedah pengajaran utama telah digunakan iaitu kaedah “Coaching”,

“Peeragogy” dan “Heutagogy”.

Coaching” didefinasikan dalam Dewan Bahasa sebagai tunjuk ajar dan latih. Dari segi istilah, “coaching” bermaksud membantu seseorang mengeluarkan potensi dirinya bagi memajukan diri dan membuat anjakan yang positif dalam pemikiran dan tindakan. “Coaching” adalah mengenai keupayaan seseorang bertanya soalan yang betul daripada

(3)

85

memberikan jawapan yang betul (Azman, 2017). Dalam erti kata lain, ia adalah perbuatan membimbing “coachee” dalam setiap proses penyelesaian masalah mereka. Pada asasnya, kaedah pengajaran ini menggunakan gaya perbualan berstruktur yang dibantu dengan pendekatan mendengar, menyoal, dan memberi maklum balas serta membuat pemerhatian berkesan untuk “coachee” mencari jalan penyelesaian mereka sendiri (Azman, 2017).

Kepelbagaian dalam teknik “coaching” menjadikan ia satu teknik yang berkesan dan kreatif. Dalam kursus ini, tenaga pengajar telah menggunakan teknik “Life Coaching” di mana ia dilaksanakan bagi mengeluarkan potensi individu dalam kehidupan peribadinya bagi membantunya mengenal pasti cara dan pilihan terbaik mengatasi isu- isu berat seharian (Azman, 2017). Selain itu, teknik “Leadership Coaching” juga digunakan dalam pengajaran kursus kokurikulum olahraga ini. Ia merupakan teknik yang mengeluarkan potensi kepimpinan diri seseorang pemimpin bagi membantunya mencari pilihan terbaik dan merancang strategi dalam mengatasi isu- isu tertentu yang berlaku dalam kepimpinannya pada ketika itu (Azman, 2017). Akhir sekali, teknik “Performance Coaching”

juga telah digunakan sebagai medium pengajaran kursus ini.

Teknik ini digunakan bagi membantu seseorang individu mengenalpasti pilihan dan strategi terbaik baginya untuk meningkatkan prestasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan (Azman, 2017). Dalam kata lain, teknik ini adalah cara pengajaran untuk membaik pulih dan meningkatkan prestasi seseorang dalam organisasi.

Seterusnya, kaedah pengajaran kedua iaitu “Peeragogy”.

Terma ini adalah singkatan bagi “Peer-organized pedagogy (P2P) yang merujuk kepada koleksi kaedah pengajaran terbaik iaitu pembelajaran secara berkomuniti atau dipanggil sebagai

(4)

86

“peer learning”. Kaedah ini juga dikatakan oleh Joe Cornell dan Charles Danoff sebagai cara pembelajaran sendiri melalui adanya berlaku perhubungan bersama rakan sebaya (Wang, 2014). Pembelajaran secara berkomuniti yang terawal ditubuhkan adalah “Peer to Peer University” yang dimulakan pada tahun 2009 membawa matlamat dan objektif untuk menyediakan pembelajaran pengajian di peringkat universiti secara percuma. Pembelajaran ini dijalankan secara atas talian di mana ia mementingkan kualiti ilmu yang disampaikan kepada komuniti pelajar. Kini, terdapat pelbagai platform atas talian yang digunakan sebagai medium pembelajaran secara berkomuniti.

Ketiga, kaedah pengajaran “Heutagogy” yang merupakan konsep diasaskan oleh Stewart dari Southern Cross University.

Konsep ini didefinasikan sebagai pengurusan pelajar yang memilih pembelajaran secara sendiri atau dipanggil sebagai

“self- directed learning”. Pembelajaran adalah secara persendirian dan berdikari di mana pelajar berpotensi untuk belajar melalui pengalaman mereka. Heutagogi menawarkan kebebasan kepada pelajar untuk menentukan sendiri cara pembelajarannya (Ridha, 2018).

Heutagogi menawarkan kolaborasi aktif (double hands) untuk menentukan pembelajaran pelajar di mana meliputi konten tepat untuk dipelajari, cara pembelajaran dan bentuk penilaian digunakan untuk membuktikan hasil pembelajaran (Ridha, 2018). Pengajar dan pelajar akan bertukar pendapat tentang apa yang hendak dipelajari, bagaimana untuk mempelajari, langkah- langkah pembelajaran serta sumber-sumber yang digunakan untuk belajar (Ridha, 2018). Justeru, posisi pelajar adalah lebih kepada fasilitator dan konsultan pembelajaran kerana mereka bebas membuat keputusan tentang pelajaran mereka (Ridha, 2018).

(5)

87

Penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan acara tahunan IPGKPT yang juga telah dijadikan sebagai platform bagi penilaian kemahiran pengelolaan dan kepegawaian bagi kursus Kokurikulum Olahraga (MPU 3071) selama ini.

Walaubagaimana pun untuk tahun 2019 acara KOT telah digantikan dengan acara “GREEN RUN” dengan menggunakan kaedah- kaedah pengajaran di atas. Green Run atau larian hijau dianjurkan sebagai satu aktiviti gantian kepada acara KOT sekaligus membawa objektif dan mesej berkaitan dengan kepentingan dan kaedah memelihara serta mengekalkan alam sekitar serta flora dan fauna

PERBANDINGAN NILAI DAN KEMAHIRAN ANTARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) DAN GREEN RUN 2019

NILAI PERHUBUNGAN

Hubungan merupakan ciri- ciri asas yang penting dalam pelaksanaan aktiviti yang melibatkan atur cara secara berkumpulan. Hubungan yang baik dan positif dapat membawa kepada kejayaan sesebuah aktiviti. Dalam konteks ini, hubungan yang baik bermaksud tahap keberkesanan dalam berinteraksi, berkomunikasi, dan bekerjasama dalam pasukan.

Kedua- dua aktiviti, Kejohanan Olahraga Tahunan dan Green Run memerlukan kerjasama pasukan yang baik dan mantap bagi menjayakan program ini. Kedua- dua aktiviti memerlukan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam melaksanakan program mereka. Interaksi dan komunikasi bukan sahaja berlaku di antara ahli pasukan tetapi juga kepada pihak luar seperti peserta, pihak penaja, institusi luar, kerajaan,

(6)

88

media massa dan sebagainya. Dalam aspek hubungan, kedua- dua aktiviti mempunyai persamaan dalam kepentingan kemahiran berinteraksi, berkomunikasi dan kerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan program mereka. Namun, perbezaan di sini dinilai kepada pihak luar di mana pada acara Kejohanan Olahraga Tahunan, kumpulan atau pasukan tuan rumah yang melaksanakan aktiviti ini memerlukan kemahiran interaksi dan komunikasi bagi mendapatkan kolaborasi dari pihak luar seperti pelajar-pelajar institut atau universiti berdekatan bagi bersaing dengan acara yang dianjurkan dalam kejohanan tersebut.

Tambahan pula, pelajar juga memerlukan kemahiran negosiasi bagi mendapatkan tempat dengan harga sewa berpatutan dan bersesuaian dengan aktiviti kejohanan. Bagi acara Green Run pula, pihak luar tertumpu kepada peserta luar tidak kira warganegara atau umur. Penaja juga lebih tertumpu kepada penaja yang menyokong dengan pembawaan mesej “Green”

iaitu pemeliharaan alam sekitar serta flora dan fauna seperti

“Coca-Cola” yang merupakan ahli “World Wildlife Fund (WWF)”

dan Milo yang menjayakan program alam sekitar CAREton Project. Acara Green Run ini juga memerlukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang larian terbuka di mana pelajar telah memohon perkhidmatan professional dari Msport Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang menganjurkan acara sukan bagi syarikat- syarikat swasta. Kesuluruhannya, hubungan yang berpaksikan kemahiran interaksi, komunikasi dan kerjasama yang baik menjurus kepada kejayaan kedua- dua acara, Kejohanan Olahraga Tahunan dan Green Run.

(7)

89 NILAI KEPIMPINAN

Kata pimpin mengandungi pengertian mengarahkan, membina atau mengatur, membimbing dan juga menunjukkan ataupun mempengaruhi. Pemimpin mempunyai tanggungjawab baik secara fizikal atau spiritual terhadap keberhasilan aktiviti kerja dari yang dipimpin, sehingga pemimpin menjadi seseorang yang tidak ambil mudah dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan. Kepimpinan amat penting dalam menggerakkan sesebuah pasukan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Tiadanya pemimpin akan membawa kepada kegagalan struktur pembahagian tugas dan pelaksanaan aktiviti.

Antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin bagi menggerakkan sesebuah pasukan dengan sistematik dan lancar adalah dengan memancarkan ciri-ciri bertanggungjawab, jujur, dan berkarisma. Ini adalah signifikan kepada nilai kepimpinan kerana ciri-ciri ini yang dapat melahirkan sikap hormat dan patuh kepada mereka yang dipimpin. Kedua-kedua acara, Kejohanan Olahraga Tahunan dan Green Run berjaya dilaksanakan dengan adanya pelajar yang bercirikan kepimpinan. Kedua- dua acara ini memerlukan pelajar yang menjadi pemimpin untuk menggerakkan mereka yang dipimpin untuk menjalan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Perbezaan yang dapat dikeluarkan daripada nilai kepimpinan bagi kedua- dua acara ini adalah dari aspek konteks arahan yang diberikan di mana dalam acara Kejohanan Olahraga Tahunan, kepimpinan lebih tertumpu kepada pembahagian tugas kepada ahli- ahli pasukan yang mempunyai tanggungjawab dalam memastikan setiap acara yang berbeza dapat dipertandingkan dengan lancar dan sempurna. Ahli

(8)

90

jawatankuasa dan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan acara ini lebih ramai bagi memastikan aktiviti lancar.

Oleh itu, skop kepimpinan dibahagikan kepada setiap komponen utama seperti ketua bahagian pendaftaran, ketua bahagian makanan, ketua bahagian aktiviti, ketua bahagian hadiah. Skop yang perlu dipimpin lebih besar seiring dengan nama yang dibawa sebagai Kejohanan Olahraga Tahunan dan acara yang pelbagai dipertandingkan. Bagi acara Green Run pula, tidak dinafikan bahawa acara ini juga merupakan acara utama dimana menjadi acara larian pertama yang pernah dianjurkan oleh Institut Perguruan Teknik. Pelajar seramai 15 orang menjadi pelopor utama dalam menjayakan acara ini. Nilai kepimpinan dalam skop yang kecil dapat mempraktikkan agihan tanggungjawab dengan lebih sistematik dan mudah.

Menjadi seseorang pemimpin tidak bermaksud sentiasa berada di hadapan tetapi dengan membenarkan orang yang lebih mahir berada di hadapan di saat yang diperlukan.

Hal ini, merujuk kepada pelajar-pelajar yang menjadi tunggak pelaksanaan acara Green Run kerana berjaya menyelesaikan masalah kekurangan jawatankuasa dengan meletakkan tanggungjawab pengurusan acara larian kepada syarikat pengendalian yang lebih pakar iaitu Msport Sdn Bhd. Perkara ini bukan merujuk kepada sikap lepas tangan ataupun lepaskan tanggungjawab, tetap sikap kepimpinan yang bercirikan nilai bertolak ansur dan bertanggngjawab dalam pengagihan tugas.

Tugas-tugas lain yang tidak disediakan oleh pihak Msport Sdn Bhd seperti logistik, pengiklanan, tempat acara dan sebagainya dibahagikan tugas tersebut dengan adil di antara 15 orang pelajar tersebut. Kesimpulannya, sifat kepimpinan melahirkan pelajar yang lebik berikiran kritis dalam menyelesaikan masalah serta mengasah bakat mereka dalm bidang pengurusan serta

(9)

91

multitasking. Tambahan, pelajar dapat mempraktikkan nilai disiplin dalam kendalian masa dan pengurusan risiko.

PERBANDINGAN PELAKSANAAN ANTARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) DAN GREEN RUN 2019

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Ahli jawatankuasa bagi kedua – dua acara dilantik dari kalangan guru siswa yang mengambil kursus kokurikulum olahraga (MPU 3071). Pada tahun- tahun sebelum ini, pelajar bagi kursus tersebut terdiri dianggarkan lebih daripada 50 orang, Namun, pada tahun 2019, pelajar berdaftar dalam kursus ini hanya seramai 15 orang.

Oleh itu, acara yang memerlukan ramai jawatankuasa seperti Kejohanan Olahraga Tahunan tidak dapat dilaksanakan. Green Run telah menjadi hasil penyelesaian masalah kerana program ini tidak memerlukan jawatankuasa yang ramai kerana ia telah dibahagikan tanggungjawab kepada pihak Msport Sdn Bhd bagi kerja pengurusan. Oleh itu, jawatankuasa yang bertugas hanya perlu menyempurnakan tanggungjawab yang selebihnya seperti logistik, tempat acara, masa, kewangan, makanan, penaja dan selebihnya.

Bagi acara Kejohanan Olahraga Tahunan, ahli jawatankuasa yang diperlukan adalah lebih ramai berbanding Green Run. Ini adalah kerana skop kejohanan yang terdiri daripada pelbagai acara, dan peserta yang terlibat melibat pelbagai institusi jemputan adalah lebih besar dan menelan lebih banyak kos.

Oleh itu, kesempurnaan perlu dipastikan dalam pelaksanaan acara kejohanan ini bagi mendapat capai tahap kepuasan peserta yang terlibat. Keseluruhannya, kedua-dua acara dapat

(10)

92

melatih pelajar menjadi ahli jawankuasa yang cekap dalam mengurus dan membolehkan mereka multitasking dalam keadaan di mana ahli tidak mencukupi. Ini mengajar pelajar dalam menyelesaikan masalah dengan mencari solusi yang paling sesuai dan sistematik.

MESYUARAT

Mesyuarat adalah satu perkara yang bergerak seiring dengan pelaksanaan aktiviti atau acara seperti Kejohanan Olahraga Tahunan dan Green Run. Bermesyuarat adalah penting untuk memastikan segala tugas dan tanggungjawab dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Kedua- dua aktiviti ini mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa. Bagi Kejohanan Olahraga Tahunan, mesyuarat diadakan secara dalaman di kalangan guru siswa dan pensyarah. Ini adalah kerana, ahli jawatankuasa hanya terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus kokurikulum olahraga (MPU 3071).

Seterusnya, bagi acara Green Run, mesyuarat diadakan melibatkan pihak dalam dan luar dimana dalaman adalah dikalangan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru siswa dan pihak luaran adalah dari pihak pegurusan iaitu Msport Sdn Bhd. Selain itu, dalam acara Green Run, ahli mesyuarat menggunakan pemikiran yang dipanggil sebagai perkongsian pintar atau “smart partnership”. Perkongsian Pintar adalah kerjasama yang menghubungkan aset dan inisiatif institusi dengan aset dan kepentingan komuniti untuk kesan jangka panjang yang kuat.

Perkongsian Pintar membina pelan dan pengaturan sedia ada dengan pemikiran aset, kepimpinan kolaboratif, dan strategi rangkaian yang telah ditetapkan. (Snow, 2011) Smart

(11)

93

Partnership di dalam konteks ini berlaku di antara pihak guru siswa dan pihak Msport di mana kedua belah pihak berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam memastikan acara dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut masa yang ditetapkan. Kesimpulannya, mesyuarat memastikan perkembangan setiap pelan atau rancangan berjalan mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan sekaligus memastikan acara dapat dilaksanakan dengan sempurna.

PENDAFTARAN

Pendaftaran peserta bagi kedua-dua acara Kejohanan Olahraga Tahunan dan Green Run adalah berbeza dari aspek sistem. Bagi Kejohanan Olahraga Tahunan, pendaftaran diadakan secara manual. Bayaran yang diperuntukkan adalah termasuk makanan dan pakaian iaitu t-shirt. Ia dilakukan secara manual kerana melibatkan ramai peserta bagi pelbagai acara yang berbeza. Ianya tidak dilakukan melalui sistem elektronik bagi mengelakkan kesilapan yang tidak dapat dijangka seperti masalah kehilanagan data peserta atau acara yang didftar berlainan dengan apa yang dipaparkan oleh sistem.

Tambahan pula, acara ini melibatkan peserta jemputan di dalam kalangan institusi- institusi seperti IPTA, IPTS, Politeknik, Institut Perguruan dan Kolej di kawasan Negeri Sembilan sahaja. Pengiklanan acara ini diadakan secara formal melalui surat jemputan kepada pihak tersebut. Oleh itu, pendaftaran secara manual merupakan jalan yang lebih mudah, praktikal dan sistematik. Bagi acara Green Run pula, pendaftaran diadakan secara dalam talian, di mana sistem ini telah disediakan oleh pihak Msport Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti larian bagi syarikat- syarikat swasta.

(12)

94

Pengiklanan bagi acara ini dilakukan melalui media social seperti Facebook dan Instagram. Oleh itu, kepakaran mereka dalam bidang ini tidak dapat disangkalkan. Pembayaran secara dalam talain juga termasuk dalam pendaftaran di mana peserta akan mendapat “goodies bag” yang di dalamnya ialah pakaian iaitu t-shirt, makanan, no bip larian dan sijil penyertaan.

HADIAH

Penyediaan hadiah adalah berbeza bagi kedua- dua acara di mana di dalam Kejohanan Olahraga Tahunan, hadiah dalam bentuk pingat emas, perak dan gangsa disediakan bagi pemenang setiap acara, Ini, bermaksud, setiap acara hanya memerlukan tiga pingat. Bagi acara Green Run pula, hadiah yang disediakan dalam bentuk pingat bagi kesemua peserta yang Berjaya menghabiskan atau menamatkan larian tidak kira kedudukan. Pingat ini digelar sebagai “Finishing Medal”. Ini adalah untuk memotivasikan peserta untuk menghabiskan larian sepanjang 5km itu tidak kira selama mana masa yang diambil.

HARI KELOLAAN

Hari kelolaan merujuk kepada hari kejadian atau hari bagi acara tersebut diadakan. Kedua- dua acara mempunyai perbezaan dalam hari yang diperuntukkan bagi menyelesaikan program acara mereka. Bagi Kejohanan Olahraga Tahunan, hari yang diperuntukkan adalah 4 hari berturut- turut bagi memastikan setiap acara habis dipertandingkan. Kepelbagaian acara memerlukan masa dan hari yang lebih lama bagi kesenangan kepada pihak peserta dan pengurusan.

(13)

95

Acara Green Run pula, hanya diadakan dalam separuh hari, di mana ahli jawatankuasa memerlukan persiapan selama empat atau lima jam sebelum larian bermula dan larian hanya mengambil masa paling lama tiga jam. Termasuk sesi penutup yang mengambil masa satu jam dan sesi mengemas dua jam.

Keseluruhannya masa yang diambil hampir kepada 11 jam.

Namun begitu, walaupun masa yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap acara, penilaian yang dilakukan terhadap kedua- dua acara adalah sama.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, walaupun berbeza dari segi nilai dan pelaksanaan bagi kedua-dua acara, hasil yang diterima adalah seiring dengan usaha yang dilakukan. Kedua- dua acara yang diadakan berjaya berjalan dengan lancar dan mendapat keputusan yang memuaskan dari segi penilaian. Kedua- dua acara Kejohanan Olahraga Tahunan berjaya meletakkan dan memberikan guru siswa sesuatu pengajaran yang baru terutama dari segi pengurusan pengelolaan.

RUJUKAN

Azman. (2017). Coaching & Mentoring Dalam Pendidkan.

Jurnal Kepimpinan, 1-6.

Denan, Z. (2012, June 6). Nota-Nota PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Retrieved from http://nota- notapismppj.blogspot.com.

(14)

96

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). prpm.dbp.gov.my.

Retrieved from

prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mesyuarat.

Hj Fadzil, N., & Ahmad, D. (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Sekolah Menengah. The 4th International Conference on Teacher Education, (pp.

59-69). Bandung, Indonesia.

Imsamad. (2011). Definasi Kepimpinan. Kepimpinan.

slideshare.net.

M Sport Sdn Bhd. (2016). msports.com.my. Retrieved from msport website.

Ridha, M. (2018). Heutagogi dan Arah Pendidikan 4.0 kita.

Geotimes.

Snow, L. (2011). luthersnow.com. Retrieved from https://luthersnow.com/smart- partnership-tiltle- page.html.

Wang, H. T. (2014). The Evolution of Active Learning.

Educational Theory and Practice.

Referensi

Dokumen terkait