International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 4 No. 3 [September 2022]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
KEBERKESANAN PROGRAM PEMBANGUNAN
USAHAWAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
(THE EFFECTIVENESS OF ASNAF ENTREPRENEURSHIP PROGRAM BY LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH)
Norafiza Mohd Hardi1*, Roseamilda Mansor2, Norhafiza Hashim3 dan Nor Shamila Abdul Karim4
1 2 3 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kedah, Merbok, MALAYSIA
4 Kolej Komuniti Bagan Serai, Bagan Serai, MALAYSIA
*Pengarang penghubung: [email protected]
Article Information:
Article history:
Received date : 25 July 2022 Revised date : 25 August 2022 Accepted date : 1 September 2022 Published date : 9 September 2022 To cite this document:
Mohd Hardi, N., Mansor, R., Hashim, N. & Abdul Karim, N. S. (2022).
KEBERKESANAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK).
International Journal of Social Science Research, 4(3), 58-69.
Abstrak: Salah satu inisiatif Program Pembangunan Asnaf oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) adalah membantu meningkatkan potensi golongan asnaf melalui sektor keusahawanan. Melalui program usahawan asnaf ini, pelbagai bantuan sama ada dalam bentuk suntikan modal mahupun penyediaan peralatan telah diberikan kepada setiap peserta bagi mencapai objektif program. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan penyertaan golongan asnaf dalam Program Usahawan Asnaf LZNK di samping menilai tahap keberkesanan program dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup setiap peserta. Kajian difokuskan kepada para usahawan asnaf di Daerah Kuala Muda, Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklum balas setiap peserta berkaitan data-data kajian. Data sekunder turut digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Program Pembangunan Usahawan Asnaf itu sendiri. Seramai 8 orang usahawan asnaf yang menerima bantuan melalui program ini telah ditemubual. Hasil kajian mendapati faktor utama golongan asnaf menyertai program ini adalah untuk mendapat tambahan modal kepada perniagaan sedia ada, kewangan tidak stabil dan ingin mengubah nasib mereka melalui bidang perniagaan.
Program Usahawan Asnaf LZNK ini juga telah berjaya melahirkan kelompok usahawan melalui program yang telah dijalankan. Malah ada sebahagian daripada
usahawan asnaf itu sendiri telah menjadi pengeluar zakat. Majoriti responden menekankan faktor utama kejayaan mereka masih bertahan dalam bidang perniagaan adalah kerana komitmen dan sokongan daripada ahli keluarga. Pelbagai cadangan penambaikan seperti kursus dan latihan kepada usahawan secara berterusan dijangkakan memberi hasil yang lebih berimpak. Hasil kajian diharapkan dapat membantu LZNK membuat penambahbaikan terhadap Program Usahawan Asnaf bagi meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan program yang dijalankan.
Kesimpulannya, kerjasama daripada LZNK, agensi kerajaan, universiti dan asnaf itu sendiri amatlah penting bagi memastikan Program Usahawan Asnaf dapat diperkasakan.
Kata kunci: Keberkesanan, Program Pembangunan Asnaf, Usahawan Asnaf, Latihan.
Abstract: One of the initiatives of Asnaf’s Development Programme by Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) is meant to help increasing the potential of the asnaf through the entrepreneurial sector. Through this Asnaf Entrepreneurship Programme, various assistances either in the form of capital injections or the provision of equipment have been given to each participant to achieve the objectives of the program. This study was conducted to identify factors that influence the involvement and participation of the asnaf in the Asnaf Entrepreneurship Programme by LZNK as well as to assess the level of effectiveness of the programme in improving the standard and quality of life of each participant. The study focused on asnaf entrepreneurs in Kuala Muda District, Kedah. The study used the interview method to get responses from each participant on the effectiveness of the programme. Secondary data is also used to obtain information related to the Asnaf Entrepreneurship Programme. A total of 8 asnaf entrepreneurs who involved in the programme were interviewed. The results of the study found that the main factor for asnafs participating in this programme was to gain additional capital to existing businesses, unstable finances and want to have a better life through the entrepreneurship programme. The findings also found that LZNK's Asnaf Entrepreneurship Programme has successfully produced a group of entrepreneurs through the programme. In fact, some of the asnaf entrepreneurs have become the zakat payers. Majority of the respondents stressed that commitment and support from
1. Pengenalan
Zakat merupakan tunjang utama dalam pembelaan asnaf dan ummah. Zakat berfungsi sebagai salah satu mekanisma pembasmian kemiskinan kerana ia mampu memenuhi keperluan asnaf sama ada dalam bentuk bantuan tetap bulanan atau suntikan modal bagi membolehkan mereka berdikari. (Al-Qaradawi, 1995; Khairul Azhar & Ummi Khasidah, 2019). Institusi zakat ataupun badan amil zakat sama ada diuruskan secara langsung oleh pihak kerajaan mahupun institusi bukan kerajaan ditubuhkan bagi menguruskan permasalahan zakat baik dari aspek pengumpulan mahupun pengagihan zakat itu sendiri. Institusi bukan kerajaan ini yang terletak dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia merupakan perantara antara pembayar dan penerima zakat dan berperanan mengutip, menyelia, mengurus dan mengagihkan wang zakat secara efisyen kepada semua golongan asnaf di negara ini. (Azman, Alias & Syed Mohd, 2012). Kini, Institusi-institusi zakat di Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai program jangka panjang bagi merealisasikan agenda pembasmian kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia. Usaha ini perlu ditangani secara berterusan bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Pelaksanaan program institusi zakat ini selaras dengan usaha dan komitmen kerajaan dalam menangani isu kemiskinan tegar di Malaysia.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang telah bermula pada pertengahan Bulan Mei 2022 yang lepas akan mengambil masa selama tiga tahun dan dijangkakan pada akhir tahun 2025, tiada lagi rakyat di Malaysia termasuk di dalam golongan miskin tegar. (Nor Fazlina Abdul Rahim, 2022). Pengurusan dan pengagihan zakat yang sistematik dapat menyokong usaha pihak kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar di Malaysia. Oleh itu, pengurusan zakat yang telah dipertanggungjawabkan mengikut negeri mempunyai kuasa untuk pengendalian urusan zakat bagi merangsang pembangunan manusia dan pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang (Eko Suprayitno, Mohamed Aslam dan Azhar Harun (2020). Sistem pengurusan zakat yang berkesan dapat membantu merapatkan jurang ekonomi dikalangan golongan asnaf seterusnya dapat mengubah nasib golongan asnaf ini menjadi individu yang berjaya keluar dari kelompok asnaf dan menjadi pembayar zakat yang konsisten untuk membantu orang lain.
their family members is the most important factor in the success of entrepreneurs. However, a thorough assessment of the programme has to be done such as entrepreneur courses and training to provide more impactful results and help LZNK make improvements to the Asnaf Entrepreneurship Programme in order to improve the quality and effectiveness of the programmes.
In conclusion, cooperation between LZNK, the government, the university and the asnaf itself is very important to ensure that the Asnaf Entrepreneurship Program can be strengthened.
Keywords: Efficiency, Asnaf Development Programme, Asnaf Entrepreneur, Training.
Dalam membangunkan ekonomi asnaf, institusi zakat pada hari ini telah memperkenalkan skim bantuan modal dan peralatan untuk diagihkan kepada asnaf yang ingin menceburi dunia keusahawanan bagi meningkatkan ekonomi diri dan keluarga serta meningkatkan potensi diri bergelar usahawan. Menurut Khairul Azhar & Ummi Khasidah (2019), kebanyakkan pusat zakat telah mewujudkan program bagi membantu golongan asnaf untuk terlibat dalam dunia perniagaan contohnya Program Tunas Usahawan Baitulmal atau “Asnafpreneur”. Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga turut menubuhkan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd atau TERAS yang bertujuan untuk meluaskan peranan LZS dalam melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi untuk asnaf fakir dan miskin di Negeri Selangor. Begitu juga dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang melaksanakan program pembangunan ekonomi untuk memberi peluang kepada asnaf yang proaktif, berminat dan berkelayakan untuk mendapatkan bantuan pembangunan ekonomi. Program pembangunan ekonomi MAIWP ini memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dengan menyediakan bantuan dalam bentuk modal awal dan tambahan, kursus serta latihan kemahiran kepada asnaf yang dipilih.
LZNK juga tidak terkecuali menyediakan program pembangunan asnaf melalui skim bantuan jayadiri untuk membangunkan ekonomi golongan asnaf yang dipilih. Skim bantuan ini membolehkan golongan asnaf mendapatkan bantuan perniagaan dalam bentuk modal pusingan dan barangan atau peralatan bagi tujuan perniagaan.
Kewujudan sistem zakat yang sistematik dan berkesan ini telah banyak membantu merapatkan jurang ekonomi golongan asnaf. Peningkatan bilangan pengeluar zakat saban tahun juga membolehkan lebih banyak agihan dan peruntukan disediakan untuk golongan asnaf ini. Jadual 1 menunjukkan statistik kutipan dan agihan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.
Jadual 1: Statistik Kutipan dan Agihan Zakat LZNK
Tahun Kutipan (RM) Agihan (RM)
2019 207,445,866.00 192,622,521.00
2020 242,932,556.00 195,698,217.00
2021 274,167,667.00 205,744,822.00
Jumlah kutipan dan agihan selama tiga tahun berkenaan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Peningkatan dana zakat ini memberikan impak yang signifikan kepada peruntukan agihan dana zakat kepada lapan golongan yang layak.
Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti penglibatan golongan asnaf menyertai Program Usahawan Asnaf LZNK dan mengkaji kepuasan usahawan asnaf mengenai program ini dan menilai kedudukan ekonomi usahawan Asnaf LZNK selepas penyertaan di dalam program ini.
Responden bagi kajian ini adalah usahawan-usahawan asnaf dari Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Kajian ini dibuat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 melanda negara. Oleh itu situasi semasa pada ketika itu akan turut mempengaruhi dapatan kajian ini.
2. Ulasan Kajian Lepas
Zakat dan Peranan Institusi Zakat
Zakat merupakan rukun keempat daripada lima rukun islam yang menjadi tunjang utama pembinaan diri individu muslim melaksanakan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah di atas muka bumi ini. Antara hikmah dan tujuan Allah mensyariatkan zakat adalah berkongsi rezeki melalui pengagihan sebahagian kecil kekayaan golongan berada kepada golongan yang kurang berada serta memberi peluang kepada golongan berada untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. Hukum mengeluarkan zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Pengertian zakat dari sudut bahasa, zakat merupakan kata terbitan dari kalimah (ىَك َز) yang bermaksud suci, subur, berkat dan berkembang. Zakat juga dinamakan sebagai sedekah kerana ia menunjukkan keapda sifatbenarseorang hamba dalam melakukan ubudiyyah dan mentaati perintah Allah s.w.t (Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2011). Zakat juga membawa maksud bersih seperti mana berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam al-Qur‟an yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (dengan iman dan amal kebajikan).” (Surah Asy-Syams, 91: 9)
Proses kutipan zakat di Malaysia adalah melalui Institusi Pungutan Zakat (IPZ) di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Secara umumnya penubuhan institusi zakat ini adalah untuk mencapai 3 objektif utama iaitu; i) Menjadi agensi pengutip zakat bagi pihak MAIN; ii) Menyampaikan dakwah berzakat kepada masyarakat; dan iii) Memastikan masyarakat muslim yang layak berzakat menunaikan zakat mereka. (Muhsin, 2016).
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah ditubuhkan pada tahun 1935 dengan nama awal penubuhannya Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK). Dalam memperkukuhkan institusi zakat Kedah, usaha penambahbaikan undang-undang zakat telah dititikberatkan oleh Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2015, Enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan nasib lebih ramai asnaf di Negeri Kedah terbela. Dalam memastikan matlamat dan fungsi penubuhan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berada pada landasan yang betul, visi dan misi LZNK menjadi panduan supaya pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang dengan pesat sekaligus membantu asnaf di negeri Kedah ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Visi LZNK adalah untuk menjadi sebuah agensi kewangan sosial islam bertaraf dunia dan misi mereka adalah untuk meningkatkan pengurusan kewangan sosial islam dengan cekap dan berintegriti bagi menaik taraf sosio-ekonomi umat islam. Dasar kualiti LZNK adalah untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dan bertaraf dunia yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan berketepatan dengan slogan LZNK iaitu
“Asnaf Disantuni, Pembayar Diberkati”.
Lantaran itu, LZNK akan memastikan kutipan zakat di Negeri Kedah dapat dimaksimumkan dan diuruskan dengan baik, telus dan menyeluruh dalam mengagihkannya kepada yang berhak.
Skop agihan zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) adalah berdasarkan ketetapan oleh syara’ takrifan asnaf itu sendiri seperti mana yang telah dijelaskan di dalam surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil), muallaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, orang-orang berjuang di jalan Allah, orang- orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Usahawan Asnaf
Program pembasmian kemiskinan tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang telah dilancarkan pada Mei 2022 yang lepas akan dilaksanakan selama 3 tahun 6 bulan bermula 2022 sehingga 2025 melibatkan 80 lokaliti diseluruh negara sebagai projek rintis Fasa 1 BMKTM. Program ekonomi yang diusahakan oleh pihak kerajaan ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan ketua isi rumah (KIR) dengan melakukan aktiviti keusahawanan seperti bidang jahitan, tanaman, pembuatan kuih muih dan ternakan mengikut kesesuaian lokaliti masing-masing.
Pemantauan secara berterusan akan dibuat bagi memastikan program ekonomi yang dilaksanakan berjaya meningkatkan pendapatan keluarga seterusnya dapat memenuhi hasrat kerajaan membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2025. Pelaksanaan program BMTKM ini adalah selaras dengan program-program pembangunan ekonomi asnaf yang dilaksanakan oleh institusi zakat dalam membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia.
Aktiviti keusahawanan dalam meningkatkan taraf hidup bukanlah sesuatu yang asing di dalam islam. Ia merupakan antara sunnah penting kepada umat islam kerana baginda Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang usahawan. Muhammad SAW merupakan contoh usahawan yang berjaya, dimana sebelum menerima wahyu baginda berniaga lebih kurang 25 tahun dan selama itu pula baginda sentiasa memperolehi kejayaan (Antonio 2002). Menurut Ali, Kamri dan Sarif (2015), sektor ini mampu mengerakkan ekonomi yang sihat serta meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dengan idea inovasi baharu yang diperkenalkan oleh para usahawan. Golongan usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan komuniti. Sektor ini mampu mengerakkan ekonomi yang sihat serta meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dengan idea inovasi baharu yang diperkenalkan oleh para usahawan.
Secara amnya, usahawan asnaf merupakan kelompok asnaf khususnya dalam kumpulan fakir dan miskin yang ingin ditransformasikan daripada asnaf bukan produktif menjadi asnaf produktif menerusi platform keusahawanan. Menurut Isma Addi (2007), usahawan asnaf adalah individu yang perlu melalui suatu proses penciptaan usaha niaga bagi memastikan mereka mampu memikul bebanan tanggungjawab sebagai usahawan serta mempunyai keyakinan untuk menyertai bidang perniagaan dengan rangsangan berupa dorongan dan bantuan daripada institusi zakat di Malaysia. Definisi ini merujuk individu kepada golongan asnaf zakat terutama dalam kategori fakir, miskin dan mualaf yang miskin. Proses penciptaan usaha niaga pula merujuk kepada fasa atau peringkat tertentu yang perlu dilalui sebelum golongan ini menjadi usahawan dengan bantuan, dorongan dan bimbingan daripada institusi zakat negeri masing-masing.
Program Pembangunan Asnaf LZNK
Program Pembangunan Asnaf yang dirancang dan dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merupakan salah satu inisiatif untuk membantu meningkatkan potensi diri golongan asnaf. Hasrat ini selaras dengan objektif zakat itu sendiri bagi memastikan setiap asnaf mampu berdikari seterusnya membina potensi diri untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Pelbagai program telah dibangunkan di bawah Program Pembangunan Asnaf LZNK iaitu program Pusat Kemahiran Jahitan, program Usahawan Zakat Kedah, Latihan dan kemahiran untuk anak-anak asnaf, Pondok Moden Zakat Kedah dan program FreeMarket@
Zakat Kedah.
Program Usahawan Zakat Kedah contohnya dilihat sebagai salah satu mekanisma pengagihan wang zakat kepada golongan asnaf di Negeri Kedah dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan membangunkan modal insan dikalangan asnaf yang terlibat di dalam program ini. Proses ini merupakan proses jangka masa panjang melibatkan usaha bersama dari semua pihak termasuk golongan asnaf itu sendiri. Pihak LZNK yakin bahawa untuk keluar dari kepompong kemiskinan, ianya tidak dapat diatasi dengan hanya memberi bantuan kebendaan atau wang ringgit semata-mata. Bagi merancakkan aktiviti ekonomi asnaf di Negeri Kedah, pihak LZNK telah merancang dan mentransformasikan pelbagai kaedah yang mampu meningkatkan pendapatan mereka. Melalui usaha ini, pihak LZNK telah menggariskan pelaksanaan agihan wang zakat kepada para usahawan di bawah bimbingan LZNK dengan cara memberi latihan dan bimbingan keusahawanan, program-program berbentuk perniagaan kaedah dan selok belok perniagaan, pengiklanan serta membangunkan asnaf berdasarkan potensi yang ada pada diri mereka.
Dalam membangunkan usahawan asnaf di Negeri Kedah, pihak LZNK telah memperkenalkan jenis bantuan yang dikenali sebagai Skim Bantuan Jaya Diri LZNK. Syarat-syarat yang dikenakan bagi permohonan bantuan ini adalah pemohon tergolong dalam golongan asnaf miskin dan sedang menjalankan perniagaan dan mempunyai potensi untuk maju. Skop dan kadar bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk barangan atau peralatan atau bantuan kewangan modal pusingan yang tidak melebihi RM3000.00. Golongan asnaf yang berminat untuk memohon bantuan ini perlu melalui proses pendaftaran dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi melalui penolong amil kariah masing-masing atau mendapatkannya dari Pejabat Zakat Daerah atau di ibu pejabat LZNK. Penilaian mengenai permohonan ini adalah selepas menjalani proses siasatan oleh Penolong Amil atau kakitangan Pejabat Zakat Daerah ke lokasi aktiviti perniagaan dijalankan. Bentuk perniagaan yang dijalankan mestilah dibenarkan dari segi syarak dan undang-undang. Kadar bantuan yang diluluskan adalah tertakluk kepada keperluan utama sahaja dan dengan pertimbangan daripada Pegawai Zakat Daerah.
Jadual 2: Statistik penerima Skim Bantuan Jaya Diri LZNK
Tahun Jumlah penerima
2019 126 orang
2020 96 orang
2021 64 orang
Jadual 2 menunjukkan statistik penerima Skim Bantuan Jaya Diri LZNK. Agihan dana zakat berbentuk sumbangan modal pusingan dan pembelian barangan atau peralatan dapat membantu golongan usahawan asnaf di Negeri Kedah. Daripada jumlah agihan yang telah dikeluarkan seperti jadual 1 di atas, sebanyak RM2,034,602.00 telah diperuntukkan kepada skim bantuan
perniagaan atau jayadiri pada tahun 2019, RM1,409,224.00 pada tahun 2020 dan sebanyak RM1,825,761.00 pada tahun 2021. Jumlah agihan setiap tahun bagi skim ini bergantung kepada bilangan permohonan dan nilai agihan yang diluluskan.
3. Perbincangan dan Kesimpulan
Kaedah temubual secara bersemuka dan melalui panggilan telefon telah dibuat bagi mendapatkan maklumat berhubung kajian ini. Seramai 8 orang peserta usahawan asnaf telah ditemubual bagi mendapatkan hasil kajian. Berikut merupakan dapatan yang diperolehi hasil daripada temu bual bersama responden.
3.1 Profil Demografik Responden
Jadual 3: Profil Demografi Responden
Responden UMUR JANTINA STATUS TARAF
PENDIDIKAN
JUMLAH TANGGUNGAN
Responden 1 51 L Berkahwin SPM 4
Responden 2 46 P Bujang SPM 1
Responden 3 52 P Ibu Tunggal Darjah 6 2
Responden 4 48 L Berkahwin SPM, STP, Sijil
Kemahiran Elektrik 3
Responden 5 49 P Ibu Tunggal Sek Rendah 5
Responden 6 73 L Berkahwin Sek Rendah 2
Responden 7 42 L Berkahwin SPM 4
Responden 8 55 L Berkahwin SPM 1
Jadual 3 menunjukkan profil demografi responden. Dari segi demografi, 37.5 peratus responden adalah wanita dan bakinya 62.5 peratus adalah lelaki. Kesemua responden yang merupakan penerima bantuan Program Usahawan Asnaf LZNK adalah dalam lingkungan umur 42 hingga 73 tahun. Seorang responden yang paling berusia masih lagi berniaga untuk menyara dua lagi tanggungan beliau yang masih bersekolah. Paling ramai tanggungan adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 anak yang masih lagi bersekolah. Ada seorang responden yang bujang berumur 46 tahun perlu menjaga ibu saudaranya yang telah uzur. Majoriti iaitu 62.5 peratus responden menerima pendidikan sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya. Dan 37.5 peratus lagi hanya mendapat pendidikan diperingkat sekolah rendah.
3.2 Faktor Pendorong Menyertai Program Usahawan Asnaf LZNK
Jadual 4: Faktor Pendorong Menyertai Program Usahawan Asnaf LZNK
Responden
Anggaran pendapatan sebelum bantuan
Pekerjaan Lama Pekerjaan Sekarang
Faktor Pendorong menyertai Program Usahawan Asnaf LZNK
Responden 1 Kurang RM1000
Pekerja Kilang Nelayan Ketam
Untuk menambah modal sedia ada
Responden 2 Kurang RM1000
Menjahit Menjahit Untuk menambah modal sedia ada dan kewangan tidak stabil apabila perintah kawalan pergerakan diumumkan.
Responden 3 Kurang RM1000
Pencuci Kedai Berniaga makanan
Kewangan tidak stabil
Ibu tunggal
Mengubah nasib Responden 4 Kurang
RM1000
Kerja Kontrak Berniada makanan
Terlibat dengan kemalangan dan ingin mengubah nasib dan kehidupan
Responden 5 Kurang RM1000
Penjaga Kedai Membuat kuih tradisional
Ibu Tunggal
Responden 6 Kurang RM1000
Peniaga Peniaga Untuk menambah modal sedia ada
Responden 7 RM1000- RM1500
Tukang Besi (Bekerja dengan orang)
Membuka kedai besi
Kewangan tidak stabil Mengubah nasib
Responden 8 RM1000- RM1500
Kerja Kampung Penternak kambing
Untuk menambah modal sedia ada
Berdasarkan hasil temu bual, majoriti responden menyertai program adalah untuk menambah modal sedia ada untuk melancarkan perniagaan. Ada yang memberi alasan kerana COVID-19 dan ada pula memfokuskan tambahan modal secara keseluruhan. Selain itu, didapati juga situasi kewangan yang tidak baik dan stabil telah mendorong mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pejabat Zakat Negeri Kedah. Seorang responden menyatakan bahawa, dia perlukan bantuan kerana isterinya terlibat dengan kemalangan dan banyak yang diperlukan untuk rawatan isteri di samping modal yang diberikan digunakan sebagai pusingan modal berniaga. Kepelbagaian alasan yang diberikan sebagai faktor peserta menyertai program tersebut dan seterusnya mereka berazam untuk mengubah nasib masing-masing untuk keluarga tercinta.
3.3 Tahap Kepuasan Usahawan Asnaf
Jadual 5: Tahap Kepuasan Program Usahawan Asnaf LZNK Responden Bentuk Bantuan Tahap Kepuasan Responden 1 Modal berbentuk Tunai
RM1000
Sederhana - Modal RM1000 -Membeli peralatan nelayan yang hanya berjangka hayat 4-5 bulan Responden 2 Modal berbentuk Tunai RM800 Sederhana - RM800 yang diterima tidak cukup
untuk membeli kotak benang pun. Digunakan untuk belanja harian
Responden 3 Mesin Pemotong untuk kegunaan memotong pisang
Sederhana - Bersyukur kerana menerima bantuan tetapi tiada modal yang mencukupi untuk beroperasi.
Responden 4 Mesin Gula Kapas Sederhana tinggi - Bersyukur kerana dari mesin telah berjaya kumpul modal untuk terus berniaga.
Responden 5 Modal berbentuk Tunai RM800 Sederhana - modal tidak mencukupi
Responden 6 Peralatan: Dapur Apam balik Sederhana tinggi - Berpuas hati dan bersyukur kerana ada bantuan yang diberikan.
Responden 7 Modal berbentuk Tunai RM1000
Sederhana - menggunakan modal RM1000 untuk membeli mesin tampalan yang bernilai RM1250 (Jenama mampu milik)
Responden 8 Mesin proses rumput - makanan kambing
Sangat berpuashati dan bersyukur kerana menerima bantuan
Jadual 4 menunjukkan kepuasan responden terhadap bantuan yang diterima. Secara umumnya, semua responden bersyukur dan berterima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Bantuan berbentuk kewangan semaksima RM1000 sedikit sebanyak telah melegakan hati mereka dan melancarkan perjalanan perniagaan mereka. Kedua-dua jenis bantuan modal dan peralatan diyakini akan membantu responden untuk meneruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan seterusnya memperoleh pulangan modal dan keuntungan yang setimpal.
Majoriti responden berpuas hati dengan bantuan yang diberikan di samping mencadangakan beberapa perkara kepada pihak LZNK. Antaranya, pihak LZNK perlu membuat pemantauan kepada penerima bantuan. Selain itu, cadangan agar pihak LZNK dapat menyediakan latihan khusus untuk penerima bantuan agar bantuan yang diterima dapat dimanfaat dengan lebih baik lagi. Bagi responden yang menyediakan perkhidmatan, bantuan modal RM800 adalah tidak mencukupi kerana nilai harga barangan di pasaran telah meningkat. Disebut juga apabila bantuan kewangan yang diterima, responden dapat membeli barangan dengan tahap kepuasa sendiri.
3.4 Kedudukan Ekonomi Usahawan Asnaf LZNK Selepas Mendapat Bantuan Daripada LZNK
Jadual 5: Kedudukan Ekonomi Usahawan Asnaf LZNK Selepas Mendapat Bantuan LZNK
Responden
Pendapatan Lama (Sebulan)
Pendapatan Baharu (Sebulan)
Faktor Kejayaan /Kegagalan
Keberkesanan Program Responden 1 RM1,000 RM1,000 Komitmen yang tinggi dan
kesedaran untuk berjaya
Bantuan modal dan peralatan mesin yang diberikan sedikit sebanyak telah meningkatkan sedikit pendapatan peniaga asnaf. Walau bagaimanapun, peniaga masih jauh untuk mencapai tahap menjadi pembayar zakat.
Responden 2 RM500 RM450 Penyalahgunaan dana
Responden 3 RM900 RM2,000 Komitmen, sokongan Keluarga, Impian untuk senang dan kendiri yang
positif
Responden 4 RM700 RM1,500 Komitmen - Sokongan kuat Isteri dan keluarga, Sokongan agensi lain seperti Fondation,
SSM, NCAR
Responden 5 RM900 RM1,000 Komitmen
Responden 6 RM1,000 RM1,200 Komitmen
Responden 7 RM1,500 RM3,000 Komitmen dan keazaman untuk kaya Responden 8 RM1,400 RM1,500 Diri sendiri -Kuat, Bantuan
Keluarga, Semangat dari keluarga, sikap usahawan
sangat positif.
Taraf kehidupan peserta adalah sangat terhad kerana kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kebanyakan mereka mempunyai tahap kewangan yang tidak baik seperti bekalan kewangan yang terhad untuk menampung ahli keluarga yang ramai.
Majoriti (87.5%) telah Berjaya meningkatkan pendapatan dengan bantuan yang diterima walau tidak banyak jumlahnya. Peningkatan kos sara hidup sekarang semakin meningkat menjadi faktor utama responden mahu mengubah nasib mereka. Responden menzahirkan perasaan berterima kasih buat LZNK kerana dengan bantuan modal dan peralatan yang diterima mereka, sedikit sebanyak telah memberi perubahan kepada perniagaan mereka. Salah seorang responden sebelum ini telah menjadi pengeluar zakat, namun pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020 telah menjejaskan perniagaan beliau.
Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi di dalam kajian ini, Program Usahawan Asnaf LZNK telah berjaya dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan. Meskipun terdapat peserta yang gagal dalam program ini berpunca daripada komitmen sendiri serta faktor-faktor luaran seperti sokongan keluarga dan pandemik Covid-19, usaha dan inisiatif LZNK sewajarnya diberikan penghargaan kerana telah melahirkan ramai usahawan daripada golongan asnaf ini.
Usaha penambahbaikan dari aspek pengurusan dan pemantauan Program Usahawan Asnaf LZNK ini perlu dibuat oleh pihak LZNK untuk memastikan tiada penyalahgunaan dana dikalangan asnaf yang memohon skim ini. Latihan berterusan dan bimbingan di dalam menjalankan perniagaan amat diperlukan memandangkan kebanyakan usahawan asnaf ini tidak mempunyai latar belakang perniagaan secara formal. Semoga dengan penambahbaikan yang dibuat oleh pihak LZNK akan dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan asnaf yang Berjaya seterusnya menjadi pengeluar zakat. Para asnaf perlu mengambil peluang ini untuk menggunakan dana yang diberikan sebaiknya, bersungguh-sungguh dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan perniagaan. Kerjasama daripada LZNK, agensi kerajaan, universiti dan asnaf itu sendiri amatlah penting bagi memastikan Program Usahawan Asnaf dapat diperkasakan.
Rujukan
Al-Quran Al Karim
Ab Rahman, A., Alias, M.H., & Omar, S.M.N.S. (2012). Zakat Institution in Malaysia:
Problems and Issues. Global Journal Al-Thaqafah. 2(1), 35-41.
Doi:10.7187/GJAT122012.02.01
Ali, N.A., Kamri, N.A., Sarif, S. (2003). Pembudayaan Keusahawanan Islam: Implikasinya terhadap Pembangunan Ummah Sejagat. Jurnal Usuluddin. 17(17), 75-90. Diakses dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/issue/view/580.
Nor Fazlina Abdul Rahim. (2022, Mei 1). Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia mulai bulan ini. BH Online. Diakses dari https://www.bharian.com.my/
berita/nasional/2022/05/951332/program-pembasmian-kemiskinan-tegar-keluarga- malaysia-mulai-bulan-ini
Isma Addi (2007) Di dalam Utusan Malaysia. “Usahawan Asnaf Basmi Miskin Tegar”, 22 Mei 2007. Diakses dari https://travelogisma.blogspot.com/2008/04/usahawan-asnaf-basmi- miskin-tegar.html
Muhsin, N.P. (2016). Institusi Pungutan Zakat (IPZ): Menilai Objektif Institusi. In Razali M.J.
Muhsin N.P., Luqman, A. & Muhammad I. R (Eds.). Menelusuri isu-isu kontemporari zakat. (pp. 311-328). Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) & Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Meerangani, K. A & Zaham Azman, U. K. (2019). Keberkesanan program pembangunan ekonomi asnaf oleh Lembaga Zakat Selangor. e-Academia Journal, 8 (2) 14-24. ISSN 2289-6589. Diakses dari http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/
index.php/home.html
Zulkifli Mohamad al-Bakri (2011). Fatwa zakat kontemporari. Siri kajian hukum muamalat (siri pertama). Kuala Lumpur: Bank Muamalat Bhd.
Antonio, M.S. 2002. Sukses Bisnis dan Enterpreneur Rasulullah SAW. Bogor:
Tazkiaonline.com