Kelestarian alam sekitar
tanggungjawab semua
Mardinah Jikur
Tanggungjawab memuiihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua pihak dan tidak sepatut
nya diletakkan di bahu kerajaan atau pertubuhanpertubuhan tertentu sema
tamata.
Timbalan Yang DiPertuaDewan
Rakyat yang juga Ahli Parlimen'
Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, memetik kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul', mesej itu jelas memper
lihat semua harus memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat.
"Semua pihak harus memandang serius terhadap usaha meningkatkan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di mana usaha pemantauan dan penguatkuasaan dari segi pembi
naan keupayaan dan latihan sumber manusia juga harus ditingkatkan,"
katanya,
"Sebagai contoh, dengan hanya sumbangan kecil seperti tidak melakukan pembakaran terbuka di samping mengamalkan Prinsip 3R (Reduce,Reuse, Recycle), atau Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula dan Kitar Semula oleh sebanyak mungkin individu, setidak
tidaknya kita dapat membantu men
gawal pemanasan global," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (KKKI) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 di Dewan Serbaguna Telupid pada Khamis lepas.
Hadir sama, Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Yayasan Sabah, Dr Waidi Sinun, yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad; Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Julilja Ontol; Pegawai Daerah Tongod, Robert Stidi; Penolong Pegawai Daerah Telupid, Jumain Abd Ghani mewakili Pegawai Daerah Telupid, Benedict Asmat; Ketua Balai Polis Telupid, SI Aping Basanon; ketuaketua jabatan dan penduduk setempat.
Kawasan kawalan khusus Ronald berkata, selain itu, pen
gawalan pembangunan terutamanya yang memberikan kesan terhadap hutan hujan tropika, hidupan liar dan sumber air bersih juga harus dibuat dengan mengambil langkahlangkah seperti penentuan atau pewartaan kawasan tertentu sebagai 'Kawasan Kawalan Khusus' iaitu semua pemban
gunan di dalamnya akan dikawal supaya mematuhi amalan terbaik dalam hal kemampanan.
Dalam pada itu, kesan pemanasan global memberi kesan lebih buruk dan meninggalkan kesan kepada seluruh penduduk dunia termasuk bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas melampau.
Isuisu pemanasan global sering didengari umum dan memberikan
impak yang cukup besar kepada alam
sekitar, dan fenomena itu menyebabkan peningkatan suhu dunia dise
babkan oleh aktivitiaktiviti seperti perindustrian, pengangkutan, pem
bakaran hutan, pertanian dan penter
nakan yang tidak terkawal.
Pembakaran bahan^pi fosil seperti
gas dan arang batu bagi mengger
akkan mesin dan jentera telah men
geluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
Semakin banyak gas karbon dioksidd dihasilkan, semakin banyak haba yang terperangkap di lapisan atmosfera lan
tais meningkatkan suhu udara secara global.
"Dalam sesetengah keadaan, pem
bangunan kegiatan pertanian yang berselerak tanpa perancangan dan pen
gurusan yang betul akan menye
babkan kemusnahan habitat yang mengancam pergerakan dan
kemandirian hidupan liar," ujarnya.
"Ketfadaan muara simpan atau zon
penampan di sepanjang sistem sungai menimbulkan ancaman bagi kelompok hidupan liar yang mendiami ekosistem sungai," katanya, menambah pembangunan pertanian tidak bertanggung
jawab pada masa lampau telah men
gunjur hingga ke tebing sungai.
Selain itu, kegiatan pembakaran ter
buka di tanah persendirian yang berse
belahan dengan hutan simpan serta pembukaan tanah, meningkatkan lagi Headline Kelestarian alam sekitar tanggungjawab semua
MediaTitle Harian Ekspres (KK)
Date 09 Jun 2014 Color Full Color
Section Tempatan Circulation 29,826
Page No 9 Readership 97,836
Language Malay ArticleSize 1034 cm²
Journalist N/A AdValue RM 5,327
Frequency Daily (EM) PR Value RM 15,980
risiko kehilangan kepelbagaian bio.
"Dalam hal ini, saya yakin kerajaan akan terus berusaha meningkatkan pengurusan dari aspek pemuliharaan serta perlindungan sumbersumber asli negeri dan alam sekitar secara holistik, tennasuk memastikan udara dan air yang bersih, memulihara habitat dan sumbersumber asli," katanya.
Mengenai majlis yang diadakan di Telupid pada Khamis, Ronald yang menyambut baik program itu turut merakam penghargaan kepada pihak penganjur di atas usaha muroi terse
but.
"Kehadiran kita pada pagi ini menunjukkan keprihatinan serta komitmen padu untuk bersamasama menyemarakkan lagi semangat menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar yang merupakan khazanah berharga negara dan juga dunia," jelasnya.
Kerjasama dengan Petronas Terdahulu, dalam teks ucapan Sapawi yang dibacakan oleh Waidi beli
au berkata, kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dan Petronas mem
bolehkan syarikat petroleum negara itu menyalurkan dana berjumlah RM6 juta, khas untuk programprogram khidmat kemasyarakatan, kesedaran awam, pen
didikan alam sekitar, kajian etnoper
hutanan, penyelidikan, pengukuhan keupayaan kakitangan, penyediaan pelan pengurusan KKKI serta kerja
kerja asas kg arah pembinaan Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak.
Program itu dilaksanakan dengan tujuan merealisasikan matlamat KKKI sebagai suatu pusat pefnbelajaran dalam bidang konservasi kepelbagaian^.
bio selain penggunaan sumber^sli ■ *
secara mapan. Selain itu, katanya, memperkenalkan Kanyon Imbak seba
gai bank gen dengan kekayaan hidu
pan tumbuhan yang begitu luas, untuk tujuan memeliharanya bagi kepentin
gan generasi sekarang dan masa akan datang.
"Selaras dengan perkembangan semasa global yang menitikberatkan isu pemuliharaan alam sekitar, pro
gram seumpama ini dapat mewujud
kan kesedaran betapa pentingnya
memulihara dan menjaga alam Seki
tar," jej^snya, di mana KKKI juga kaya
dengan sumber tumbuhan yang mempunyal nilai perubatan tiijggi dengan lebih 55 spesis flora ditemui dalam eks
pedisi yang dijalankan pada tahun .2004.
Bagaimanapun, penemuan melalui sesuatu ekspedisi hanya akan menjadi rekod jika tiada susulan terutama sum
ber hutan yang mempunyai nilai peru
batan.
Setakat ini, belum banyak kajian
etnobotanikal sistematik yang
dijalankan di kawasan Kanyon Imbak,dan mungkin langkah seterus oleh
Yayasan Sabah dan Petronas adalah dengan menceburi bidang itu secara mendalam.Golongan warga emas yang mem
punyai pengetahuan luas mengenai
penggunaan tumbuhtumbuhan yang mempunyai nilai perubatan, juga semakin berkurangan.Sapawi berkata, selain kerjasama dengan Petronas, satu cadangan iaitu pada fasa akan datang ialah beker
jsama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) bagi mengkomesilkan kegunaan sumber yang mana prosesnya mungkin memakan masa yang lama tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang.
Sementara itu, Sapawi berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk terus menjaga dan memulihara Kanyon Imbak.
Beliau berharap ia akan dipert
ingkatkan lagi dengan menerapkan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan rasa sayang kepada sumber alam seki
tar khususnya dalam kalangan masyarakat.
Program mendekati masyarakat Dalam pada itu, berucap pada majlis itu Julita berkata, majlis yang
diadakan di Telupid itu antara lain merupakan sebahagian program mendekati masyarakat yang tinggal berdekatan Kanyon Imbak.
Pada 2012, program itu diadakan di Tongod dan program itu juga mem
perkenal KKKI kepada masyarakat secara dekat demi memupuk
kesedaran bahawa betapa pentingnya pemuliharaan dan penggunaan sumber hutan secara mapan demi generasi akan datang.
^Katanya, pada 2010 Yayasan Sabah
dan Petronas memeterai satu peijanjian untuk memulihara Kanyon Imbak yang mempunyai keluasan 30,000 hek
tar.
Di bawah perjanjian itu, Petronas menyumbang RM6 juta untuk men
jadikan
Kanyon Imbak sebagai pusat pen
didikan bagi pemeliharaan kepelbaga
ian bio serta penggunaan sumbersum
ber asli secara mapan.
Pembiayaan itu juga bertujuan * meningkatkan kesedaran mengenai Kanyon Imbak kalangan masyarakat Malaysia dengan memberi tumpuan kepada masyarakat tempatan di seki
tar kawasan konservasi, dan pada masa sama merangka pelan penguru
san jangka panjang supaya Kanyon Imbak dapat diurus dengan lebih sis
tematik dan cekap.
Penglibatan Petronas dalam usaha itu juga sejajar kesedaran pentingnya"
memulihara kepelbagaian bio untuk jangka masa panjang selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR)
Petronas.
Katanya, kerjasama di antara Yayasan Sabah dan Petronas dalam usaha memelihara Kanyon Imbak akan diteruskan tennasuk men
jayakan pembangunan sebuah pusat kajian di KKKI.
"Ini merupakan komitmen kami vmtuk menyokong penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar yang meru
pakan sebahagian dari CSR kami,"
jelasnya.
Jeti Ulu Kinabatangan Fasa pertama kerjasama itu
menyaksikan pembinaan sebuah Pusat Informasi dan juga Jeti Ulu
Kinabatangan di Imbak untuk kemu
dahan penduduk setempat.
Pusat informasi itu juga akan digu
nakan Persatuan Pemandu Pelancong dan Porter yang mana ahliahlinya ter
diri dari penduduk sekitar Kanyon Imbak sekaligus memberi peluang kepada penduduk setempat yang ting
gal di sekitar Kanyon Imbak
menikmati faedah dari usaha pemuli
haraan kawasan itu, selain ia turut memerlukan kerjasama dan tanggung
jawab bersama.
Pada Hari Terbuka Kawasan Konservasi Kanyon Imbak sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 anju
ran bersama Yayasan Sabah, Petronas dan Pejabat Daerah Telupid itu, aktres terkenal yang turut mempunyai minat mendalam dalam penjagaan alam sekitar dan konservasi Maya Karin, turut menyampaikan ceramah mengenai alam sekitar kepada hadirin.
Dalam perkongsiannya, Maya turut menyatakan komitmennya untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti penja
gaan alam sekitar dan konservasi.
Maya juga berharap masyarakat menyokong usaha dalam melestari alam sekitar.
Pada 2013, Maya pernah melawat
KKKI. t
Pada majlis itu, Ronald turut menanam anak pokok di kawasan berhampiran dewan berkenaan.
Kumpulan Yayasan Sabah juga memberikan anak pokok kepada hadirin sebagai simbolik kepada usaha Headline Kelestarian alam sekitar tanggungjawab semua
MediaTitle Harian Ekspres (KK)
Date 09 Jun 2014 Color Full Color
Section Tempatan Circulation 29,826
Page No 9 Readership 97,836
Language Malay ArticleSize 1034 cm²
Journalist N/A AdValue RM 5,327
Frequency Daily (EM) PR Value RM 15,980
melestan alam sekitar. Program gotongroyong bersama penduduk
setempat turut berlangsung pada pagi berkenaan.
RONALD menanam anak pokok sambil disaksikan (dari kanan) Julita^Waidi, Robert dan Maya serta hadirin.
WAIDI (kedua kiri) memberi penerangan kepada Ronald (ketiga kanan), Julita (keempat kanan) dan Robert (kedua kanan) mengenai Kawasan Konservasi Kanyon Imbak.
Headline Kelestarian alam sekitar tanggungjawab semua MediaTitle Harian Ekspres (KK)
Date 09 Jun 2014 Color Full Color
Section Tempatan Circulation 29,826
Page No 9 Readership 97,836
Language Malay ArticleSize 1034 cm²
Journalist N/A AdValue RM 5,327
Frequency Daily (EM) PR Value RM 15,980