• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN FEMINISME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN FEMINISME"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN FEMINISME

SITI NOR BAYA BINTI SHAMSUDDIN

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian

(2)

Punt Khidrat Maldurst Akademik UNIYERSM MALAYSIA SARAWAK

KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN FEMINISME

SITI NOR BAYA BINTI SHAMSUDDIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Halus)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2016

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade:

Please tick (i)

Final Year Project Report Masters

I

I

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the Thursday of June 2016.

Student's Declaration:

, Z

C I

F-l

I SITI NOR BAYA BINTI SHAMSUDDIN (45169) from FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled, KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKA TAN FEMINISME is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

I? JL+N 2 O'd SITI P OR BAYA BINTI SHAMSUDDIN (45169) Date Submitted

Supervisor's Declaration:

I ASSOCIATE PROF. HJ. ZULKALNAIN BIN ZAINAL ABIDIN hereby certifies that the work entitled KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN FEMINISME prepared by the above named student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (FINE ARTS), and the a f en ' d work, to the best of my knowledge, is the

said student's work. Al

Received for examination b Date:

(PROF. MADYA H ZAINAL ABIDIN)

(4)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (-ý :

I

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

" This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

" The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

" The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitise the content for the Local Content Database.

" The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

" No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

" This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student exceptWiih UJIIMAS permission.

Student signature

(Date: Q

, 7UN 244)

Current Address:

ate: 1 ( /, h /( C )

LOT 208, NO 6461 JALAN MAIGOLD, GOLDEN ROYAL VILLA, SENADIN, 98000 MIRI.

SARAWAK.

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

11

(5)

Projek bertajuk KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN FEMINISME telah disediakan oleh SITI NOR BAYA BINTI SHAMSUDDIN dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).

(PROF. MADYA HJ. ZUWNAIN ZAINAL ABIDIN) Tarikh:

-ýj /ýTr6

(6)

PENGESAHAN

Adalah ini diakui bahawa saya, SITI NOR BAYA BINTI SHAMSUDDIN disertai penulisan yang bertajuk KAJIAN UNSUR SEMIOTIK DALAM PENDEKATAN

FEMINISME sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam Program Seni Halus diterima.

Disahkan oleh:

(PROF. MADYA Hy, JWKALNAIN ZAINAL ABIDIN)

Penyelia

ýýý6

(7)

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah kurnianya, dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan sempurnanya.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Hj. Zulkalnain bin Zainal Abidin, penyelia tesis ini yang telah banyak membantu dan tidak putus-putus memberi bimbingan yang sangat berharga sepanjang proses penyiapan tesis ini.

Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih ini saya tujukan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menyumbangkan tenaga dan data-data yang berguna sehingga memudahkan saya untuk menyelesaikan tesis ini dengan jayanya.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa serta keluarga yang telah banyak memberikan dorongan dan semangat kepada saya untuk tidak berputus asa kerana sepanjang proses menjalankan tesis ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya tetapi dapat saya jayakan dengan adanya usaha dan sokongan daripada orang-orang tersebut.

Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah S. W. T agar tesis ini dapat memberi manfaat kepada individu yang memerlukannya pada masa akan datang.

(8)

trat K6idrst MsktaatAksderk UNNERSITI MAIAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PERKARA

PENGESAHAN STATUS LAPORAN PENGESAHAN PENYELIA

PENGHARGAAN KANDUNGAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan

1.1 Kajian Lepas 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan dan Hipotesis Kajian

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pendahuluan 2.1 Kajian Ilmiah

2.1.1 Kajian Primer 2.1.1.1 Temu bual 2.1.1.2 Eksperimen 2.1.2 Kajian Sekunder

2.1.2.1 Buku-buku Rujukan 2.1.2.2 Maklumat Jalur Lebar

MUKA SURAT i-ii

iii iv v-vii

viii ix

1 2-3 3-4 4 4-5

6 6 6 6-7 7 8 8 8

V

(9)

2.2 Kesimpulan

BAB 3 PERBINCANGAN 3.0 Pendahuluan

3.1 Tafsiran Istilah

3.1.1 Kajian Berkaitan Feminisme 3.1.2 Kajian Berkaitan Semiotik 3.2 Penyelidikan

3.3 Kajian Literatur 3.3.1 Teori Feminisme 3.3.2 Teori Semiotik 3.4 Kesimpulan

BAB 4 KARYA

4.0 Pendahuluan 4.1 Dapatan Kajian

4.1.1 Lakaran Idea 4.1.2 Bahan-bahan 4.1.3 Peralatan

4.1.4 Proses Penghasilan 4.1.5 Analisis Kajian 4.1.6 Artis Rujukan 4.2 Kepentingan Kajian 4.3 Kenyataan Masalah 4.4 Hipotesis Kajian 4.5 Objektif Kajian 4.6 Kesimpulan

9

10 10 10-14 14-18 18-22 22 22-25 25-26 26-28

29 29 30-32 32-33 33-34 34-39 40 40-43 43-44 44 45 45 45-46

(10)

BAB 5 RUMUSAN DAN HASIL KAJIAN

5.0 Rumusan dan Hasil Kajian 47-49

RUJUKAN

i. Buku Ilmiah 50

ii. Sumber Internet 50-51

vii

(11)

ABSTRAK

Kajian unsur Semiotik dalam pendekatan Feminisme ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan unsur Semiotik yang sesuai digunakan untuk menyampaikan mesej berkaitan Feminisme dengan jelas kepada audiens. Tujuan penyelidikan ini adalah kerana ingin melihat hubungkait yang wujud di antara Semiotik dan Feminisme serta bagaimana kedua-dua aliran ini mampu menghasilkan sebuah karya yang dapat menarik perhatian audiens. Pengkaji ingin mengetahui berapa banyak unsur Semiotik yang boleh

diaplikasikan ke dalam karya dan menjadikan karya tersebut sebagai alat atau perantaraan untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan sangat berkesan dan jelas.

Pengkaedahan yang digunakan di dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dimana pengkaji membuat analisis terhadap portfolio Cindy Sherman bertajuk Untitled Film Still di samping mengadakan temubual tidak formal dengan pelajar-pelajar seni berkaitan kedua- dua aliran tersebut. Kaedah yang digunakan ini memudahkan pengkaji memperoleh hasil dapatan dan secara keseluruhannya ia membantu untuk menjayakan objektif serta menjawap persoalan kajian pengkaji.

(12)

ABSTRACT

The study Semiotic in Feminism approach was conducted to examine the effectiveness of Semiotic elements which are suitable for conveying the message related to Feminism issues clearly to the audience. The aim of this research is to see the relationship that exists between Semiotic and Feminism and how the two streams is capable of producing an artwork that can attract the audience. The researchers wanted to find out what is the Semiotic elements that can be applied to an artwork and make it into a tool or medium to convey a message very effectively and clearly. Methodology used in this research is qualitative method in which researchers analyze the portfolio by Cindy Sherman, Untitled Film Still and also made an informal interview with the students of art relating to both Semiotic and Feminism. The methods are used to facilitate researchers to obtain the findings and overall it helps to achieve the objectives and answer the research questions.

ix

(13)

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Sebagai pendahuluan, pengkaji memilih untuk membuat skop kajian Semiotik melalui pendekatan Feminisme. Pengkaji ingin mengkaji berkenaan dengan keberkesanan penggunaan unsur Semiotik dalam menerangkan karya Feminisme kepada audiens.

Sebab utama pengkaji memilih kajian ini ialah kerana pengkaji ingin mengkaji dengan lebih mendalam lagi berkaitan hubungkait antara Feminisme dengan Semiotik dan bagaimana kedua-dua hubungkait ini dapat menghasilkan karya seni yang menarik perhatian audiens di samping mengetahui kekuatan dan kelemahan penggunaan unsur Semiotik ke dalam sesebuah karya. Objektif kajian dan persoalan kajian akan dikemukakan oleh pengkaji nanti. Seterusnya, hasil kajian ini nanti akan diaplikasikan ke dalam karya akhir pengkaji.

Dalam membuat kajian mengenai Semiotik ini, pengkaji akan mengkaji dan membuat analisis beberapa perkara yang pengkaji kemukakan dalam objektif kajian untuk mendapatkan hasil dapatan yang sememangnya akan memberi banyak manfaat kepada pengkaji nanti dimana pengkaji akan mempersembahkan hasil karya akhir pengkaji nanti menggunakan kaedah foto mozek 3Dimensi. Kaedah-kaedah untuk mendapatkan maklumat dan kajian ilmiah yang digunakan dalam penyelidikan ini ada dinyatakan dalam metodologi penyelidikan pengkaji.

(14)

1.1 Kajian Lepas

Sebagai kajian lepas pengkaji, pengkaji memilih untuk mengkaji karya yang dihasilkan oleh Ismail Zain. Pengkaji memilih karya ini kerana karya im adalah bersandarkan daripada hubungkait antara Feminisme dengan Semiotik iaitu sama seperti apa yang ingin dikaji oleh pengkaji sendiri.

Rajah 1: The Eye Has A Veil, Ismail Zain (1988), Kolaj Digital

(sumber: lit t): //ü, i iia-art. com/wp-content/uploads/2015/04/the-eve-has-a-\-eil. ipg)

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, penggunaan Feminisme dalam karya di atas adalah sangat jelas apabila subjek utama yang boleh dilihat adalah merupakan wajah seorang wanita. la dikuatkan lagi dengan unsur Semiotik dimana terdapat pengulangan subjek mata dan simbol rama-rama/kupu-kupu yang menguatkan lagi bahawa karya tersebut memperkatakan mengenai golongan feminis. Perkataan- perkataan juga menjelaskan mesej yang ingin disampaikan oleh Ismail Zain.

Dapat disimpulkan bahawa untuk menghasilkan sesuatu karya Feminisme, subjek utama yang diletakkan di dalam karya perlu jelas dan menuju ke arah Feminisme. Ini memudahkan audiens untuk inenganalisis dan membuat penilaian

2

(15)

karya sama ada karya tersebut berjaya atau tidak dalam menyampaikan mesej.

Penggunaan unsur Semiotik juga sesuai untuk menampakkan lagi penegasan yang terdapat dalam karya. Seperti karya tersebut, Ismail Zain menggunakan simbol mata dan dibanyakkan supaya audiens menerima mesej yang ingin disampaikan iaitu behau ingin memperkatakan tentang perlakuan golongan feminis dalam menjaga pandangan mata mereka. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam karya juga bersandarkan daripada unsur Semiotik dimana bahasa yang digunakan sememangnya dituju khas untuk kaum feminis.

Di dalam karya ini jelas menunjukkan penggunaan unsur Semiotik yang lebih daripada satu dimana boleh dilihat pengkarya menggunakan unsur tulisan, imej atau gambar beserta simbol. Ini bertujuan untuk menguatkan dan memudahkan lagi pentafsiran karya mengikut pemahaman audiens masing-masing. Karya ini menimbulkan persoalan kepada kajian pengkaji yang akan pengkaji nyatakan di dalam sub-topik kenyataan masalah kajian nanti.

1.2 Kenyataan Masalah

Kajian awal mengesan permasalahan yang timbul iaitu berkaitan tentang bagaimana cara pengaplikasian Semiotik ini mampu mentafsirkan karya berkenaan Feminisme dan mesej boleh disampaikan dengan mudah dan jelas kepada audiens. Masalah ini secara langsung menimbulkan persoalan sama ada penyampaian mesej yang jelas dan telus tersebut dapat dilakukan dengan menggunakan salah satu unsur Semiotik sahaja (contohnya menggunakan visual sahaja atau menggunakan tulisan sahaja) atau perlu menggabungkan lebih dari satu unsur Semiotik (contohnya

(16)

menggabungkan unsur visual dengan tulisan atau tulisan dengan simbol atau simbol dengan bunyi).

Pembelajaran hubungkait antara Semiotik dengan Feminisme juga perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi kerana pengkaji bersemuka dengan sesuatu yang luas dan terbuka untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan penggunaan unsur Semiotik ini ke dalam karya Feminisme. Hasil dapatan akan diaplikasikan ke dalam karya seterusnya karya pengkaji ini menggunakan kaedah foto mozek 3Dimensi untuk mendapatkan reaksi audiens tentang bagaimana tindakan dan tingkah laku mereka setelah melihat karya akhir pengkaji nanti.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Mengkaji keberkesanan penggunaan Semiotik untuk menyampaikan mesej berkenaan Feminisme.

1.3.2 Menganalisis proses-proses yang terlibat dalam merungkai penggunaan unsur Semiotik dalam menyampaikan mesej melalui pembuatan karya Feminisme.

1.3.3 Mengaplikasi hasil dapatan kajian yang diperolehi ke dalam karya akhir pengkaji.

1.4 Persoalan dan Hipotesis Kajian

Sebagai hipotesis kajian pengkaji, pengkaji akan menggunakan hipotesis deskriptif. Hipotesis ini merupakan hipotesis yang membuat gambaran hasil dapatan berdasarkan kenyataan atau pendapat individu. Maka, hipotesis pengkaji

4

(17)

russt Khidmat MsWui t Akadtinik UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

untuk kajian ini adalah penggunaan lebih dari satu unsur Semiotik adalah sangat berkesan untuk digunakan sebagai medium penyampaian karya Feminisme.

Justeru, untuk merungkai hipotesis kajian, pengkaji menyediakan persoalan kajian seperti berikut;

1.4.1 Apakah keberkesanan penggunaan Semiotik untuk menyampaikan mesej berkenaan Feminisme?

1.4.2 Apakah proses-proses yang terlibat dalam merungkai penggunaan Semiotik dalam menyampaikan mesej melalui pembuatan karya Feminisme?

1.4.3 Bagaimanakah cara untuk mengaplikasi hasil dapatan kajian yang diperolehi ke dalam karya akhir pengkaji.

(18)

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pendahuluan

Tujuan pengkaji untuk menjalankan kajian ini adalah untuk mengkaji berkaitan hubungkait antara Semiotik dan Feminisme. Untuk mendapatkan maklumat, pengkaji akan mengkaji beberapa contoh-contoh karya artis rujukan yang dipilih oleh pengkaji sendiri yang berkaitan dengan skop penyelidikan pengkaji. Selain itu, hasil dapatan juga diperoleh dengan membuat temubual secara tidak formal dan eksperimentasi iaitu dengan mendapatkan maklum balas daripada audiens untuk mengetahui bagaimana mereka mengetahui berkenaan dengan Semiotik dan Feminisme.

Seterusnya, pengkaji akan membuat pengamatan dengan mencari maklumat menggunakan kaedah sekunder iaitu melalui internet yang memaparkan apa-apa sahaja berkaitan wanita untuk mendapatkan idea berkaitan karya akhir pengkaji nanti. Maka, untuk memperolehi maklumat kajian, pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder.

2.1 Kajian Ilmiah 2.1.1 Kajian Primer 2.1.1.1 Temubual

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah temubual. Akan tetapi, kaedah ini dijalankan secara tidak formal sahaja dengan menyediakan soalan-soalan yang ringkas berkaitan skop penyelidikan

6

(19)

pengkaji kepada individu-individu yang dipilih secara rawak. Oleh kerana pengkaji sendiri merupakan pelajar universiti, adalah lebih mudah bagi pengkaji untuk menggunakan kaedah ini kepada rakan-rakan yang juga merupakan golongan pelajar universiti. Kaedah mengenai bagaimana pengkaji mengumpul maklumat melalui temubual ini adalah dengan menemubual sesiapa sahaja individu dan menanyakan soalan seperti berikut:

i. Adakah mereka lebih memilih karya Semiotik yang menggunakan hanya satu sahaja unsurnya ataupun memilih karya yang mempunyai lebih dari satu unsur Semiotik?

ii. Terangkan sebab kenapa mereka memilih jawapan tersebut.

2.1.1.2 Eksperimen

Melalui kaedah eksperimentasi, maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber akan dirujuk semula. Kaedah ini juga digunakan untuk menyokong dan menambahkan lagi maklumat yang sedia ada yang masih tidak mencukupi dalam menjalankan kajian ini. Eksperimen yang akan pengkaji lakukan ialah dengan mengkaji bahan-bahan dan teknik yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam karya supaya mesej yang dikemukakan oleh pengkaji kepada audiens dapat dinyatakan dengan jelas.

(20)

2.1.2 Kajian Sekunder 2.1.2.1 Buku-buku Ruiukan

Sebagai permulaan pengkaji mengkaji tajuk yang dipilih, buku rujukan dijadikan sebagai satu kaedah yang paling utama. Pengkaji berusaha mengumpul buku yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk dikaji dengan sepenuhnya.

Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengumpul maklumat dan idea berkaitan penyelidikan pengkaji. Hampir kesemua perbincangan penyelidikan pengkaji (bab 3) adalah berdasarkan kaedah ini. Antara buku rujukan dan penulis yang digunakan oleh pengkaji dipaparkan di bahagian rujukan.

2.1.2.2 Maklumat Jalur Lebar (Internet)

Seterusnya, pengkaji mengkaji pelbagai maklumat melalui laman sesawang untuk dijadikan sebagai maklumat tambahan atau sampingan melalui blog- blog kerajaan atau yang boleh dipercayai serta berlandaskan fakta dan benar. Kaedah ini membolehkan pengkaji menambah pengetahuan berkaitan maklumat yang dicari.

Hal ini kerana, setiap individu ataupun pengguna blog mempunyai pendapat yang berbeza dalam menyampaikan dan memberi maklumat berdasarkan pembacaan dan pengalaman mereka masing-masing. Oleh itu, pengkaji memilih untuk menggunapakai informasi beberapa individu yang hampir sama antara satu sama lain untuk dijadikan sebagai maklumat kajian pengkaji.

I Di samping itu, internet juga digunakan untuk mencari gambar- gambar yang boleh dijadikan sebagai bukti dan rujukan pengkaji dalam mendapatkan idea untuk menghasilkan karya akhir pengkaji nanti.

8

(21)

2.2 Kesimpulan

Dapat dirumuskan bahawa metodologi penyelidikan ini adalah bahagian yang paling penting kepada pengkaji untuk mengetahui dan mengikuti semua susun atur penyelidikan pengkaji yang sistematik dari mula sehinggalah ke penghasilan karya akhir pengkaji. Di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan, metodologi penyelidikan ini juga dijadikan sebagai tunjang untuk merungkai kenyataan masalah dan mencari jawapan kepada persoalan kajian demi mencapai objektif kajian yang telah pengkaji terangkan di bahagian pengenalan (bab 1).

(22)

BAB 3 PERBINCANGAN

3.0 Pendahuluan

Sebagai pendahuluan kepada perbincangan penyelidikan pengkaji, pengkaji memilih untuk membincangkan satu persatu mengenai skop kajian pengkaji.

Pada bahagian tafsiran istilah, pengkaji akan menghuraikan berkenaan dengan istilah Semiotik dan Feminisme manakala pada bahagian penyelidikan pula pengkaji akan menghuraikan berkenaan dengan analisis kajian secara menyeluruh yang pengkaji perolehi menggunakan metodologi penyelidikan yang telah dinyatakan. Pengkaji akan menghuraikan bahagian penyelidikan ini dengan menjawap persoalan kajian pengkaji.

3.1 Tafsiran Istilah

3.1.1 Kajian Berkaitan Feminisme

Menurut sumber internet Wikipedia, Feminisme adalah merupakan pergerakan ideologi yang berobjektifkan untuk mencari, menyebarkan dan mencapai kesamaan dalam politik, ekonomi, budaya, peribadi dan sosial terhadap kaum wanita di atas muka bumi. Selain itu, ideologi ini turut memberikan peluang bagi kaum wanita dalam pendidikan dan sektor pekerjaan sama seperti yang diperoleh kaum lelaki.

Perkataan Feminisme ini mula diperkenalkan pada tahun 1837 oleh Charles Fourier seorang sosialis Utopia dan merupakan falsafah Perancis. Feminisme muncul di Perancis (1872) kemudian di Britain (1890an) dan seterusnya di Amerika Syarikat (1910).

10

(23)

Sejarah Feminisme ini terbahagi kepada tiga gelombang utama.

Gelombang pertama berlaku di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada abad ke-19 dan ke-20. Gelombang ini memfokuskan kepada kesamaan kontrak, perkahwinan, kekeluargaan dan kemudahan kepada golongan feminis. Pada akhir abad ke-20, aktivis memfokuskan pula untuk meningkatkan kuasa politik, hak terhadap seksualiti dan ekonomi khas untuk wanita.

Gelombang kedua pula iaitu pada pertengahan abad ke-20 diteruskan dengan memperjuangkan hak-hak wanita dengan lebih serius lagi. Hal ini kerana, hak- hak wanita masih kurang dipandang oleh masyarakat di negara-negara Eropah.

Gelombang ketiga bermula sebagai respon terhadap kegagalan pergerakan ideologi pada gelombang pertama dan kedua. Gelombang ini masih memperjuangkan isu-isu yang lepas sehinggalah dunia bersetuju untuk memberikan hak yang sewajarnya kepada kaum wanita seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Ideologi Feminisme ini turut mempengaruhi karya-karya seni dunia.

Seni feminisme ini bermula pada akhir 1960an di Amerika Syarikat apabila kaum wanita beriya-iya ingin menjadikan mereka berbeza daripada kaum lelaki. Pada mulanya, seni feminis ini dijalankan atau dipopularkan oleh pengkarya-pengkarya lelaki dan untuk tontonan atau dipersembahkan kepada audiens lelaki sahaja. Karya yang dhasilkan adalah untuk menentang dan memburuk-burukkan golongan feminis yang sudah mula tidak menghormati kaum lelaki setelah hak mereka dinaikkan.

Golongan ini tidak lagi memikul tanggungjawab mereka yang sepatutnya seperti mengurus hal rumah tangga dan keluarga bahkan ada juga para isteri yang memilih untuk bekerja di luar tetapi tidak meminta persetujuan atau berbincang dengan para suami terlebih dahulu. Lantaran kejadian ini, aliran

(24)

Feminisme mula terkenal dalam dunia seni sekitar awal tahun 1950an. Subjek utama yang terdapat dalam karya seni adalah merupakan figura wanita.

Akan tetapi, pada akhir tahun 1950an, golongan feminis mula melibatkan diri pula dalam bidang seni dan menghasilkan karya untuk mempertahankan hak-hak mereka. Terdapat juga golongan pengkarya lelaki yang menyokong golongan feminis ini memperjuangkan hak mereke menerusi karya. Pada masa kini, menyampaian mesej karya Feminisme itu lebih bersifat neutral dimana terdapat penghasilan karya yang menyokong dan menentang kaum feminis oleh pengkarya dalam dan luar negara.

Karva Ruiukan Feminisme Dalam Negara

k6--* W-:

ý _.

ý

AUSk

ýý F r

0

M3. o. 1I r

ýýýýý . ýº ýý ýý º ý

, ý ýý

ff TPA ý ý, ýýý

"ýýºýý

. /: C.

-= ' `iw

l =.

`M

ý': lw

tiý ýr

40ý-,,

ýº. _ ý\`ý . ýýIf`"

Rajah 2: Girl In The Garden. Zuzila Zain. Catan.

(sumber: httpý: //s-nledia-cache-

akO. pinimg conl/oriL, inals/dc/84/7d/dc847dfa5d1372fde7d'? Ofacc875a4e2 ipg )

12

Gambar

Rajah  1:  The  Eye  Has  A  Veil,  Ismail  Zain  (1988),  Kolaj  Digital
Rajah  2:  Girl  In  The  Garden.  Zuzila  Zain.  Catan.

Referensi

Dokumen terkait