406
Keberkesanan Menggunakan Kaedah Converting Ruler dalam Topik Penukaran Unit Panjang Tahun Tiga
(The Effectiveness of Using the Converting Ruler Method in the Topic of Unit Conversion in Third Year)
Dashen Jayabalan1*, Aidah Abdul Rahim1*
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected], [email protected]
Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.32
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini berhalukan untuk mentaksir keupayaan menggunakan kaedah Converting Ruler dalam topik penukaran unit panjang tahun tiga. Kajian ini dilakukan dengan mengumpul data daripada 30 murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di Malaysia. Teknik yang digunakan ialah ujian prestasi dan soal selidik kepada murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid yang menggunakan Converting Ruler dapat mencapai skor yang lebih tinggi daripada yang tidak menggunakannya dalam ujian prestasi. Selain itu, guru yang menggunakan Converting Ruler memberikan penilaian yang lebih tinggi terhadap kemahiran murid dalam penukaran unit panjang. Berdasarkan hasil ini, saya menyimpulkan bahawa menggunakan Converting Ruler dapat membantu murid tahun tiga dalam memahami topik penukaran unit panjang dengan lebih baik. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan dengan memberikan ujian pra dan ujian pasca kepada semua murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Converting Ruler telah meningkatkan keberkesanan pembelajaran penukaran unit panjang dalam kalangan pelajar tahun tiga.
Kata kunci: keberkesanan, penukaran unit panjang, matematik
Abstract: This study aims to assess the ability to use the Converting Ruler method in the topic of unit conversion in the third year. This study was conducted by collecting data from 30 third year students at a primary school in Malaysia. The techniques used are performance tests and student questionnaires. The results of the study show that most students who use the Converting Ruler can achieve higher scores than those who do not use it in performance tests. In addition, teachers who use the Converting Ruler give a higher assessment of students' skills in converting length units. Based on these results, I conclude that using Converting Ruler can help third year students in understanding the topic of conversion of length units better. A quasi-experimental method was used by giving a pre-test and a post-test to all students. The results of the study show that the use of the Converting Ruler method has increased the effectiveness of learning long unit conversion among third year students.
Keywords: effectiveness, conversion of length units, mathematics
___________________________________________________________________________
407 1. Pendahuluan
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi subjek Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).
Guru-guru sekolah sering menghadapi beberapa masalah yang rumit berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, masalah murid-murid yang gagal mencapai skor markah yang ditetapkan atau diramalkan oleh gurunya sendiri. Masalah ini tercetus kerana terdapat jurang perbezaan antara ramalan dan amalan guru dalam pengajaran. Penyelidikan perlu dijalankan di setiap sekolah supaya dapat merapatkan jurang perbezaan tersebut dan dapat mengembangkan amalan guru mengajar.
Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Matematik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013), Ukuran Panjang merupakan salah satu topik yang perlu dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah. Bagi ukuran panjang ini, pelbagai unit telah diguna pakai dalam mengenal pasti saiz sesuatu bahan atau benda. Unit-unit ini berubah dari zaman ke zaman dan juga berlainan dari suatu tempat dengan tempat yang lain. Contonya, terdapat unit piawai dan bukan piawai.
Pada zaman dahulu, rakyat Tanah Melayu telah menggunakan unit seperti ela, kati, tahil, batu, cupak dan sebagainya. Perbezaan antara unit ini menimbulkan kesusahan dalam pengiraan suatu pengukuran. Walau bagaimanapun, kita diperkenalkan dengan unit S.I (The International System of Units). Setiap unit standard direka mempunyai hubungan antara satu sama lain supaya kita dapat menyesuaikan penggunaannya mengikut situasi. Penukaran unit-unit ini juga merupakan perkara yang penting kerana ia dapat menyelesaikan kerja dan pengiraan kita dengan senang dan sesuai mengikut situasi.
Manakala bagi murid-murid sekolah, unit-unit panjang ini diajar supaya mereka dapat mempraktiskan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid sekolah rendah, subtajuk penukaran unit piawai dalam ukuran panjang melibatkan dua unit panjang iaitu sentimeter (cm) dan meter (m). Murid-murid sering menghadapi masalah dalam soalan yang berkaitan dengan penukaran unit panjang kerana mereka tidak faham konsep penukaran unit panjang dan sering melupakan formula penukaran unit panjang yang betul.
Penguasaan konsep penukaran unit panjang adalah salah satu pengetahuan asas yang perlu murid kuasai sebelum mempelajari subtajuk panjang yang seterusnya.
2. Tinjauan Literatur
Bahagian Pembangunan Kurikulum bagi semua peringkat telah mencadangkan kaedah serta pendekatan yang relevan dilaksanakan di bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (Kurikulum, 2019). Kelima-lima pendekatan tersebut iaitu konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran koperatif, pembelajaran masteri dan inkuiri penemuan adalah bersifat konseptual. Leong et al. (2020) juga menyatakan pemahaman murid dalam konsep matematik akan membantu murid menguasai dan mengaplikasikan ilmu matematik yang dipelajari dengan baik dan berkesan. Antara masalah yang selalu timbul adalah masalah menghafal konsep Matematik bukannya mempraktikkan. Kebanyakan murid Malaysia
408 menghafal rumus matematik untuk menyelesaikan masalah matematik tanpa menguasainya dengan betul (Tan, 2018).
Saya bercadang untuk mengambil kesulitan ini sebagai isu penyelidikan saya kerana penyelesaian kesulitan ini boleh dilakukan dalam jangka masa yang pendek. Murid-murid harus diberi penekanan supaya mereka sedar kesilapan mereka dalam masa yang singkat. Saya berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini kerana topik penukaran unit panjang amat penting bagi murid-murid untuk mengaplikasikan pada kehidupan seharian mereka. Jika saya tidak menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa yang diperuntukkan, murid-murid tidak dapat menguasai topik ini. Isu ini juga dipilih sebagai salah satu isu yang penting kerana unit piawai ukuran panjang, misalnya, mm, cm, m dan km, digunakan di arena antarabangsa. Selain itu, jika murid-murid tidak menguasai unit ukuran panjang ini, mereka akan mengalami kesukaran untuk mengukur barangan seperti mengukur luas rumah, mengukur saiz panjang paip dan sebagainya.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, penulis telah memilih beberapa isu yang berkaitan dengan ukuran panjang dan dikategorikan dalam Jadual 1.0.
Jadual 1 : Senarai kajian lepas berdasarkan isu kajian
Nama pengkaji Tajuk Tujuan kajian Fokus Kajian
Bernard Sellato
(2021) Menggenggam Dunia:
Mengukur dan Mengira dalam Kalangan Masyarakat Aoheng
Borneo
Untuk mengkaji kemahiran mengukur dan mengira dalam kalangan Masyarakat Aoheng
Masyarakat Aoheng
Norshafariza Mamat et al.
(2022)
Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar
Untuk meneroka punca kelemahan pelajar sekolah rendah luar bandar dalam mata pelajaran matematik
Pelajar sekolah rendah luar
bandar Nur
Hidayatulloh (2018)
Kajian Etnomatematika
Angklung Paglak Banyuwangi Untuk mngenal pasti karakteristik dan konsep-konsep matematik yang
terdapat dalam angklung paglak Banyuwangi
Masyarakat Angklung
paglak Banyuwangi Ahmad Muslim
Dolhan, Siti Mistima Maat
(2016)
Penggunaan “Kaedah Jari”
Dalam Kemahiran Penukaran Unit Ukuran Panjang Melibatkan Nombor Pecahan
Kepada Nombor Bulat
Untuk menentukan tahap pencapaian murid tahun 5 di dalam
kemahiran penukaran unit Ukuran Panjang melibatkan nombor pecahan kepada nombor bulat
menggunakan Kaedah Jari.
Murid tahun 5
Azad Iqram Bin Nadmilail et al.
(2021)
Pembelajaran Luar Bilik Darjah Meningkatkan Tahap
Penguasaan Murid Tahun 3 Bagi Tajuk Panjang
Untuk mengenal pasti sama ada pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) mampu meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 3
bagi tajuk Panjang
Murid tahun 3
Berdasarkan kesemua kajian yang telah dibuat dalam tajuk ukuran panjang, pengkaji lain juga telah menghadapi isu seperti ini sama ada sekolah atau dalam kalangan masyarakat di kawasan pengkaji bertugas sekarang. Terutamanya bagi pengkaji yang berfokuskan pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), dapat mengesan isu ini dalam kemahiran penukaran unit ukuran panjang. Murid – murid menghadapi kekeliruan dan tidak berminat untuk belajar topik unit panjang terutamanya penukaran unit. Oleh yang demikian, pengkaji-pengkaji telah membuat kajian untuk meningkatkan pencapaian dan juga minat murid di dalam kemahiran penukaran unit ukuran panjang.
409 Walaupun masalah ini telah dikaji, tetapi masih kurang kajian dalam daerah yang saya bertugas di mana sekolah saya terletak di kawasan bandar. Murid-murid di bandar juga mengalami masalah pembelajaran Matematik terutamanya dalam penukaran unit panjang. Dari segi kemahiran menukar unit, murid-murid masih mengalami kekeliruan dan tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya apabila belajar topik Panjang.
3. Metodologi Kajian 3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk penyelidikan ialah langkah yang melibatkan prosedur-prosedur dalam proses menjalankan penyelidikan, seperti mengumpul data, menganalisis data, dan menterjemah data menggunakan kaedah tertentu (Creswell, 2014). Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan. Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), kajian tindakan sebagai inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau pendidikan yang dilakukan oleh mereka, serta mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di mana amalan tersebut dijalankan.
Kemmis dan McTaggart memberikan tiga ciri utama kajian tindakan iaitu kajian tindakan dibuat oleh penyelidik atau sekumpulan penyelidik sendiri dan bukannya oleh penyelidik luaran sahaja. Selain itu, kajian tindakan ini dilakukan secara kolaboratif dan tujuan kajian tindakan ini adalah untuk memperbaiki keadaan sesuatu amalan pendidikan. Secara amnya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran atau pengetahuan murid dalam topik unit panjang terutamanya bagi murid tahun tiga.
3.2 Sampel Kajian
Kajian ini berfokus kepada lima puluh orang murid. Mereka terdiri daripada 15 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki. Mereka merupakan murid-murid yang terlibat dalam program pemulihan. Selain itu, murid-murid ini juga telah dikategorikan sebagai kumpulan yang kedua di mana murid-murid ini tidak mahir dalam segala mata pelajaran yang diajar. Bagi murid-murid yang dikategorikan sebagai kumpulan kedua, prestasi akademik mereka adalah sangat rendah. Murid-murid ini juga sering melakukan kesalahan pada soalan matematik yang melibatkan pengiraan. Misalnya, pada topik penukaran unit, mereka tidak mahir menggunakan formula untuk menukar unit ukuran panjang. Sampel kajian ini telah dipilih tanpa mengira latar belakang keluarga dan sampel kajian sudah mempelajari topik penukaran unit panjang.
3.3 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah di Daerah Hulu Selangor. Sekolah ini tidak memilih program Dual Language Programme (DLP). Oleh itu, sekolah ini menggunakan bahasa ibunda iaitu, bahasa Tamil dalam subjek Matematik.
3.4 Instrumen Kajian
Beberapa cara pengumpulan dilakukan bagi melaksanakan penyelidikan ini antaranya ialah soal selidik, ujian pra dan ujian pasca serta temu bual. Jadual 2 menunjukkan kaedah kutipan data yang digunakan bagi menjawab soalan kajian saya.
410
Jadual 2: Soalan kajian dan kaedah kutipan data
No. Soalan kajian Kaedah kutipan data
1 Sejauh manakah penggunaan kaedah “Converting Ruler”
dapat membantu murid-murid melakukan penukaran unit panjang dengan lebih mudah?
Ujian Pra dan Ujian Pasca Pemerhatian 2 Bagaimanakah penggunaan kaedah “Converting Ruler”
dapat membantu murid - murid menguasai penukaran unit panjang?
Soal Selidik Temu Bual Pemerhatian
3.4.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Saya telah menjalankan ujian pra kepada murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman yang sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Ujian pra dilaksanakan secara bertulis sebelum perlaksanaan kaedah Converting Ruler untuk merekodkan skor murid sebelum penambahbaikan masalah dilaksanakan.
Sebanyak 10 item soalan subjektif telah disediakan. Ujian pasca dijalankan ke atas murid setelah selesai kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah Converting Ruler yang dilaksanakan bagi membantu murid melakukan penukaran unit. Soalan yang diberikan pada ujian pasca ialah sama dengan soalan ujian pra.
3.4.2 Temu Bual
Soalan temu bual yang digunakan merupakan berupa berstruktur. Sebagai hasil daripada temu bual ini, saya mengutip data dan menganalisis berkaitan dengan perasaan seronok murid dan mudah untuk digunakan. Kaedah temu bual ini juga telah saya jalankan selepas tamat pelaksanaan kaedah Converting Ruler sepanjang empat minggu. Saya telah menemu bual setiap murid secara individu dan menanya soalan-soalan temu bual. Saya telah menyuruh mereka menjawabnya secara lisan manakala saya mencatat dan merekod respon mereka.
Bentuk soalan temu bual yang diberikan adalah dibentuk mengikut urutan jenis-jenis soalan pembukaan dan soalan mencungkil perasaan bagi mendorong murid untuk mengeluarkan pengalaman yang dilalui, perasaan, dan ilmu pengetahuan yang diperoleh.
3.4.3 Soal Selidik
Saya telah menjalankan sesi soal selidik di antara murid pada minggu keempat setelah kaedah Converting Ruler telah diperkenalkan kepada semua murid yang menghadapi masalah dalam topik penukaran unit panjang. Saya telah memberikan 10 item kepada murid-murid. Item-item yang diberikan adalah berfokuskan kepada keseronokan murid dan perasaan mudah berdasarkan kaedah Converting Ruler dan topik penukaran unit panjang. Maklum balas yang diberikan adalah dibahagi kepada empat skala iaitu, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju. Data yang dikumpul adalah berbentuk kuantitatif.
3.5 Penganalisisan Data 3.5.1 Data Kuantitatif
Bagi mendapatkan data kuantitatif, saya telah menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pasca dan pemerhatian. Daripada ujian pra dan ujian pasca, saya telah menganalisis dengan menggunakan perbandingan antara skor markah dan min skor dalam peratus bagi kedua-dua ujian tersebut. Saya juga telah mempersembahkan dapatan kajian dalam bentuk jadual dan graf bar supaya mudah bagi saya untuk menginterpretasikan data tersebut.
411 Lembaran kerja yang saya beri pada setiap minggu telah dianalisis berdasarkan skor markah yang murid dapat. Dapatan kajian iaitu skor markah bagi setiap lembaran diwakilkan dalam bentuk jadual supaya mudah pada proses penginterpretasian data. Jumlah skor markah bagi lembaran kerja diwakilkan dalam bentuk peratusan iaitu, 100%. Data pemerhatian pula dianalisis berdasarkan kelakuan, gerak-geri murid dan respon murid bagi kaedah yang saya berikan. Saya telah menyediakan nota lapangan bagi pemerhatian saya supaya membantu saya menjawab soalan kajian.
3.5.2 Data kualitatif
Bagi mendapatkan data kualitatif, saya telah menggunakan tiga kaedah iaitu, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Saya telah menganalisis data yang diperoleh melalui borang soal selidik yang dijawab oleh peserta kajian. Saya telah mengira peratusan berdasarkan kekerapan murid bagi setiap item soalan soal selidik. Pengumpulan data berdasarkan soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui pendapat murid terhadap Kaedah Converting Ruler yang digunakan dalam penukaran unit. Item yang mempunyai kekerapan paling maksimum adalah merupakan elemen yang penting bagi menentukan pendapat majoriti peserta kajian terhadap kaedah yang digunakan.
Saya menganalisis data melalui temu bual dengan memerhati cara murid menjawab soalan temu bual yang diberikan secara berstruktur. Maklumat yang diperoleh ialah berdasarkan perasaan dan minat murid terhadap kaedah Converting Ruler yang diperkenalkan kepada mereka. Saya membuat transkrip bagi data yang diperoleh ke dalam bentuk teks sebelum dianalisis. Pengkodan dilakukan kepada item-item yang menggambarkan perasaan dan minat murid-murid terhadap pembelajaran menggunakan kaedah Converting Ruler.
4. Dapatan Kajian
4.1 Peningkatan kemahiran penukaran unit panjang menggunakan kaedah “Converting Ruler”.
4.1.1 Analisis ujian pra dan ujian pasca
Saya telah membuat analisis bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diberikan kepada 50 orang murid. Tujuan saya memberikan ujian pra dan ujian pasca adalah untuk mengetahui peningkatan kemahiran murid dengan penggunaan kaedah Converting Ruler. Berdasarkan keputusan, saya mendapati murid telah menunjukkan peningkatan kemahiran yang tinggi iaitu sebanyak 100%, 5 murid telah meningkatkan markahnya dari 0% kepada 100%. Manakala, 8 murid telah meningkatkan markahnya dari 10% kepada 100%. 9 murid telah meningkatkan markahnya dari 20% kepada 100%. 6 murid telah meningkatkan markahnya dari 30% kepada 100%. 2 murid telah meningkatkan markahnya dari 40% kepada 100%.
Jadual 3: Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam Peratusan
Murid 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ujian Pra 0 0 0 0 0 10 10 10 10 10
Ujian Pasca 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100
Murid 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Ujian Pra 10 10 10 20 20 20 20 20 20 20
Ujian Pasca 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100
Murid 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Ujian Pra 20 20 30 30 30 30 30 30 40 40
Ujian Pasca 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100
412 Berdasarkan ujian pra, saya mendapati markah min sebanyak 16.67% dan markah min bagi ujian pasca pula telah didapati markah min sebanyak 100%. Perbezaan di antara markah min ujian pra dan ujian pasca ialah 83.33%. Perbezaan ini menggambarkan bahawa pencapaian murid-murid telah meningkat sebanyak 83.33%.
Data yang diperoleh daripada jadual 3 menunjukkan bahawa semua murid yang menjawab ujian pasca dan ujian pra menunjukkan kemajuan dari segi perbandingan markah. Markah setiap murid yang diperoleh daripada ujian pasca adalah lebih tinggi berbanding dengan markah setiap murid yang diperoleh daripada ujian pra. Melalui data ini juga, saya mendapati bahawa semua murid telah melepasi peratus lulus iaitu, 40% ke atas. Melalui data yang diperoleh, saya mendapati bahawa murid telah meningkatkan kemahiran penukaran unit panjang dengan menggunakan kaedah Converting Ruler.
4.1.2 Analisis pemerhatian
Semasa saya membuat pemerhatian, saya mendapati bahawa beberapa murid telah mahir dalam menukar unit panjang menggunakan kaedah Converting Ruler apabila diberi soalan. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapat lihat murid dapat membantu antara satu sama lain tanpa apa-apa rujukan. Mereka juga membuat soalan dengan tekun dan didapati beberapa murid yang menyelesaikan soalan dengan lebih cepat berbanding lembaran kerja sebelum ini.
Rajah 1: Catatan nota pemerhatian Murid A dan Murid B
Hasil perbincangan mereka berdua menggambarkan bahawa Murid B lebih faham kaedah Converting Ruler daripada Murid A. Murid A masih keliru dan tidak dapat melukis kaedah ini dengan tepat. Berdasarkan Rajah 2, Murid B telah memahami dan menyiapkan lembaran secara senyap tanpa berbincang dengan sesiapa. Murid C dan Murid D telah berbincang jawapan kerana mereka kurang pasti sama ada jawapan mereka adalah betul atau salah.
Rajah 2: Catatan nota pemerhatian Prem, Kiran dan Anjaan
Dua kaedah pengumpulan data digunakan bagi menjawab soalan kajian yang pertama iaitu ujian pra dan ujian pasca, serta pemerhatian. Hasil dapatan kajian, saya mengetahui bahawa tiga puluh murid kajian saya menunjukkan peningkatan dari segi skor markah yang didapati dalam ujian pra dan pasca.
Gagne (1985) menyatakan bahawa strategi kognitif merupakan kecekapan- kecekapan di mana murid dapat mengawasi dengan sendiri kaedah-kaedah dalaman iaitu memberikan perhatian, mengingat, belajar dan memikirkan sesuatu. Hasil dapatan ini bertepatan dengan teori tersebut
Murid A dan Murid B telah membuat soalan yang diberikan secara tekun.
Murid-murid ini kelihatan amat semangat dengan aktiviti yang dijalankan.
Mereka lebih banyak berbincang sesama mereka bagi membuat penukaran unit panjang. Murid B pula membantu Murid A untuk menyelesaikan masalah dengan menunjuk cara untuk melukis kaedah Converting Ruler. (NP: 13.09.2022)
Murid B pula menyiapkan lembaran yang diberi secara senyap. Murid C dan Murid D pula berbincang sambil menyemak jawapan sesama mereka. (NP: 13.09.2022)
413 kerana peningkatan markah murid-murid didorong oleh strategi kognitif mereka. Tumpuan sepenuhnya yang diberikan oleh mereka semasa memberi penerangan mengenai kaedah dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan yang mengembangkan ingatan mereka terhadap kaedah Converting Ruler ini.
4.2 Penggunaan kaedah “Converting Ruler” dalam meningkatkan minat murid terhadap topik penukaran unit.
4.2.1 Analisis Soal Selidik
Berdasarkan borang soal selidik yang saya berikan kepada murid, saya telah mengumpul data daripada setiap orang murid pada minggu keempat. Respon murid-murid terhadap item-item soalan telah dipersembahkan pada Jadual 4. Data yang diperoleh adalah berdasarkan respon yang positif dalam kalangan murid-murid. Bagi item 3, iaitu, kaedah ini membantu saya menguasai topik penukaran unit panjang dan bagi item 4, iaitu, kaedah ini mudah difahami dan mudah untuk diaplikasikan, terdapat 5 orang murid (16.67%) yang menyatakan setuju dan 25 orang murid (83.33%) sangat setuju.
Respon terhadap item 5 pula, kesemua murid-murid (100%) mengatakan bahawa mereka dapat menyelesaikan masalah yang diberikan selepas belajar kaedah Converting Ruler manakala bagi item 6, terdapat 15 orang murid (50%) menyatakan setuju dan 15 orang murid lagi (50%) sangat setuju bahawa Kaedah Converting Ruler menggalakkan mereka untuk minat Matematik. Hasil dapatan bagi item 7 ialah terdapat 5 orang murid (16.67%) bersetuju dan 25 orang murid (83.33%) sangat bersetuju bahawa mereka merasakan Matematik adalah mata pelajaran yang mudah. Bagi item 10, 20 orang murid (66.67%) telah bersetuju dan 10 orang murid (33.33%) bahawa mereka berasa seronok belajar kaedah Converting Ruler.
No. Perkara/ item
Respon (kekerapan dan peratus) 1
(tidak setuju)
2 (kurang
setuju)
3
(setuju) 4 (sangat setuju) 3 Kaedah ini membantu saya menguasai topik
penukaran unit panjang. 5
(16.67%) 25 (83.33%) 4 Kaedah ini mudah difahami dan mudah
untuk diaplikasikan. 5
(16.67%) 25 (83.33%) 5 Saya dapat menyelesaikan masalah
selepas belajar kaedah Converting Ruler. 30
(100%) 6 Kaedah Converting Ruler menggalakkan
saya untuk minat Matematik.
15 (50%)
15 (50%) 7 Saya merasakan Matematik adalah mata
pelajaran yang mudah. 5
(16.67%) 25 (83.33%) 10 Saya berasa seronok belajar kaedah
Converting Ruler. 20
(66.67%) 10 (33.33%)
6.2.2 Analisis temu bual
Saya telah menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan respon murid terhadap penggunaan kaedah Converting Ruler dalam meningkatkan minat murid terhadap topik penukaran unit. Temu bual yang berstruktur ini telah diberikan kepada murid bertujuan untuk mengetahui dua aspek dalam konteks minat murid iaitu (a) keseronokan (b) mudah untuk digunakan.
414 (a) Keseronokan
Keseronokan adalah aspek pertama dalam temu bual yang saya kendalikan secara individu.
Murid-murid berasa seronok semasa menjawab soalan-soalan berkaitan penukaran unit dengan menggunakan kaedah Converting Ruler. Petikan transkrip temu bual yang ada pada Rajah 3 menggambarkan temu bual saya bersama salah seorang daripada murid iaitu Simbhu (bukan nama sebenar) yang menggambarkan perasaannya yang seronok mempelajari topik penukaran unit.
Rajah 3: Petikan temu bual bersama Murid E
(b) Mudah untuk digunakan
Kaedah Converting Ruler adalah mudah untuk digunakan semasa menjawab soalan-soalan yang berkaitan unit panjang terutamanya, dalam topik penukaran unit panjang. Rajah 4 menunjukkan temu bual bersama Murid F. Dia mengatakan bahawa kaedah tersebut adalah berkesan dan mudah untuk digunakana dalam penukaran unit panjang.
Rajah 4: Petikan temu bual bersama Murid F
6.2.3 Analisis pemerhatian
Dapatan daripada catatan nota pemerhatian yang saya sediakan, menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Converting Ruler dapat meningkatkan keseronokan murid terhadap penukaran unit panjang. Berdasarkan Rajah 5, saya mendapati bahawa Murid E dan Murid F telah bersenyum. Hal ini menunjukkan bahawa mereka seronok menggunakan kaedah malah, seronok terhadap topik penukaran unit panjang.
Rajah 5: Catatan nota pemerhatian menunjukkan keseronokan
Bagi menjawab soalan kajian yang kedua, saya telah menggunakan kaedah pengumpualan data iaitu, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Hasil interpretasi dapatan daripada ketiga-tiga kaedah tersebut, saya mendapati bahawa 30 orang murid kajian saya berasa seronok terhadap topik penukaran unit panjang dan berpendapat bahawa kaedah Converting Ruler adalah mudah
Guru : Apa awak rasa selepas pengajaran dan pembelajaran hari ini?
Murid E : Saya berasa sangat seronok dan sangat gembira.
Guru : Adakah kamu berasa lebih senang untuk menyelesaikan soalan menggunakan kaedah Converting Ruler?
Murid : Saya berasa lebih senang untuk menyelesaikan soalan
Guru : Adakah anda rasa boleh menjawab soalan-soalan yang berkaitan penukaran unit panjang dengan lebih mudah menggunakkan Kaedah Converting Ruler ?
Murid F : Kaedah Converting Ruler lebih mudah.
Guru : Anda rasa kaedah ini lebih mudah berbanding dengan kaedah yang anda biasa gunakan?
Murid : Saya rasa kaedah Converting Ruler lebih mudah untuk mendapatkan jawapan.
Murid E dan Murid F mula bersenyum dan ejek sesama mereka. (NP: 15.09.2022)
415 untuk digunakan. Respon bagi menggunakan kaedah ini, menunjukkan respon yang positif daripada murid kajian saya.
Hasil perolehan ini sama hala dengan teori Gagne (1985) yang memaklumkan bahawa setiap jenis pembelajaran memerlukan jenis atau cara pengajaran yang berbeza. Cara pengajaran berbeza daripada pengajaran secara tradisional dapat menarik perhatian murid dan menimbulkan perasaan seronok terhadap topik yang diajar.
5. Perbincangan, Kesimpulan dan Implikasi
Melalui penyelidikan tindakan yang telah saya jalankan, saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan langkah-langkah penting yang perlu diambil kira semasa menyempurnakan penyelidikan ini. Antara langkah yang perlu diambil kira adalah melakukan tinjauan awal, mengenal pasti masalah yang dikaji, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul data dan menganalisis data yang dikumpul serta membuat refleksi pada akhir kajian.
Pengalaman yang dialami semasa melakukan kajian ini adalah pengalaman yang amat bernilai.
Penyelidikan merupakan satu kaedah yang diambil oleh para guru-guru di sekolah-sekolah untuk digunakan pada proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Ia berperanan untuk memberi suatu idea untuk menyelesaikan satu isu yang didapati dalam pendidikan Matematik. Melalui kajian ini, saya berpendapat bahawa guru-guru di sekolah dapat dipertingkatkan dan dapat membuka minda guru-guru mengenai kaedah-kaedah lain yang lebih menarik dan dapat membantu untuk menyelesaikan isu-isu yang dialami oleh murid- murid sekolah.
Saya dapat mengetahui murid-murid saya dengan lebih mendalam semasa menjalankan kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid saya yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam topik penukaran unit panjang. Murid-murid saya mempunyai minat belajar yang tinggi tetapi tidak ditonjolkan secara langsung kerana mereka berasa malu dan tidak berani bersuara.
Setiap murid diberikan hak yang sama rata untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai kemahiran yang dipelajari melalui tindakan yang saya jalankan. Kejayaan murid memahami kemahiran yang diajar telah memberikan satu kesempurnaan dan kegembiraan kepada saya dalam menyempurnakan tugasan saya sebagai guru. Refleksi kendiri ini turut menggambarkan pengimbas kembali corak pengajaran saya yang lalu sama ada berhasil ataupun tidak.
Penambahbaikan kaedah yang digunakan perlu dilaksanakan supaya ia dapat membantu semua murid dan dapat membantu murid-murid untuk mengimaginasikan kaedah ini semasa menyelesaikan soalan.
Tuntasnya, setiap murid mempunyai keupayaan yang berbeza-beza antara satu sama lain dan guru perlu bertanggungjawab untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kelemahan murid adalah salah satu kaedah bagi guru untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Kajian ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas guru adalah bukan hanya perlu mengajar sahaja tetapi guru perlu menyempurnakan keperluan semua murid.
416 Rujukan
Ahmad Muslim Dolhan & Siti Mistima Maat (2016). Penggunaan “Kaedah Jari” Dalam Kemahiran Penukaran Unit Ukuran Panjang Melibatkan Nombor Pecahan Kepada Nombor Bulat.
Azad Iqram Bin Nadmilail et al. (2021). Pembelajaran Luar Bilik Darjah Meningkatkan Tahap Penguasaan Murid Tahun 3 Bagi Tajuk Panjang. Conference: Prosiding Penyelidikan Tindakan Matematik (Sekolah Rendah). Volume: Cetakan Pertama.
Bhavani Somasundram (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Dan Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 7, Bil. 1 (Mei 2017): 11-23.
Bernado Sellato (2020). Menggenggam Dunia: Mengukur dan Mengira dalam Kalangan Masyarakat Aoheng Borneo. Journal of Borneo-Kalimantan. 7(2) :1-27.
Fatin Nurul Athira Binti Ismail (2021). Penggunaan Pendekatan Inkuiri Terhadap Penguasaan Murid Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran Panjang. Prosiding Penyelidikan KoPPI : Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
Ismail, H., & Hamzu, N., N. (2020). Pengintegrasian KBAT dalam Pengajaran Matematik semasa Praktikum dalam Kalangan Bakal Guru Sekolah Rendah: Integration of HOTS in Mathematics Teaching during Practices in Primary Schools. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 19(1), 80-89.
Maizan binti Mat @ Muhammad (2017). Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian Lepas. National Pre University Seminar 2017.
Mohd Faizal Nizam, L. A., & Leow, T. W. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211–265.
Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki (2021). Penggunaan “Lunch Board” Untuk Meningkatkan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Dalam Kalangan Murid Tahun 4.
Prosiding Penyelidikan KoPPI : Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
Norshafariza Mamat et al. (2022). Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar. Conference: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. Kota Kinabalu, Sabah.
Nur Hidayatulloh (2018). Kajian Etnomatematika Angklung Paglak Banyuwangi. Jurnal Pendidikan Matematika FKIP Univ.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Ridzuan Hussin (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Jurnal Seni dan Pendidikan Seni Vol. 1. 59-66.
Shariza Fazliana Mat Yusof et al. (2019). Diagnosis penguasaan kemahiran dan kesilapan pelajar tingkatan satu bagi tajuk Pembinaan Geometri. Journal of Social Science (EJOSS), Vol. 5, 7-14.
Tan Lean Chuen & Roslinda Rosli (2021). Analisis Domain Kandungan Buku Teks Matematik Tahun 4 KSSR Semakan 2017. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia Vol 11 (2). 51-66.