• Tidak ada hasil yang ditemukan

Justeru, nilai eksport perabot kayu mesti dipertingkatkan dan satu anjakan baharu adalah perlu dalam segmen pembuatannya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Justeru, nilai eksport perabot kayu mesti dipertingkatkan dan satu anjakan baharu adalah perlu dalam segmen pembuatannya"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

SEMENYIH: Eksport perabot kayu Malaysia dijangka meningkat dengan ketara pada tahun ini berdasarkan kepada permintaan dari negara luar terutama Eropah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Disember 2021, nilai eksport perabot adalah sebanyak RM12 bilion daripada keseluruhan ekport industri perkayuan negara iaitu RM22.7 bilion.

Katanya, produk perabot kayu Malaysia mempunyai kualiti dan rekaan yang menepati kehendak serta citarasa pengguna di Eropah

"Eksport perabot kayu adalah penyumbang utama kepada keseluruhan eksport industri perkayuan negara. Justeru, nilai eksport perabot kayu mesti dipertingkatkan dan satu anjakan baharu adalah perlu dalam segmen pembuatannya.

Headline Perabot Malaysia dapat permintaan tinggi negara

luar Language Melayu

Media Title Berita Harian Section/Page No BISNES

Date 19 Julai 2022 Journalist Alzahrin Alias

Source

Berita Harian Online :

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain- lain/2022/07/978040/perabot-malaysia-dapat- permintaan-tinggi-negara-luar

Remarks Perkayuan

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Kementerian memandang serius sektor ini dan sumbangannya kepada ekonomi negara. Lantaran itu, pelbagai program dan agenda telah dirangka bagi memastikan Malaysia menjadi pengeksport produk perabot kayu utama dunia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Isella Sofa Design Sdn Bhd (Isella Sofa) di sini, hari ini.

Jeck Seng berkata, bagi memastikan pengeluar perabot kayu tempatan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka, kementerian turut memperkenalkan Program Transformasi Kilang (FTP).

Beliau berkata, FTP yang dianjurkan oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) pada 2021 adalah program yang dilaksanakan secara bersama oleh

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan SIRIM STS Sdn Bhd.

Program itu, katanya bertujuan untuk menyokong dan membantu industri perkayuan, khususnya syarikat terbabit dalam menjalankan penilaian dan kajian diagnostik kilang bagi mengenal pasti ketidakcekapan dan pembaziran melalui aplikasi alat dan teknik Green 5S dan Pengurusan Lean.

Katanya, ia seterusnya dapat meningkatkan keupayaan pembuatan industri dan penggunaan teknologi automasi dan inovasi dalam Industri Perkayuan Negara selaras dengan hala tuju pembangunan industri perkayuan di bawah Dasar Agrikomoditi Negara 2021 hingga 2030 (DAKN 2030) dan juga perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) di Malaysia.

"Semua industri berdepan dengan kekurangan tenaga kerja asing dan tempatan yang menjejaskan operasi pengeluaran. Matlamat jangka masa panjang

kementerian melalui agenda dan program yang dibangunkan adalah memastikan setiap pengeluar dapat beralih ke arah IR4.0 dan automasi.

"Ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan. Penggunaan teknologi, inovasi, automasi, kecekapan dan produktiviti ini semestinya dapat memperkasakan industri perkayuan dalam mendepani persekitaran persaingan yang semakin sengit dan mencabar," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Menurut beliau, sektor industri perabot merupakan sektor hiliran yang berkembang dari setahun ke setahun malah jumlah eksport produk itu meningkat secara kon­ sisten kepada lebih