• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah "

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1326

Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah

(The Effectiveness of Fun Learning on Historical Empathy Among Year Four Students in Kota Setar District, Kedah)

Ooi Wan Yee1* , Abdul Razaq Ahmad2, Shakila Che Dahalan3

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: ooiwanyee81@gmail.com

2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: razaq@ukm.edu.my

3Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Email: shakilacd@fsk.upsi.edu.my

CORRESPONDING AUTHOR (*):

Ooi Wan Yee

(ooiwanyee81@gmail.com) KATA KUNCI:

Didik hibur Empati sejarah

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

KEYWORDS:

Fun learning Historical empathy Historical thinking skills CITATION:

Ooi, W. Y., Abdul Razaq Ahmad, & Shakila Che Dahalan. (2022). Keberkesanan Didik Hibur Terhadap Empati Sejarah dalam kalangan Murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001326.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1326

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan teknik didik hibur terhadap empati sejarah yang dinilai dari segi empati peristiwa dan empati tokoh dalam kalangan murid tahun empat di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini turut mengenal pasti perbezaan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk kuasi eksperimental.

Sampel kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun empat. Kumpulan kawalan dan rawatan masing-masing mempunyai sembilan orang murid. Tempoh pelaksanaan kajian ini adalah selama 10 minggu. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis menggunakan SPSS 26.0 yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Kaedah didik hibur ini terbukti berkesan dan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berbanding dengan pengajaran lazim dalam penerapan empati sejarah dalam kalangan murid. Bagi analisis ujian pos yang menggunakan ujian-t tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos.

ABSTRACT

This study was conducted to identify the effectiveness of fun learning techniques on historical empathy which was evaluated in terms of empathy of events and empathy of figures among fourth year students in the district of Kota Setar, Kedah. This study also identified the differences in historical empathy among students of the control group and

(2)

the treatment group for the post test based on gender. This study is a quasi-experimental quantitative study. The study sample consisted of 18 primary year four students. The control and treatment groups each had nine students. The implementation period of this study was for 10 weeks. The research instrument used was questionnaires. Data were analyzed using SPSS 26.0 which involved of descriptive and inferential analysis. This method of entertaining learners proved to be effective and showed that there were significant differences compared to conventional teaching in the application of historical empathy among students.

Post-test analysis using independent t-test shows there was a significant difference of historical empathy in the control group and treatment group.

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini adalah salah satu daripada kajian yang telah menyiasat keberkesanan teknik didik hibur terhadap empati sejarah murid sekolah rendah. Data yang diperoleh berguna kepada penggubal kurikulum, pentadbir sekolah dan para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berkesan.

1. Pengenalan

Mata pelajaran Sejarah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah rendah pelbagai aliran sejak tahun 2014 adalah usaha yang bertepatan dalam memupuk nilai patriotisme dan nasionalisme seawal usia muda murid-murid.

Sebelum itu elemen sejarah hanya diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Dengan pelaksanaan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah ini maka pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan menjadi lebih berfokus kepada sumber dan penghayatan nilai sejarah itu sendiri. Mata pelajaran Sejarah yang diajar kepada murid Tahap Dua sekolah rendah iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6 bertujuan untuk memberi pemahaman dan penghayatan mendalam kepada murid-murid mengenai tanah air sendiri di samping memastikan mereka mengenali tokoh-tokoh negarawan terbilang yang berjasa kepada tanah air suatu ketika dulu sehingga membolehkan wujudnya sebuah negara bangsa bernama Malaysia pada masa kini. Pendidikan Sejarah sangat penting dan perlu diberi keutamaan dalam usaha melahirkan warga negara yang setia, mempunyai jati diri dan cinta akan tanah air sendiri.

Salah satu elemen yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sejarah ialah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Melalui KPS murid dibimbing untuk berfikir secara kritis dan analitis terhadap sumber dan peristiwa sejarah. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan intelek murid di samping menjadikan sejarah sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Penguasaan elemen dalam KPS membolehkan murid melihat sesuatu peristiwa yang telah berlaku secara empati. Dengan itu, kita dapat merumuskan bahawa KPS merupakan satu proses berfikir secara analitis, kritis dan kreatif yang membolehkan murid memahami peristiwa masa lalu untuk dihubungkaitkan dengan masa kini dan membuat persediaan untuk masa hadapan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).

Namun demikian, empati sejarah tidak dilahirkan secara semula jadi dalam diri murid.

(3)

berkesan dalam bilik darjah. Guru Sejarah yang akan menerapkan empati sejarah itu dalam minda murid mereka. Kajian Khairunnajwa (2017) menunjukkan bahawa hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dengan amalan nilai empati sejarah kepada pelajar sekolah menengah masih lagi berada di tahap yang rendah.

Melalui tinjauan kajian lepas, didapati kajian tentang empati sejarah di Malaysia masih kurang dijalankan jika berbanding dengan luar negara (Siti Hawa, 2019). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik didik hibur terhadap empati sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Persoalan kajian ini dipaparkan seperti berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos?

ii. Adakah terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos?

2. Sorotan Literatur

2.1. Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Setiap pengajaran dan pembelajaran adalah saling berkait rapat dengan rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan tersebut. Noriyani (2017) telah menjelaskan bahawa tindak balas positif terhadap sesuatu rangsangan akan memberi satu hasil yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran akan lebih efektif dan akan lebih diingati jika diajar dalam suasana yang sesuai dengan kehendak pelajar. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa suatu pengajaran yang efektif bermula dengan pengetahuan tentang apa yang hendak diajar atau disampaikan dan disertai dengan rangsangan yang sesuai.

Teknologi maklumat dan multimedia dalam pendidikan abad ke-21 telah meluas digunakan dalam kalangan pendidik kerana mampu memberi kesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid masa kini mempunyai pelbagai cara berinteraksi dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia maya. Kajian-kajian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh merangsang dan mendorong kanak- kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan (Siti Zaharah et al., 2018).

Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan TMK telah memudahkan kehidupan kita dengan menjadikan perkara yang susah menjadi senang. Perkembangan TMK yang semakin pesat turut mengubah situasi di dunia pendidikan. Menurut Kaviza (2020), perkembangan teknologi yang pesat dalam sistem pendidikan di Malaysia telah menyebabkan berlaku perubahan dari aspek penggunaan pendekatan, strategi, kaedah, teknik, alat, sumber dan bahan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi kurikulum sejarah yang telah menyarankan kepada penggunaan TMK. TMK bukan sahaja dapat mengubah cara seseorang memperoleh ilmu dan menyesuaikan maklumat malahan turut meningkatkan mutu para pendidik untuk mengajar (Riski, 2019).

(4)

Kajian Kaviza et al. (2021) yang bertajuk “Kesan Pembelajaran Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan Pengetahuan Sejarah”

menunjukkan penggunaan Google Classroom sebagai medium pembelajaran abad ke-21 sangat berkesan terhadap pencapaian Sejarah dalam kalangan murid. Pencapaian murid meningkat disebabkan pembelajaran berteraskan TMK dan berpusatkan murid ini telah membentuk ruang pembelajaran yang aktif dalam talian. Selain itu, elemen-elemen seperti kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti yang terkandung dalam pembelajaran abad ke-21 turut menarik minat dan memotivasikan murid untuk belajar secara efektif dan seterusnya memberi kesan positif dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam Sejarah (Izwan et al., 2016; Noor Lela et al., 2019; Institut Aminuddin Baki, 2017).

2.2. Didik Hibur dan Empati Sejarah di Malaysia

Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur bagi merealisasikan hasrat transformasi kurikulum. Melalui pendekatan didik hibur, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru perlu mengambil kira latar belakang murid agar aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan latar belakang mereka (Rosmadi & Hafizhah, 2020). Kajian Siti Rahaimah dan Farah (2017) menunjukkan bahawa teknik didik hibur ini membolehkan murid berinteraksi dan belajar nilai sosial di samping membantu perkembangan dari segi fizikal, sosial dan emosi.

Didik hibur dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Nur Aliah (2019) dalam kajiannya menunjukkan bahawa murid lebih suka belajar melalui pendekatan didik hibur. Pendekatan ini dapat melibatkan murid secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan kaedah konvensional iaitu chalk and talk.

Menurut kajian Aswaniza dan Rosadah (2018) yang melibatkan guru-guru Sekolah Dalam Hospital, ketakutan kanak-kanak Finland berumur antara empat hingga enam tahun ketika menerima rawatan di hospital dapat ditangani dengan strategi yang berunsurkan permainan dan main peranan. Ini menunjukkan pengajaran yang berasaskan didik hibur dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti pelajaran.

Kajian ini dapat disokong dengan kajian Azman et al. (2017) yang menyatakan minat dan penglibatan murid akan meningkat sekiranya gamifikasi digunakan dalam pembelajaran Sejarah. Dalam kajian ini kaedah permainan Global Zakat Game (GZG) yang berasaskan pembelajaran abad ke-21 digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep zakat. Melalui GZG, konsep didik hibur diterapkan melalui soalan, denda, perintah dan pembelian tapak perniagaan untuk menimbulkan persaingan bersih serta meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran yang aktif dan interaktif dapat diwujudkan antara guru dan murid.

Selain itu, kajian Norma et al. (2021) juga menunjukkan bahawa didik hibur dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Dalam kajian yang bertujuan mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pengajaran berpusatkan murid, dapatan menunjukkan kaedah bercerita dan aktiviti nyanyian sesuai digunakan dalam kelas. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti ini dapat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan di samping memberi peluang kepada murid untuk

(5)

melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Malahan aktiviti nyanyian juga dapat meringankan stres yang dihadapi oleh murid akibat pembelajaran yang bosan di dalam kelas.

Kajian Nur Aliah (2019) tentang penggunaan kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dalam pembelajaran Matematik menunjukkan kaedah ini berkesan dalam membantu murid mengingati sesuatu mata pelajaran. Guru yang ditemu bual dalam kajian ini menyatakan prestasi murid meningkat setelah kaedah ini digunakan. Gabungan kaedah pengajaran tradisional dan didik hibur dapat memberi kesan yang positif kerana murid dapat menghayati fakta dan formula yang diresapi ke dalam jiwa mereka ketika proses pembelajaran berlangsung. Dapatan kajian turut mendapati enam daripada sepuluh orang murid mempunyai motivasi ekstrinsik dalam pembelajaran Matematik. Ini bermakna kaedah nyanyian yang digunakan dalam kelas telah menjadi sokongan untuk meningkatkan motivasi belajar mereka. Manakala tiga orang murid yang lain mempunyai motivasi intrinsik di mana Matematik merupakan mata pelajaran kegemaran mereka. Minat dan kesungguhan yang lahir secara semula jadi ditambah dengan penggunaan didik hibur menjadikan mereka lebih bersemangat dalam pembelajaran Matematik untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Walaupun demikian, dapatan kajian ini juga memaparkan terdapat beberapa isu dan cabaran penggunaan didik hibur dalam Matematik. Yang pertama, murid gagal menghubungkaitkan formula dalam lagu dengan latihan yang diberi. Kedua, segelintir guru mendapati kaedah didik hibur tidak sesuai kepada sesetengah murid disebabkan mereka menganggap lagu formula sebagai hiburan semata-mata tanpa menerima ilmu yang hendak disampaikan melalui nyanyian. Kesannya, mereka sukar menyiapkan latihan dan memahami konsep dalam lagu. Ketiga, guru menghadapi cabaran melaksanakan kaedah didik hibur di sekolah luar bandar kerana capaian Internet yang terhad untuk mendapatkan sumber bahan mengajar. Keempat, para waris yang kurang faham konsep didik hibur dan beranggapan guru hanya mengajar bernyanyi setiap kali kelas Matematik.

Berdasarkan dapatan kajian Mohd Zahar dan Affero (2016), didapati bahawa purata nilai min bagi penerapan didik hibur dalam kalangan murid adalah tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa setiap murid mengharapkan guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah didik hibur amat berkesan memberi motivasi belajar kepada murid-murid sekolah rendah. Kesan motivasi belajar tersebut merupakan pengalaman bermakna yang akan menjadikan murid tersebut meminati sesuatu mata pelajaran. Dapatan kajian mereka turut mendapati bahawa penampilan guru memainkan faktor yang penting dalam meningkatkan motivasi murid. Penerangan yang jelas, ganjaran, menetapkan matlamat, mengambil berat kepada murid serta dapat melibatkan murid semaksimum yang boleh menjadi kunci dalam merangsang tahap motivasi ekstrinsik murid dan seterusnya mampu menanamkan motivasi intrinsik dalam diri murid-murid sehingga dewasa.

Penerapan didik hibur terhadap motivasi belajar murid sekolah rendah menjadikan guru-guru lebih kreatif dan inovatif dalam menarik minat murid dan menimbulkan tahap motivasi belajar yang tinggi kepada muridnya.

Ros Anita dan Abdul Halim (2021) telah menjalankan kajian kepustakaan untuk melihat keberkesanan elemen sastera Melayu terhadap perkembangan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran melalui didik hibur yang meliputi aktiviti seperti nyanyian, lakonan, berpantun dan sebagainya membolehkan murid memahami fakta Sejarah yang

(6)

dipelajari dengan berkesan kerana dapat mengingati fakta tersebut untuk jangka masa yang panjang. Namun demikian, tiga faktor utama yang menentukan keberkesanan penggunaan elemen sastera dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah hendaklah diambil kira iaitu guru, pendekatan yang digunakan dalam kelas dan elemen sastera yang dipilih. Dalam konteks ini, guru perlulah berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengajar Sejarah berasaskan elemen sastera di kelas. Selain itu, elemen sastera yang digunakan perlu mencabar pemikiran murid supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan analitis. Hal ini penting kerana guru dapat mengeksploitasi isu dan persoalan yang timbul dalam bahan sastera tersebut dan kemudiannya dapat mengajar murid ke arah pemikiran yang lebih kritis dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan dalam kehidupan mereka.

Khairunnajwa (2017) telah menjalankan kajian tinjauan ke atas 400 orang pelajar Tingkatan 5 yang melibatkan empat buah sekolah di sekitar Batu Pahat, Johor. Kajiannya yang bertajuk “Amalan Nilai Empati Sejarah Sekolah Menengah” merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajiannya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dengan amalan nilai empati sejarah berdasarkan jantina pelajar tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas berdasarkan etnik pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan nilai empati sejarah berdasarkan etnik pelajar. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa guru memainkan peranan penting dalam pembentukan empati sejarah pelajar di dalam kelas.

Kajian kuasi eksperimen Shakila (2020) yang bertajuk “Keberkesanan Modul KPSA-21 Terhadap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Serta Empati Sejarah” membuktikan keberkesanan Modul Kemahiran Pengajaran Sejarah Abad ke-21 (KPSA-21). Kajian ini mendapati pendekatan pedagogi pengajaran yang berbentuk kreativiti dan inovatif, pemikiran kritis, penggunaan TMK serta kepelbagaian pendekatan berteraskan futuristik dapat meningkatkan kemahiran dan penghayatan murid dalam menguasai mata pelajaran Sejarah. Kajian turut menunjukkan pengetahuan dan amalan KBAT penyumbang kepada empati sejarah.

Ringkasannya, kaedah didik hibur dapat meningkatkan tahap pencapaian murid jika dirancang dengan baik oleh guru. Minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran juga akan meningkat kerana kaedah didik hibur membolehkan mereka belajar sesuatu dengan berseronok dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Oleh itu, kaedah ini dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah untuk meningkatkan penghayatan empati sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah.

3. Metod Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental. Reka bentuk ini dipilih kerana pengagihan rawak tidak dapat dilakukan. Reka bentuk kajian ini dibahagikan kepada dua kumpulan sampel kajian iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menggunakan kelas murid tahun empat di sekolah rendah penyelidik mengajar. Reka bentuk ini dipilih kerana kajian ini menggunakan kelas yang sedia ada di sekolah. Reka bentuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan diberikan Ujian Pra dan Ujian Pos seperti yang digambarkan melalui Jadual 1.

(7)

Jadual 1: Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Setara Menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra Kaedah Ujian Pos

Kumpulan Rawatan A1 X1 A2

Kumpulan Kawalan A3 X2 A4

Jadual 1 menunjukkan reka bentuk bagi dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

A1 dan A3 ialah Ujian Pra yang dijalankan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ujian Pra dijalankan untuk memastikan kesamaan atau homogen antara kedua-dua kumpulan dan pengawalan secara sistematik. X1 dan X2 merupakan kaedah pembelajaran yang diberikan oleh penyelidik kepada kedua-dua kumpulan ini. Bagi X1 kaedah pembelajaran yang digunakan ialah didik hibur kepada kumpulan rawatan manakala X2 ialah kaedah pembelajaran lazim kepada kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan dalam kajian menerima bahan pengajaran yang sama seperti rujukan buku teks Tahun Empat. Jumlah tempoh masa kajian diselaraskan sama iaitu selama 10 minggu. Akhir sekali, A2 dan A4 iaitu Ujian Pos akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan. Ujian Pos dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan pengajaran menggunakan kaedah didik hibur dan pengajaran secara lazim kepada sampel kajian.

Sampel kajian melibatkan sebuah kelas tahun empat yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pemilihan sampel kajian adalah mengikut kelas yang telah ditentukan oleh pentadbir sekolah. Kesemua murid dalam kelas akan dijadikan sampel kajian.

Jumlah sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini seramai 18 orang. Disebabkan sampel kajian yang dipilih mempunyai ciri kesamaan atau homogenus dari segi populasi, maka saiz sampel yang kecil adalah mencukupi (Chua, 2011). Kumpulan kawalan seramai sembilan orang dan kumpulan rawatan juga seramai sembilan orang. Kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan masing-masing diwaliki empat orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Kumpulan kawalan dan rawatan diperincikan seperti Jadual 2.

Jadual 2: Bilangan Sampel Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Kumpulan Jantina Jumlah

Lelaki Perempuan Kumpulan

Kawalan 4 5 9

Kumpulan Rawatan

4 5 9

Pengajaran bagi kedua-dua kelas rawatan menggunakan kaedah didik hibur dengan 20 kali perjumpaan selama 10 minggu. Setiap kali perjumpaan selama sejam. Pengajaran menggunakan kaedah didik hibur bermula pada akhir bulan Jun hingga akhir bulan September.

Pembinaan instrumen kajian ini mengandungi satu bahagian iaitu pembinaan instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik dibina untuk mengenal pasti nilai empati sejarah iaitu empati tokoh dan peristiwa. Kajian ini mengandungi dua bahagian iatu Bahagian A:

Demografi dan Bahagian B: Empati Sejarah. Pembinaan instrumen soal selidik diperincikan seperti Jadual 3.

(8)

Jadual 3: Jadual Instrumen

Bil. Bahagian Konstruk Item Jumlah Sumber

1. A Demografi A1-A2 2 Profil Kendiri

Responden 2. B Empati Peristiwa Sejarah B1.1-

B1.8 8

Shakila (2020)

3. Empati Tokoh Sejarah B2.1-

B2.7

7

Pembinaan instrumen soal selidik terbahagi kepada empati sejarah yang merangkumi empati tokoh dan peristiwa. Pembinaan instrumen soal selidik empati sejarah adalah berdasarkan kerangka dari kajian Shakila (2020). Skala lima likert yang digunakan dalam bahagian soal selidik ialah 1. Sangat tidak menjiwai, 2. Tidak menjiwai, 3. Hampir menjiwai, 4. Menjiwai dan 5. Sangat menjiwai. Keseluruhannya merujuk kepada penghayatan nilai-nilai Sejarah dalam kalangan murid.

Untuk memerihalkan data kuantitatif kedua-dua statistik iaitu analisis deskriptif dan inferensi digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Analisis deskriptif melibatkan statistik peratusan, nilai skor min dan sisihan piawai bagi menjawab soalan-soalan kajian.

Analisis inferensi pula melibatkan Ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Jadual 4 menunjukkan analisis dapatan kajian.

Jadual 4: Analisis Data Kajian

Soalan Kajian Hipotesis Null Anaisis Data

Adakah terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

berdasarkan ujian pra.

Inferensi (Ujian t tidak bersandar)

Adakah terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos?

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

berdasarkan ujian pos.

Inferensi (Ujian t tidak bersandar)

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan nilai empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos.

Inferensi (ANOVA Sehala)

Statistik deskriptif digunakan untuk melihat dan menghuraikan secara menyeluruh tentang responden. Peratus, skor min dan sisihan piawai akan dilihat dalam analisis deskriptif ini. Soalan-soalan berdasarkan soalan soal selidik lima skala Likert ditentukan dengan jadual interpretasi skor min di bawah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

(9)

Jadual 5: Skala Skor Min Julat Interpretasi skor min

1.00-1.99 Lemah

2.00-2.99 Rendah

3.00-3.99 Sederhana 4.00-5.00 Tinggi

Sumber: Jamil (2002)

Analisis inferensi dalam kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti amalan empati sejarah yang merangkumi empati tokoh dan empati peristiwa dengan menggunakan kaedah didik hibur dan kaedah lazim. Di samping itu, analisis ini juga digunakan bagi mengenal pasti konstruk-konstruk tersebut berdasarkan jantina dalam kumpulan rawatan bagi ujian pos dan juga sumbangan antara pemboleh ubah kajian dalam kumpulan rawatan bagi ujian pos.

Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk membandingkan min bagi dua kumpulan dalam pemboleh ubah yang dikaji. Dalam kajian ini, analisis ujian-t tidak bersandar digunakan untuk membandingkan tahap pencapaian dan empati sejarah murid yang diajar dengan kaedah pengajaran lazim dan murid yang menggunakan kaedah pengajaran didik hibur. Manakala analisis ANOVA sehala digunakan untuk mengukur perbezaan tahap pencapaian dan empati Sejarah murid dalam kumpulan kawalan dan rawatan dari segi jantina.

Sebelum menjalankan kajian, penyelidik telah mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian daripada Fakulti Pendidikan untuk ditunjukkan kepada pentadbir sekolah. Disebabkan kajian dijalankan di sekolah penyelidik bertugas, maka penyelidik terus berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak sekolah bagi menjalankan kajian. Murid-murid kelas tahun empat yang dipilih sebagai sampel kajian turut dimaklumkan bahawa mereka akan terlibat dalam kajian yang akan dijalankan agar mereka dapat menghadiri kelas dalam talian pada waktu yang ditetapkan. Murid-murid tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah pengajaran lazim yang berpusatkan guru manakala kumpulan rawatan pula diajar menggunakan kaedah didih hibur.

Seterusnya, kajian sebenar mula dijalankan di sekolah yang dipilih selama 10 minggu bermula pada akhir bulan Jun hingga ke akhir bulan September 2021. Pada permulaan kelas, kedua-dua kumpulan murid dikehendaki menjawab soal selidik kajian (ujian pra).

Selepas itu, kelas yang melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan akan berlangsung selama 10 minggu berturut-turut dalam talian. Masa yang ditetapkan bagi setiap sesi perjumpaan selama sejam bagi setiap minggu. Kandungan pengajaran yang disampaikan kepada murid sama dan yang berbeza hanyalah kaedah pengajaran.

Sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penyelidik akan memastikan aktiviti di dalam kelas berjalan dengan lancar. Setelah tamat tempoh kajian, sampel kajian akan menjawab soal selidik (ujian pos) yang dikendalikan oleh penyelidik sekali lagi. Pelaksanaan kajian secara ringkasnya melibatkan ujian pra, diikuti dengan rawatan dan ujian pos.

Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan pada awal bulan Jun 2021 di sebuah sekolah rendah harian Kementerian Pendidikan Malaysia yang

(10)

terletak di Alor Setar, Kedah. Sebanyak 10 orang murid Tahun Empat yang dipilih secara rawak dari sekolah lain terlibat dalam kajian rintis ini. Mereka telah menjawab borang soal selidik yang diberikan oleh penyelidik. Indeks kebolehpercayaan empati sejarah ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Indeks Kebolehpercayaan Empati Sejarah

Konstruk Item Kolerasi item

dengan jumlah skor yang diperbetulkan

Nilai Cronbach Alpha jika item digugurkan

Nilai Cronbach Alpha

Empati Berasaskan Peristiwa

B.1.1 0.885 0.880 0.905

B.1.2 0.691 0.896

B.1.3 0.697 0.894

B.1.4 0.749 0.889

B.1.5 0.816 0.882

B.1.6 0.745 0.888

B.1.7 0.516 0.911

B.1.8 0.738 0.898

Empati Berasaskan Tokoh

B.2.1 0.878 0.933 0.945

B.2.2 0.878 0.933

B.2.3 0.667 0.957

B.2.4 0.855 0.934

B.2.5 0.878 0.933

B.2.6 0.878 0.933

B.2.7 0.855 0.934

Jadual 6 menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi kesemua item dalam konstruk empati berasaskan peristiwa ialah 0.905. Nilai kolerasi item dengan jumlah skor yang diperbetulkan antara 0.516 hingga 0.885 manakala nilai Cronbach Alpha jika item digugurkan antara 0.880 hingga 0.911. Dari aspek empati berasaskan tokoh pula nilai Cronbach Alphanya menunjukkan 0.945. Nilai kolerasi item dengan jumlah skor yang diperbetulkan antara 0.667 hingga 0.878 manakala nilai Cronbach Alpha jika item digugurkan berada antara 0.933 hingga 0.957. Menurut Chua (2014), nilai Cronbach Alpha antara 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan. Justeru, berdasarkan analisis jadual di atas, 15 item yang berkaitan empati sejarah menunjukkan indeks kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima sebagai item dalam kajian sebenar.

4. Hasil Kajian

Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra dan pos?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra.

Berdasarkan Jadual 7, dapatan analisis menunjukkan min kumpulan kawalan ialah M=24.0000, SP=5.47723 manakala min bagi kumpulan rawatan pula ialah M=23.8889, SP=5.41859. Analisis data menunjukkan bahawa empati sejarah bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan hampir sama.

(11)

Jadual 7: Analisis Skor Min dan Sisihan Piawai

Kumpulan N Min Sisihan

Piawai Sisihan Piawai Min Ujian

Pra Kawalan 9 24.0000 5.47723 1.82574

Rawatan 9 23.8889 5.41859 1.80620

Berdasarkan Jadual 8, dapatan ujian Levene menunjukkan F=0.095, Sig.=0.762 iaitu p>0.05. Oleh itu, varians diandaikan sama bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Nilai p (Sig.(2-tailed)) pada baris pertama dirujuk iaitu p=0.966. Keputusan kajian adalah tidak signifikan (t=0.043, df=16, p>0.05). Oleh kerana nilai p yang dikaji 0.966>0.05, maka hipotesis nol pertama (Ho1) adalah gagal ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra.

Jadual 8: Analisis Ujian-T Levene's Test

for Equality

of Variances t-test for Equality of Means F Sig. t df Sig. (2-tailed)

Mean Differenc e

Std. Error Difference Equal variances assumed .095 .762 .043 16 .966 .11111 2.56821 Equal variances not

assumed

.043 15.998 .966 .11111 .2.56821

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos.

Berdasarkan Jadual 9, dapatan analisis menunjukkan min kumpulan kawalan ialah m=2.4741, sp=0.44152 manakala min bagi kumpulan rawatan pula ialah m=3.5185, sp=0.67969. Analisis data menunjukkan bahawa empati sejarah bagi kumpulan rawatan adalah tinggi daripada empati sejarah bagi kumpulan kawalan.

Jadual 9: Analisis Skor Min dan Sisihan Piawai

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Sisihan Piawai Min Ujian Pos Kawalan 9 2.4741 0.44152 0.14717

Rawatan 9 3.5185 0.67969 0.22656

Berdasarkan Jadual 10, dapatan ujian Levene menunjukkan F=1.208, Sig.=0.288 iaitu p>0.05. Justeru itu, varians diandaikan sama bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Maka nilai p (Sig.(2-tailed)) pada baris pertama dirujuk iaitu p=0.001 (p<0.05).

Oleh kerana nilai p 0.001<0.05, maka hipotesis nol kedua (Ho2) adalah ditolak iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos.

(12)

Jadual 10: Analisis Ujian-T Levene's Test for

Equality of

Variances t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-tailed) Mean

Difference Std. Error Difference Equal variances

assumed

1.208 .288 -3.866 16 .001 -1.04444 .27017 Equal variances

not assumed -3.866 13.731 .002 -1.04444 .27017

Jadual 11 menunjukkan murid dari kumpulan kawalan (min=1.62 dan sisihan piawai

=0.52) mempunyai min yang hampir sama dengan kumpulan rawatan (min=1.64 dan sisihan piawai=0.50) bagi ujian pos.

Jadual 11: Analisis Dapatan Skor Min dan Sisihan Piawai

Bil Item Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos Min SP Min SP Min SP Min SP 1 Saya dapat merasai

perkembangan kegiatan sosial dan ekonomi

manusia zaman prasejarah bagi menghadapi

perubahan persekitaran.

1.67 0.50 2.56 0.53 1.67 0.50 3.56 1.13

2 Saya dapat menghayati artifak yang digunakan untuk membuktikan kewujudan zaman prasejarah di negara kita.

1.67 0.50 2.44 0.53 1.67 0.50 4.00 1.00

3 Saya dapat mendalami dan memahami kegemilangan Kerajaan Melayu Awal.

1.56 0.53 2.44 0.89 1.56 0.53 3.67 1.32

4 Saya dapat menyelami sikap positif manusia zaman prasejarah yang perlu dicontohi.

1.67 0.50 2.56 0.53 1.67 0.50 2.89 1.36

5 Saya dapat merasai sumbangan teknologi zaman prasejarah kepada kamajuan inovasi pada masa kini.

1.56 0.53 2.56 0.73 1.56 0.53 3.56 1.01

6 Saya dapat merasai kesetiaan rakyat Melaka terhadap institusi pemerintahan.

1.56 0.53 2.44 0.53 1.67 0.50 3.44 1.33

7 Saya dapat menjiwai betapa pentingnya peninggalan sejarah seperti monumen dalam membuktikan pengaruh Hindu-Buddha di Alam Melayu.

1.67 0.50 2.56 0.73 1.78 0.44 3.56 1.33

(13)

8 Saya dapat menghayati sumbangan zaman prasejarah terhadap peradaban negara.

1.56 0.53 2.33 0.71 1.56 0.53 3.56 1.24

Min Keseluruhan 1.62 0.52 2.49 0.65 1.64 0.50 3.53 1.22

Interpretasi skor min ini menunjukkan kedua-dua kumpulan ini berada di tahap yang lemah dalam empati Sejarah berasaskan aspek peristiwa. Bagi ujian pra pula, didapati murid kumpulan kawalan (min=2.49 dan sisihan piawai =0.65) mempunyai skor min yang lebih rendah berbanding murid kumpulan rawatan (min=3.53 dan sisihan piawai=1.22). Hal ini menunjukkan empati sejarah berasaskan aspek peristiwa bagi kumpulan kawalan berada pada tahap rendah sebaliknya empati Sejarah berasaskan aspek peristiwa bagi kumpulan rawatan berada pada tahap sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Saya dapat menghayati artifak yang digunakan untuk membuktikan kewujudan zaman prasejarah di negara kita”. Manakala item yang paling rendah minnya ialah “Saya dapat menghayati sumbangan zaman prasejarah terhadap peradaban negara”.

Jadual 12 menunjukkan murid dari kumpulan kawalan (min=1.59 dan sisihan piawai

=0.52) mempunyai min yang hampir sama dengan kumpulan rawatan (min=1.54 dan sisihan piawai=0.53) bagi ujian pra. Interpretasi skor min ini menunjukkan kedua-dua kumpulan ini berada di tahap yang lemah dalam empati Sejarah berasaskan aspek tokoh. Bagi ujian pos pula, didapati murid kumpulan kawalan kawalan (min=2.46 dan sisihan piawai =0.75) mempunyai min yang lebih rendah berbanding murid kumpulan rawatan (min=3.51 dan sisihan piawai=1.24). Hal ini menunjukkan empati sejarah berasaskan apek tokoh bagi kumpulan kawalan berada pada tahap rendah. Manakala empati sejarah berasaskan aspek tokoh bagi kumpulan rawatan berada pada tahap yang sederhana. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah item “Saya dapat menyelami sikap toleransi dan kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan dalam negeri serta menjaga kebajikan rakyat”. Manakala item yang paling rendah minnya ialah “Saya dapat menjiwai semangat yang dimiliki oleh Sultan Mansur Shah dalam usaha menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat pendidikan”.

Jadual 12: Analisis Dapatan Skor Min dan Sisihan Piawai

Bil Item Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos Min SP Min SP Min SP Min SP 1 Saya dapat menjiwai sifat

kesetiaan Bendahara Tun Perak terhadap

pemerintah.

1.67 0.50 2.44 0.89 1.56 0.53 3.56 1.59

2 Saya dapat merasai kehebatan Bendahara Tun Perak selaku penasihat sultan dalam urusan pentadbiran dan ketua pembesar dalam pentadbiran negeri.

1.67 0.5 2.67 0.50 1.56 0.53 3.22 1.09

(14)

3 Saya dapat merasai kejayaan kepimpinan Parameswara yang

memajukan Melaka sebagai pusat perdagangan

terkenal.

1.56 0.53 2.33 0.87 1.56 0.53 3.67 1.22

4 Saya dapat menjiwai kebijaksanaan Bendahara Tun Perak dalam

mempertahankan

Kesultanan Melayu Melaka daripada ancaman luar.

1.56 0.53 2.44 0.53 1.56 0.53 3.33 1.22

5 Saya dapat menyelami sikap toleransi dan kepimpinan Sultan

Alauddin Riayat Shah yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan dalam negeri serta menjaga kebajikan rakyat.

1.56 0.53 2.56 0.89 1.56 0.53 4.0 1.12

6 Saya dapat merasai keberanian Laksamana Hang Tuah untuk

memastikan keselamatan perairan Melaka dan menjadi utusan Kesultanan Melayu Melaka.

1.56 0.53 2.56 0.89 1.56 0.53 3.0

1.12

7 Saya dapat menjiwai

semangat yang dimiliki oleh Sultan Mansur Shah dalam usaha menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat pendidikan.

1.56 0.53 2.22 0.67 1.44 0.53 3.78 1.30

Min Keseluruhan 1.59 0.52 2.46 0.75 1.54 0.53 3.51 1.24

Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina?

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina.

Berdasarkan Jadual 13, analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan F=0.051, Sig.=0.825 iaitu p>0.05. Justeru itu, varians diandaikan sama bagi jantina lelaki dan perempuan. Maka nilai p (Sig.(2-tailed)) pada baris pertama dirujuk iaitu p=0.066 (p>0.05). Oleh kerana nilai p yang dikaji 0.066>0.05, maka hipotesis nol ketiga (Ho3) adalah gagal ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina.

(15)

Jadual 13: Analisis Ujian-T Levene's Test for

Equality of

Variances t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-

tailed) Mean

Difference Std. Error Difference Equal

variances assumed

.051 .825 -1.971 16 .066 -.66833 .33914

Equal

variances not assumed

-1.962 14.885 .069 -.66833 .34059

Berdasarkan Jadual 14, dapatan analisis menunjukkan skor min ujian pos bagi murid lelaki dan perempuan daalm kumpulan kawalan berada pada tahap yang rendah.

Manakala bagi kumpulan rawatan pula kesemua murid lelaki dan perempuan berada pada tahap yang sederhana. Min empati sejarah berasaskan peristiwa bagi kumpulan kawalan jantina lelaki ialah m=2.1875, sp=0.21651 manakala bagi perempuan ialah m=2.7250, sp=0.27099. Dari segi aspek tokoh pula, min murid lelaki menunjukkan 2.0000, sp=0.50843 manakala min murid perempuan menunjukkan m=2.8286, sp=0.38333. Bagi kumpulan rawatan, min murid lelaki ialah m=3.2550, sp= 0.77055 manakala min bagi perempuan ialah m=3.7500, sp=0.45928 dalam empati Sejarah berasaskan peristiwa. Manakala bagi empati berasaskan tokoh pula, min bagi murid lelaki ialah m=3.0357, sp= 0.58757 manakala min bagi perempuan ialah m=3.8857, sp=0.77854. Analisis data menunjukkan bahawa empati Sejarah berasaskan peristiwa dan tokoh bagi murid perempuan adalah lebih tinggi daripada empati Sejarah bagi murid lelaki sama ada dalam kumpulan kawalan atau rawatan.

Jadual 14: Analisis Skor Min dan Sisihan Piawai Empati Sejarah Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Berdasarkan Jantina

Kumpulan Empati

Sejarah Jantina N Min Sisihan

Piawai Sisihan Piawai Min

Interpretasi

Kumpulan Kawalan

Peristiwa Tokoh

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

4 5 4 5

2.1875 2.7250 2.0000 2.8286

0.21651 0.27099 0.50843 0.38333

0.10825 0.12119 0.25422 0.17143

Rendah Rendah Rendah Rendah

Kumpulan Rawatan

Peristiwa Tokoh

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

4 5 4 5

3.2500 3.7500 3.0357 3.8857

0.77055 0.45928 0.58757 0.77854

0.38528 0.20540 0.29374 0.34817

Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana 5. Perbincangan Kajian

Dapatan kajian berdasarkan analisis ujian t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan nilai empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pra. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Shakila (2020) yang berkaitan pengetahuan dan amalan KBAT dan nilai empati sejarah dalam kalangan murid sekolah menengah. Dapatan kajian ini disebabkan murid-murid dari kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang sama tentang empati

(16)

sejarah dan dikategorikan sebagai homogenous. Homogenous penting untuk menentukan sama ada kuasi eksperimen ini dapat diteruskan. Menurut Cohen et al. (2017), kajian kuasi eksperimen terpaksa dihentikan jika murid tidak mempunyai homogenous dalam ujian pra dan pos. Perkara ini penting untuk memastikan murid yang dijadikan sampel kajian tiada perbezaan dari segi tahap dan mengelakkan berlakunya bias dalam eksperimen.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos. Dapatan analisis menunjukkan min kumpulan kawalan ialah m=2.4741, sp=0.44152 manakala min bagi kumpulan rawatan pula ialah m=3.5185, sp=0.67969. Dapatan ini menunjukkan bahawa empati Sejarah bagi kumpulan rawatan adalah tinggi daripada empati sejarah bagi kumpulan kawalan.

Hal ini membuktikan bahawa kaedah didik hibur yang menerapkan literasi teknologi maklumat dan komunikasi dan kemahiran inisiatif terarah kendiri dalam kajian ini dapat diterima baik oleh murid kumpulan rawatan dan seterusnya meningkatkan nilai empati sejarah dalam diri mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid dalam kumpulan rawatan menerima baik kaedah didik hibur dalam pembelajaran Sejarah. Minat dan empati sejarah murid dapat ditingkatkan melalui kaedah didik hibur kerana mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang oleh guru dan bukan sebagai pendengar sahaja ketika kelas berlangsung. Dapatan ini boleh disokong dengan kajian Ros Anita dan Abdul Halim (2021) yang menyatakan kaedah didik hibur dapat melahirkan murid yang memahami fakta Sejarah yang diajar oleh guru dengan berkesan dan dapat mengingati fakta tersebut untuk jangka masa yang panjang. Pendekatan yang sesuai dengan latar belakang murid dan minat yang dipupuk sejak kecil merupakan elemen penting untuk seseorang murid menghayati sejarah dan memperteguh persepsi mereka terhadap Sejarah (Siti Nor Azhani et al. 2019; Shakila, 2020). Oleh itu, kaedah didik hibur dikatakan berkesan dalam meningkatkan empati sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Dapatan kajian turut mendapati empati sejarah bagi aspek peristiwa adalah lebih tinggi daripada aspek tokoh sama ada dalam kumpulan kawalan atau kumpulan rawatan. Min keseluruhan kumpulan kawalan bagi aspek peristiwa telah meningkat daripada 1.62 kepada 2.49 manakala bagi kumpulan rawatan pula minnya telah meningkat daripada 1.64 kepada 3.53. Bagi aspek tokoh pula, min keseluruhan kumpulan kawalan meningkat daripada 1.59 kepada 2.46 manakala bagi kumpulan rawatan min keseluruhannya berubah daripada 1.54 kepada 3.51.

Namun, dapatan kajian di atas berbeza dengan dapatan kajian Khairunnajwa (2017) yang menyatakan bahawa murid lebih menghayati tokoh tempatan daripada peristiwa bersejarah. Min keseluruhan bagi konstruk menghayati tokoh tempatan sebanyak 4.61 (s.p=1.358) manakala konstruk menghayati peristiwa bersejarah sebanyak 3.90 (s.p=1.133). Ini menunjukkan murid lebih menghayati tokoh tempatan daripada peristiwa bersejarah. Beliau berpendapat perbezaan ini wujud disebabkan masih terdapat sesetengah murid yang menganggap mata pelajaran Sejarah sebagai subjek hafalan dan sekadar lulus peperiksaan sahaja. Selain itu, empati sejarah tidak dapat dirasai dengan baik oleh murid telah dikaitkan dengan kekurangan penggunaan sumber digital oleh guru Sejarah di dalam kelas.

(17)

Melalui ujian ANOVA sehala yang dijalankan, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang nilai empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pos berdasarkan jantina. Murid perempuan dari kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai nilai empati sejarah yang lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki dari kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Khairunnajwa (2017) dan Shakila (2020) iaitu murid perempuan lebih merasai empati sejarah berbanding dengan murid lelaki. Dapatan kajian ini dapat disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Hanita dan Norzaini (2018) yang menunjukkan pencapaian akademik murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki. Hal ini disebabkan murid perempuan mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keterlibatan dan sokongan pembelajaran berbanding murid lelaki.

Kajian ini dijalankan dalam talian. Murid yang terlibat menggunakan telefon pintar atau komputer riba untuk mengikuti kelas. Mereka perlu mempunyai kemahiran asas TMK dalam pengendalian aplikasi Google Meet yang dijadikan medium utama untuk kelas Sejarah. Mereka juga perlu mempunyai talian Internet yang stabil di rumah agar tidak mengganggu pembelajaran atas talian. Namun, kebanyakan murid lelaki ini tidak mempunyai kemahiran asas TMK untuk mengatasi masalah dalam talian yang berlaku sewaktu kelas berlangsung. Talian mereka juga sering terputus disebabkan Internet yang tidak stabil. Oleh itu, mereka tidak dapat mengikuti kelas dalam talian dengan sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Tambahan pula, kebanyakan murid lelaki ini kurang aktif dalam aktiviti pembelajaran dalam kelas. Mereka hanya memberi respons apabila disoal oleh guru. Jika mereka kurang faham tentang topik yang diajar, mereka hanya mendiamkan diri. Mereka juga tidak mengulang kaji topik yang diajar selepas kelas. Faktor-faktor seperti talian Internet yang tidak stabil, kekurangan kemahiran asas TMK dan gaya pembelajaran mereka sendiri yang menyebabkan tahap nilai empati sejarah mereka lebih rendah daripada murid perempuan.

Bagi murid perempuan pula, mereka akan bertanya kepada guru jika menghadapi sebarang masalah dalam pengendalian telefon pintar atau komputer riba sebelum kelas bermula. Mereka juga terlibat aktif dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Ada juga antara mereka yang membuat nota sendiri sewaktu kelas dan terus bertanya soalan kepada guru jika tidak memahami topik yang diajar. Mereka juga mencari maklumat tambahan berkaitan topik yang diminati. Maka, penghayatan empati sejarah dalam kalangan murid perempuan lebih tinggi daripada murid lelaki.

Melalui kajian ini, didapati kaedah didik hibur merupakan salah satu cara yang dapat meningkatkan empati sejarah dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini dapat membantu guru Sejarah bagi menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan kontemporari pengajaran Sejarah. Kaedah didik hibur ini dapat merangsang minat dan menarik tumpuan murid untuk mempelajari Sejarah dengan lebih berkesan dan seronok.

Dalam kajian kuasi eksperimen ini, analisis yang digunakan berbentuk kuantitatif iaitu deskriptif dan inferensi. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai keberkesanan teknik didik hibur dalam penerapan empati sejarah, dicadangkan kajian lanjutan yang menggunakan kaedah temu bual digunakan untuk memperkayakan data kajian kuasi eksperimen.

(18)

Selain itu, kajian ini boleh diperluaskan ke dalam bentuk kajian tinjauan kerana dapat melibatkan sampel kajian yang lebih banyak. Dalam kajian tinjauan, penyelidik boleh mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi dan meningkatkan empati sejarah dalam kalangan murid. Murid-murid dari seluruh negara boleh terlibat dalam kajian tinjauan agar maklumat dan data yang dikutip dapat mewakili setiap populasi di negara kita. Di samping itu, kajian tinjauan yang dijalankan juga boleh melibatkan guru Sejarah dari seluruh negara supaya dapat mengumpulkan cadangan tentang kaedah atau pendekatan pengajaran yang sesuai untuk murid-murid di sekolah rendah bagi meningkatkan tahap empati sejarah mereka.

6. Implikasi

Kajian ini memberikan keberkesanan didik hibur terhadap empati sejarah dalam kalangan murid. Secara ringkas, implikasi kajian ini kepada pihak Kementerian Pendidikan dan praktikal melibatkan kurikulum dan pedagogi Sejarah. Implikasi kajian ini dapat membantu guru Sejarah bagi menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan kontemporari pengajaran Sejarah.

Kaedah didik hibur dapat merangsang minat dan menarik tumpuan murid untuk mempelajari Sejarah dengan lebih berkesan dan seronok. Hal ini penting disebabkan pendekatan yang berkesan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh guru kepada murid. Pengaplikasian kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengatasi masalah perbezaan pembelajaran murid dari segi pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran, motivasi dan minat (Norazlin & Siti Rahaimah, 2019).

Berdasarkan dapatan kajian ini, murid perempuan mempunyai nilai empati sejarah yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Guru Sejarah perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran disiplin Sejarah dan pedagogi Sejarah untuk melahirkan murid yang dapat menerapkan nilai empati sejarah dalam pembelajaran Sejarah. Untuk mengatasi masalah murid tidak berminat terhadap mata pelajaran ini, stigma mengajar semata- mata untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan harus dibuang. Pendekatan yang berlandaskan pembelajaran abad ke-21 harus ditekankan supaya murid dapat bergiat dengan aktif dalam pembelajaran Sejarah di sekolah.

7. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan empati sejarah murid dapat diterapkan melalui kaedah didik hibur. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati sejarah dalam kalangan murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan jantina bagi ujian pos. Kaedah didik hibur dalam pembelajaran Sejarah seterusnya dapat dilaksanakan secara bersemuka untuk kelas tahun lima dan enam di sekolah agar dapat meningkatkan tahap pencapaian dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, guru perlulah sentiasa meningkatkan pengetahuan pedagogi mereka untuk menyampaikan pengajaran kepada murid dengan berkesan di samping meningkatkan tahap empati sejarah murid.

(19)

Penghargaan (Acknowledgement)

Terima kasih kepada penyelia saya iaitu Prof. Dato Dr. Abdul Razaq Ahmad dan Dr.

Shakila Che Dahalan serta responden yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini.

Kewangan (Funding)

Kajian dan penerbitan ini tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan.

Konflik Kepentingan (Conflict of Interests)

Penulis tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan dalam kajian dan penerbitan ini.

Rujukan

Aswaniza Shamsudin & Rosadah Abd Majid. (2018). Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital di Malaysia. Jurnal of Social Sciences and Humanities, l(13-3), 020-028.

Azman Ab Rahman, Ibrahim Hussin Ibrahimi, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin &

Ahmad Anis Muhd Fauzi. (2017). Gamifikasi dalam pendidikan islam berasaskan global zakat game: bijak zakat versi 1.0 (gzg). International Journal of Islamic Studies, 6(1).

Chua, Y.P. (2011). Kaedah penyelidikan (Edisi ke-2). McGraw-Hill Education.

Chua, Y.P. (2014). Asas statistik penyelidikan (Edisi ke-3). McGraw-Hill Education.

Cohen, L., Lawrence, M. & Morrison, K. (2017). Research Methods in Education (8th Edition). Routledge Taylor and Francis Group.

Hanita Mohd Yusoff & Norzaini Azman. (2018). Pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan: peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(2), 257-28.

Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Izwan Nizal Mohd Shahranee, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi Mohamed Rodzi.

(2016). Google Classroom as a tool for actice learning. Proceeding of the International Conferences on applied Science and Technology, 1-7.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu penilaian. [Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Kaviza, M. (2020). Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi google classroom sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(4), 108-115.

Kaviza, M., Shaharudin Saad, Asiah Dahaman. (2021). Kesan Pembelajaran Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan Pengetahuan Sejarah. Journal of ICT in Education, 8(1), 92-103.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah rendah sejarah:

dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairunnajwa Samsudin. (2017). Amalan nilai empati sejarah sekolah menengah. [Tesis ijazah sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Mohd Zahar Hj Kusnun & Affero Ismail. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang.

Seminar Pendidikan Johor 2016.

(20)

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 87-105.

Noor Lela Ahmad, Sho, S.L., Hariyaty Ab. Wahid & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pembangunan pelajar.

International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 28-51.

Noriyani Doman. 2017. Implikasi google apps dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar pesisir uthm. [Tesis ijazah sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia].

Norma Jusof, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Lukman Abdul Mutalib, Hasnizam Hashim & Zulfaqar Mamat. (2021). Sikap guru terhadap pengajaran berpusatkan murid di kalangan guru pendidikan islam dalam mata pelajaran al-quran di sekolah kebangsaan: satu tinjauan. Proceedings of the 7 th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2021) FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia.

Nur Aliah Izzaty Hisamudin. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid sekolah rendah Taman Sri Rampai. [Tesis ijazah sarjana. Universiti Malaya Kuala Lumpur].

Ros Anita Kartini Mohamed & Abdul Halim Ali. (2021). Implikasi elemen sastera melayu terhadap perkembangan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 116-126.

Rosmadi Salleh & Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan didik hibur dalam pendidikan islam sekolah kebangsaan. Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1-16.

Riski Nurida Rahmawati. (2019). Actual usage penggunaan e-learning dengan technology acceptance model (tam). Jurnal Inovasi Teknologi Pendidikan, 6(2), 127- 136.

Shakila Che Dahalan. (2020). Keberkesanan modul KPSA-21 terhadap pengetahuan dan amalan kemahiran berfikir aras tinggi serta empati sejarah. [Tesis doktor falsafah.

Universiti Kebangsaan Malaysia].

Siti Hawa. (2019). Pendidikan sejarah: pemikiran, pemahaman dan empati. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Siti Rahaimah Ali & Farah Mukhtar. (2017). A case study of fun learning with numeracy of preschoolers. International Journal of Early Childhood Education Care. 6.

Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah Shahabudin. (2018). Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21. 5th international research management & innovation conference.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, kaedah pengajaran terbeza adalah merupakan pendekatan terbaik untuk murid yang pencapaian akademik yang rendah dalam memastikan mereka dapat mengikuti seiring dalam proses

Seterusnya, dapatan kajian juga memaparkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan gaya pengajaran guru Sejarah terhadap tahap minat pembelajaran Sejarah murid tahun lima di