• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kecanggihan telefon bimbit antara punca tekanan mental

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kecanggihan telefon bimbit antara punca tekanan mental"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

29 JUN 2016 KECANGGIHAN TELEFON BIMBIT ANTARA PUNCA TEKANAN MENTAL Kangar, 29 Jun – Kemajuan teknologi dengan kecanggihan telefon bimbit juga sebenarnya antara penyumbang kepada tekanan mental, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

“Kemudahan dan kecanggihan telefon bimbit yang kita ada pada hari ini telah menjadikan kita bekerja 24 jam siang dan malam kerana kebiasaan maklumat yang diterima memerlukan kita untuk memberi respon dengan kadar yang segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Seminar Kesedaran Minda Sihat Kepada Ketua-ketua Jabatan UniMAP di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, semalam.

Ceramah disampaikan oleh Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Dr. Ruzita Jamaluddin dan Dr. Zarina Zainan Abidin.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Dekan Pengurusan Akademik yang menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin; dan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM), Prof.

Madya Dr. Huzili Hussin.

Tambah Dato’ Zul Azhar lagi, pelbagai kes telah dilaporkan di peringkat UniMAP yang melibatkan staf dan pelajar di mana sebagai ketua jabatan perlulah sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat serta

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 prihatin dengan kejadian semasa agar persediaan sewajarnya boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Seorang pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab dalam memberi fokus kepada pencapaian organisasi semata-mata sebaliknya kita perlu menitikberatkan mengenai kesejahteraan emosi dan mental di kalangan pekerja di bawah seliaan kita,” katanya.

Beliau berharap program sebegini mampu membuka minda dan pengetahuan ketua jabatan UniMAP agar boleh dijadikan panduan untuk membantu insan lain disekeliling mereka.

“Program sebegini wajar dianjurkan lagi di masa hadapan dan memberi fokus kepada staf yang berhadapan secara terus dengan pelajar seperti Rakan Pendamping Siswa (RPS) yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UniMAP,” katanya.

Dikeluarkan Oleh : Nurul Aida Othman

Unit Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait