• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kecerdasan Emosi Dan Penggunaan Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Destruktif (Emotional Intelligence and the Use of Social Media against Destructive Behavior)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kecerdasan Emosi Dan Penggunaan Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Destruktif (Emotional Intelligence and the Use of Social Media against Destructive Behavior)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Kecerdasan Emosi Dan Penggunaan Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Destruktif

(Emotional Intelligence and the Use of Social Media against Destructive Behavior)

Ili Asmaa Mohamad Napiah1*, Faridah Mydin Kutty1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p111344@siswa.ukm.edu.my

Received: 30 May 2023 | Accepted: 10 July 2023 | Published: 30 July 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.25

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pelajar memerlukan kecerdasan emosi kerana perkembangan teknologi dan media sosial yang tidak terhad bagi mengelak daripada dilemahkan oleh tingkah laku yang merosakkan. Selain itu, pelajar sepenuh masa menggunakan iPad secara berterusan untuk tujuan pendidikan. Untuk memerangi kecenderungan untuk tingkah laku yang merosakkan, kajian ini mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dan penggunaan media sosial.

Tujuan kajian yang melibatkan 185 peserta adalah untuk mengetahui perkaitan antara kecerdasan emosi pelajar dengan kecenderungan tingkah laku pasca siswazah di Sekolah Menengah (SBP), Putrajaya. Menggunakan teknik kuantitatif dan direka bentuk secara rawak dalam pemilihan sampel. Seterusnya, SPSS versi 25 digunakan untuk menganalisis data. Mengikut keputusan kajian, terdapat korelasi yang tidak baik antara kecerdasan emosi dan tingkah laku deskriptif (r = 0.448, p 0.01). Ini menunjukkan betapa kurang tingkah laku deskriptif yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

Walau bagaimanapun, tiada korelasi antara penggunaan media sosial dengan kecenderungan (r = 0.028, p > 0.05). Menurut kajian ini, kecerdasan emosi merupakan satu ciri yang boleh membantu dalam menangani isu kecenderungan tingkah laku yang merosakkan dalam kalangan pelajar sepenuh masa. Dapatan kajian ini dapat membantu sekolah dan Kementerian Pendidikan memperkenalkan kecerdasan emosi ke dalam persekitaran bilik darjah biasa.

Kata kunci: Hubungan, Kecerdasan emosi, media sosial, tingkah laku destruktif, dan SBP

Abstract: Students need emotional intelligence because of the unrestricted development of technology and social media in order to prevent being demoralised by destructive behaviour.

Additionally, full-time students use the iPad constantly for educational purposes. In order to combat the propensity for destructive behaviour, this study examines the connection between emotional intelligence and social media use. The purpose of the study, which involved 185 participants, was to determine the association between student emotional intelligence and the inclination of postgraduate behaviour at Secondary School (SBP), Putrajaya. Uses quantitative techniques and is designed to be random in sample selection. Next, SPSS version 25 was used to analyse the data. According to the study's results, there is a bad correlation between emotional intelligence and descriptive behaviour (r = 0.448, p 0.01). This demonstrates how less descriptive behaviour is displayed by pupils who have high emotional intelligence. However, there is no correlation between the usage of social media and the propensity (r = 0.028, p > 0.05). According to this study, emotional intelligence is a

(2)

characteristic that can assist in addressing the issue of destructive behavioural tendencies among full-time students. The findings of this study can help schools and the Ministry of Education introduce emotional intelligence into regular classroom settings.

Keywords: Relationships, Emotional intelligence, social media, desructive behavior, and SBP

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kuasa viral media sosial kini mempengaruhi masyarakat dari segi emosi dan intelektual.

Namun begitu, penggunaan media sosial turut memberi kesan negatif terhadap tingkah laku kepada masyarakat khususnya kepada golongan remaja. Ini kerana, mereka merupakan golongan yang berada di peringkat akhir baligh akan tetapi masih belum mencapai tahap pemikiran yang matang sepenuhnya, bertepatan dengan pandangan Amjad et al. (2020) yang menyatakan bahawa peringkat umur remaja merupakan peringkat yang kritikal kerana pada peringkat umur sebegini, terjadinya proses peralihan pada peringkat umur kanak-kanak ke peringkat dewasa dari pelbagai aspek atau fungsi perkembangan untuk melepasi kehidupan yang dewasa. Lantaran itu, mereka mudah terpengaruh dan tidak sepenuhnya mengatasi masalah emosi yang mereka hadapi. Golongan remaja mungkin tidak sepenuhnya sedar tentang bagaimana emosi mereka boleh dipengaruhi oleh media sosial Weinstein et.al, 2018).

Seterusnya, berkaitan dengan penggunaan ipad dalam proses pembelajaran menjadikan pelajar SBP menggunakan internet tanpa kawalan. Penyebaran maklumat di hujung jari dan mudah diakses mendorong pelajar untuk meneroka sesuatu yang baharu menyebabkan pelajar menggunakan media sosial sama ada bagi tujuan baik mahupun sebaliknya. Menurut Kajian Twenge et al. (2018) mendapati remaja yang meluangkan lebih banyak masa di media sosial dan peranti elektronik adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Manakala, kecemerlangan akademik tidak menjanjikan pelajar dapat mengawal emosi dengan baik, lebih-lebih lagi pelajar SBP yang sentiasa mempunyai tekanan dalam pembelajaran memerlukan kecerdasan emosi dalam menjalani kehidupan di asrama. Abdul Rashid Abdul Aziz et al. (2021) menyatakan pandangan tentang tahap kecerdasan akan mempengaruhi cara seseorang itu membuat keputusan dan pilihan dalam hidup, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dengan orang lain. Apabila seseorang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang memuaskan, tekanan hidup seharian yang dilalui akan ditangani dengan berfikir secara positif, tenang dan tidak membahayakan diri dan orang lain. Di samping itu, isu kecerdasan emosi perlu diberi perhatian kerana banyak kajian terdahulu menjelaskan bahawa kecerdasan emosi memberi impak besar kepada kesejahteraan hidup individu. Penyataan ini di sokong oleh Keefer, Parker & Saklofske et.al (2018) mendapati usia muda ialah tempoh perkembangan, di mana para pelajar mula memasuki persekitaran yang mempunyai tumpuan akademik yang lebih teguh namun kurang dari aspek sokongan emosi.

Kajian Rozmi dan Nor Azri et.al (2017) menunjukkan bahawa kes disiplin pelajar meningkat setiap tahun walaupun pelbagai cara dan peraturan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, pelajar SBP tidak terlepas daripada terlibat dengan masalah disiplin lebih-lebih lagi sekolah yang kesemuanya pelajar lelaki. Ogundele, (2018) masalah tingkah laku destruktif seperti panas baran, hiperaktif/kekurangan perhatian, kerap membangkang, menentang atau kecelaruan tingkah laku adalah antara masalah sifat yang

(3)

paling biasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dengan ini menurut Tan Sri Lee Lam Thye, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia MCPF, (2019) mengatakan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah dalam kalangan pelajar dan akan memberi kesan yang amat besar kepada generasi akan datang datang.

Maka dapat dinyatakan bahawa kecerdasan emosi dan penggunaan media sosial perlu dipantau bagi membendung pelajar daripada cenderung terhadap tingkah laku destruktif, Selain itu, kecerdasan emosi perlu diseimbangkan dalam kalangan pelajar agar pelajar dapat membuat pertimbangan yang baik jika menghadapi masalah dalam kehidupan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi suatu pencerahan berkaitan kecerdasan emosi dan penggunaan media sosial bagi mencadangkan langkah atau strategi dalam memantapkan kecerdasan emosi dan kawalan dalam penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar terutama dalam kalangan pelajar SBP.

2. Sotoran Literatur

Goleman (2003) mendefinasi kecerdasan emosi ialah kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, mengurus emosi diri, memotivasikan diri, mengenali emosi orang lain dan membina hubungan dengan orang lain untuk mencapai tujuan. Agustian (2005), dalam bukunya Emotional Spritual Quotient (ESQ) menjelaskan bahawa kecerdasan emosi merupakan kemampuan merasai, memahami secara efektif, menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber energi, informasi, koneksi dan pengaruh manusia. Menurut Serrat dan Serrat (2017), kecerdasan emosi boleh ditafsirkan sebagai kebolehan, kemahiran atau kapasiti seseorang untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus emosi diri sendiri, orang lain dan kumpulan. Kirman N.S (2021) mengatakan tingkah laku seseorang individu bergantung kepada emosinya dalam konteks sosial masyarakat. Ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi amat penting dalam diri seseorang individu bagi menjaga keharmonian diri sendiri dan orang lain terutamanya dalam kalangan pelajar SBP.

Menurut Muhammad Rafiuddin, Sasikumar & Ajmain et. al (2019), Marengo et al., (2018) mendefinasikan bahawa media sosial merupakan medan penting dalam masyarakat untuk menjalani kehidupan sosial disamping berlakunya proses globalisasi secara meluas. Witanti (2017) mendefinasikan bahawa media sosial merupakan tempat bersosial dalam kalangan remaja. Remaja dapat menghabiskan waktu berjam-jam dengan menggunakan media sosial.

Weinstein (2018) kebanyakan perkembangan teknologi yang lain, evolusi media sosial pada masa kini turut mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Mohd Yuszaidy et al. (2017) generasi baharu yang lebih suka hidup dalam jaringan dan media baharu merupakan sebahagian dari kehidupan mereka. Johari et.al, (2019) dalam kajiannya mendapati gaya hidup dan tingkah laku remaja kini disebabkan pengaruh yang kuat daripada media sosial dengan menjadikan media sosial sebagai tempat ikutan dan trend. Menurut Filyntiena et.al (2020) dalam kajiannya, aplikasi yang terdapat dalam media sosial dapat menarik perhatian remaja dan secara tidak langsung mempengaruhi gaya dan hidup remaja.

Berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa media sosial merupakan platform utama dan tarikan kepada remaja masa kini tetapi bergantung kepada cara penggunaan kearah kebaikan atau keburukan,

Putri (2018) dalam kajiannya menyatakan bahawa kecenderungan remaja dalam bertindak berdasarkan penerimaan, pengakuan, dan perhatian dari orang lain. Nor Fazilah &

Hishamudin (2019) menemui responden lelaki lebih cenderung bergurau, mesra, berdaya saing, keyakinan diri tinggi tetapi mempunyai sikap kurang matang. Ferina, Fadhil (2018)

(4)

Remaja yang meggunakan media soial lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan perkara berkaitan seksual, buli, keganasan dan tekanan. Mustaqim (2019) mendefinasikan remaja lebih cenderung kearah perkara yang ghairah, dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara bagi memenuhi kehendak diri sendiri. Berdasarkan kajian, menunjukan bahawa remaja mudah cenderung dengan perkara yang sering dilihat dan berlaku dalam persekitaran mereka. Ghatol, (2017) dalam kajian yang lebih terkini menunjukkan bahawa atmosfera persekitaran yang lebih bersifat menyokong dan merangsang sangat penting dalam menjadikan pelajar lebih progresif dalam akademik dan mencapai tujuan pendidikan mereka.

Menurut Jennings, Song, Kim, Fenimore, & Piquero, 2017; Hidalgo-Rasmussen, Ramírez- López, Rajmil, Skalicky, dan Martín (2018) mendefinasikan tingkah laku destruktif merupakan satu masalah disiplin yang begitu serius yang boleh memberi kesan dalam jangka masa yang panjang bukan sahaja secara fizikal malah emosi yang tidak terkawal. Menurut Cooper (1999), terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam sifat tingkah laku yang destruktif dan agresif terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia menggangu proses pembelajaran. Ogundele, (2018) masalah tingkah laku destruktif seperti panas baran, hiperaktif/kekurangan perhatian, kerap membangkang, menentang atau kecelaruan tingkah laku adalah antara masalah sifat yang paling biasa dalam usia sekolah menengah.

Menurut Nugraha et.al (2019) perkara yang bermasalah berlaku dalam kalangan remaja adalah disebabkan kekurangan kecerdasan emosi, dimana kecerdasan emosi boleh mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang. Manakala saputri (2022) menyatakan bahawa persekitaran seseorang dapat mempengaruhi cara bertindak. Ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi boleh menyebabkan berlaku masalah negetif seterusnya menjadi punca berlakunya tingkah laku destuktif.

Menurut Tasnim, Yogenathan & Kamarul azmi (2019) media sosial boleh memberi kesan yang negetif terutamanya pada tingkah laku manusia. Keganasan yang ada di media sosial menjadi medan penyebaran keganasan dan pornografi sehigga memberi gangguan kepada emosi. Nor Shela & Mohd Shafie (2020) penyalahgunaan media sosial adalah seperti melayari di waktu yang tidak sewajarnya termasuklah sewaktu kelas. Fahmi Anwar (2017) penggunaan media secara bijak dapat membantu seseorang untuk bertingkah laku dengan lebih baik, apabila dapat membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang dilihat.

3. Metodologi Kajian

Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. 185 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 dipilih secara persampelan rawak sistematik. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik daripada skala kecerdasan emosi yang dibuat oleh Mafiroh (2014) yang terdiri daripada 20 item. Manakala bagi mengukur tahap penggunaan media sosial, diadaptasi berdasarkan The Agression Questionnaire di bina oleh Perry (1992). Soal selidik ini digunakan untuk mengetahui sama ada kecenderungan tingkah laku destruktif adalah disebabkan keganasan yang ditunjukkan di media sosial merangkumi 14 item. Setiap item tersebut menggunakan skala likert 1 sehingga 5. Kebolehpercayaan soal selidik ini menurut Hanna & Dettmer (2004). Pengkaji menganalisis kajian menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala analisis infrensi menggunakan Korelasi Pearson.

(5)

4. Dapatan Kajian

4.1 Analisis Umur dan tempoh penggunaan media sosial

Berdasarkan Jadual 1 dibawah merupakan analisis latar belakang sampel kajian secara jelas mengikut umur dan tempoh penggunaan media sosial. Seramai 188 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 terlibat di dalam kajian ini. Manakala tempoh penggunaan media sosial yang palinggi bagi pelajar SBP, Putrajaya adalah selama 2 jam sehingga 3 jam dengan sebanyak 39.9% (75 orang).

Jadual 1: Analisis umur dan tempoh penggunaan media sosial

Bilangan Peratus

Umur

16 tahun 109 58.0

17 tahun 79 42.0

Tempoh penggunaan media sosial

30 minit sehingga 1 jam 14 7.4

1 jam sehingga 2 jam 60 31.9

2 jam sehingga 3 jam 75 39.9

Lebih dari 3 jam 39 20.7

4.2 Kecenderungan terhadap media yang dilihat

Mengikut analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kecenderungan adalah percintaan iaitu sebanyak 56.4% (106 orang), manakala bakinya sebanyak 43.6% (82 orang) adalah berkecenderungan melihat pergaduhan / peperangan. Berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar SBP lebih cenderung terhadap media percintaan berbanding dengan pergaduhan. Ini berkemungkinan pelajar SBP lebih berminat dengan percintaan oleh kerana meraka kesemuanya pelajar lelaki di sekolah dan tidak terdedah dengan perempuan.

Jadual 2: Kecenderungan pelajar terhadap media yang dilihat

Bilangan Peratus

Percintaan 106 56.4

Pergaduhan / peperangan 82 43.6

4.3 Tahap Kecerdasan Emosi

Mengikut analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap kecerdasan emosi pelajar SBP, Putrajaya berada pada tahap yang yang sederhana tinggi dengan nilai min

=3.69 dan sisihan piawai = 0.43. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar SBP, Putrajaya mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dari segi tingkah laku empati. Ini menunjukkan bahawa pelajar SBP Putrajaya dapat memahami perasaan orang lain dengan baik. Ini berkemungkinan kerana pelajar SBP, Putrajaya di persekitaran yang baik menjadikan mereka boleh memahami perasaan orang lain.

Jadual 3: Nilai Min dan Sishan Piawai Kecerdasan Emosi

Min SP Tahap

Mengenal emosi diri 3.41 .664 Sederhana tinggi

Mengawal emosi 3.84 .676 Sederhana tinggi

Motivasikan diri sendiri 3.84 .660 Sederhana tinggi

Empati 3.95 .611 Sederhana tinggi

Kemahiran sosial 3.43 .650 Sederhana tinggi

Keseluruhan kecerdasan emosi 3.69 .437 Sederhana tinggi

(Tahap: Rendah = 1.00 – 2.00, Sederhana rendah = 2.01 – 3.00, Sederhana tinggi = 3.01 – 4.00, Tinggi = 4.01 – 5.00)

(6)

4.4 Kecenderungan Tingkah Laku Destruktif

Analisis ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kecenderungan tingkah laku destruktif berada di tahap sederhana rendah iaitu nilai skor min = 2.81 dan sisihan piawai = 0.60. Walaupun berada di tahap yang sederhana rendah akan tetapi tingkah laku destruktif dari segi permusuhan dan verbal berada di tahap sederhana tinggi. Hasil dapatan ini kerana pelajar SBP, Putrajaya kesemuanya pelajar lelaki lebih cenderung untuk bersifat suka bergurau menjadikan mereka lebih cenderung untuk bersikap destruktif dari segi verbal dan boleh membawa kepada tingkah laku permusuhan.

Jadual 4: Nilai Min dan Sishan Piawai Tahap Kecenderungan Tingkah Laku Destruktif

Min SP Tahap

Fizikal 2.32 .866 Sederhana rendah

Verbal 3.01 .741 Sederhana tinggi

Permusuhan 3.07 .797 Sederhana tinggi

Jenayah 2.83 .856 Sederhana rendah

Keseluruhan kecenderungan tingkah laku distruktif

2.81 .603 Sederhana rendah

(Tahap: Rendah = 1.00 – 2.00, Sederhana rendah = 2.01 – 3.00, Sederhana tinggi = 3.01 – 4.00, Tinggi = 4.01 – 5.00)

4.5 Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Kecenderungan Tingkah Laku Destruktif Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kedua pemboleh ubah iaitu kecerdasan emosi dengan kecenderungan tingkah laku destruktif pelajar SBP Putrajaya.

Jadual 5: menunjukkan nilai pekali korelasi yang diperoleh dari hasil analisis yang telah dijalankan.

Kecenderungan tingkah laku distruktif

r Sig. P

Mengenal emosi diri -0.315** .000

Mengawal emosi -0.337** .000

Motivasikan diri sendiri -0.334** .000

Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson kecerdasan emosi dengan tingkah laku destruktif adalah mempunyai hubungan yang negatif. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kecerdasan emosi (r = 0.448, p < 0.01) mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan kecenderungan tingkah laku distruktif pelajar SBP, Putrajaya.

Walaubagaimanapun, nilai korelasi, r = -0.448, menunjukkan tidak mempunyai hubungan antara penggunaan kecerdasan emosi terhadap tingkah laku destruktif pelajar SBP, Putrajaya.

Hasil dapat ini membuktikan bahawa pelajar ini bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mempunyai kecerdasan emosi yang baik dalam menjalani kehidupan. Ini berkemungkinan kerana mereka mempunyai pengetahuan dan penilaian yang tinggi sebelum bertindak.

Empati -0.252** .000

Kemahiran sosial -0.258** .000

Keseluruhan kecerdasan emosi -0.448** .000

(7)

4.6 Hubungan Antara Penggunaan Media Sosial Dengan Kecenderungan Tingkah Laku Destruktif

Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kedua pemboleh ubah iaitu penggunaan media sosial dengan kecenderungan tingkah laku destruktif pelajar SBP Putrajaya.

Jadual 6: menunjukkan nilai pekali korelasi yang diperoleh dari hasil analisis yang telah dijalankan.

Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson penggunaan media sosial dengan tingkah laku destruktif adalah secara keseluruhannya menunjukkan penggunaan media sosial (r = 0.028, p > 0.05) tidak mempunyi hubungan yang signifikan dengan kecenderungan tingkah laku distruktif murid lelaki SBP, Putrajaya.Walaubagaimanapun, nilai korelasi, r = -0.028, menunjukkan tidak mempunyai hubungan antara penggunaan media sosial terhadap tingkah laku destruktif pelajar. Namun, hasil dapatan kajian ini menunjukkan pelajar SBP, Putrajaya bijak menyusun jadual pembelajaran dan tempoh masa lapang dengan sosial media. Ini menunjukkan mereka menggunakan kemudahan ipad dan internet dengan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan bijak mengatur masa dalam penggunaan media sosial.

5. Perbincangan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kecerdasan emosi dan penggunaan media sosial terhadap tingkah laku destruktif. Objektif kajian ini berkaitan kecerdasan emosi pelajar SBP, Putrajaya. Hail dapatana mendapati bahawa kecerdasan emosi berada di tahap sederhana tinggi.

Empati adalah antara kemahiran kecerdasan emosi yang paling hebat. Kajian ini menyokong kajian Abdul Rahman (2022), yang mendapati bahawa kecerdasan emosi mungkin mempengaruhi kesihatan psikologi dan membantu orang ramai menangani cabaran hidup.

Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai kebolehan empati yang kuat lebih mudah menerima orang lain dan mempunyai sikap tolong-menolong. Menurut Serrat dan Serrat (2017), kecerdasan emosi boleh ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang untuk mengenali, menilai, dan mengawal emosi mereka sendiri, orang lain dan kumpulan. Ini menunjukkan kecerdasan emosi pelajar SBP, Putrajaya yang kukuh dalam pembangunan identiti mereka malah kesedaran berterusan mereka terhadap emosi orang lain.

Kecenderungan media sosial yang dilihat oleh pelajar SBP, Putrajaya adalah percintaan. Ini selari dengan kajian Mustaqim (2019) mengatakan bahawa remaja lebih cenderung kearah perkara yang ghairah, dan keinginan yang tinggi terhadap percintaan. Ini bertentangan dengan kajian Ferina, Fadhil (2018) Remaja yang meggunakan media sosial lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan perkara berkaitan seksual, buli, keganasan dan tekanan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kecenderungan remaja bergantung persekitaran. Pelajar SBP, Putrajaya merupakan ke semuanya pelajar lelaki, oleh itu mereka lebih cenderung berminat kearah percintaan oleh kerana persekitaran mereka tidak mempunyai perempuan.

r Sig. P

Fizikal .087 .237

Verbal -.010 .892

Permusuhan .060 .411

Jenayah -.056 .449

Keseluruhan kecenderungan tingkah laku distruktif .028 .700

(8)

Pelajar SBP di Putrajaya secara amnya terlibat dalam tahap sederhana rendah tingkah laku yang merosakkan. Keputusan menunjukkan bahawa tahap tingkah laku merosakkan lisan dan bermusuhan adalah sederhana tinggi. Kajian oleh Rifa et al. (2019), yang mendapati bahawa keagresifan lisan dan permusuhan mempunyai perkaitan yang ketara dengan remaja di sekolah kerana sikap suka bergurau sehingga timbul kemarahan, memberikan sokongan kepada kajian ini. Kajian oleh Ferina dan Fadhil (2018) mendapati bahawa remaja yang menggunakan media sosial lebih cenderung untuk menyertai aktiviti seksual, buli, pencerobohan, dan tekanan. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar SBP, Putrajaya lebih cenderung untuk melakukan kekasaran secara lisan dan konfrontasi kerana mereka semua pelajar lelaki, yang lebih cenderung menjadi tidak matang. Nor Fazilah dan Hishamudin (2019) mendapati responden lelaki kurang matang dan lebih cenderung untuk bergurau, bersikap baik dan berdaya saing.

Hubungan kecerdasan emosi dengan kecenderungan tingkah laku destruktif menunjukkan kesan yang negatif. Hal ini kerana, pelajar tersebut dapat mengawal emosi dan mempunyai pemikiran yang baik sebelum melakukan sesuatu tindakan. Secara keseluruhan hasil dapatan ini menunjukkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik berpotensi mempunyai tingkah laku yang baik dan bersahsiah. Kajian ini disokong dalam kajian Nur Munirah et.al (2012), shidihas et.al (2017 hasil dapatan kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan juga tingkah laku destruktif dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian menunjukkan, jika seseorang itu mempunyai kecerdasan emosi yang baik maka secara tidak langsung risiko untuk bertingkah laku destruktif agak rendah. Jika kecerdasan emosi rendah maka cenderung untuk bertingkah laku destruktif. Namun kajian ini bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan Keefer, Parker dan Saklofske (2018) mendapati usia muda ialah tempoh perkembangan, di mana para pelajar mula memasuki persekitaran yang mempunyai tumpuan akademik yang lebih teguh namun kurang dari aspek sokongan emosi.

Namun, hasil kajian mendapati bahawa tekanan yang dihadapi dalam pembelajaran menjadikan pelajar mengalami tekanan dan bertindak tanpa kawalan emosi yang baik.

Berdasarkan dapatan kajian Essel dan Owusu, (2017) telah menyenaraikan bahawa stress akademik boleh berlaku kerana beban kerja, markah rendah, peperiksaan dan waktu belajar yang panjang. Ini membuktikan bahawa tekanan yang dihadapi berkemungkinan akan memberi kesan terhadap tingkah laku pelajar. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa kecerdasan emosi yang baik dapat membantu seseorang individu menilai sesuatu perkara sebelum bertindak bergantung kepada cara pemikiran dan persekitaran mereka.

Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan penggunaan media sosial terhadap tingkah laku destruktif. Finau et.al (2018) Kandungan media sosial terhadap seseorang individu bukan sahaja telah diperibadikan berdasarkan kegunaan semasa individu, malah ia turut berdasarkan perhubungan dan penerimaan pengguna terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Dapatan ini disokong dalam kajian Djpb (2022) mengatakan bahawa jika penggunaan media sosial digunakan dengan bijak iaitu menggunakannya hanya sekadar keperluan dapat memberi manfaat kepada pengguna. Namun kajian ini bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan Azizi, Goof, Halimah et.el (2014) dalam kajian yang dijalankan menunjukkan pengaruh media yang berunsur negatif akan memberi kesan terhadap tingkah laku destruktif pelajar sekolah menengah. Berdasarkan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa kesan melihat media sosial tanpa batasan akan menjadikan pelajar tidak membuat pertimbangan sebelum bertindak. Munirah Azman, (2018) dalam kajiannya mendapati gaya hidup dan tingkah laku remaja kini disebabkan pengaruh yang kuat daripada media sosial dengan menjadikan media sosial sebagai tempat ikutan dan trend. Ini menunjukkan bahawa

(9)

pelajar SBP, Putrajaya bijak mengawal penggunaan media sosial dan tidak mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan pelajar SBP Putrajaya mempunyai kecerdasan emosi yang kuat dan penggunaan media sosial masih terkawal. Walaupun fakta bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk terlibat dalam tingkah laku yang berbahaya, kajian ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai kesan ke atas cara orang berfikir dan berkelakuan.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa kecerdasan emosi dan penggunaan media sosial tidak mempengaruhi tahap pencapaian kecenderungan tingkah laku destruktif pelajar SBP, Putrajaya walaupun berhadapan dengan tekanan pembelajaran di sekolah dan pengguna media sosial tanpa kawalan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar guru dan pihak atasan membentuk budaya dan rutin yang positif sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar pembentukkan ketahanan diri sentiasa utuh dalam kehidupan seharian mereka. Akhir sekali, sebagai kajian lanjutan, pengkaji seterusnya boleh meluaskan kajian ini kepada skop sekolah harian biasa bagi melibatkan beberapa buah sekolah untuk menghubungkaitkan kajian ini.

Rujukan

Amjad, S., Shahbaz, K., Yousaf, A., Ijaz, A., Rehman, F., Farooq, J., ... & Rashid, S. (2020).

Relationship of Internet Addiction with Psychological Distress and Emotional Intelligence among university students. Journal of Public Value and Administrative Insight, 3(2), 29-39.

Aziz, A. R. A., Ab Razak, N. H., & Saad, N. M. (2021). Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi. Jurnal Sains Insani.

Cooper, P. (1999). Understanding and supporting children with emotional and behavioural difficulties. Jessica Kingsley Publishers.

Essel, G., & Owusu, P. (2017). Causes of Students’ Stress, its effects on their stress management by students, A case study at Seinajoki. University of Applied Science, Finland

Finau, G., Tarai, J., Varea, R., Titifanue, J., Kant, R., & Cox, J. (2018). Social media and disaster communication: A case study of Cyclone Winston. Pacific Journalism Review, 24(1), 123-137.

Ghatol, S. D. (2017). Academic Stress among Higher Secondary School Students: A Review. International Journal of Advanced Research in Education & Technology (IJARET), 4(1), 38–41.

Gunawan, I. A. N., & Shalahuddin, I. (2022). Dampak Penggunaan Media Sosial Terhadap Gangguan Psikososial Pada Remaja: A Narrative Review. Jurnal Kesehatan, 15(1), 78-92.

Jennings, W.G., Song, H., Kim, J., Fenimore, D.M., & Piquero, A.R. (2017). An examination of bullying and physical health problems in adolescence among South Korean youth.

Journal of Child and Family Studies.

https://link.springer.com/content/pdf/10.1007/s10826-017- 0885-3.pdf

Johari, M. H., Baharuddin, A. S., & Ihwani, S. S. (2019). Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam. Jurnal Channel, 3(2), 1-16.

(10)

J. L. Pouwels, P. M. Valkenburg, I. Beyens, I. I. van Driel, L. Keijsers, “Social media use and friendship closeness in adolescents’ daily lives: An experience sampling study”, Developmental Psychology, vol 57 (2), pp. 309, 2021.

Keefer, K., Parker, J., & Saklofske, D. H. (2018). Emotional intelligence in education.

Integrating research with practice. Cham, Switzerland: Springer.

Marengo, D., Longobardi, C., Fabris, M. A., & Settanni, M. (2018). Highly-visual social media and internalizing symptoms in adolescence: The mediating role of body image concerns. Computers in Human Behavior, 82, 63-69.

Mashar, R & Sulistiyowati. (2017). Story in Reducing Childhood Aggression Behavior.

Conference: International Conference PIAUD. Pontianak: IAIN Pontianak

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah, Yusmilayati Yunos &

Norizam Jamian. 2017. Generasi Z dan warisan budaya. Kertas Kerja Sebahtera 2017 Seminar Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Akademi Pengajian Melayu Uiversiti Malaya. Kuala Lumpur 27 September.

Ogundele, M. O. (2018). Behavioural and emotional disorders in childhood: A brief overview for paediatricians. World journal of clinical pediatrics, 7(1), 9.

Rifa Hidayah, Psikologi Pengasuhan Anak, (Malang: UIN-Malang Press, 2009), h. 99.

Rosydah, Feryna Nur., & Nurdin, M. Fadhil. (2018). Perilaku Menyimpang: Media Sosial Sebagai Ruang Baru Dalam Tindak Pelecehan Seksual Remaja. Sosioglobal: Jurnal Pemikiran dan Penelitian Sosiologi. 2(2), 38-48

Saputri, L. (2022). Pengaruh Pola Asuh Orang Tua Terhadap Perilaku Bullying Siswa SMP N 1 WEDUNG. G-Couns: Jurnal Bimbingan dan Konseling, 7(01), 98-113.

Serrat, O., & Serrat, O. (2017). Understanding and developing emotional intelligence.

Knowledge solutions: Tools, methods, and approaches to drive organizational performance, 329-339.

Prihatiningsih, Witanti. (2017). Motif Penggunaan Media Sosial Instagram Di Kalangan Remaja. Jurnal Communication VIII. 8(1),51-65. P-ISSN: 2086-5708; E-ISSN:

2442-7535

Tahir, N. A., Binti Mohamed, N. H., & Binti Dasan, N. Penyalahgunaan Ketum Dalam Kalangan Remaja Felda: Satu Kajian Di Perlis.

Twenge, J. M., Joiner, T. E., Rogers, M. L., & Martin, G. N. (2018). Increases in depressive symptoms,suicide-related outcomes, and suicide rates among US adolescents after 2010 and links to increased new media screen time. Clinical Psychological Science, 6(1), 3-17

Weinstein, E. (2018). The social media see-saw: Positive and negative influences on adolescents’ affective well-being. New Media & Society, 20(10), 3597-3623.

Referensi

Dokumen terkait