• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Dan Penggunaan Papan Putih Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Subjek Bahasa Inggeris (The Effectiveness And Use Of Interactive Whiteboards In Teaching And Facilitating English Subjects)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Keberkesanan Dan Penggunaan Papan Putih Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Subjek Bahasa Inggeris (The Effectiveness And Use Of Interactive Whiteboards In Teaching And Facilitating English Subjects)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Keberkesanan Dan Penggunaan Papan Putih Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Subjek Bahasa Inggeris (The Effectiveness And Use Of Interactive Whiteboards In Teaching

And Facilitating English Subjects)

Jagatisan Manickam1*, Fariza Khalid1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p111816@siswa.ukm.edu.my

Received: 20 April 2023 | Accepted: 15 June 2023 | Published: 30 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.11

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Papan putih Interaktif (IV Board) merupakan platform yang amat popular dalam kalangan warga pendidik. dan menjadi bahan bantu mengajar untuk penggunaan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Walaubagaimanapun masih beberapa isu belum diteroka lagi dalam penggunaan dan bahan interaktif ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan dan penggunaan Papan putih Interaktif (IV Board) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris. Kajin ini juga dijangka harap menjadi pedoman dan contoh kepada warga pendidik untuk subjek lain dalam membantu guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran mereka dan secara tidak langsung meningatkan kemahiran guru menggunakan Papan putih Interaktif (IV Board). Rekabentuk kajian kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan temu bual, analisis dokumen, pemerhatian dan senarai semak sebagai instrumen kajian kepada 5 orang guru-guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah yang terdapat di daerah Jempol. Seterusnya, data yang telah dikumpul dan dianalisis secara tematik. Kaedah trigulasi digunakan menghubungkaitakan dapatan kajian. Dalam kajian ini didapati bahawa 15 jenis aktiviti Papan putih Interaktif (IV Board) digunakan dalam proses PdPc Bahasa Inggeris dan digunakan secara kerap. Didapati bahawa masalah teknikal, kekurangan kemahiran, masalah jaringan internet, kekurangan bahan interaktif di sekolah dan kekangan masa yang menyumpang kepada penggunaan Papan putih Interaktif (IV Board) dalam PdPc Bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini memberikan maklumat kepada warga pendidik tentang jenis aktiviti papan putih Interaktif (IV Board) yang boleh digunakan dalam PdPc dan membantu guru merancang pengajaran berdasarkan aktiviti papan putih interaktif yang disenaraikan. Dapatan kajian juga turut membuktikan bahawa meningkatkan pencapaian objektif PdPc dan kualiti proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris.

Kata kunci: Papan Putih Interaktif, IV Board, Keberkesanan, Penggunaan, Bahasa Inggeris, Pengajaran, Pemudahcaaan

Abstract: Interactive whiteboard (IV Board) is a very popular platform among educators. and become teaching aids for the use of the teaching and facilitation process. However, there are still some issues that have not been explored yet in the use and interactive materials. This study aims to identify the effectiveness and use of the Interactive White Board (IV Board) in the process of teaching and facilitating English. This study is also expected to be a guide and example to educators for other subjects in helping teachers use their learning methods and indirectly improve the skills of teachers using the Interactive Whiteboard (IV Board). The design of this qualitative study was carried out by using interviews, document analysis,

(2)

observations and checklists as research instruments to 5 English teachers in a primary school located in Jempol district. Next, the data that has been collected and analyzed thematically.

The trigulation method is used to correlate the findings of the study. In this study it was found that 15 types of Interactive White Board (IV Board) activities are used in the English PdPc process and are used regularly. It was found that technical problems, lack of skills, internet network problems, lack of interactive materials at school and time constraints are detrimental to the use of Interactive Whiteboards (IV Board) in English PdPc. The findings of this study provide information to educators about the types of Interactive whiteboard (IV Board) activities that can be used in PdPc and help teachers plan lessons based on the listed interactive whiteboard activities. The findings of the study also prove that improving the achievement of PdPc objectives and the quality of the English teaching and facilitation process.

Keywords: Interactive Whiteboard, IV Board, Effectiveness, Use, English, Teaching, Facilitation

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pembelajaran dalam talian disebut sebagai fleksibiliti kerana murid dapat belajar dari jauh.

Dalam pandemik wabak Covid-19, pembelajaran dalam talian menjadi keutamaan kepada institusi pendidikan untuk mengawal penyebaran virus (David, 2019). Interaktif dapat ditakrifkan sebagai bertindak atau berhubungan erat antara satu sama lain. Interaktiviti dalam pembelajaran sebagai kemampuan untuk berinteraksi dan belajar dengan cara percakapan, dialog, atau tindakan (Ebert, 2018). Dengan kata lain, ciri penentu interaktiviti adalah responsif terhadap tindakan murid semasa belajar (Elstad, 2017).

Alat interaktif dapat menyediakan pereka instruksional untuk menetapkan tahap interaktiviti yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid (Arpaci, 2017). Beberapa kajian lepas mengkaji kesan penggunaan alat interaktif terhadap pencapaian murid. Penggunaan media digitalmenghasilkan potensi tinggi untuk pengajaran dan pembelajaran matematik (Hillmayr et al.,2020). Bagi murid, teknologi sebagai alat untuk mengatasi trend gaya dan pilihan pembelajaran semasa (Letwinsky, 2017). Perkembangan alat teknologi seperti aplikasi, telefon pintar, mediasosial, tablet, dan YouTube telah dimasukkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Evolusi peranti tekologi, perisian, dan aplikasi instruksional yang berterusanmempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran (Harrison, 2019). Papan putih interaktif ialah sebuah papan elektronik putih yang mempunyai skrin yang sensitf kepada penyentuhan serta dilengkapi dengan sistem server dan projector serta dibekalkan dengan pen digital. Papan ini mula diberkenalakan pada tahun 1991(Sevgi, 2005). Papan putih interaktif yang disajikan di papan pintar atau papan putih meningkatkan penglibatan pelajar (Abykanova,2016).

Selain itu, dapatan kajian turut membuktikan kemampuan inovasi ini untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. Inovasi ini telah berjaya membuktikan kemampuanya untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan. Papan putih interaktif mempunyai kelebihanya. Ia bukan sahaja memudahkan mempamerkan bahan-bahan pengajaran multimedia tetapi juga menggalakkan para pelajar untuk mengambil inisiatif untuk menyelidik mereka sendiri dan untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang pandangan peribadi mereka ke forum dalam talian (Kohlit, 2018). Teknologi ini mendorong pembelajaran aktif dalam pelajar. Pelajar bertanya lebih banyak soalan dan mengambil lebih banyak nota, membolehkan aktiviti kumpulan lebih berkesan seperti sumbang saran dan penyelesaian masalah. Visualizer

(3)

tanpa wayar untuk elektronik papan putih tidak boleh menggantikan waktu pengajaran atau kuliah di kelas.

Penggunaan Papan Putih Interaktif ini bukan sahaja melibatkan pendidik untuk menyampaikan kandungan PdPc tetapi ia menggalakan pendidik dan juga pelajar saling berinteraksi untuk mewujudkan persekitaran PdPc kondunsif dan bermakna (Bahçekapılı,2017). Kebanyakan matapelajaran di sekolah terutamnaya subjek-subjek disekolah rendah mengandungi banyak intipati yang sukar dan kompleks yang memerlukan penerangan ke dalam bentuk lebih ringkas dan mudah difahami. Teknologi ini mampu mendedahkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Teknologi ini lebih mampu guru memnyampaiakan isi matapelajaran dengan cara berbeza dan idealistic serta mempuk muri berfikir secara holistik. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dan penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pemudahcaraan subjek Bahasa Inggeris.

1.1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti dibawah:

i. Untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang digunakan dalam papan putih interaktif semasa PdPc Bahasa Inggeris.

ii. Untuk mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan papan putih interaktif dalam subjek Bahasa Inggeris.

iii. Untuk mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada penggunaan papan putih interaktif dalam subjek Bahasa Inggeris dari perspektif aktiviti teori.

1.1.2 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah:

i. Apakah aktiviti-aktiviti yang digunakan dalam papan putih interaktif semasa PdPc Bahasa Inggeris?

ii. Apakah tahap kekerapan penggunaan papan putih interaktif dalam subjek Bahasa Inggeris?

iii. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan papan putih interaktif dalam subjek Bahasa Inggeris dari perspektif aktiviti teori?

2. Tinjauan Literatur

Nama IV Board bermaksud Papan Putih Maya Interaktif dan dikenali sebagai Papan Putih Interaktif. IVBoard ialah prototaip yang direka untuk membolehkan dua atau lebih (sehingga 50) pihak berkomunikasi dalam dupleks penuh, dengan keupayaan untuk menghantar teks dan grafik bitmap. Papan putih interaktif direka bentuk untuk menyerupai papan putih di mana semua orang dalam kumpulan boleh mengambil bahagian dalam perbincangan teks dan grafik masa nyata (Anchalee Ngampornchai, 2020). Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam papan putih interaktif ini ialah tayangan video, animasi, mendengar audio, aktiviti kuiz, paparan nota, catatan nota, Google Meet, Zoom Meet, Webex, membina graf, melukis dan mewarna (Anis Azzyaty bte Mokhtar,2021).

Papan pintar harus memahami perkara ini dan dapat memaparkan serta menerangkan rajah seperti sedia ada. (Bidwi,2019). Penggunaan papan putih interaktif menunjukkan bahawa mengajar dan mendidik murid-murid sekolah rendah telah menjadi lebih menarik dan mengujakan (Zucker,2019). Gambar terang pada skrin hanyalah satu cara untuk menyampaikan bahan, dan semua pelajar terlibat dalam proses pembelajaran, berpeluang memahami dan merenung apa yang mereka tahu dan fikirkan. Aktiviti koperasi pelajar

(4)

bermakna setiap orang membuat sumbangan individu khas mereka sendiri kepada proses pembelajaran (Gunawan,2020).

Perisian, " Features" dan aplikasi yang terkandung dalam papan putih interaktif ini memudahkan guru untuk membangunkan dan menambah baik bahan P&P dari semasa ke semasa. Mempunyai sejumlah besar pengguna (pangkalan pengguna) di seluruh dunia yang berkongsi Bahan P&P dan memuat turunnya daripada akses web tertentu. (Helmi Norman,2021). Papan putih interaktif mampu menggerakan pancaindera murid untuk membantu proses pembelajaran. Ia juga menggalakan murid bergerak secara aktif dalam kelas (Jamilah,2016). Penggunaan papan putih interaktif mamapu mengubah proses PdPc dan menukarkan kaedah konvensional kepada inovasional. Mampu menjadikan sesi PdPc lebih bersistematik dan teratur. Para pendidik juga akan lebih proaktif dan sentiasa peka terhadap berkembangan teknologi (Mousa,2017).

3. Metadologi

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kajian kes sebagai kaedah kualititatif. Tujuan pemilihan ialah kajian ini tidak melibatkan numerikal tetapi membuat penelitian yang sangat mendalam serta melibatkan pemerhatian. Kajian kes ini mengumpul maklumat terperinci tentang tingkah laku individu dan situasi sosial untuk mengetahui mengapa sesuatu berlaku.

Pengkaji telah memilih kaedah kajian kualitatif dan kajian kes disebabkan untuk mendapatkan data mengenai kajian yang berbentuk penerokaan dan memudahkan penulis untuk membina kenyataan dan penerangan dengan bidang kajian. Kajian ini akan memberikan tumpuan khusus kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kelpin, Negeri Sembilan. Responden adalah terdiri daripada kumpulan profesional dan warga pendidik yang terlibat secara langsung dalam SJK Tamil Ladang Kelpin. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pemilihan persampelan secara bukan rawak. Dalam kajian ini seramai 5 responden akan dilibatkan dalam kajian ini.

Sebab pemilihan 5 orang sampel kajian kerana hanya 5 orang sahaja guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. 5 responden ini akan dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan pengalaman mengajar iaitu kurang daripada 8 tahun, mempunyai pengalaman mengajar 8-15 dan melebihi 15 tahun. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, analisis dokumen, pemerhatian dan senarai semak dalam proses pengumpulan data. Kaedah analisis data ialah trigulasi untuk menunjukan bertepatan dan hubungkait antara satu sama yang lain.

4. Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian diperolehi daripada instrumen-instrumen seperti temu bual, analisis dokumen, pemerhatian dan senarai semak dikumpul. Statistik deskriptif digunakan untuk mempersembahkan data-data kajian.

Latar Belakang Responden Kajian

Dalam kajian ini seramai 5 responden akan dilibatkan dalam kajian ini. Sebab pemilihan 5 orang sampel kajian kerana hanya 5 orang sahaja guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah tersebut5 responden ini akan dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan pengalaman mengajar iaitu kurang daripada 8 tahun, mempunyai pengalaman mengajar 8-15 dan melebihi 15 tahun. Profil responden seperti dibawah:

(5)

Jadual 1: Latar Belakang Responden Kajian Kriteria /

Responden

Jantina Umur Pengalaman Mengajar /

Kategori

Tahap Pendidikan Opsyen

Responden 1 Perempuan 51 Tahun

24 Tahun melebihi 15 Tahun

Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Sains Responden 2 Perempuan 40

Tahun

15 Tahun 8-15 Tahun

Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Bahasa Tamil

Responden 3 Perempuan 38 Tahun

14 Tahun 8-15 Tahun

Diploma Pendidikan

Pendidikan Bahasa Tamil Responden 4 Lelaki 31

Tahun

7 tahun Kurang 8 Tahun

Ijazah Sarjana Pendidikan

Pendidikan Jasmani Responden 5 Lelaki 30

Tahun

6 tahun Kurang 8 Tahun

Ijazah Sarjana Muda

Bahasa Tamil

Aktiviti-Aktiviti Yang Digunakan Dalam Papan Putih Interaktif Semasa Pdpc Bahasa Inggeris

Carta 1: Aktiviti-Aktiviti Yang Digunakan Dalam Papan Putih Interaktif dan Penggunaan

Carta 1 menunjukan bilangan pengguna dan aktiviti-aktiviti yang digunakan dalam papan putih interaktif untuk subjek Bahasa Inggeris. Animasi, ebook, audio, power point interaktif dan gambar kerap digunakan oleh 5 orang responden. Manakala quiziz dan live worksheet kerap digunakan oleh 4 responden sahaja dalam PdPc Bahasa Inggeris. Website dan wordwall seramai 3 responden sahaja menggunakan dalam PdPc. Bahan animasi, CD/DVD, Google Class Room, visualiser digunakan oleh 2 orang responden kajian. Manakala 1 responden sahaja menggunkan Edmodo class dalam PdPc Bahasa Inggeris. Penggunaan e-book, audio, video, gambar, quiziz dan live worksheet berada pada tahap yang tinggi. Manakala penggunaan Website dan quiziz beradapada tahap yang sederhana. Penggunaan bahan animasi, Google Class Room, CD/DVD, Visualiser dan Edmodo Class berada pada tahap yang rendah.

(6)

Cara Pengintegrasian Papan Putih Interaktif Dalam PdPc Bahasa Inggeris

Jadual 2: Cara Mengintegrasikan papan putih interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan Responden/

Cara mengintegrasikan

Bahan Interaktif

Responden 1

Responden 2

Responden 3

Responden 4

Responden 5

Set Induksi / / / / /

Aktiviti Kumpulan / /

Penyampaian isi Kandungan topik

/ / / / /

Penilaian / / /

Rumusan / Refleksi topik

/ /

Jadual 2 menunjukan cara mengintegrasikan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris oleh responden kajian. Responden 1 dan responden 2 hanya mengintegrasikan dalam set induksi dan penyampaian isi kandungan Kandungan topik.

Manakala responden 3 mengabung jalinkan bahan interaktif di set induksi, penyampaian isi kandungan dan bahagian penilaian PdPc. Selain itu, responden 4 dan 5 mengintegarasikan papan putih interaktif dalam set induksi, aktiviti kumpulan, penyampaian isi kandungan topik, penilaian dan rumusan atau refleksi topik. Tahap penggunaan papan putih interaktif oleh responden 4 &5 dalam PdPc Bahasa Inggeris berada pada tahap yang tinggi dan penggunaan papan putih dalam PdPc Bahasa Inggeris oleh responden 3 berada pada tahap sederhana.

Responden 1 & 2 menggunakan papan putih interaktif pada tahap yang rendah.

Tahap kekerapan penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris

Jadual 3: Kekerapan Penggunaan Papan Putih Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Inggeris

Responden / Kekerapan Penggunaan

Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5

1-5 Kali /

6-10 Kali /

10-15 Kali /

15-20 Kali / /

Jadual 3 menunjukan kekerapan penggunaan papan putih interaktif oleh responden dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris. Responden 1 menggunakan papan putih interaktif sebanyak 1 hingga 5 kali dalam PdPc Bahasa Inggeris dalam masa sebulan.

Responden 2 menggunakan sebanyak 6 hingga 10 kali papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Manakala responden 3 menggunakan 10 hingga 15 kali papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris. Kekerapan penggunaan papan putih interaktif responden 4 dan 5 ialah 15-20 kali sebulan. Daripada dapatan ini boleh dirumuskan bahawa responden 4 & 5 kerap menggunakan papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Penggunaan papan putih interaktif oleh responden 3 berada pada tahap sederhana. Manakala responden 1 dan 2 kurang menggunakan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris.

(7)

4.1 Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Penggunaan Papan Putih Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Bahasa Inggeris

Masalah Teknikal

Masalah teknikala menjadi satu isu dalam penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Kegagalan berfungsi papan putih menjadi satu masalah dalam penggunaan papan putih dalam PdPc. Responden 1 berkata “Masalah yang saya sentiasa menghadapi ialah masalah teknikal. Kadangkala suara papan putih hilang dan tidak beroperasi ataupun stuck.”

KeKurangan Kemahiran

Kekurangan kemahiran boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah kekurangan kemahiran untuk mengendalikan masalah teknikal. Responden 1 berkata “Saya kurang mahir untuk mengatasi masalah ini. Ini disebabkan saya kurang mahir dalam bahagian ICT”. Satu lagi kategori ialah ialah kekurangan kemahiran untuk membina bahan interaktif dan hanya menggunakan bahan interaktif yang sedia ada dalam papan putih. Responden 1 berkata

“Saya setakat tidak menghasikalkan sebarang bahan interaktif dan saya menggunakan bahan yang ada dalam papan putih interaktif.”

Masalah Jaringan Internet

Masalah internet menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pemudahcaraan bahasa Inggeris. Jaringan internet yang agak rendah dan lambat membuatkan guru rasa tidak yakin atas penggunaan papan putih interaktif.

Responden 4 berkata “Untuk memantapkan penggunaan bahan interaktif ini saya menghadapi masalah dalam jaringan internet. Oleh sebab sekolah ini merupakan sekolah pendalaman.

Maka jaringan internet sekolah ini sangat rendah dan kadangkala line pun terputus.

Kadangkala saya tidak boleh akses internet untuk mengendalikan PdPc menggunakan papan putih interaktif.” Manakala responden 5 pula berkata “Saya menghadapi masalah seperti wifi yang tidak cepat dan tidak kuat.”

Kekurangan Aktiviti PdPc dalam Papan Putih Interaktif

Kekurangan aktiviti dalam papan putih menjadi punca kepada penggunaan papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Aktiviti PdPc yang dibekalkan dalam papan putih interaktif adalah kurang dan koleksinya terhad. Pihak sekolah juga tidak membuat pembaruan dalam koleksi aktiviti. Guru-guru menggunakan koleksi aktiviti yang lama ada dalam papan putih interaktif. Responden 3 berkata “Masalah saya menghadapi ialah kekurangan bahan yang ada dalam smart board. Bahan-bahan yang dibekalkan ialah terhad dan koleksi pun kurang. lagi pun benda itu pun dah lama sangat.”

Kekangan Masa

Kesibukan dalam tugasan harian dan kekurangan masa juga menjadi faktor dalam penggunaan papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Responden 2 berkata “Saya menghadapi masalah seperti tidak mencukupi masa. Kesibukan kerja saya dan kelambakan kerja hakiki saya ini saya jarang mencari aktiviti dan menggunakan papan putih.

Peranan Guru ICT dan Pegawai ICT

Peranan guru ICT dan pegawai ICT adalah sangat penting untuk memperkasakan penggunaan papan putih interaktif tetapi guru ICT dan pegawai ICT Kurang memberi komitmen untuk memberkasakan penggunaan papan putih interatif. Responden 1 berkata “pegawai ICT jarang datang ke sekolah”. Responden 2 & 3berkata “Mereka hanya datang ke sekolah jika ada masalah teknikal dalam smart board.” Responden 4&5 berkata “Pegawai ICT datang ke

(8)

sekolah jika ada masalah jaringan internet ke sekolah dan mereka akan datang check kelajuan internet di sekolah.” Responden 1 berkata “guru ICT mengadakan kelas komputer sahaja untuk murid-murid”. Responden 2 berkata “guru ICT membantu guru-guru sekiranya menghadapi masalah dalam smart board.” Responden 3 “Guru ICT membantu guru-guru untuk mengisi data dan skor markah ujian sahaja. Responden 4 & 5 berkata “Guru ICT tidak memberikan LDP atau bengkel berkaitan dengan penggunaan smart board”.

Peranan Panitia

Panitia memainkan peranan penting dalam meningkatkan penggunaan papan putih interaktif tetapi panitia kurang berfungsi pada hal demikian. Responden 1 berkata “Panita merancang program tahunan dan menghadapi kekangan masa untuk menghapiskan program mengikut masa yang ditetapkan; tidak mempunyai masa untuk memberi pendedahan tentang penggunaan smart boad ini”. Responden 2 berkata “tugasan panitia pun berlambak manalah ada masa untuk ajar menggunakan papan ini”. Responden 3 pula berkata “panitia hanya berfokus kepada program-program tahunan sekolah dan peringkat daerah.” Responden 4 berkata “Panitia BI hanya membuat LDP dan peer coaching cara membuat lesson plan”

Responden 5 berkata “Paniti BI ini setahun sekali membuat bengkel tentang cara menanda kertas soalan BI atau cara mengajar sahaja tidak membuat sedemikian tentang benda ICT.

5. Perbincangan Kajian

Kajian yang dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis bahan interaktif yang digunakan dalam proses PdPc Bahasa Inggeris. Antara jenis aplikasi papan putih interaktif yang dikenalpasti ialah e-book, power point interaktif, audio, video, animasi, gambar, website, CD/DVD, Goodle Class Room, Live Worksheet, Word Wall, Visualiser, Kahoot, dan Edmodo Class. Power point interaktif, e-book, audio, video gambar, Quizizzz, Live worksheet dan Word Wall merupakan bahan interaktif kegemaran guru bagi melaksankan dalam PdPc Bahasa Inggeris. Ini kerana bahan-bahan interaktif ini telah sedia ada di internet dan mudah untuk cari bahan-bahan tersebut. Manakala Animasi, Website, Google Class Room, Visualiser, Kahoot dan Edmodo Class tidak beberapa popular dalam kalangan guru kerana bahan-bahan ini mengambil masa untuk menghasilkan dan prosesnya sedikit rumit untuk menghasilkan. Penggunaan CD/DVD dan Visualiser kurang digunapakai dalam PdPc Bahasa Inggeris. Peranan aplikasi ini telah digantikan oleh video YouTube dan e-book. Manakala bahan-bahan ini kerap digunapakai dalam penyampaian isi kandungan mata pelajaran, set induksi dan penilaian kendiri murid semasa PdPc. Bahan interaktif kurang dintegrasikan dalam dalam kerja kumpulan dan refleksi PdPc. Pada awalnya penyelidik hanya menyenaraikan 13 jenis akitiviti papan putih interaktif sahaja selepas membuat analisis dokumen didapati bahawa 2 lagi bahan interaktif digunakan oleh guru iaitu CD/DVD dan Visualiser. Ia kerana peranan CD/DVD dan visualiser makin kurang dalam bidang pendidikan. Guru-guru menggunakan video dan ebook kerana bahan- bahan ini lebih mudah digunakan berbanding dengan CD/DVD dan visualiser. Bahan-bahan pendidikan kini dibekalkan dalam bentuk video dan e-book. Guru-guru masih menggunakan CD/DVD yang lama ada di pusat sumber dalam PdPc Bahasa Inggeris.

Objektif kajian kedua kajian ini ialah mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Dalam Kajian ini papan putih interaktif kerap digunakan oleh responden-responden kajian dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris. Responden 3, 4 dan 5 kerap mengintegrasikan papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Tetapi responden 1 dan 2 kurang mengintegrasikan papan putih interaktif dalam PdPc Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun mereka mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan papan putih interaktif. Responden 1 dan 2 memberi pandangan

(9)

positif terhadap penggunaan papan putih interaktif iaitu papan putih interaktif ini memang membantu untuk meningkatkan kualiti PdPc dan perlu digalakan dan dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek BI.

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang menyumpang kepada penggunaan papan putih dalam PdPc Bahasa Inggeris dari aspek teori. Halangan teknologikal adalah salah satu penyebab utama dalam penggunaan papan putih interaktif. Halangan teknologikal merujuk kepada halangan berkaitan teknologi pembelajaran. Kajian ini telah menunjukkan bahawa halangan teknikal termasuk rangkaian internet yang perlahan, akses kepada papan putih interaktif, pembaikan perkakasan atau perisian, atau perbelanjaan untuk perkhidmatan komputer (Kohlit, 2018). Halangan teknologikal lain termasuk kualiti teknologi, kekurangan sokongan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, kemudahan dalam menggunakan teknologi dan migrasi teknologi. Guru tidak banyak menggunakan papan putih interaktif kerana masalah teknikal. Oleh itu, mereka berpuas hati dengan kaedah tradisional dan lebih suka menggunakan bahan bercetak untuk pengajaran.

Kekurangan aktiviti papan putih interaktif ataupaun lebih dikenali sebagai aktiviti yang terhad berpunca daripada motivasi diri pengajar yang rendah, kekurangan pengalaman penggunaan dan pengetahuan bahan interaktif yang rendah. Halangan situasi termasuk kesibukan dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, situasi rumah dan tempat mengajar (Hassnan, 2018).

Pendidik kurang mahir dalam pengurusan masa untuk mengintegrasikan papan putih interaktif dalam Pdpc Bahasa Inggeris. Kekurangan aktiviti dalam papan putih interaktif yang dibekalkan guru-guru terpakasa memaninkan peranan dalam pembangunaan bahan interaktif tambahan kepada murid-murid. Sekiranya pihak sekolah iaitu guru ICT dan Ketua Panitia kurang memberi pendedahan kepada tentang penggunaan papan putih interaktif kepada guru-guru.

Guru-guru kurang terdedah kepada pembangunan papan putih interaktif dalam PdPC. Polisi warga sekolah dan Pegawai ICT memainkan peranan yang penting. Sokongan mereka kepada papan putih interaktif ini adalah sangat penting dalam pencapain objektif dalam PdPc Bahasa Inggeris (Hasnan,2022). Penggunaan bahan interaktif harus dititikberatkan dalam reka bentuk kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan media pengajaran berasaskan papan putih interaktif juga punca kekurangan adaptasi papan putihinteraktif dalam kalangan guru.

Pegawai ICT juga perlu membantu dan membimbing guru-guru dalam penggunaan papan putih interakif di sekolah.

Kekurangan pendedahan tentang penggunaan papan putih interaktif juga merupakan salah satu faktor penggunaan papan putih interaktif. Sekiranya guru-guru jarang menghadiri ke bengkel, khursus dan seminar ICT tidak akan mendapat kemahiran-kemahiran dalam pembinaan dan penggunaan aplikasi papan putih interaktif. Kemahiran dan kemampuan guru dalam menghasilkan bahan interaktif yang berasaskan papan putih interaktif akan terhad. Maka proses pengajaran dan pemudahcaraan tidak akan menarik minat terhadap kandungan topik.

5.1 Implikasi Kajian

Berdasarkan kajian, pendekatan pengajaran guru memainkan peranan penting dalam memberikan suasana pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Hasil kajian yang diperoleh tentang penggunaan papan putih interaktif dapat meningkatkan pencapaian objektif PdPc dan kualiti proses pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris. Kaedah ini juga dapat mengajar teknologi maklumat kepada pelajar dan seterusnya merealisasikan wawasan 2020 Malaysia menjadi sebuah negara maju dan merealisasikan masyarakat maju dengan kuasa IT.

(10)

5.2 Cadangan Kajian

Penglibatan pelajar dan guru dalam bahasa Inggeris khususnya dalam bidang ini perlu diperkukuh dan diperluaskan. Satu cara ialah memperhebatkan penyelidikan kajian-kajian untuk menguasai konsep dengan berkesan. Penyelidikan penggunaan kaedah yang sesuai seperti bahan interaktif merupakan salah satu bidang penyelidikan yang hebat untuk meningkatkan kualiti dan proses pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian ini, pengkaji mengenal pasti terdapat kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki untuk kajian seterusnya. Antara beberapa cadangan untuk pengkaji-pengkaji akan datang untuk mendalami kajian ini ialah penggunakan sampel yang lebih besar supaya hasil kajian dapat dibuat generalisasi kepada populasi sebenar. Kajian yang dilaksanakan merupakan kajian yang dilaksanakan jangka masa yang pendek. Maka boleh menggunakan sampel kajian yang lebih besar. Menjalankan kajian di beberapa buah sekolah dan pemilihan sampel mestilah berlainan etnik, tahap pencapaian, jantina dan agama untuk dibuat perbandingan. Mempelbagaikan kaedah kajian seperti kaedah soal selidik yang lebih terperinci, kaedah temubual dengan pelajar dan sebagainya. Mata pelajaran dan topik pengajaran kedua-dua kelas mestilah sama dan kedua- dua kelas kawalan dan kelas eksperimen dimulakan dalam minggu yang sama.

5.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penggunaan papan putih interaktif dalam proses PdPc sangat membantu. Oleh itu, pihak pentadbir harus bersatu padu dan komited untuk menggalakkan guru menggunakan bahan ini dalam proses PdPc. Pendidikan hari ini bermotivasi untuk mewujudkan masyarakat teknokratik bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang kreatif dan berdaya saing tinggi. Ini membolehkan Malaysia menjadi pusat pendidikan bertaraf dunia.

Dengan adanya bahan multimedia ini, diharapkan kerajaan Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang berwibawa dalam bidang ICT.

Rujukan

Abykanova. (2016).The use of interactive learning technology in institutions of higher learning. International Journal of Environmental and Science Education, 11(18),12528–12539.

Anchalee Ngampornchai, Jonathan Adams. (2016).Students’ acceptance and readiness for E-learning in Northeastern Thailand. International Journal of Educational Technology in Higher Education 13-34.

Anis Azzyaty bte Mokhtar, Fahmi Zaidi Abdul Razak. (2021).E-campus usage:A descriptive study on Malaysian setting. Journal of Physics: Conference Series1793(1),012009.

Arpaci, I. (2017). The role of self-efficacy in predicting use of distance education tools and learning management systems. Turkish Online Journal of Distance Education, 18(1), 52–62.

Bahçekapılı, E., & Karaman, S.(2020).A path analysis of five-factor personality traits, selfefficacy,academic locus of control and academic achievement among online students. Knowledge Management and E-Learning, 12(2), 191–208.

Bdiwi, R., Runzb C., Faizc S. & Ali C.A. (2019). Smart learning environment:

teacher’s role in assessing classroom attention. Research in Learning Technology 27:2072.

David A. (2019). Survey Research; 130:192–202.

Ebert, J. F., Huibers, L., Christensen, B., & Christensen, M. B. (2018). Paper- or Web-Based Questionnaire Invitations as a Method for Data Collection: Cross-Sectional Comparative Study of Differences in Response Rate, Completeness of Data, and Financial Cost Corresponding Author: 20, 1–13.

(11)

Elstad, E., & Christophersen, K. A. (2017). Perceptions of digital competency among student teachers: Contributing to the development of student teachers’ instructional self-

efficacy in technology-rich classrooms. Education

Sciences,7(1).

Gajanan, P.P. (2020). Google Classroom: An integrating technology tool in English language teaching. Studies in Indian Place Names (UGC Care Journal) 40(57): 51-56.

Gunawan, G., Suranti, N. M. Y., & Fathoroni, F. (2020). Variations of Models and Learning Platforms for Prospective Teachers During the COVID-19 Pandemic Period. Indonesian Journal of Teacher Education 1(2): 61-70.

Harrison, T. R., & Lee, H. S. (2018). IPads in the mathematics classroom: Developing criteria forselecting appropriate learning apps. International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology, 6(2), 155–172.

Hasnan, M.(2022). Penggunaan Animasi Multimedia Interaktif dalam Pengajaran Subjek Komputer. Jurnal Dunia Pendidikan , 424-435

Hassan, N. F.(2018). Tinjauan Penglibatan Pensyarah Politeknik Dalam Melaksanakan Latihan Inovasi Bagi Meningkatkan Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran.

Online Journal Fot TVET Practioners .

Helmi Norman, Yogeswary Kuppusamy. (2021). Kemahairan teknologi dan kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemic dalam kalangan guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN:2682-826X | Vol. 3, No. 1, 428-441, 2021.

Hillmayr, D., Ziernwald, L., Reinhold, F., Hofer, S. I., & Reiss, K. M. (2020). The potential of digital tools to enhance mathematics and science learning in secondary schools: A context-specific meta-analysis. Computers and Education.

Jamilah HJ. Ahmad, Rubiah Omar.(2016).Kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009):155-172.

Kohlit,M.(2018).Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asas Pengaturcaraan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 15, .

Letwinsky, K. M. (2017). Examining the Relationship between Secondary Mathematics Teachers ’Self - efficacy, Attitudes, and Use of Technology to Support Communication and Literacy.

Mousa Malkawi, N. A. (2017). The effect of using smart board on the Achievement of tenth grade students in English language and on verbal interaction during teaching in public school. International Research in Education, 5(1).

Sevgi, S. (2020). European Journal of Education Studies Exploring Middle School Students Self-Efficacy And Anxiety. 41–61.

Zucker,L., &Fisch,A.(2019).Play and Learning with KAHOOT!: Enhancing Collaboration and Engagement in Grades 9-16 through Digital Games. Journal of Language and Literacy Education, 15(1).

Referensi

Dokumen terkait