• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyifatkan kebenaran rentas negeri sebagai peluang terbaik untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memulihkan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyifatkan kebenaran rentas negeri sebagai peluang terbaik untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memulihkan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyifatkan kebenaran rentas negeri sebagai peluang terbaik untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memulihkan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana, terdapat sebanyak 37,415 usahawan gulung tikar sepanjang tempoh pandemik ini.

"Daripada jumlah itu, 26,007 adalah mikro dan bakinya 2,738 adalah PKS. Semua sektor perniagaan terutama sektor informal akan menerima ganjaran pendapatan selepas melalui fasa First Close, Last to Open (FCLO)," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sehubungan itu, kementerian menggariskan dasar dengan menumpukan kepada penyelarasan dan penjajaran pelaksanaan program di Medac serta 11 agensi di bawahnya bagi memastikan segala inisiatif dan pakej yang diperkenalkan kerajaan sampai kepada golongan usahawan PMKS yang terkesan.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Penyelarasan ini meliputi kumpulan sasar, nilai pembiayaan/kadar bantuan/geran, skop program dan mekanisma pelaksanaan.

"Kumpulan fokus berkenaan adalah golongan usahawan dan koperasi yang terkesan akibat Covid-19, golongan yang diberhentikan kerja dan berminat untuk menjadi usahawan dan graduan yang tiada pekerjaan dan ingin menjadi usahawan, golongan asnaf, serta usahawan yang menggunakan modal sendiri," katanya.

Selain itu, Noh berkata, Medac optimis pengumuman ini mampu memberi keseimbangan dalam membantu mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi secara fiskal di mana dalam masa sama dapat melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

"Diharapkan agar usahawan dapat meneruskan kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam tempoh ini.

"Medac terus komited dalam agenda melahirkan Bangsa Usahawan, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia selari dengan usaha mempertingkat keseimbangan ekonomi di wilayah kurang membangun, penekanan kepada aspek keusahawanan akan dipertingkatkan sebagai antara potensi peluang penjanaan pendapatan yang lebih menyeluruh," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 13, 2021 @ 10:55am

Referensi

Dokumen terkait