• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri Sekolah Rendah Berasaskan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri Sekolah Rendah Berasaskan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri Sekolah Rendah Berasaskan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan

Produk (KIPP)

(The Effectiveness of the Implementation of the Primary School Self- Management Curriculum Based on the Context, Input, Process, and

Product Evaluation (CIPP) Model)

Zul Izuddin Suhaimi1*, Kama Shaffeei1*

1 Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

*Pengarang Koresponden: [email protected] , [email protected]

Received: 25 May 2023 | Accepted: 1 July 2023 | Published: 30 July 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.23

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum pengurusan diri KSSR tahun 1 semakan (2017) secara menyeluruh berasaskan model Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP) yang dikemukakan oleh Stufflebeam dan Shinkfield pada tahun 2007. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri. Data kuantitatif diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang guru sekitar negeri Johor yang mengajar mata pelajaran pengurusan diri tahun 1. Elemen-elemen dalam KIPP akan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Elemen-elemen yang terlibat dalam menilai pelaksanaan kurikulum pengurusan diri KSSR tahun 1 semakan (2017) iaitu dimensi konteks adalah kurikulum bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan objektif.

Dari dimensi input, kemudahan bilik darjah, buku teks, peruntukan jadual waktu, multimedia dan kemahiran guru juga diutarakan. Dimensi proses melibatkan elemen pengajaran dan pembelajaran, pemantauan, penilaian amali dan hubungan guru dengan murid. Dari dimensi produk pula, aspek impak, kemampanan, kebolehpindahan dan aspek keberkesanan juga di aplikasi. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu memantapkan kompetensi guru di dalam bilik darjah dan penguasaan kemahiran dapat dipertingkatkan lagi dalam kalangan guru supaya kemahiran yang ingin diajar dapat di aplikasi terhadap murid berkeperluan khas.

Kata kunci: Model KIPP, Penilaian Kurikulum Pengurusan Diri, Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Abstract: This study aims to evaluate the implementation of self-management curriculum revision KSSR 1 year (2017) for a comprehensive model-based Context, Input, Process, and Product (KIPP) submitted by Stufflebeam and Shinkfield in 2007. The study used survey methods to obtain data about teachers' perceptions Self-Management of curriculum implementation. Quantitative data was collected through questionnaires distributed to 300 teachers around the state of Johor that teach self-management of 1. The elements in KIPP will be used to answer the research question. The elements involved in assessing the implementation of self-management curriculum revision KSSR year 1 (2017), which is the dimension of the curriculum appropriate to the context of the National Education Philosophy, goals, and objectives. Of input dimensions, of classrooms, textbooks, provision of timetables,

(2)

multimedia, and skills of teachers are also expressed. The dimensions of the process involve elements of teaching and learning, monitoring, assessment, and teacher internship students.

From the Product dimension, the aspects of impact, sustainability, transmissibility, and efficacy aspects will also be applied. The implications of this study are expected to help strengthen the competence of teachers in the classroom and can be further enhanced proficiency among teachers who want to learn skills that can be applied to students with special needs.

Keywords: Model CIPP, Curriculum Evaluation Self-Management, the National Education Philosophy

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Pembaharuan kurikulum ini dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Muhamad Jaffar Ali, 2012). Tujuan pembaharuan kurikulum dalam sistem pendidikan biasanya akan mewujudkan perubahan yang positif ke atas sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan pesat yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia membuatkan kurikulum pada hari ini perlu dikaji semula dan disesuaikan mengikut perubahan masa dan keperluan masa hadapan (Kamaruddin Husin, 2004; Saedah Siraj, 2001).

Dalam membuat penilaian kurikulum ini pihak yang terlibat ialah pendidik dan institusi pendidikan negara yang mendapatkan maklumat berkaitan prestasi murid serta kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berlaku di dalam bilik darjah.

Penilaian kurikulum sangat perlu dilaksanakan dalam perubahan masa serta seiring dengan agenda pendidikan negara yang sangat memerlukan komitmen guru dalam meningkatkan pencapaian akademik supaya dapat melahirkan murid yang serba boleh dan dapat menyelesaikan masalah, kreatif, inovatif dan berakhlak mulia. Dalam usaha pembangunan kurikulum ini, Falsafah Pendidikan Khas (FPK) di Malaysia mempunyai hala tuju dan matlamat dalam melahirkan murid yang pandai menguruskan diri dan berdikari tanpa bantuan daripada orang sekeliling (Mahfuzah Zainol, 2014).

2. Pernyataan Masalah

Dalam pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri di program pendidikan khas masalah pembelajaran, aspek konteks perlu dikaji kerana aspek ini merupakan permulaan kepada kejayaan sesuatu pelaksanaan Kurikulum di sekolah dan merupakan objektif utama dalam kajian ini. Antara isu yang utama dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kekeliruan standard pentaksiran murid. Melalui dapatan kajian Zamihan Mohd Ali (2017) isu kekeliruan standard pentaksiran murid ini berpunca daripada penilaian tidak tekal kerana semua akan bergantung kepada kompetensi seseorang guru itu dan penilaian setiap orang guru tidak sama dengan guru lain. Isu kedua dalam aspek konteks juga adalah berkaitan salah faham konsep fokus PdPc Kurikulum Pengurusan Diri Semakan 2017 oleh pentadbir dan ibu bapa.

Berdasarkan dapatan kajian Azizi Jaafar (2018) ada menjelaskan bahawa sebahagian besar guru telah menghadiri kursus penataran kurikulum semakan 2017 dan sebahagian besarnya guru-guru yang mengajar tahun 1 telah dijelaskan matlamat kurikulum semakan 2017 yang melengkapi fitrah bermain bagi murid-murid kecil yang berumur 4 hingga 8 tahun. Isu ketiga dalam aspek konteks juga ramai diantara guru-guru yang kurang memahami komponen- komponen yang berada di dalam kurikulum semakan 2017. Berdasarkan Bahagian

(3)

Pembangunan Kurikulum, KPM (2016) dalam dapatan kajian Radzi Razak (2017) ada menjelaskan bahawa terdapat 7 komponen yang telah ditetapkan dalam kurikulum semakan 2017 iaitu : 1) Pemikiran komputasional, 2) Pendidikan tanpa sempadan, 3) Peningkatan kreativiti, 4) Pemikiran reka bentuk, 5) Kelestarian global, 6) Pembangunan mampan, 7) Literasi kewangan

Aspek input pula perlu dinilai untuk memastikan matlamat dan objektif kurikulum pengurusan diri bersesuaian dan berjalan dengan berkesan. Isu utama bagi aspek input ini dilihat berdasarkan teknik dan kemahiran guru pendidikan khas dalam melaksanakan proses PdPc di dalam bilik darjah kerana kurikulum ini memerlukan kemahiran guru yang boleh melaksanakan amali. Berdasarkan dapatan kajian Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (2016) menyatakan untuk mencapai kualiti dalam pendidikan, para guru perlu memantapkan aspek profesionalisme iaitu berkemahiran dalam merancang kurikulum pendidikan abad ke-21 supaya proses pembelajaran murid dapat mencapai objektif seperti kehendak kurikulum semakan 2017. Isu kedua dalam aspek input ini dilihat berdasarkan peruntukan waktu pembelajaran kurikulum pengurusan diri di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Berdasarkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2016) ada menjelaskan bahawa peruntukan waktu bagi mata pelajaran pengurusan kehidupan adalah 450 jam seminggu bagi murid tahap 1. Isu ini dilihat berdasarkan pembahagian waktu dengan mata pelajaran lain yang mengakibatkan kurikulum pengurusan diri dipendekkan waktu pengajaran kerana sub komponen pengurusan kehidupan telah dibuang iaitu Pengurusan Tingkah Laku (PTL). Isu ketiga dari aspek input lagi adalah berkaitan dengan keyakinan diri sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) melibatkan amali. Melalui kajian Mohd Nor Azwan Zawawi (2015) ada menjelaskan bahawa terdapat ramai dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran yang melibatkan amali mempunyai perasaan kurang keyakinan diri mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya usia, opsyen, dan perubahan kurikulum yang berlaku.

Aspek proses merupakan satu aspek yang melibatkan proses pelaksanaan bagi seseorang guru ketika sedang menjalankan proses PdPc di dalam bilik darjah. Isu dalam aspek proses perlu dinilai kerana peranan dan keupayaan Guru Pendidikan Khas di dalam bilik darjah amat penting untuk mencapai matlamat dan objektif Kurikulum Pengurusan Diri yang telah di gubal dari aspek keupayaan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Berdasarkan buku Mahfuzah Zainol (2014) ada menjelaskan bahawa untuk mengajar kurikulum pengurusan diri memerlukan BBM yang lengkap agar proses pembelajaran murid dapat dikembangkan dan murid mampu membuat sesuatu amali dengan baik. Isu kedua dalam aspek proses ini di lihat berdasarkan beban tugas guru dalam melaksanakan kurikulum pengurusan diri semakan 2017. Hal ini menjadi isu dalam kalangan guru kerana pertambahan aktiviti yang disarankan dalam Kurikulum Semakan 2017 turut menyebabkan kawalan kelas sedikit mencabar di samping kekurangan bahan bantu mengajar yang mengakibatkan proses pengajaran tidak dapat berjalan lancar. Dapatan kajian Sufean Hussin (2018) ada menyatakan bahawa pertambahan aktiviti seperti kehendak kurikulum semakan 2017 telah menjadi satu beban buat guru-guru sewaktu proses pengajaran sedang berjalan dan kadang-kadang tidak dapat mencapai objektif pengajaran.

Aspek produk ini merupakan aspek keberhasilan daripada tautan penggabungjalinan aspek konteks (perancangan), input (sumber) dan proses (pelaksanaan). Isu di dalam aspek produk ini penyelidik berjaya mengesan berkaitan sikap guru pendidikan khas terhadap Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri Semakan 2017 tahun 1. Melalui pembacaan daripada dapatan kajian Wan Nurul Baizura (2018) ada menyatakan secara jelas bahawa perubahan sikap guru

(4)

terhadap kurikulum semakan ini menunjukan reaksi yang negatif kerana terlalu banyak elemen yang kurang difahami serta perancangan aktiviti yang banyak perlu dimasukan setiap kali proses pengajaran sedang berjalan.

3. Objektif

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

i. Menilai kesesuaian Kurikulum Pengurusan Diri dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat, Objektif Pengurusan Diri dari dimensi konteks.

ii. Menilai kemudahan-kemudahan, tahap pengetahuan guru pendidikan khas, kemahiran guru pendidikan khas menggunakan alatan dan keyakinan diri untuk melaksanakan proses pengajaran dan pemudahcaraan dari dimensi input.

iii. Menilai proses pengajaran dan pemudahcaraan, penggunaan bahan bantu mengajar, pemantauan dan penilaian, hubungan guru dengan murid dan kerjasama pihak pentadbir sekolah terhadap proses pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 yang lebih baik dari dimensi proses.

iv. Menilai tahap kepuasan dan minat, impak, keberkesanan, kemampuan dan kebolehpindahan Kurikulum Pengurusan Diri dalam kehidupan seharian murid dari segi dimensi produk.

v. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis sekolah terhadap pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri dari dimensi konteks, input dan proses.

vi. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara murid bandar dan luar bandar terhadap hasil pelaksanaan kurikulum pendidikan khas dari dimensi produk 4. Metodologi

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Instrumen (JSI)

Item Jumlah Item Aras Kesukaran Mengikut Taksonomi Bloom

Demografi 10 Pengetahuan

Kurikulum Pengurusan Diri (Model KIPP):

i. Dimensi Konteks ii. Dimensi Input iii. Dimensi Proses iv. Dimensi Produk

16 59 45 37

Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi

Jumlah 167

Jadual 2: Jadual Spesifikasi Konstruk Tahap Atau Aras Soalan Mengikut Taksonomi Bloom (1956) Dan Kama (2019)

Klasifikasi Item Kognitif (Bloom) Aras Kesukaran

Jumlah Soalan Jumlah

Tajuk Item

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Rendah Sederhana Tinggi

1. Profil (Demografi) 10 10 10 10

2. Kurikulum Pengurusan Diri (Model KIPP):

i. Dimensi Konteks ii. Dimensi Input iii. Dimensi Proses iv. Dimensi Produk

9 5 2 8 8 16 16

32 23 4 31 24 4 59 59

23 19 3 23 20 2 45 45

19 15 3 24 11 2 37 37

Jumlah Keseluruhan 93 62 12 96 63 8 167 167

Peratus (%) 56 37 7 57.5 37.7 4.8 100 100

(5)

Kajian ini memilih kaedah kuantitatif di mana persampelan rawak berstrata dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengurusan Diri tahun 1. Menurut Creswell (2005), teknik pensampelan rawak berstrata berkadar adalah teknik yang digunakan kerana populasi yang tidak menunjukkan ketidakseimbangan ciri-ciri bagi suatu sampel. Dalam hal ini pensampelan rawak mudah akan menyebabkan kekurangan sampel bagi kategori tertentu.

Pendapat ini disokong oleh Muhamad Jaffar Ali (2012), yang menyatakan reka bentuk pensampelan rawak berstrata berkemungkinan adalah paling cekap dan dengan bilangan sampel yang sama paling banyak akan memberi maklumat dengan lebih terperinci.

Menurutnya lagi, pemilihan sampel yang sama banyak adalah paling sesuai jika terdapat strata populasi yang terlalu kecil dan terlalu besar. Kaedah kajian ini menggunakan soal selidik di mana hasilnya nanti akan dianalisis menggunakan SPSS v27 untuk mencari frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai manakala analisis inferensi menggunakan kaedah manova. Hasil daripada analisis itu data yang di kumpul dapat menilai proses pelaksanaan kurikulum mata pelajaran Pengurusan Diri tahun 1.

Persampelan

Sampel kajian terdiri daripada guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran Pengurusan Diri tahun 1 di sekolah-sekolah dalam negeri Johor. Menurut data KPM (2015) purata guru paling ramai di Malaysia adalah negeri Sarawak, Selangor manakala Johor merupakan negeri ketiga yang mempunyai bilangan guru paling ramai. Selain itu, pemilihan sampel dinegeri Johor ini pula di buat berdasarkan terdapat banyak sekolah jenis kebangsaan iaitu cina dan tamil seperti yang terdapat di dalam objektif kajian. Sampel kajian ini melibatkan 300 orang guru daripada 11 daerah seluruh negeri Johor yang mempunyai program pendidikan khas integrasi (PPKI).

Instrumen kajian

Jadual 3: Kandungan soal selidik guru mata pelajaran Pengurusan Diri tahun 1

Bahagian Aspek/Konstruk Bil. Item/Item Rujukan

Bahagian A Latar belakang 10 (A1-A10) Ghazali Yusri (2012)

Bahagian B (Konteks)

Kesesuaian KPD dengan FPK 4 (B1 – B4) Nor Hayati Fatmi (2013)

Kesesuaian KPD dengan matlamat PD 3 (B5 – B7) Nor Hayati Fatmi (2013)

Kesesuaian KPI dengan objektif PD 9 (B8 – B16) Nor Hayati Fatmi (2013)

Bahagian C (Input)

Kemudahan :

1. Bilik Darjah 4 (C1 – C4) Azizi Jaafar (2015)

2. Buku Teks 5 (C5 – C9) Azizi Jaafar (2015)

3. Peruntukan masa 3 (C10 – C12) Azizi Jaafar (2015)

4. Multimedia 5 (C13 – C17) Azizi Yahya (2009)

5. Kemahiran 4 (C18 – C21) Azizi Yahya (2009)

Pengetahuan Guru :

1. Asas Pendidikan 6 (C22 – C27) Azizi Jaafar (2015)

2. Pedagogi 6 (C28 – C33) Azizi Jaafar (2015)

3. Bidang KPD 16 (C34– C49) Azizi Jaafar (2015)

Profesionalisme

1. Keupayaan menggunakan alatan 5 (C50 – C54) Azizi Jaafar (2015) 2. Keyakinan diri 5 (C55 – C59) Azizi Jaafar (2015) Bahagian D

(Proses)

Pelaksanaan PdPc 9 (D1 – D9) Mohd Nordin Abu

Bakar (2011)

Penggunaan BBM 6 (D10 – D15) Mohd Nordin Abu

(6)

Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah digubal oleh Azizi Yahya (2009), Fatimah Tambi (2009), Mohd Nordin Abu Bakar (2011), Ghazali Yusri (2012) dan Azizi Jaafar (2015). Kajian ini juga menggunakan model KIPP ciptaan Stufflebeam & Shinkfield (2007).

5. Dapatan Kajian

Berdasarkan kajian-kajian lepas mengikut elemen-elemen KIPP yang dinyatakan diatas kajian ini memperlihatkan bahawa pelaksanaan Kurikulum mata pelajaran Pengurusan Diri dari dimensi konteks bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan objektif. Melalui dapatan kajian Azizi Jaafar (2015) dari dimensi input, kemudahan bilik darjah, buku teks, peruntukan jadual waktu, multimedia dan kemahiran guru untuk mengajar berada pada tahap sederhana. Pengetahuan asas pendidikan, pedagogi, keupayaan menggunakan alatan dan keyakinan diri guru pula didapati berada pada tahap sederhana.

Dapatan kajian Fatimah Tambi (2009) dimensi proses menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran, pemantauan, penilaian dan hubungan guru dengan murid berada pada tahap yang tinggi. Penggunaan bahan bantu mengajar dan kerjasama guru dengan pihak pentadbir adalah pada tahap yang sederhana. Seterusnya, dapatan kajian Mohd Nordin Abu Bakar (2011) dari dimensi produk pula, aspek impak, kemampanan dan kebolehpindahan berada pada tahap yang tinggi, manakala aspek keberkesanan pula berada pada tahap yang sederhana. Implikasi kajian ini menunjukkan terdapat keperluan latihan dalam perkhidmatan bagi memantapkan kompetensi guru di dalam bilik darjah dan penguasaan kemahiran amali perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan guru supaya kemahiran yang ingin diajar dapat di aplikasi terhadap murid berkeperluan khas.

Bakar (2011)

Pemantauan PdPc 10 (D16 – D25) Fatimah Tambi (2009) Pelaksanaan Ujian 6 (D26 – D31) Fatimah Tambi (2009) Hubungan guru dan murid 6 (D32 –D37) Fatimah Tambi (2009) Kerjasama pihak sekolah 8 (D38 – D45) Fatimah Tambi (2009)

Bahagian E (Produk)

Tahap kepuasan murid terhadap

kurikulum 1(E1) Azizi Jaafar (2015)

Tahap minat murid terhadap kurikulum 1(E2) Azizi Jaafar (2015)

Impak :

1. Impak kurikulum pengurusan diri 6 (E3-E8) Fatimah Tambi (2009) 2.Keberkesanan pencapaian objektif

kurikulum pengurusan diri 16 (E9-E24) Fatimah Tambi (2009) 3. Kemampanan pembentukan sikap

postif murid 6 (E25-E30) Fatimah Tambi (2009)

4.Kebolehpindahan pengaplikasian

dalam kehidupan seharian murid 7 (E31-E37) Fatimah Tambi (2009)

JUMLAH 167 item

(7)

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Adaptasi daripada Model Penilaian KIPP oleh Stufflebeam &

Shinkfield (2007), Azizi Yahya (2009), Fatimah Tambi (2009), Mohd Nordin Abu Bakar (2011), Ghazali Yusri (2012) Azizi Jaafar (2015) dam Manchelah A/P Natesan (2017)

6. Perbincangan

Hasil daripada kajian lepas yang menggunakan model KIPP seperti yang dinyatakan dalam kajian diatas dapat membincangkan hasil kajian yang diperolehi. Melalui dapatan kajian Azizi Jaafar (2015) ada menjelaskan bahawa setiap dimensi akan menunjukkan hasil yang berbeza dan jurang aspek yang dikaji berada pada tahap yang berbeza. Sebagai contohnya, dapatan kajian aspek input yang telah dipecahkan kepada 5 jenis menunjukkan hipotosis yang berbeza bagi setiap satu isu yang telah dikaji. Dapatan kajian Fatimah Tambi (2009) pula menunjukan dimensi proses yang dipecahkan kepada 4 jenis bahagian juga menunjukkan hasil dapatan yang tinggi. Hal ini mungkin disebabkan oleh mata pelajaran yang dikaji berbeza dengan kajian yang lain menyebabkan hasil kajian berbeza tetapi bagi penggunaan BBM dan kerjasama guru dengan pentadbir menunjukkan persamaan dengan kajian orang lain iaitu berada pada tahap serderhana. Dapatan kajian Mohd Nordin Abu Bakar (2011) dari dimensi produk pula, dipecahkan kepada 4 bahagian. Aspek impak, kemampanan dan kebolehpindahan dalam dapatan kajian beliau mendapati persamaan tahap dengan kajian terkini dan kebolehercayaan aspek yang terkandung didalamnya adalah tinggi menakala elemen keberkesanan yang terdapat dalam kajian tersebut berada pada tahap yang

Pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri

KONTEKS INPUT PROSES PRODUK

Penilaian Kurikulum Pengurusan Diri

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 2. Matlamat

Kurikulum Pengurusan Diri 3. Objektif

Kurikulum Pengurusan Diri

1. Impak

Tahap kepuasan murid terhadap KPD

Tahap minat murid terhadap KPD 2. Keberkesanan

Mencapai objektif 3. Kemampanan

Pembentukan sikap positif murid

4. Kebolehpindahan

Aplikasi dalam kehidupan seharian 1. Pelaksanaan PdPc

2. Penggunaan BBM 3. Pemantauan PdPc 4. Pelaksanaan Ujian 5. Hubungan Guru

dengan Murid 6. Kerjasama Pihak

sekolah 1. Kemudahan

Bilik Darjah

Buku Teks

Peruntukan masa

Multimedia

Kemahiran

2. Pengetahuan Guru

Asas Pendidikan

Pedagogi

Bidang KPD 3. Profesionalisme

Keupayaan menggunakan alatan

Keyakinan diri

Perancangan Sumber Pelaksanaan Hasil

(8)

berbeza dengan kajian orang lain. Secara rumusannya, daripada kajian lepas penyelidik mendapati Model KIPP boleh dijadikan panduan kepada kajian yang dijalankan dan disokong oleh teori-teori yang berkaitan untuk menghasilkan output kajian dan menghubungkaitkan dengan 4 dimensi iaitu aspek konteks, input, proses dan produk dalam menghasilkan instrumen kajian untuk penambahbaikan Kurikulum Pengurusan Diri tahun 1 semakan 2017.

7. Implikasi Kajian

Kajian ini memberi implikasi terhadap penilaian Kurikulum Pengurusan Diri murid pendidikan khas tahun 1 dalam pelaksanaan kurikulum KSSR semakan 2017. Berdasarkan model KIPP yang dijadikan sebagai model asas kepada kajian ini membuktikan bahawa 4 aspek yang dinilai mempunyai hubung kait yang significant dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Hal ini selari dengan dapatan kajian Azizi Jaafar (2015) iaitu model KIPP dapat membantu seseorang guru itu membuat penilaian terhadap kurikulum yang dilaksaankan disekolah dan dapat membuat penambahbaikan dari segi instrumen penilaian kurikulum.

Berdasarkan kerangka konseptual kajian yang ditetapkan kurikulum merupakan asas kepada proses pengajaran guru dan teori konstruktivisme dan behavariosnisme dapat menyokong model kajian KIPP dalam menghasilkan output penambahbaikan kurikulum.

8. Kesimpulan

Kajian ini bertujuan bagi memastikan kurikulum ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan KPM, maka proses penilaian dan pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri Tahun 1 hendaklah dijalankan supaya dapat menguji sejauh mana kemampuan kurikulum tersebut dapat dicapai.

Rujukan

Azizi Jaafar (2015). Penilaian pelaksanaan kurikulum pendidikan islam sekolah menengah berasaskan model context-input-process-product (CIPP). Tesis Phd (tidak diterbitkan), Universiti Utara Malaysia.

Azizi Jaafar (2018). Asas pembangunan kurikulum dalam pendidikan. Serdang Selangor : Firdaus Press Sdn. Bhd

Azizi Yahya. (1999). Keberkesanan perlaksanaan program kemahiran hidup di sekolah- sekolah menengah di Malaysia berdasarkan model penilaian konteks, input, proses dan produk. Tesis PhD (tidak diterbitkan), Universiti Pertanian Malaysia.

Azizi Yahaya. (2001). The using of model context, input, process and products (CIPP) in learning programs assessment. Paper presented at the International Conference on Challenges and Prospects in Teacher Education. July 16-17, 2001, University of Technology Malaysia.

Azizi Yahaya. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya. (2009). Penggunaan Model KIPP dalam penilaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20(10), 73-78.

Fatimah Tambi. (2009). Penilaian pelaksanaan program pemulihan khas di sekolah-sekolah rendah di negeri Selangor daripada perspektif guru besar dan guru pemulihan khas.

Tesis Ph.D (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

(9)

Ghazali Yusri Abd Rahman. (2012). Penilaian kemahiran lisan dalam kurikulum bahasa arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tesis PhD (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar pendidikan kebangsaan. Selangor: Giga Wise Network Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan strategik interim KPM 2011-2020. Putrajaya:

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Manchelah A/P Natesan (2017). Keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Malaysia.Tesis Phd (tidak diterbitkan), Universiti Malaya.

Mahfuzah Zainol. (2014). Panduan terapi carakerja untuk murid istimewa. Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mahfuzah Zainol. (2015). Kemahiran manipulatif dalam pendidikan. Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mahfuzah Zainol. (2016). Kemahiran mengurusan diri murid berkeperluan khas. Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mohd. Nordin Abu Bakar. (2011). Penilaian program mata pelajaran vokasional (MPV) bagi bidang pertanian di sekolah menengah harian di Semenanjung Malaysia. Tesis PhD (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Nor Azwan Zawawi (2015). Pengajaran kemahiran hidup menggunakan proses Amali.

Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7(9), 43-48.

Muhamad Jaffar Ali (2012). Penilaian program peralihan kemahiran hidup (pilihan B) tingkatan satu di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan pembelajaran; penelitian semula konsep konsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden. Jurnal Pendidikan, 9(4), 101-105.

Radzi Razak (2017). Komponen KSSR semakan 2017 bagi mata pelajaran pra sekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 8(14), 42-49.

Sufean Hussin (2018). Aktiviti dalam kurikulum pengajaran pra sekolah menggunakan kurikulum semakan 2017. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 9(14), 31-39.

Suhaimi Muhamad & Abdul Halim Tajuri, (2015). Kurikulum: perspektif dan pelaksanaan.

Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Siti Wan Nor Abdul Rashid (2012). Pendidikan khas di Malaysia: Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran. Prosiding seminar pendidikan khas kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stufflebeam, D. L. (1977). Educational evaluation and decision making. Bloomington Ind.:

Phi Delta Kappa.

Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A.J. (1985). Systematic evaluation: a self-instruction guide to theory and practice. Boston: Kluwer-Nijhoff Publishing.

Stufflebeam, D. L. (1987). Professional standards for assuring the quality of educational program and personnel evaluations. International Journal of Education Research, 11(1), 125-143.

Stufflebeam, D. L. (2001). Evaluation checklists: practical tools for guiding and judging evaluations. American Journal of Evaluation, 22(1), 9.

Stufflebeam, D.L. (2003). The CIPP model for program evaluation. Boston: Kluwer-Nijhoff Publishing.

Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models and applications.

San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Imprint.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (2016). Kemahiran pedagogi guru pengajaran abad ke-21.

Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 6(4), 21-27.

(10)

Wan Nurul Baizura (2018). Sikap guru terhadap kurikulum pengajaran matematik menggunakan KSSR baharu. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18(12), 83-89.

Zamihan Mohd Ali (2017). Standard pentaksiran kurikulum sains sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 9(11), 71-78.

Referensi

Dokumen terkait