• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATA ALU-ALUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KATA ALU-ALUAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KATA ALU-ALUAN

YANG BERHORMAT HAJAH NANCY BINTI HJ SHUKRI PENGERUSI,

LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERHUTANAN MALAYSIA (MFRDB)

SEMPENA

SEMINAR KEBANGSAAN PENGETAHUAN TRADISI DI MALAYSIA:

PERKONGSIAN PINTAR ANTARA PEMBUAT POLISI, AGENSI PELAKSANA & KOMUNITI

TARIKH: 2 DISEMBER 2010 TEMPAT: AUDITORIUM, FRIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berhormat Dato Sri Douglas Uggah Embas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

YBhg Dato’ Dr Abd. Latif Mohmod Ketua Pengarah FRIM

Ahli-Ahli Lembaga MFRDB,

Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi,

Dif-Dif Jemputan, YBhg Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

(2)

PENDAHULUAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

1. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya, dapat kita bertemu lagi dalam Seminar Kebangsaan Pengetahuan Tradisi (TK) di Malaysia: Perkongsian Pintar antara Pembuat Polisi, Agensi Pelaksana & Komuniti” kali kedua pada tahun 2010.

2. Untuk pengetahuan para hadirin, usaha pertama FRIM untuk memperkenalkan pengetahuan tradisi bermula melalui penganjuran bengkel TK pada 29 November 2007 yang bertajuk ”

TK Development in Malaysia: Issue and Challenges

” yang bertujuan mengetengahkan isu-isu berkaitan pengetahuan tradisi dalam konteks pembangunan nasional.

3. Ini disusuli dengan penganjuran

”National Seminar on

Traditional Knowledge Related to Biodiversity in

(3)

Malaysia: Bridging the Gap Between Policy Makers, the Communities and Practitioner”

pada tahun 2009 yang bertujuan memupuk kerjasama antara pembuat polisi, agensi pelaksana dan komuniti.

4. Kesinambungan daripada bengkel dan seminar tersebut, seminar kali ini yang bertajuk ”Seminar Kebangsaan Pengetahuan Tradisi di Malaysia: Perkongsian Pintar antara Pembuat Polisi, Agensi Pelaksana & Komuniti”

merupakan penutup bagi projek RMK-9 pada tahun 2010.

PENYELIDIKAN FRIM BERKAITAN PENGETAHUAN TRADISI

5. Mengimbas kembali perjalanan projek ini, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, FRIM telah diperuntukkan dana yang sederhana banyaknya untuk melaksanakan sebuah projek mengenai TK. Mengambil kira kepentingan semasa TK kepada Orang Asli dan kepakaran sedia ada, kumpulan penyelidik FRIM telah memutuskan untuk melaksanakan projek bertajuk “Pangkalan Data Tumbuhan Ubatan dan

(4)

Aromatik yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia”.

6. Dengan memfokuskan projek TK terhadap Orang Asli sahaja tidak bermakna TK atau pengetahuan tradisi komuniti lain tidak penting untuk didokumenkan.

Mendokumenkan TK Orang Asli juga tidak bermakna tidak wujud dokumentasi mengenai TK berhubung dengan komuniti Orang Asli. Jawapannya ada, tetapi tidak dilaksanakan sebagai satu pakej iaitu dokumentasi serta pembangunan sumber manusia (Orang Asli) dalam menyediakan spesimen herbarium dilaksanakan secara saintifik berserta analisis makmal (biologi dan kimia) ke atas spesies terpilih.

7. Pakej FRIM turut menyediakan strategi dan pelan tindakan bagi memastikan TK komuniti Orang Asli dapat dikekalkan dan dimartabatkan secara berterusan. Kita sedia maklum pengetahuan Tradisi atau TK komuniti lain juga penting untuk didokumenkan. Insya-Allah, sekiranya kita memperoleh peruntukan yang lebih besar pada masa

(5)

akan datang, usaha mendokumenkan ini tidak akan terhenti kepada masyarakat Orang Asli sahaja malahan juga kepada komuniti lain.

YBhg Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

8. Projek TK yang hanya bermula pada pertengahan tahun 2007 telah memberi tumpuan kepada tiga (3) daripada 18 sub-etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia iaitu komuniti Semelai, Jahai dan Temiar. Kajian ini telah dilaksanakan di dua buah kawasan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) iaitu Iskandar, Tasek Bera, Pahang yang melibatkan komuniti Semelai dan di Banun, Gerik, Perak yang melibatkan komuniti Jahai dan Temiar.

9. Untuk cuba memperluaskan skop projek kepada sub- etnik lain, satu kertas cadangan penyelidikan turut dimajukan ke pihak penaja lain. Pada penghujung tahun 2009, peruntukan sebanyak lebih RM100,000 telah diperoleh dari MOSTI di bawah geran ScienceFund untuk

(6)

menjalankan kajian ke atas satu lagi komuniti iaitu komuniti Orang Asli Semai di Ulu Geroh, Gopeng, Perak.

Ini menjadikan jumlah komuniti yang terlibat dalam projek TK ini kepada empat (4) semuanya. Jika diizinkan tuhan, empat belas (14) sub-etnik lagi akan cuba dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 sekiranya peruntukan adalah besar.

PERINCIAN AKTIVITI PROJEK

10. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam proses mendokumenkan Pengetahuan Tradisi Orang Asli berkaitan tumbuhan ubatan dan beraroma yang digunakan. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti berikut:

Bengkel kesedaran berkaitan kepentingan mendokumenkan TK bertarikh 14 April 2008 di RPS Iskandar Bera, Pahang dan 10 Jun 2008 di RPS Banun Gerik, Perak.

(7)

Bertitik tolak daripada bengkel kesedaran yang di atas, komuniti Semelai berhajat untuk melawat Kampus FRIM untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti penyelidikan yang melibatkan tumbuhan ubatan. Pada 2 Julai 2008, hajat mereka kami tunaikan. Seramai lebih 30 orang dibawa ke FRIM untuk mendengar dan melihat sendiri aktiviti penyelidikan yang dijalankan. Komuniti Temiar dn Jahai juga ingin melawat FRIM, tetapi disebabkan peruntukan tidak mencukupi hasrat mereka tidak dapat kami tunaikan.

Tinjauan sosio-ekonomi isi rumah bagi mendapatkan maklumat penggunaan tumbuhan oleh komuniti telah diadakan di RPS Iskandar Bera Pahang pada 7-14 Mei 2008 dan di RPS Banun Gerik pada 14-16 Julai 2008.

Bengkel pembinaan kapasiti Orang Asli yang meliputi dua (2) fasa) turut diadakan. Bengkel pembinaan kapasiti ini bertujuan mendedahkan

(8)

peserta Orang Asli yang terlibat dalam usaha mendokumenkan tumbuhan yang digunakan secara saintifik. Fasa I, di RPS Iskandar Bera Pahang pada 20-23 Oktober 2009 dan Fasa II pada 2-5 Februari 2010. Bagi RPS Banun Gerik, Fasa I diadakan pada 3-7 Mei 2010 dan Fasa II pada 13-16 Julai 2010.

Melalui bengkel di atas, beberapa tumbuhan terpilih yang mempunyai potensi telah dikutip untuk tujuan analisis makmal.

Seminar Kebangsaan turut diadakan pada 10 Disember 2009 yang menyaksikan satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara FRIM dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOEA). Jalinan pintar ini telah banyak membantu kami dalam melaksanakan projek dengan lebih berkesan dan efisien. Untuk makluman semua, kami turun padang sebanyak dua (2) kali bagi menerangkan inti pati MoU kepada komuniti terlibat. Usaha kami tidak sia-sia. Di samping dapat

(9)

menerangkan MoU tersebut dengan lebih jelas, kami juga berjaya mendapatkan persetujuan (Prior Informed Consent = PIC) daripada komuniti untuk turut terlibat dengan projek TK ini. PIC ini merupakan kunci kepada semua usaha kami kerana tanpa persetujuan dan kerjasama daripada komuniti terlibat dan tentunya JHEOA dan Jabatan Perhutanan Negeri dan Daerah, sukar untuk kami melaksanakan projek ini. Terima kasih kepada semua.

Stakeholder Analaysis

turut diadakan pada 27 Oktober, yang melibatkan lebih daripada 35 peserta dari komuniti Orang Asli, wakil dari badan bukan kerajaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan agensi kerajaan. Melalui

Stakeholder Analysis

ini kita telah berjaya menghasilkan strategi dan pelan tindakan yang bakal kita panjangkan kepada Kementerian sebagai input awal kepada pembentukan kedua-dua pelan tersebut di peringkat nasional.

(10)

PENUTUP

YBhg Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

11. Untuk pengetahuan, semua aktiviti utama yang dijalankan dalam projek ini melibatkan kerjasama dan penglibatan sepenuhnya antara kedua-dua pihak;

penyelidik dan komuniti bagi menjamin kepentingan bersama dan kelangsungan projek. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di bawah projek ini juga secara tidak langsung telah menyumbang maklumat yang tidak ternilai harganya kepada bidang pengetahuan tradisi secara keseluruhan.

12. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Seminar TK 2010 kali ini diadakan bertujuan memupuk kerjasama dan perkongsian ilmu antara pembuat polisi, agensi pelaksana dan komuniti. Memandangkan seminar ini merupakan upacara penutup projek di bawah RMK-9, diharapkan agar hasil penyelidikan projek ini akan disebar luas untuk

(11)

makluman bersama. Sekiranya perlu, saya juga ingin menyarankan agar Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan berhubung terus dengan kumpulan penyelidik FRIM untuk sebarang pertanyaan atau apa juga kemusykilan yang tidak terjawab semasa seminar.

13. Sebelum saya mengakhiri ucapan alu-aluan ini, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah bekerja keras untuk menjayakan seminar ini.

Kepada para pembentang dan peserta seminar, diharapkan agar seminar ini memberi peluang dan ruang untuk berinteraksi serta berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai TK.

Sekian, terima kasih.

YB Hajah Nancy Binti Hj Shukri Pengerusi MFRDB

2 Disember 2010

Referensi

Dokumen terkait