• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apakah Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT)? Reka Bentuk Dan Aplikasinya Dalam Pengkaryaan Seni Visual

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Apakah Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT)? Reka Bentuk Dan Aplikasinya Dalam Pengkaryaan Seni Visual"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

488

Apakah Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT)? Reka Bentuk Dan Aplikasinya Dalam Pengkaryaan Seni Visual

Che Aleha Ladin1 , Intan Marfarrina Omar2, Vishalache Balakrishnan3 & Azniyati Kamaruddin4

1234Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

[email protected], [email protected], [email protected] [email protected]

ABSTRAK

Pengenalan- Lakaran sebagai asas penjanaan idea, boleh digunakan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan maklumat. Dalam konteks seni visual, lakaran digunakan sebagai idea awal untuk mencipta idea yang lebih kreatif, kritis supaya mempunyai kualiti estetik dan menepati aspek pengkaryaan yang bersesuaian. Namun demikian, kekurangan kemahiran dan kefahaman dalam pengkaryaan menyebabkan ia sukar mencapai aras tinggi.

Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasi Kemahiran Melakar Aras Tingi (KMAT) dalam pengkaryaan seni visual.

Methodologi –Satu kajian kes kualitatif dijalankan melibatkan temu bual separa berstruktur dengan tiga orang pakar Seni Visual, dua guru dan empat orang murid sekolah menengah. Kajian ini juga menggunakan kaedah pengumpulan dokumen hasil karya murid semasa mengaplikasi KMAT dalam kalangan murid. Data kajian dianalisis secara analisis templet.

Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh langkah penting untuk mencapai KMAT iaitu kefahaman menyeluruh tentang aspek perekaan melibatkan peniruan imej 100%, melakar berdasarkan olahan bentuk asas, menggunakan pelbagai bahan dan media, kefahaman kadar banding dan komposisi, melakar dengan perspektif, menzahirkan idea dengan cara tersendiri dan seterusnya lancar mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran. Walau bagaimanapun, kejayaan pencapaian KMAT bergantung kepada kaedah pelaksanaannya, kefahaman asas seni reka, disertai dengan minat dan bakat murid yang mendalam.

Kepentingan – Reka bentuk KMAT sesuai digunakan oleh murid sekolah menengah dan guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual.

KMAT juga boleh digunakan secara meluas oleh golongan yang berminat dalam pengkaryaan seperti pelukis atau pereka supaya dapat melatih pemikiran, melahirkan idea yang kritis dan kreatif dan meningkatkan kualiti penciptaan dalam pelbagai bidang sejajar dengan konteks revolusi Industri 4.0.

(2)

489

Kata Kunci: Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT), Seni Visual, Unsur seni dan Prinsip rekaan.

Pengenalan

Lakaran adalah satu proses awal yang ringkas untuk menghasilkan idea. Lakaran akan digunakan untuk menghasilkan karya dengan lebih cepat, menunjukkan konsep, pemikiran dan idea utama. Penggunaan lakaran akan dapat memberi penjelasan idea dan penceritaan dalam sesuatu hasil karya. Menurut Santos (2016) dan Uz (2018), lakaran menjadi kunci yang dapat melatih pemikiran dan motor halus murid-murid secara optimum.

Murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran membuat lakaran yang berkualiti dengan teknik yang betul walaupun proses melakar boleh dihasilkan secara spontan. Menurut Mayo (2012) teknik melakar boleh diperbaiki sekiranya terdapat kaedah mudah yang didedahkan. Pelukis yang memahami dan mengaplikasi asas seni reka iaitu elemen seni dan prinsip rekaan, akan dapat menghasilkan apa jua karya seni (Parks, 2015). Hal ini dinyatakan oleh Yenawine,(2014) dan Kei (2015) iaitu pengetahuan dan kefahaman perekaan diperlukan bagi menganalisis hasil karya seni, menterjemah, menjelaskan maklumat dan menyelesaikan masalah.

Pada masa kini terdapat pelbagai alat dan bahan yang dapat digunakan sebagai media untuk melakar. Penggunaan pensel, pen, marker, warna pensel dan warna pastel dan pelbagai bahan yang lain seringkali menjadi bahan dalam lakaran. Namun, kajian Liau (2018) mendapati murid hanya diberi pendedahan menggunakan pensel untuk melukis dan ilmu melukis tidak diberi secara mendalam kepada murid. Kekurangan pendedahan menggunakan pebagai bahan dan teknik dalam penghasilan karya boleh memberi kesan kepada penghasilan karya seni yang lebih kreatif dan inovatif.

Bagi menghasilkan karya yang baik, penguasaan asas seni reka dan prinsip rekaan menjadi keperluan utama. Beberapa kajian menunjukkan pengajaran guru yang lemah khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid mengenai unsur seni dan prinsp rekaan akan memberi kesan kepada murid semasa pengkaryaan (Ping & Che Aleha Ladin, 2019; Shah, Vargas-Hernandez, Summers & Kulkarni, 2001; Walker, 2013). Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana pengajaran teknik yang betul menjadi kunci bagi membantu perkembangan idea dan pertumbuhan kreativiti murid (Bao, Faas, & Yang, 2018).

Berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, penguasaan murid dalam aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu aras mencipta masih di tahap sederhana dan perlu ditingkatkan. Hanya 56 peratus calon menguasai Kemahiran

(3)

490

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan ianya didapati menurun berbanding 61.10 peratus calon pada tahun sebelumnya (Nor Azma Laila, 2020). Oleh yang demikian, penekanan kepada kemahiran mencipta perlu ditingkatkan demi membentuk generasi yang mampu berdaya saing di era global yang boleh menghasilkan rekaan yang baik untuk kemajuan negara.

Ojektif Kajian

1. Mereka bentuk model Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) dalam menghasilkan karya seni visual untuk murid sekolah menengah.

2. Menilai kebolehgunaan KMAT dalam menghasilkan karya Seni Visual sekolah menengah.

Soalan Kajian

1. Apakah reka bentuk Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) dalam menghasilkan karya seni visual untuk murid sekolah menengah?

2. Bagaimanakah kebolehgunaan KMAT dalam menghasilkan karya Seni Visual sekolah menengah.

Sorotan Kajian Literatur

Kemahiran melakar sangat penting dalam pelbagai konteks kerana dapat menghasilkan karya dengan lebih cepat, menunjukkan deskriptif konsep, pemikiran dan idea utama.

Lakaran juga amat diperlukan kerana ia dapat memaparkan kejelasan idea, penceritaan dan fokus kepada sesuatu hasil karya. Lakaran digunakan sebagai draf kasar reka bentuk (Ullman, Stephen Wood & David Craig, 1990) atau pelan reka bentuk utama (Waanders et al., 2011), yang boleh memaparkan satu bentuk lukisan (Johnson & Reynolds, 2005).

Sesuatu karya lakaran akan menjadi lebih menarik dan kreatif apabila menggunakan bahan yang pelbagai dalam penghasilan karya. Beberapa pengkaji menjelaskan aktiviti melakar boleh dibuat dalam pelbagai jenis alat seperti pensel (Shah et al., 2001; Ullman et al., 1990) pen (Olofsson & Sjölén, 2006), pensel warna (Zhang, Li, Wong, Ji, & Liu, 2018; Li, Bi, Wang, Xu, & Yu, 2017), pastel, pen marker, arang, krayon dan media campuran (Tachie- Menson, Asare, & Essel, 2015).

Pada masa kini, penggunaan media digital untuk menghasilkan karya semakin mendapat tempat sejajar dengan konteks revolusi industri 4.0. Walaupun kemahiran melakar secara digital memudahkan kerja kepada pelukis dan pereka, tetapi asas kepada pengetahuan untuk menghasilkan karya adalah terletak kepada kemahiran, kefahaman penguasaan unsur seni, prinsip rekaan dan peralatan yang digunakan. Kajian oleh Picard, Martin dan Tsao (2014) mendapati iPad sebagai salah satu medium memang memudahkan guru dan murid

(4)

491

untuk melukis atau membaca di dalam kelas. Namun demikian, kualiti penghasilan karya lukisan untuk aktiviti menggambar di sekolah rendah dengan menggunakan pen pada kertas lebih baik dan amat berbeza berbanding penggunaan jari secara terus di iPad yang kurang memuaskan. Matmi, Johan dan Nishita' (2005) juga mendapati terdapat keciciran terutamanya butiran kecil terhadap imej yang realistik menggunakan grafik komputer. Hal yang demikian menunjukkan walaupun teknologi diperlukan tetapi asas pengetahuan, kemahiran dan peralatan dalam lakaran sangat penting. Kemahiran memegang dan menggunakan peralatan untuk menghasilkan garisan, ton dan lain-lain atas lukisan atau kanvas perlu dititikberatkan yang sewajarnya dilatih di peringkat sekolah lagi.

Asas kepada lakaran ialah aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang. Manakala prinsip rekaan ialah harmoni, kesatuan, pengulangan, penegasan, kontra, dan kepelbagaian. Dalam menghasilkan lakaran, garisan ialah asas untuk membentuk lakaran (Ocvirk et al., 2009) yang akan menghasilkan kesan yang berbeza. Penggunaan garisan dalam lakaran dapat membawa kepada penghayatan karya, membahagikan kawasan yang ditegaskan dan mencipta ruang. Aplikasi garisan boleh menghasilkan ton, menimbulkan jalinan, menunjukkan bentuk, menunjukkan pergerakan dan menjadi motif bercorak dan ini akan memberi kesan yang menarik pada karya.

Berdasarkan Teori Ochvirk (2009), penghasilan sesuatu karya akan melibatkan tiga komponen utama iaitu subjek, bentuk dan makna (rajah 1).

Rajah 1. Kesatuan dalam berkarya (Teori Ocvirk)

Rajah1 menunjukkan kesatuan dalam berkarya oleh Ocvirk. Teori Ocvirck bersesuaian dengan konteks KMAT kerana aplikasi lakaran melibatkan pengutaraan subjek sebagai pokok persoalan atau isu utama. Bentuk ialah bagaimana karya lakaran hendak dihasilkan dengan pengaplikasian unsur formalistik dan media yang tertentu. Makna menjelaskan tujuan lakaran atau karya itu dibentuk berdasarkan konteks tertentu. Para seniman dan penghayat seni mentafsirkan dan menggariskan makna sebagai isi, kenyataan, intelektual, ekspresi atau emosi.Kombinasi ketiga-tiga komponen ini dalam teori Ocvirk dapat

(5)

492

membantu kepada kesatuan dalam berkarya yang memerlukan kefahaman aspek formalistik yang baik yang boleh memberi makna kepada orang yang membuat dan melihatya.

Metodologi

Satu kajian kes kualitatif telah dijalankan melibatkan temu bual separa berstruktur dengan tiga orang pakar Seni Visual, dua guru dan empat orang murid sekolah menengah di sebuah sekolah menengah di Negei Selangor. Empat orang murid (dikenali sebagai M1, M2, M3 dan M4) dan dua orang guru (G1dan G2) dipilih untuk mendapatkan maklumat tentang kebolehgunaan KMAT.

Manakala tiga orang pakar dalam bidang Pendidikan Seni Visual dipilih untuk mengenal pasti elemen penting dalam KMAT. Mereka terdiri daripada (i) seorang Professor dalam bidang Seni di sebuah Universiti Awam (P1), (ii) seorang pelukis juga pensyarah di Universiti Swasta yang aktif dalam pameran Seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (P2) dan (iii) seorang guru pakar Seni Visual yang mengajar lebih 20 tahun (P3). Pemilihan peserta kajian dibuat secara bertujuan kerana mereka dapat memberikan data yang tepat dan boleh memberi gambaran yang jelas berkaitan perkara yang dikaji (Creswell & Creswell, 2017; Merriam & Tisdell, 2015; Noraini Idris, 2013). Peserta kajian dipilih dalam jumlah yang kecil kerana pengkaji ingin mendapatkan maklumat yang mendalam, telus dan terperinci tentang KMAT.

Proses pengumpulan data melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur dan kajian dokumen karya murid. Data yang dikumpul ditranskripsi secara verbatim. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan data, data daripada temu bual, dilakukan triangulasi dan semakan rakan (member checking). Data yang telah dikumpul dianalisis secara analisis templet. Penyelidik menyusun data yang telah dikategorikan mengikut kluster dan tema yang bersesuaian dalam templet untuk dibuat interpretasi.

Dapatan

Dapatan kajian dikategorikan kepada dua bahagian iaitu reka bentuk KMAT dan kebolehgunaan KMAT dalam kalangan murid sekolah menengah.

1. Rekabentuk KMAT

Berdasarkan temu bual dengan tiga orang pakar yang dipilih untuk mengenalpasti reka bentuk KMAT, kajian menunjukkan terdapat tujuh kemahiran perlu dikuasai oleh murid yang dikategorikan di bawah tiga peringkat utama. Tiga peringkat tersebut ialah peringkat imitasi melibatkan; (i). peniruan imej 100%, dan (ii)melakar berdasarkan olahan bentuk asas; Peringkat manipulasi iaitu (iii) menggunakan pelbagai bahan dan media, (iv) kefahaman kadar banding dan komposisi, (v) melakar dengan perspektif; dan Peringkat Naturalisasi iaitu (vi) menzahirkan idea dengan cara tersendiri, dan (vii) lancar mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran. Kamahiran tersebut disusun seperti rajah 2 yang

(6)

493

menunjukkan peringkat yang perlu dikuasai oleh murid untuk mencapai Kemahiran Melakar Aras Tinggi.

Rajah 1. Reka bentuk KMAT i. Peringkat imitasi

Kaedah imitasi sering digunakan sebagai asas untuk memahami karya sedia dan dengn memahami bentuk yang dilihat. Dalam menghasilkan lakaran, murid dilatih untuk meniru 100 peratus terlebih dahulu sebagai satu teknik meningkatkan kemahiran dan kefahaman tentang objek yang ingin dilakar. Murid dianggap tidak mempunyai apa-apa pengetahuan asas jika berada di tahap ini. Namun dengan latihan peniruan terhadap objek realistik yang berterusan, ia akan dapat membantu murid memahami keseluruhan unsur seni secara mendalam seperti rupa, jalina dan ton warna. Keadaan ini dijelaskan oleh P1;

Kebanyakan pelajar tidak ada keyakinan, suruh mereka tiru sehingga jadi dan berkeyakinan untuk melukis. Dengan latihan tiru 100% dapat meningkatkan aras tinggi lakaran. Tiru ialah sejenis proses. Peniruan dalam seni dengan tujuan develop melakar

dengan peniruan imej 100%

melakar dengan memahami bentuk asas.

mengguna kan pelbagai bahan dan teknik dalam lakaran

kefahaman kadar banding dan komposisi

Melakar dengan perspektif

Menzahir kan idea dengan cara tersendiri

Fasih mengaitkan isu tema dan budaya dalam lakaran.

imitasi

Manipulasi

naturalisasi

APLIKASI UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN

(7)

494

skills untuk mencapai aras tinggi. Peniruan itu sangat penting bagi budak lemah dalam lakaran (P1

ii. Peringkat manipulasi

a.Menggunakan pelbagai bahan dan teknik dalam lakaran

Penggunaan bahan dan teknik yang pelbagai akan meningkatkan kualiti dalam karya lakaran seni visual. Antara bahan yang dicadangkan ialah pelbagai jenis pensel (2B, 4B,6B,8B), pen, arang, warna pastel, warna pensel, marker dan warna air. Pakar juga menyarankan warna pastel, cat minyak, pen teknikal dan dakwat cina. Pada peringkat ini, murid sewajarnya diberi pendedahan membuat eksperimen bahan yang pelbagai bagi meningkatkan kualiti dalam karya, secara tidak langsung menghasilkan karya yang lebih menarik dan kreatif.

b. Kefahaman kadar banding dan komposisi

Kadar banding dalam aspek pengkaryaan seni merujuk kepada kaitan ukuran pada setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara keseluruhan pada sesuatu benda secara bersesuaian dan harmoni. Komposisi pula adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan susunan elemen visual dalam lakaran lukisan atau karya seni lain. Unsur- unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan, ruang dan nilai diatur atau disusun mengikut prinsip seni. Manakala prinsip rekaan dalam komposisi adalah harmoni, keseimbangan, kontra, penegasan, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian bertujuan memberikan struktur lukisan dan menyampaikan niat pengkarya. Bagi membentuk karya, prinsip kadar banding dan komposisi perlu dikuasai.

Elemen komposisi telah disebut oleh ketiga-tiga pakar (P1, P2, dan P3) sebagai satu keperluan. Untuk mencapai tahap yang lebih baik dan beraras tinggi, murid perlu mengolah komposisi dan kedudukan objek yang berbeza-beza. Sebagai contohnya, menurut P2, kemahiran membuat lakaran botol dari aspek komposisi dengan mengubahsuai rekaan dan kedudukan sama ada dari pandangan atas, sisi atau membuat lakaran separuh atau sebahagian sahaja, besar atau kecil. Pra syarat penting ialah kekreatifan pelukis untuk mengolah objek dari kedudukan yang berbeza sama ada ruang hadapan, tengah atau ruang belakang dengan mempertimbangkan prinsip rekaan yang hendak ditekankan dalam pengkaryaan.

c. Melakar dengan perspektif

Aplikasi teknik perspektif dari sudut pandangan berbeza boleh menentukan penghasilan karya yang lebih baik dan kreatif. Ini kerana gubahan lakaran yang dilukis tidak dilihat rata

(8)

495

sahaja, malah dapat dilihat dari sudut pandangan yang berbeza dan menggambarkan ruang yang sebenar.

iii. Peringkat Naturalisasi

a. Menzahirkan idea dengan cara tersendiri

Bagi mencapai tahap penzahiran idea dengan cara tersendiri, tiga komponen untuk menghasilkan lakaran iaitu kefahaman subjek, bentuk dan makna amat penting dikuasai.

Pengkarya perlu memikirkan idea dan cuba menghasilkan karya mengikut persepsi mereka sendiri dengan mempertimbangkan prinsip rekaan yang telah diaplikasi sebelumnya.

b. Fasih mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran.

Peringkat tertinggi dalam pencapaian KMAT ialah murid fasih mengaitkan isu tema dan budaya dalam lakaran. Dalam hal ini ketiga-tiga pakar menjelaskan, pengkarya perlu menjalankan proses penyelidikan, pembangunan idea, penyelesaian masalah dan merefleks semula karya yang dilakukan supaya sesuai dengan konteks, dan bersifat kreatif. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kelancaran dalam menghasilkan karya beridentiti sendiri, bersesuaian dengan konteks dan tema tertentu, kefahaman yang menyeluruh tentang organiasi perekaan perlu dipertingkatkan, penyelidikan dan penilaian perlu dilakukan.

2. Kebolehgunaan KMAT

Reka bentuk KMAT diuji kebolehgunaannya kepada empat orang murid. Berdasarkan dapatan kajian, keempat-empat orang murid menyatakan berminat untuk belajar seni kerana mereka telah memahami proses untuk melakar disebabkan adanya pendedahan cara yang mudah. Perkara tersebut dinyatakan oleh peserta kajian M1, M3 dan M4 iaitu:

• “ Mudah sebab saya boleh melakar dengan pantas dan faham” (M1)

• “kemahiran sederhana sebab cikgu ajar langkah demi langkah, boleh faham la panduan ni… saya seronok untuk buat lakaran dah lepas ini.

“Harap karya saya akan jadi lebih baik” (M4)

• “Panduan ini mudah dan saya yakin boleh buat dengan lebih baik” (M3)

Selain itu, murid boleh menghasilkan karya dengan baik berasaskan pengetahuan sedia ada mereka tentang asas seni reka dan adanya panduan lakaran yang dimulai dengan peringkat mudah iaitu peniruan hingga ke tahap manipulasi iaitu peringkat sederhana. Rajah 2 menunjukkan pencapaian tahap manipulasi iaitu manipulasi bahan, komposisi dan perspektif yang telah diaplikasikan.

(9)

496

Rajah 2. Peringkat manipulasi: Lakaran menggunakan media krayon, pensel warna dan pensel

Walaupun murid telah menguasai prinsip rekaan, namun terdapat juga yang menyatakan sukar membuat lakaran perspektif dan kadar banding jika mereka tidak mengetahui kaedah menghasilkannya. Pada tahap tertinggi iaitu peringkat naturalisasi, kebanyakan murid mengakui belum boleh mencapai tahap tersebut kerana ia memerlukan kemahiran dan latih tubi di rumah.

Hasil temu bual dengan guru mendapati KMAT akan dapat dicapai jika dilaksanakan strategi pengajaran yang lebih efektif dalam bilik darjah. Antara yang dicadangkan ialah menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara, pembelajaran autentik,pertandingan, disiplin, dan latih tubi perlu diberi berulang kali kepada murid. Guru juga mengakui bahawa reka bentuk KMAT ini sesuai digunakan untuk murid sekolah menengah khususnya untuk murid tingkatan 4 dan 5. Ia boleh dijadikan sebagai satu panduan yang menyeluruh untuk diikuti bagi membantu kepada pencapaian KMAT yang rata-ratanya sukar dicapai oleh murid. Namun demikian, kejayaan penguasaannya amat bergantung kepada minat, bakat, kefahaman asas seni reka yang mendalam dalam kalangan murid seperti yang ditegaskan oleh salah seorang guru G1.

• “Pada saya minat dulu. Ada minat baru tahu kita mahu buat apa. Kemudian, ada minat, bakat, pengetahuan baru lahirlah disiplin”. (G1)

Kebanyakan peserta kajian memberi reaksi positif terhadap model KMAT kerana dapat menggalakkan pembelajaran yang berkesan, meningkatkan minat dan boleh membantu kepada peningkatan kemahiran mereka dalam seni.

Perbincangan

Model KMAT Seni Visual dibina bersandarkan kepada keperluan lakaran beraras tinggi dalam konteks pendidikan masa ini, bagi membantu melahirkan generasi yang mahir mencipta idea yang bersifat kritis dan kreatif. Ini kerana lakaran ialah langkah utama sebelum menghasilkan sesuatu produk yang melibatkan pengolahan dan perkembangan

(10)

497

idea. Lakaran juga menjadi laluan kepada pelbagai bidang seni dan cabang kepada bidang yang lain.

Bagi mencapai satu lakaran yang beraras tingi, murid perlu dilatih dan diberi pendedahan melibatkan konteks imitasi terlebih dahulu, diikuti peringkat manipulasi dan seterusnya naturalisasi. Aspek yang disebutkan perlu dikuasai secara berperingkat sehingga akhirnya, murid tidak lagi bergantung kepada contoh atau teknik yang diberi. Melalui proses membuat latihan berulang kali, murid akan mahir di peringkat manipulasi. Murid perlu dilatih menzahirkan idea, bahan, teknik dengan identiti atau imaginasi sendiri dalam pengkaryaan. Namun pra-syarat mencapai aras naturalisasi ialah menzahirkan idea, bahan, teknik dengan identiti atau imaginasi sendiri akan membentuk kepada prestasi melakar tahap tinggi. Pada tahap yang disebutkan, tiga komponen untuk menghasilkan lakaran penghasilan produk amat diperlukan iaitu kefahaman tentang subjek, bentuk dan makna seperti mana yang terdapat dalam teori Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone dan Cayton (2012).

Kefahaman terhadap asas seni reka merupakan kunci kejayaan pencapaian KMAT.

Penguasaan prinsip rekaan seperti harmoni, keseimbangan, kontra, penegasan, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian bertujuan membentuk struktur lukisan dan menyampaikan niat pengkarya (McKella Sawyer, n.d; Evans & Thomas, 2007) dalam penghasilan. Justeru, untuk membantu kepada pencapaian KMAT, prinsip latih tubi adalah asas dan sewajarnya diaplikasikan supaya dapat memperkembangkan idea dengan lebih baik. Murid perlu faham bahasa seni visual, membuat latihan berterusan, mengeksperimentasi pelbagai bahan dan teknik dan mengkaji lakaran-lakaran sedia ada daripada pelukis-pelukis yang telah stabil, seterusnya cuba menghasilkan karya dengan cara tersendiri.

Peringkat tertinggi KMAT iaitu fasih mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran (peringkat naturalisasi) memerlukan penyelidikan, pembangunan, penyelesaian masalah dan merefleks semula karya yang dilakukan supaya sesuai dengan konteks, dan bersifat kreatif. Kajian ini bertepatan dengan kajian lampau iaitu Botella, Zenasni, dan Lubart (2018) iaitu tumpuan kepada perihalan proses seni dan proses kreatif menjadi sangat penting. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kelancaran dalam menghasilkan karya beridentiti sendiri, bersesuaian dengan konteks dan tema tertentu, kefahaman yang menyeluruh tentang organiasi perekaan perlu dipertingkatkan, penyelidikan dan penilaian perlu dilakukan.

Pembinaan reka bentuk KMAT ini dapat membuktikan bahawa teknik lakaran murid akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan sekiranya terdapat kaedah mudah yang didedahkan seperti yang dikatakan oleh Mayo (2012). Rekabentuk KMAT sejajar dengan Teori Ocvirk (Ocvirk et.al, 2012) kerana penghasilan karya seni visual memerlukan hal benda (subjek), aspek formal (form) dan kandungan (content) yang diolah berdasarkan prinsip asas seni reka sehingga dapat membentuk komunikasi antara pengkarya dengan penonton (pengamat) karya.

(11)

498 Penutup

Kajian ini relevan dengan keperluan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Taksonomi Blom Semakan Anderson yang meletakkan tahap mencipta sebagai aras tertinggi.

Peringkat tertinggi iaitu mencipta bermaksud menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu yang melibatkan kemahiran merekacipta, menggabungkan, merangka dan membina. Dalam bidang Seni Visual, setiap karya yang dihasilkan amat sinonim di aras taksonomi mencipta. Kebiasaannya pelukis atau pereka akan menggunakan lakaran sebagai asas bagi mewujudkan idea utama mencipta dan seterusnya memperdalamkan idea supaya lebih kreatif. Idea-idea lakaran tersebut akan digunakan untuk mencipta produk yang berkualiti dari segi estetik dan kebolehgunannya.

Kajian ini memberi implikasi kepada murid supaya mendapat pendedahan dalam proses menghasilkan karya beraras tinggi. Panduan yang disediakan dapat meningkatkan penguasaan bahasa seni visual (unsur seni dan prinip rekaan), melatih kemahiran dan pemikiran mereka supaya menghasilkan idea lakaran yang lebih baik dan kritis. Guru juga memperoleh manfaat daripada kajian ini kerana ia dapat memudahkan mereka dalam proses pengajaran dengan adanya langkah yang jelas untuk dilaksanakan.

Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) adalah satu model yang dibentuk bagi mengklasifikasikan kualiti lakaran yang boleh mencapai peringkat yang tertinggi. Tahap tertinggi terhasil apabila pelukis boleh mencapai naturalization iaitu fasih melahirkan idea dengan gaya tersendiri, berupaya melahirkan idea lakaran dalam konteks berbeza dengan mengaitkan tema tertentu ada sejarah, budaya atau masyarakat. Seseorang pengkarya perlu menzahirkan idea, bahan teknik, dengan gaya imaginsi sendiri dalam pengkaryaan.

Rekabentuk KMAT boleh juga digunakan secara meluas oleh pelukis atau pereka atau golongan yang berminat dalam pengkaryaan supaya dapat meningkatkan kualiti penciptaan dalam pelbagai bidang dengan cara tersendiri demi menyumbang kepada pembangunan negara yang maju sejajar dengan keperluan konteks Revolusi Industri 4.0. Cabaran hebat Revolusi Industri 4.0 memerlukan rekaan idea yang kritis dan kreatif dan Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT)adalah kemahiran yang sesuai untuk diaplikasikan.

Perakuan

Kajan ini ialah sebahagian daripada Geran Penyelidikan Fakulti, Universiti Malaya (projek No: GPF0080-2018).

(12)

499 Rujukan

Bao, Q., Faas, D., & Yang, M. (2018). Interplay of sketching & prototyping in early stage product

design. International Journal of Design Creativity and Innovation, 6(3-4), 146-168.

https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpsyg.2018.02266/full

Creswell, & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (5th ed). Thousand Oaks, California: SAGE Publications.

Johnson, J. K., & Reynolds, S. J. (2005). Concept Sketches–Using Student- and Instructor- generated, Annotated Sketches for Learning, Teaching, and Assessment in Geology Courses. Journal of Geoscience Education, 53(1), 85-95. doi:10.5408/1089-9995- 53.1.85

Kei, T. (2015). Principles and elements of visual design: A review of the literature on visual design of instructional materials. Educational Studies, 57, 167-174.

Li, G. B., Bi, S., Wang, J., Xu, Y. Q., & Yu, Y. Z. (2017). Colorsketch: A drawing assistant for generating color sketches from photos. IEEE computer graphics and applications, 37(3), 70-81.

Liau, S. F. (2018). Implementation of arts education in malaysian primary schools: The teachers’

perspective. Paper presented at the 3rd International Music and Performing Arts Conference Proceedings, Perak.

Matmi, H., Johanr, H., & Nishita', T. k. (2005). Creating Colored Pencil Style Images by Drawing Strokes Based on Boundaries of Regions. International 2005 Computer Graphics, 148-155. doi:doi:10.1109/cgi.2005.1500406

McKella Sawyer (n.d). What is Composition in Art?

https://conceptartempire.com/what-is-composition/

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative research: A guide to design and implementation. New Jersey: John Wiley & Son.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Selangor: McGraw-Hill Education.

Nor Azma Laila. (2020). SPM guna format baharu tahun depan

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2020/03/662234/spm-guna- format-baharu-tahun-

depan#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=050320- spmformat&webPushId=Mjg5Mw==

(13)

500

Ocvirk, Stinson, R., Wigg, P., Bone, R., & Cayton, D. (2009). Art Fundamentals: Theory and

Practice (Eleventh ed.). New York: McGraw-Hill Companies.

Ocvirk, Stinson, R., Wigg, P., Bone, R., & Cayton, D. (2012). Art Fundamentals: Theory and

Practice: 12th Edition. United States: McGraw-Hill Higher Education.

Olofsson, E., & Sjölén, K. (2006). Design Sketching. Sweden: KEEOS Design Books.

Parks, J.A (2015). Universal Principles of Art : 100 key Concepts for understanding , analysing

and Practicing Art. Beverly, Massachusetts: Rockport Publishers

Picard, D., Martin, P., & Tsao, R. (2014). Ipads at school? A quantitative comparison of elementary schoolchildren's pen-on-paper versus finger-on-screen drawing skills.

Journal of Educational Computing Research, 50(2), 203-212.

Ping, C. T. S., & Che Aleha Ladin. (2019). Applications Art Appreciation in Teaching and Learning in Primary School. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(4), 130–140.

Shah, J. J., Vargas-Hernandez, N., Summers, J. D., & Kulkarni, S. (2001). Collaborative sketching (C-Sketch) – an idea generation technique for engineering design. The Journal of Creative Behavior, 35(3), 168–198.

Tachie-Menson, A., Asare, N. A. O., & Essel, H. B. (2015). Teaching and learning of drawing for

book design and illustration: A study of higher education in publishing. Global Journal Of Human-Social Science: A Arts & Humanities - Psychology, 15(7).

Ullman, D. G., Wood, S., & Craig, D. (1990). The importance of drawing in the mechanical design process. Computers & Graphics, 14(2), 263-274.

Waanders, R., Eggink, W., & Mulder-Nijkamp, M. (2011). Sketching is more than making correct drawings. Paper presented at the International Conference On Engineering And Product Design Education, City University, London, UK.

Walker, W. (2013). Forgotten Books: Handbook of Drawing.

Yenawine, P.(2014).Visual Thinking Stategies. Massachusetts: Havard Education Press.

Zhang, L., Li, C., Wong, T.-T., Ji, Y., & Liu, C. (2018). Two-stage sketch colorization.

ACM

Transactions on Graphics, 37(6), 1-14. doi:10.1145/3272127.3275090

Referensi

Dokumen terkait