Kemarau, suhu minimum punca
musim bunga lebat
Fenomena berlaku selang waktu tidak teratur antara 1 hingga 10 tahun
Kuala Lumpur:Musim kemarau panjang dan suhu minimum harian rendah mencetuskan fe- nomena musim berbunga yang lebat di negara ini, menurut hasil kajian Institut Penyelidikan Per- hutanan Malaysia (FRIM).
Ketua Pengarah FRIM Dr Is- mail Parlan, berkata kajian ki- taran pembungaan itu dijalan- kan di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Pasoh di Hutan Simpan Pa- soh, Negeri Sembilan sejak 2001 menerusi projek penyelidikan
bertajuk ‘Pemantauan Taburan Biji Benih dan Anak Benih’.
Beliau berkata, kajian itu ada- lah projek usaha sama di antara FRIM, Smithsonian Forest Global Earth Observatory (ForestGEO), Ameri- ka Syarikat dan Na- tional Dong Hwa Uni- versity (NDHU), Tai- wan.“Kajian menunjuk- kan fenomena ini ber- laku pada selang waktu tidak teratur antara satu hingga 10 tahun dan ia direkod- kan berlaku tujuh ka- li iaitu pada 2002, 2005, 2009, 2010, 2012, 2014 dan 2019.
“Terdapat hipotesis menyata- kan fenomena ini berlaku seba- gai satu strategi tumbuh-tumbu- han bagi memaksimumkan ke-
upayaan dan kejayaan anak be- nih untuk bercambah serta terus hidup,” katanya menerusi kenya- taan di sini.
Ismail berkata, musim ber- bunga lebat bagi spe- sies pokok berlaku pada selang waktu yang tidak tetap anta- ra dua hingga 10 ta- hun, namun untuk spesies daripada fami- li dipterokarpa kita- ran pembungaannya (fenologi) adalah anta- ra lima hingga tujuh tahun.
Katanya, musim berbunga lebat di Asia Tenggara disusuli de- ngan buah lebat yang memenuhi lebih 80 peratus bahagian kanopi dan melebihi separuh bagi se- batang pokok matang yang mung- kin berbunga dalam tempoh tiga
atau empat bulan.
Sementara itu, Pengurus SPF Mata Ayer Perlis, Ahmad Fauzi Mohd Shariff, berkata pada Fe- bruari 2017, fenomena pem- bungaan yang lebat turut mem- babitkan kebanyakan pokok me- ranti temak nipis (shorea roxburghii) di utara Kedah dan kutipan biji benih keruing cogan (dipterocarpus rigidus) telah di- jalankan.
Selain itu, katanya, kutipan biji benih gerutu-gerutu (parashorea sp.) yang berbuah lebat dan gugur di kawasan Pusat Latihan Per- hutanan Chalok, Setiu, Tereng- ganu telah dijalankan pada April lepas sebelum dibawa ke SPF Ma- ta Ayer untuk aktiviti semaian.
FRIM menerusi kenyataan tu- rut memaklumkan, fenomena musim berbunga lebat juga ber- laku terhadap pokok hutan di Kampus FRIM, Kepong tahun ini
dan dianggarkan 50 hingga 60 pe- ratus populasi spesies dipteroka- rpa di kawasan itu berbunga ser- ta berbuah.
Kutipan juga dibuat dan dise- laraskan oleh Makmal Teknologi Biji Benih FRIM untuk tujuan semaian dan aktiviti penana- man.Kenyataan itu memaklumkan hasil penyelidikan FRIM menge- nai fenomena itu dikongsi me- lalui Siri Webinar Kempen Peng- hijauan Malaysia kedua yang di- adakan pada 30 Julai lalu.
Webinar anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeT- SA), FRIM dan The Habitat Foun- dation itu merekodkan hampir 1,200 peserta termasuk dari Thai- land, Filipina, Indonesia, Jepun dan Australia manakala saluran FB Live merekodkan capaian 3,058 orang pada 30 Julai lalu.
BERNAMA Pokok tekoma berbunga lebat menghiasi Jalan Permatang Rawa, Bukit
Mertajam. (Foto Danial Saad/BH)
Ismail Parlan