• Tidak ada hasil yang ditemukan

Katanya, dengan berbuat demikian, mata wang tempatan akan sejajar dengan keadaan ekonomi dan prospeknya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Katanya, dengan berbuat demikian, mata wang tempatan akan sejajar dengan keadaan ekonomi dan prospeknya"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Pengurusan ekonomi yang lebih utuh akan membolehkan ringgit kembali stabil memandangkan langkah menambat ringgit dan kawalan aliran modal seperti yang pernah dilaksanakan semasa Krisis Kewangan Asia serta Krisis Kewangan Global kini bukan lagi pilihan terbaik.

"Saya rasa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi dengan memastikan pertumbuhan akan kekal utuh dan memudahkan komuniti perniagaan berkembang maju serta lebih banyak pekerjaan dengan gaji tinggi dan berkualiti akan diwujudkan," kata Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Katanya, dengan berbuat demikian, mata wang tempatan akan sejajar dengan keadaan ekonomi dan prospeknya.

(2)

Menjelaskan prestasi semasa ringgit, beliau berkata terdapat pelbagai sebab yang mempengaruhi pergerakan mata wang terutama dari segi permintaan.

Beliau berkata, ini sama ada faktor jangka pendek atau struktur seperti sesuatu yang lebih kekal.

Ahli ekonomi itu berkata, faktor jangka pendek boleh dalam bentuk, antara lain, keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama seperti Rizab Persekutuan AS (Fed) dan faktor lain seperti geopolitik seperti perang di Ukraine.

"Dalam tempoh tidak menentu ini, permintaan terhadap mata wang selamat iaitu dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi lebih tinggi berikutan mata wang itu dianggap stabil dan cair. Ini akan berlaku sepanjang masa," katanya.

Selain ringgit, katanya, dolar Singapura turut susut 3.42 peratus berbanding dolar AS, baht Thailand merosot 4.52 peratus, rupiah Indonesia berkurangan 2.39 peratus, dolar Taiwan susut 7.15 peratus dan yen Jepun merosot 10.7 peratus berbanding dolar AS untuk tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini.

Antara langkah yang diambil pada 1998 ialah tambatan ringgit berbanding dolar AS serta menutup perdagangan ringgit di luar negara dan perdagangan saham Malaysia di Singapura untuk menamatkan aktiviti spekulatif dalam mata wang dan dalam pasaran tempatan.

Langkah lain ialah mengawal aliran modal, terutama aliran keluar modal jangka pendek oleh warga asing dan rakyat tempatan.

Semasa krisis kewangan global 2008, kerajaan melaksanakan dasar fiskal dan monetari, menstabilkan sistem perbankan dan mengukuhkan prospek ekonomi untuk menstabilkan ringgit.

Sehubungan itu, sistem perbankan mempunyai modal yang mencukupi untuk menyelesaikan krisis dan agak sukar bagi pihak berkuasa Malaysia untuk meminjam daripada bank asing.

Malaysia turut mengambil langkah-langkah untuk menangani krisis dalam bentuk pakej rangsangan fiskal dan melonggarkan dasar monetari.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, langkah yang diambil pada tahun 1999 dan 2008 itu bukan langkah terbaik yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan kebimbangan yang semakin meningkat pada hari ini.

"Kita perlu memahami bahawa impak daripada pergerakan mata wang sentiasa dua hala.

Ia boleh menjadi urusan yang mahal kepada pengimport berikutan mereka perlu membayar lebih tetapi pengeksport mendapat manfaat daripadanya kerana harga eksport menjadi amat berpatutan dari pandangan pembeli asing," katanya.

(3)

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, satu lagi aspek penting ialah subsidi untuk rakyat bagi mengurangkan kenaikan inflasi dan harga barangan keperluan asas.

"Kita akui terdapat kes salah guna subsidi tetapi pembaharuan perlu tidak diteruskan pada masa ini untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

"Apa yang kita perlukan ialah pelan hala tuju dan komunikasi terus dengan perniagaan untuk memastikan rakyat tidak perlu memikul beban ini di bahu mereka," katanya.

Ringgit menjejaki dolar AS berikutan minat global yang tinggi terhadap mata wang AS itu meningkatkan permintaan dan nilainya pada tahap yang amat baik.

Kenaikan dolar AS yang mendadak menyebabkan ringgit merosot 5.3 peratus untuk tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini kepada RM4.3987 berbanding dolar AS pada Jumaat lalu daripada RM4.1763 pada 1 Januari 2022 dan dijangka terus susut berikutan keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah.

Penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS mewujudkan kebimbangan dalam kalangan ahli ekonomi, memaksa kerajaan mencari jalan untuk menstabilkan kadar pertukaran mata wang tempatan.

Apa yang dihadapi ketika ini sama dengan apa yang dihadapi semasa Krisis Kewangan Asia 1998 dan Krisis Kewangan Global 2008, yang menyaksikan ringgit mengalami kejatuhan mendadak berbanding dolar AS.

Nilai ringgit, masing-masing berada pada RM3.80 dan RM3.46 berbanding dolar AS sebelum langkah terbabit diambil untuk menstabilkan mata wang tempatan.

Perbezaan yang ketara ialah harga minyak jatuh pada akhir 1998 dan 2008, apabila harga puratanya, masing-masing pada AS$12.76 setong dan AS$96.94 setong, berbanding kira-kira AS$106.61 setong ketika ini.

Walau apa pun, yakinlah bahawa apa yang dihadapi negara pada hari ini telah dihadapi sebelum ini dan pentadbiran akan mengambil langkah perlu untuk mengurangkan impaknya terhadap rakyat.

Antaranya ialah mengetatkan dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti yang diumumkan pada Khamis lalu dan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 mulai 1 Mei 2022.

Melihat kepada pengumuman KDNK suku pertama 2022 pada Jumaat, yang mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan berikutan pertumbuhan permintaan domestik, iaitu penggunaan dan pelaburan, terdapat petunjuk bahawa ekonomi tempatan bertambah baik selepas pandemik.

(4)

Pembukaan semula ekonomi yang berterusan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada ekonomi domestik berikutan isi rumah dan perniagaan bebas menjalankan urus niaga yang boleh meningkatkan KDNK.

Apabila ekonomi bertambah baik, lebih banyak pekerjaan diwujudkan, rantaian bekalan kembali normal, pulangan pelaburan serta langkah monetari dan fiskal diambil, Malaysia akan mendapat semula kedudukannya dan ringgit akan stabil.

-BERNAMA

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research

Referensi

Dokumen terkait

MINUTES of the duly convened Ordinary Meeting of The Hills Shire Council held in the Council Chambers on 14 October 2014 This is Page 5 of the Minutes of the Ordinary Meeting of The

Tanya Jawab 2 x 50’ Mendiskusikan Pendidikan Anti Korupsi Mahasiswa dapat menganalisis Pendidikan Anti Korupsi Tugas/ 5% 11 Analisis Wawasan Nusantara sebagai Geo Politik