• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN KEFAHAMAN INTERPRETASI JATI DIRI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (STUDY OF UNDERSTANDING THE INTERPRETATION OF IDENTITY ENSHRINED IN THE FEDERAL CONSTITUTION)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KAJIAN KEFAHAMAN INTERPRETASI JATI DIRI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (STUDY OF UNDERSTANDING THE INTERPRETATION OF IDENTITY ENSHRINED IN THE FEDERAL CONSTITUTION)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 4 No. 2 [June 2022]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

KAJIAN KEFAHAMAN INTERPRETASI JATI DIRI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

(STUDY OF UNDERSTANDING THE INTERPRETATION OF IDENTITY ENSHRINED IN THE FEDERAL

CONSTITUTION)

Norfiza Apfandi1, Nurul Hafizah Maarof2, Nor Syamilah Md Zin3, Nurul Suzaina Joli4, Wan Rezawana Wan Daud5 dan Rorlinda Yusof6

1 2 3 4 5 6 Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: [email protected]

Article Information:

Article history:

Received date : 17 June 2022 Revised date : 24 June 2022 Accepted date : 28 June 2022 Published date : 30 June 2022

To cite this document:

Apfandi, N., Maarof, N. H., Md Zin, N.

S., Joli, N. S., Wan Daud, W. R., &

Yusof, R. (2022). KAJIAN

KEFAHAMAN INTERPRETASI JATI DIRI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. International Journal of Social Science Research, 4(2), 288-300.

Abstrak: Jati diri telah wujud sebagai salah satu elemen penting bagi warganegara Malaysia memantapkan nasionalisme dan perasaan mencintai negara. Elemen jati diri dalam diri pelajar boleh diamalkan melalui kefahaman terhadap perkara- perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu melalui Perkara 3, 14, 32, 152 dan 153. Perkara -perkara ini ialah berkenaan Agama Islam, Kewarganaegaraan, Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelajar untuk memahami interpretasi jati diri yang telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan agar dapat menghayati dan mengamalkannya sebagai warganegara Malaysia.

Tujuan kajian ini adalah mengkaji kefahaman interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan dalam kalangan pelajar ASASIPintar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Reka bentuk kajian tinjauan dilakukan dengan melibatkan 76 responden. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengkaji dan mengukur tahap kefahaman interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan oleh responden. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif statistik menggunakan perisian ‘Statistikal Package For Social Science’ (SPSS) Versi 23 untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman terhadap interpretasi jati diri dalam Perlembagaan

(2)

Persekutuan oleh para pelajar bagi tahap pengetahuan pelajar adalah 85%, tahap kemahiran pelajar 84 % dan tahap sikap pelajar 90%. Ini menunjukkan bahawa kefahaman terhadap interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan oleh para pelajar adalah berada di tahap tinggi kerana ia menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif terhadap kepentingan jati diri.

Kata kunci: Jati Diri, Perlembagaan Persekutuan, ASASIPintar.

Abstract: Identity has existed as one of the important elements for Malaysians to strengthen nationalism and love for the country. Elements of identity in students can be practiced through an understanding of the matters enshrined in the Federal Constitution through Articles 3, 14, 32, 152 and 153. These matters are about Islam, Citizenship, Constitutional Monarchy, Malay Language and The Special Position of the Malays and Bumiputeras of Sabah Sarawak. Therefore, it is important for every student to understand the interpretation of identity that has been enshrined in the Federal Constitution in order to appreciate and practice it as a Malaysian citizen. The purpose of this study is to examine the understanding of the interpretation of identity in the Federal Constitution among ASASIPintar students, Universiti Kebangsaan Malaysia. The design of the survey study was done by involving 76 respondents. The questionnaire was used as a research instrument to study and measure the level of understanding of the interpretation of identity in the Federal Constitution by the respondents. The data obtained in the descriptive statistical analysis using the software ‘Statistical Package For Social Science’

(SPSS) Version 23 to obtain the frequency distribution, percentage and mean. The findings of this study show that the understanding of the interpretation of identity in the Federal Constitution by students for students' level of knowledge is 85%, students' skill level 84% and students' attitude level 90%. This indicates that the understanding of the interpretation of identity in the Federal Constitution by the students is at a high level because it shows that the students have knowledge, skills and a positive attitude towards the importance of identity.

Keywords: Identity, Federal Constitution, ASASIPintar.

(3)

1. Pengenalan

Arus globalisasi kini bukan sahaja membawa peningkatan terhadap pembangunan Malaysia bahkan juga negara perlu mendepani cabaran dalam mengekalkan sifat warganegara yang setia dan bersatu padu. Ini kerana, warganegara yang setia dan bersatu padu ini penting bagi menjamin kelangsungan Malaysia dalam arus globalisasi. Oleh itu, dalam mengekalkan sifat kewarganegaraan tersebut, adalah penting bagi Malaysia menerapkan sifat jati diri. Jati diri adalah harga diri yang menggambarkan watak peribadi setiap bangsa mahupun suku kaum (Zamri et al, 2017). Oleh itu, kekuatan dalaman (jiwa dan perasaan) ketekalan, ketabahan dan segala yang membawa maksud teguh yang berpasak kukuh dalam diri sehingga tidak dapat diganggu-gugat adalah merupakan asas bagi jati diri (Abdul Latif, 2012). Asas kepada kemenjadian negara adalah bergantung kepada kemenjadian rakyatnya dalam mempertahankan bukan sahaja kestabilan politik dan ekonomi bahkan sosial juga. Kecemerlangan sesebuah negara dipersada dunia dibuktikan dengan keteguhan jati diri rakyatnya yang sayang dan cinta kepada negara.

Pengukuhan jati diri ini perlu diterapkan kepada para pelajar di peringkat universiti kerana golongan ini yang bakal menerajui negara di masa hadapan. Malaysia memerlukan waris negara yang bukan sahaja celik ilmu bahkan perlu ada sifat tekal, tabah serta teguh bagi membawa Malaysia terus ke hadapan dan bertahan di tahap terbaik. Namun demikian, penerapan jati diri ini bukanlah satu proses yang mudah kerana ia adalah proses untuk memantapkan keyakinan masyarakat terhadap sistem kepercayaan yang dianuti masyarakat kerana apabila setiap anggota masyarakat berpegang teguh pada ajaran agama, maka mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak baik (Ismail Bakar 2010). Seseorang pelajar yang berpegang teguh pada ajaran agama seharusnya melakukan kebaikan dan tidak mengamalkan sifat-sifat yang negatif dan ini boleh dijadikan asas kepada kekuatan diri seterusnya memacu ketahanan negara ke hadapan.

Proses memantapkan nilai jati diri seseorang pelajar boleh dilakukan dengan penerapan kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, Malaysia mempunyai sistem perlembagaan yang merangkumi sistem perundangan, sosial, agama, bahasa dan sebagainya.

Perlembagaan Malaysia turut memperincikan hal ehwal agama dan amalannya secara jelas, dasar bahasa kebangsaan, dasar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera dan perkara- perkara yang melindungi kepentingan kaum dan agama lain merupakan ciri-ciri penting pembentukan negara bangsa Malaysia (Ismail Ibrahim 2010). Oleh yang demikian, seseorang pelajar atau rakyat harus mengenali jati diri dan sahsiahnya secara mendalam berpandukan Perlembagaan Malaysia dan dasar-dasar negara yang dirangka berdasarkan perlembagaan tersebut. Persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini ialah sejauh mana tahap jati diri di kalangan pelajar Asasi Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka terhadap interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pernyataan Masalah

Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam mendepani arus globalisasi menyebabkan elemen jati diri amat diperlukan bagi membentuk warganegara yang setia dan bersatu padu. Signifikannya bagi menjamin keutuhan nama negara di persada dunia dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Oleh itu, penerapan elemen jati diri perlu dibuat dengan memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan bagi meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap jati diri pelajar. Ini adalah penting bagi pelajar memahami interpretasi jati diri yang wujud dalam kandungan Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan merupakan undang-

(4)

undang tertinggi bagi Malaysia. Oleh itu, penghayatan terhadapnya amat penting supaya pelajar yang menjadi teraju negara pada masa hadapan dapat memahami nilai-nilai yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tujuan Kajian

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengukur pemahaman pelajar ASASIPintar, UKM terhadap interpretasi jati diri yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar terhadap nilai jati diri yang dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi tujuan ini, beberapa objektif telah dikenalpasti.

Objektif Kajian

1. Mengkaji pemahaman pelajar ASASIPintar, UKM terhadap interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Menilai kemahiran pelajar ASASIPintar, UKM yang boleh diterapkan dalam jati diri melalui Perlembagaan Persekutuan.

3. Menganalisis sikap pelajar ASASIPintar, UKM terhadap interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Ulasan Kajian Lepas

Dalam membincangkan kefahaman interpetasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan, penting untuk melihat terlebih dahulu definisi Perlembagaan Persekutuan. Secara umumnya, Perlembagaan Persekutuan ialah satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi negara yang menjadi garis panduan bagi pembentukan undang-undang dan mengatur serta menyelaras pemerintahan negara. Oleh itu, ia menuntut agar setiap individu memahami dan mematuhi keluhurannya. Maksud kefahaman adalah tingkah laku dan pendekatan seseorang dalam membuat keputusan tertentu. Dalam konteks kefahaman interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan pula dapat dinilai berasaskan kepatuhan yang jitu terhadap setiap peruntukan yang terdapat di dalam perlembagaan dan setiap undang-undang. Maka penghayatan dan kepatuhan terhadap perlembagaan dan undang-undang perlu ditanam dalam diri setiap warganegara.

Tinjauan telah dibuat terhadap beberapa kajian lepas dan penulisan sedia ada. Kajian pertama yang dirujuk “Kefahaman dan Penerimaan Belia Terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia”. Merujuk Nazri Muslim (2016), hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan diterima dengan baik dan berada di tahap yang sederhana. Dapatan kajian beliau memperlihatkan faktor seperti etnik, agama dan aliran pendidikan sekolah rendah dan menengah menyumbang ke atas tahap pengetahuan dan kefahaman belia terhadap perlembagaan tersebut. Faktor-faktor ini juga dilihat sangat penting oleh Ratnam (1969) kerana ia akan menentukan suasana hubungan etnik pada masa hadapan dengan melihat persoalan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu, agama dan bahasa diselesaikan. Hal ini demikian kerana pada masa kini, sudah ada kecenderungan dalam kalangan generasi muda yang tidak faham dengan unsur-unsur tradisi telah mempertikaikan kontrak sosial yang selama ini menjadi teras perpaduan dan persefahaman antara etnik di Malaysia. Sebagai contoh, maksud kontrak sosial yang difahami sekarang adalah berbeza seperti yang asal iaitu persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu dalam beberapa perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Malah ada diantara

(5)

golongan ini yang menganggap kontrak sosial itu hanyalah peninggalan sejarah yang tidak mengikat mereka. (Hasanah Hussin, 2007). Justeru, kefahaman mengenai kandungan perlembagaan sangat penting dalam memupuk jati diri warganegara agar tidak meninggalkan kesan sehingga merosakkan keharmonian yang telah dikecapi pada masa hadapan.

Selain itu, Mohd Azri, Mohd Sohaimi, Romzi, Abang Razif, Budi dan Sirahim Abdullah (2020) dalam kajian mereka pula telah meninjau pandangan pelajar universiti tentang kepentingan ilmu pengetahuan berkaitan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam kajian ini, dinyatakan bahawa ilmu pengetahuan terhadap ketiga-tiga elemen tersebut adalah antara pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh pelajar universiti sebagai nilai tambah terhadap kemahiran insaniah. Kenyataan ini disokong oleh Noraini (2020) kerana beliau melihat sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh seseorang mahasiswa akan memberi kesan yang signifikan terhadap masa depan mereka. Oleh itu, satu garis panduan yang jelas dan mudah diikuti sangat diperlukan. Daripada hasil kajian mereka juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu perlembagaan dan undang-undang adalah baik. Pelajar dilihat telah mempunyai asas ilmu perlembagaan dan undang-undang melalui pembelajaran di peringkat sekolah serta pendedahan oleh isu-isu semasa yang memaparkan hal berkaitan dengan kes perundangan.

Berpandukan kajian lepas tersebut, ia sedikit sebanyak membantu dalam kerangka objektif kajian ini untuk melihat kefahaman pelajar terhadap Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan jati diri.

Kajian oleh Nazri Muslim dan Abdul Latif Samian (2012) telah mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian yang melibatkan seramai 800 responden dari empat buah IPTA ini menunjukkan peruntukan Bahasa Melayu dalam perlembagaan sangat memberi implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia kerana pelajar Melayu khususnya masih lagi sensitif dan peka terhadap hal yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Analisis juga menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan mereka adalah tinggi. Manakala bagi pelajar bukan Melayu, walaupun tahap pengetahuan dan kefahaman mereka agak tinggi, tetapi tahap penerimaan terhadap Bahasa Kebangsaan ini agak rendah. Sistem pendidikan dikatakan gagal menerapkan kefahaman pelajar terhadap kontrak sosial sehingga golongan muda ini tidak faham dan sukar untuk menerima apa yang termaktub dalam perlembagaan. Kesukaran tahap penerimaan inilah yang akhirnya boleh menimbulkan konflik apabila muncul isu yang berkaitan dengan peruntukan Bahasa Melayu dalam perlembagaan. Isu kefahaman ini seharusnya diberi perhatian serius bagi mengelakkan sebarang sikap rasisme, prejudisme dan diskriminasi dalam anggota masyarakat. Oleh itu, dicadangkan bahawa penulisan buku teks khususnya bagi subjek Sejarah perlu ditulis dengan memberi penekanan kepada rasional sebab dan kelebihan serta keistimewaan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan kepada rasional sesuatu perkara itu boleh mendorong pelajar untuk mudah menerima kerana mereka adalah golongan terpelajar dan mempunyai pemikiran yang kritis dan terbuka terhadap sesuatu isu bagi membolehkan jati diri bangsa Malaysia dipupuk.

Kajian seterusnya adalah daripada Ayu Norazilah Mohamad, Mohammad Ali, Wayu Nor Asyikin (2019). Fokus mereka melihat kepada peranan Perlembagaan Persekutuan sebagai agen keharmonian perhubungan masyarakat majmuk di Malaysia dan kewajipan memahami peranan itu oleh semua pihak. Dapatan kajian mereka mendapati kewujudan Perlembagaan Persekutuan merupakan elemen mustahak yang mengikat hubungan sosial warga negara ini.

(6)

Hal ini demikian kerana, pembentukan persefahaman, permuafakatan dan saling bertolak ansur antara masyarakat berbilang kaum memerlukan usaha dan penghayatan terhadap sejarah dan isi kandungan perlembagaan supaya setiap anggota masyarakat faham akan tanggungjawab terutamanya dalam konteks memelihara keamanan dan perpaduan kaum untuk kebaikan semua. Pembentukan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum memerlukan usaha dan penghayatan terhadap sejarah dan perlembagaan sebagai agen penyatuan. Permuafakatan dan saling bertolak ansur antara masyarakat berbilanag kaum sangat penting kerana ia akan mewujudkan persefahaman.

Sementara itu, menyentuh tentang jati diri pula terdapat beberapa kajian yang telah dibincangkan oleh beberapa sarjana. Kajian Sabaryah (2013) misalnya telah membicarakan tentang definisi jati diri, konsep jati diri dan konsep bangsa Malaysia. Kajian ini turut membincangkan tentang langkah-langkah penyerapan Bahasa Melayu (BM) yang diperlukan dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia melalui sistem pentadbiran, pendidikan dan komunikasi media massa, cabaran-cabaran yang akan ditempuhi dalam membentuk jati diri dan keberkesanan Bahasa Melayu dalam mengolah jati bangsa Malaysia. Kajian yang hampir sama dalam mengaitkan Bahasa Melayu sebagai medium penerapan jati diri dikaji oleh Abdullah Hassan (2009). Kajian ini membincangkan kaitan antara bahasa khususnya Bahasa Melayu dengan jati diri individu dan bangsa, khususnya Melayu di Malaysia. Definisi jati diri individu dan bangsa juga dikupas menggunakan kamus falsafah dan merujuk kepada beberapa definisi daripada ahli sosiologi, sejarah dan ahli politik. Berdasarkan interpretasi tersebut, terdapat lima ciri yang membentuk jati diri bangsa yang berjaya dirumuskan iaitu leluhur, bahasa, kebudayaan, agama dan tempat tinggal yang sama. Namun begitu, disebalik ciri ini terdapat mekanisme yang merangsang perubahannya. Hipotesis juga dibuat dengan menyatakan perubahan jati diri sesebuah bangsa adalah disebabkan oleh perubahan bahasa yang digunakan. Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyentuh tentang kefahaman serta interpretasi tentang Perlembagaan Malaysia dan bersifat umum yang mana kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada kefahaman jati diri terhadap perlembagaan dalam kalangan pelajar atau generasi muda khususnya pelajar.

Penelitian kajian seterusnya adalah daripada Rosfazila Abd Rahman, Hairol Anuar Mak Din, Jessica Ong Hai Liaw, Adlina Abdul Khalil dan Munira Abd Razak (2020) iaitu “Jati Diri dan Patriotisme Dalam Kalangan Generasi Baru Masyarakat Majmuk Malaysia: Kajian Terhadap Pemahaman, Persepsi, Penerimaan dan Cabaran.” Kajian ini memfokuskan pemahaman, persepsi, penerimaan serta cabaran dalam kalangan generasi terhadap konsep jati diri dan patriotisme. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa konsep jati diri dan patriotisme mempunyai perspektif positif, namun masih ada segelintir yang tidak tahu atau kurang jelas tentang jati diri kerana kurangnya kesedaran dalam diri masing-masing. Malahan cabaran yang paling utama diutarakan oleh informan adalah cabaran perkauman, kurangnya persefahaman antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan tribulasi media sosial. Tambahan lagi, penyalahgunaan media sosial yang meluas dan tiada sempadan dikatakan boleh mencetuskan salah faham dan perkelahian sesama masyarakat jika masyarakat tidak memiliki jati diri yang kuat. Jelasnya, kajian ini menegaskan kefahaman mengenai konsep jati diri dan patriotisme harus disebarluas agar warganya mampu menyemai semangat patriotisme dan mengukuhkan jati diri yang wujud dalam diri mereka. Bagi Ismail Ibrahim (2010b) pula beliau menyifatkan jati diri bagi rakyat Malaysia merupakan isu yang sangat kompleks memandangkan negara ini menerima kepelbagaian kaum, agama, budaya dan bahasa. Oleh kerana negara kita mempunyai sistem perlembagaan yang merangkumi sistem perundangan, sosial, agama, bahasa dan sebagainya, maka beliau berpendapat pengakuan sebagai rakyat Malaysia adalah pengiktirafan

(7)

jati diri yang iltizam kepada iklim dan landskap negara ini secara keseluruhannya. Beliau juga mengatakan bahawa rakyat harus mengenali jati diri dan sahsiahnya secara mendalam bagi merealisasikan aspirasi negara menjadi sebuah negara maju.

Kajian Rorlinda et al. (2016) pula mengkaji melihat sejauh mana kekukuhan jati diri dalam kalangan pelajar sekolah dari segi sosioemosi mereka. Kajian Mohd. Yusof et al. (2010) misalnya mengkaji tentang jati diri kebangsaan pelajar IPT. Dapatan kajian menunjukkan 54.6 peratus pelajar IPT yang kukuh jati diri mereka. Kajian Mohd. Yusuf et al. (2010) berbentuk umum iaitu kepada semua pelajar IPT tanpa mengira kaum. Kajian Zamri et al. (2017) berfokus kepada tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan universiti awam. Sementara kajian Hashim (2008) dan Siti Sarah (2015) mengukur sama ada orang Melayu masih kukuh jati diri atau sudah menyimpang jati diri Melayu. Ramlah (2005) lebih melihat sejauh mana pelajar IPT mempunyai pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara. Dapatan kajian Ramlah mendapati walaupun signifikan tetapi sudah ada ketirisan, pengurangan dan kelunturan pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia.

Tinjauan kajian lepas yang terakhir oleh Wan Ahmad Fauzi (2019) pula menyatakan bahawa prinsip keluhuran Perlembagaan meletakkan jati diri watan Tanah Melayu di tempat tinggi dan tidak boleh dilihat sebagai diskriminasi kepada mana-mana pihak. Bukan rakyat Raja Melayu ketika diterima sebagai warganegara Tanah Melayu, jati diri watan Tanah Melayu sudah sedia ada malah menjadi prasyarat ketaatan mereka. Setiap warganegara mesti menghormati prinsip keluhuran Perlembagaan, kerana di situ letaknya kedaulatan undang-undang. Oleh itu, jati diri watan Tanah Melayu tidak boleh dicabar mahupun cuba digugat mana-mana pihak. Justeru, jika ada warganegara yang tidak boleh menghormati watan Tanah Melayu juga kedudukan istimewa anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta ingkar untuk menghargainya patut berasa malu untuk mengaku sebagai bangsa Malaysia.

Berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas, hasil penyelidikan dan penulisan sedia ada di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya kefahaman dan interpretasi terhadap Perlembagaan Persekutuan kerana ia sememangnya berkait dengan jati diri setiap individu.

Oleh itu, usaha ke arah pemahaman ini perlu dipergiat bagi memantapkan jati diri seterusnya membawa kepada pengekalan keharmonian negara yang dikecapi sehingga ke hari ini.

4. Hasil Dapatan dan Perbincangan

Jadual 1: Kebolehpercayaan Soal Selidik Cronbach's Alpha N of Items

0.914 18

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa nilai Alpha Cronbach adalah 0.914. Ini menunjukkan bahawa instrumen dalam keadaan baik serta efektif dan boleh digunakan dalam kajian bagi kajian kefahaman interpretasi jati diri dalam Perlembagaan Persekutuan di kalangan pelajar ASASIpintar.

(8)

Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Pelajar ASASIpintar Terhadap Interpretasi Jati Diri dalam Perlembagaan Persekutuan

Rajah 1: Kefahaman Interpretasi Jati Diri Pelajar Dalam Perlembagaan Persekutuan

Rajah 1 di atas menunjukkan peratusan tahap kefahaman interpretasi jati diri pelajar dalam Perlembagaan Persekutuan. Peratusan tertinggi yang menyumbang terhadap kefahaman interpretasi jati diri pelajar dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sikap sebanyak 90%, diikuti pengetahuan sebanyak 85% dan akhir sekali kemahiran sebanyak 84%. Kefahaman jati diri pelajar ASASIpintar dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dimantapkan dari masa ke semasa dalam memastikan ianya tidak luntur ditelan era digitalisasi. Salah satunya dengan berasa bangga dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dapat mengelakkan berlakunya penjajahan minda serta dapat mengekalkan nilai dan jati diri sebuah bangsa. (Abdullah Hassan, 2009 & Zamri Mahamod, et al., 2020) Kelunturan jati diri dalam kalangan pelajar juga perlu dikekang kerana mereka adalah pelapis kepemimpin negara yang diamanahkan untuk membawa idea-idea perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai agama, etnik, bangsa, dan budaya. Bahasa sukuan dibenarkan diajar dalam sistem pendidikan negara dengan meletakkan keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara yakni bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 152 yang membicarakan Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional). (Teo Kok Seong, 2012) Pendidikan yang berterusan dari peringkat awal sehinggalah dewasa amat penting dalam membentuk pemahaman pelajar terhadap konsep Rukun Negara seterusnya membentuk sikap menghormati budaya, agama, dan tatacara hidup yang berlainan dalam negara Malaysia. (Siti Norayu Mohd Basir, et al., 2014).

85% 84%

90%

80%

82%

84%

86%

88%

90%

92%

TAHAP PENGETAHUAN

TAHAP KEMAHIRAN

TAHAP SIKAP Kefahaman Interpretasi Jati Diri dalam Perlembagaan

Persekutuan

(9)

Rajah 2: Perbezaan Kefahaman Interpretasi Jati Diri Dalam Perlembagaan Persekutuan Mengikut Jantina

Rajah 2 di atas menunjukkan peratusan tahap kefahaman interpretasi jati diri pelajar dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut jantina. Bagi pengetahuan pelajar perempuan ianya menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 86% berbanding pelajar lelaki iaitu 84%, manakala kemahiran pelajar perempuan juga menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 85.9% melebihi dari peratusan pelajar lelaki iaitu 82.3% dan akhir sekali sikap pelajar perempuan menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 91% berbanding pelajar lelaki iaitu 88%. Kedua-dua jantina bagi pelajar ASASIpintar menunjukkan peratusan yang tinggi terhadap kefahaman interpretasi jadi diri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ianya disokong oleh Zamri Mahamod, et al., (2017), hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kefahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme yang tinggi ketika dalam pembelajaran mahupun kehidupan. Bagi memastikan kandungan dan persekitaran pembelajaran di institut pengajian tinggi menyokong pembinaan jati diri para pelajar, menurut Abdul Latiff Abu Bakar (2012), untuk melahirkan warganegara yang mempunyai kekuatan jati diri kebangsaan yang kukuh, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mestilah mempunyai Dasar Kebangsaan yang mantap dan tegas melaksanakannya. Sistem Pendidikan di Malaysia mampu untuk memupuk semangat patriotisme serta membentuk jati diri belia di Malaysia. (Mohd Mahadee, et al., 2016) Kefahaman serta penghayatan jati diri juga boleh dibentuk melalui agama mahupun kepercayaan masyarakat yang tentunya mengajar nilai-nilai murni dalam kehidupan. Dorongan dalam melakukan kebaikan adalah dorongan spiritual yang dapat memberi motivasi terhadap pembentukan jati diri remaja manakala halangan adalah tegahan supaya tidak melakukan perkara yang menyalahi syariat Islam. (Nurzatil Ismah Azizan &

Zulkifli Mohd Yusoff, 2018).

86% 85.9%

91%

84% 82.3%

88%

TAHAP PENGETAHUAN

TAHAP KEMAHIRAN

TAHAP SIKAP Tahap Pengetahuan,Kemahiran dan Sikap terhadap Interpretasi Jati Diri dalam Perlembagaan Persekutuan

Mengikut Jantina Perempuan Lelaki

(10)

Rajah 3: Perbezaan Kefahaman Interpretasi Jati Diri Dalam Perlembagaan Persekutuan Mengikut Lokasi

Rajah 3 di atas menunjukkan peratusan tahap kefahaman interpretasi jati diri pelajar dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut lokasi. Bagi pengetahuan pelajar perempuan ia menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 86% berbanding pelajar lelaki iaitu 81%, manakala kemahiran pelajar perempuan juga menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 85.1% melebihi dari peratusan pelajar lelaki iaitu 81.9% dan akhir sekali sikap pelajar perempuan menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 90% berbanding pelajar lelaki iaitu 87%. Kedua-dua lokasi penempatan pelajar di bandar mahupun luar bandar menunjukkan peratusan yang tinggi terhadap kefahaman interpretasi jati diri mereka dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun ianya berbeza dari aspek penghayatan dan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia yang masih rendah antaranya kaum bukan Melayu termasuk Bumiputera dan Sabah berbanding jati diri Bahasa Melayu kaum Melayu itu sendiri. (Juriah Long & Zaini Mahbarke, 2012) Selain itu, tahap penghayatan penggunaan Bahasa Melayu yang berkurangan berbanding aspek pemahaman dan penghayatan juga ada kaitannya dengan penekanan kebanyakan Universiti Awam terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (Zamri Mahamod, et al, 2017). Momentum kefahaman interpretasi jati diri pelajar dalam Perlembagaan Persekutuan harus berterusan bagi mengelakkan rasa ragu-ragu yang bakal meruntuhkan ketamadunan negara. Bahasa melambangkan jati diri yang kuat bagi sesebuah masyarakat yang mana ianya mampu menjadi bahasa ilmu yang ulung dalam membangunkan sesebuah negara contohnya Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. (Nur Azuki Yusuff & Khuzaiton Zakaria, 2018).

5. Kesimpulan

Kefahaman jati diri pelajar ASASIPintar dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dimantapkan dari masa ke semasa dalam memastikan ianya tidak luntur ditelan era digitalisasi. Elemen jati diri dalam diri pelajar boleh diamalkan melalui kefahaman terhadap perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu melalui Perkara 3, 14, 32, 152 dan 153. Perkara -perkara ini ialah berkenaan Agama Islam, Kewarganaegaraan, Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelajar untuk memahami interpretasi jati diri yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan agar dapat menghayati dan mengamalkannya sebagai warganegara Malaysia. Kefahaman terhadap interpretasi jati diri sangat penting bagi mengelakkan berlakunya penjajahan minda serta dapat mengekalkan nilai dan jati diri sebuah bangsa. Kelunturan jati diri dalam kalangan pelajar juga

86% 85.1%

90%

81% 81.9%

87%

TAHAP PENGETAHUAN

TAHAP KEMAHIRAN

TAHAP SIKAP Tahap Pengetahuan,Kemahiran dan Sikap terhadap Interpretasi Jati Diri dalam Perlembagaan Persekutuan

Mengikut Lokasi Pelajar Bandar Luar Bandar

(11)

perlu dikekang kerana mereka adalah pelapis kepemimpin negara yang diamanahkan untuk membawa idea-idea perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang majmuk. Oleh itu, usaha ke arah pemahaman ini perlu dipergiat bagi memantapkan jati diri seterusnya membawa kepada pengekalan keharmonian negara yang dikecapi sehingga ke hari ini.

Rujukan

Harun, R., Hock, L. K., & Othman, F. (2011). Environmental Knowledge and Attitude among Students in Sabah. World Applied Sciences Journal, 14, 83-87.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Mahzan Awang & Chew Fong Peng.

(2017): Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Jati Diri Pelajar Aliran Pendidikan Universiti Awam (Understanding, Appreciation and Practice of Identity Among Students of Education in Public Universities) Jurnal Personalia Pelajar 20 1 – 10.

Abdul Latiff Abu Bakar. (2012). Jati Diri Dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan. Jati Diri Dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia 1-34. Tanjung Malim: Penerbitan Institusi Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ismail Ibrahim. (2010a). Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari. Bangi: Institut Islam Hadhari UKM.

Ismail Bakar. (2010) Sejarah Kepimpinan Dan Politik Ke Arah Pembentukan Jati Diri Kebangsaan. Dlm. Mohd Yusof Osman (Pnyt.), Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari. Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 197-120.

Abas, M.S. (2015). Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2009). Bahasa Melayu Di Persimpangan: Antara Jati Diri Dengan Rempuhan Globalisasi. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities 16, 59–81.

Ayu Norazilah Mohamad, Mohammad Ali & Wayu Nor Asyikin (2019). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Mengharmonikan Ikatan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Journal of Muwafaqat, 2(1), 60-74.

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, 13 Ogos 2019 11:01am

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/08/595616/hormat-jati-diri-watan- tanah-melayu

Faridah Jalil. (2007). Perlembagaan Persekutuan Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang.

Dlm. Faridah Jalil (pnyt.). Undang-Undang Malaysia: 50 tahun merentasi zaman. Bangi:

Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasnah Hussin. (2007). Pembangunan Etnik di Malaysia. Pemikir. April-Jun Bil.43.

Ismail Ibrahim. (2010b). 1Malaysia: Pembentukan Jati Diri Kebangsaan. Dlm. Mohd Yusof Osman (Pnyt.), Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari (hlm. 3-20). Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Azri Ibrahim, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Abang Mohd Razif Abang Muiz, Budi Anto Mohd Tamring & Sirahim Abdullah. (2020). Pengetahuan tentang Perlembagaan dan Undang-undang dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysian Journal of Social Science and Humanities, Volume 5, Issue 12, 367-377.

Mohd. Azri Ibrahim, Romzi Ationg, Mohd. Sohaimi Esa, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff & Saifulazry Mokhtar. (2021).

Pengetahuan Terhadap Ilmu Perlembagaan, Undang-undang dan Rukun Negara dalam Konteks Kepimpinan: Kajian Kes Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Journal of Islamic, Social, Economics and Development, Volume: 6 Issues: 38 [June, 2021] Special Issues 45 – 59.

(12)

Nazri Muslim. (2016). Kefahaman Dan Penerimaan Belia Terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies. 29-54.

Nazri Muslim & Abdul Latif Samian. (2012). Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of the Malay World and Civilisation, (IMAN 30(1), 2012: 3 – 27.

Perlembagaan Persekutuan. (2019). International Law Book Services: Petaling Jaya.

Ramlah Adam. (2005). Kajian Tahap Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Rukun Negara di kalangan Pelajar IPT. Geran Penyelidikan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional.

Ratnam, K.J. (1969). Communication and the Political Process in Malaya. Kuala Lumpur:

University of Malaya Press.

Rorlinda Yusof, Noriah Mohd Ishak, Azizah Mohd Zahidi. (2016). Leadership characteristic among gifted and talented students at Malaysia National Gifted Center. International Journal of Scientific Research, 4 (8).

Rosfazila Abd Rahman, Hairol Anuar Mak Din, Jessica Ong Hai Liaw, Adlina Abdul Khalil &

Munira Abd Razak. (2020). Jati Diri dan Patriotisme Dalam Kalangan Generasi Baru Masyarakat Majmuk Malaysia: Kajian Terhadap Pemahaman, Persepsi, Penerimaan dan Cabaran, Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian 24 & 25 November 2020. e-ISBN: 978 967 2122 90 6.

Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, Anisah Che Ngah, Mohamed Anwar Omar Din & Hanif Md Lateh. (2017). Raja-raja Dalam Penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957: Satu Kajian Sejarah Perundangan. Journal of Nusantara Studies 2017, Vol 2(1) 27- 39 Universiti Sultan Zainal Abidin ISSN 0127-9386 (Online).

Zamri Mahamod, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Shamsudin Othman, and Alizah Lambri, and Hadi Hassan, (2020) Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 27-36.

Abdul Latiff Abu Bakar. (2012). Jati diri dan patriotisme berpaksikan Sejarah, Perlembagaan dan Dasar Kerajaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). Jatidiri dan patriotisme, teras peradaban Malaysia. Siri penyelidikan dan penerbitan institut peradaban Melayu. Perak Darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan Globalisasi. Kemanusiaan. 16. 59-81.

Juriah Long & Zaini Mahbarke. (2012). Dwibahasaan dalam Sistem Pendidikan dan Kaitannya dengan Jati Diri Kebangsaan. Jurnal Linguistik. 16. 1-23.

Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Mansor Mohd Noor & Siti Noranizah Hafizah Boyman. (2016). Penghayatan Semangat Patriotisme Belia Malaysia: Kajian ke atas PLKN. Research Journal of Social Sciences. 9 (3). 37-44.

Nur Azuki Yusuff & Khuzaiton Zakaria. (2018). Loghat Kelantan Pemangkin Jati Diri Rakyat Kelantan: Kelestarian dan Pemerkasaannya. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, & Humanities.1 (2). 25-39.

Nurzatil Ismah Azizan & Zulkifli Mohd Yusoff. (2018). Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi. 5 (2). 216-230.

Siti Norayu Mohd Basir, Junainor Hassan, Shuhairimi Abdullah & Hassad Hassan. (2014).

Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek Hubungan Etnik: Kajian Kes di Universiti Malaysia Perlis. Journal of Human Development &

Communication. 3. 67-79.

(13)

Teo Kok Seong. 2012. Penghayatan Bahasa Dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). Jatidiri Dan Patriotisme, Teras Peradaban Malaysia. Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu. Perak Darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Referensi

Dokumen terkait