• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 21,073 kes (1,482,800 kes kumulatif, 84.0%);

• Kes baharu : 18,762 kes (1,765,016 kes kumulatif);

o Kategori 3, 4, dan 5 : 330 kes (1.8 peratus) o Kategori 1 dan 2: 18,432 kes (98.2 peratus)

o Jumlah kes tiada sejarah vaksinasi: 8,640 kes (46.0 peratus)

o Jumlah kes telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin: 4,706 kes (25.1 peratus)

o Jumlah kes lengkap vaksinasi: 5,416 kes (28.9 peratus)

• Kes import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara);

(2)

• Kes tempatan : 18,757 kes [16,532 warganegara (88.1%);

2,225 bukan warganegara (11.9%)];

• Kes aktif : 265,274 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):

1,007 kes;

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 464 kes;

• Kes kematian : 278 kes [16,942 kes kumulatif, 0.96%;

65 kes BID];

• Jumlah kluster : 4,773 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 42 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,279 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 1,494 kluster.

(3)

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

(4)

HALATUJU MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 DI NEGARA MELALUI KONSEP “LIVING WITH THE VIRUS”

Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID- 19 menjadi endemik dan oleh itu, kita mesti mengambil langkah- langkah untuk hidup bersama virus ini.

Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan, maka kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19. Langkah ini akan membolehkan pelbagai sektor di dalam negara dibuka dan kehidupan kita dapat kembali berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

Sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, tindakan- tindakan berikut perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat;

• Amalkan norma baharu (Amalkan Wash, Wear, Warn dan elakkan Crowded Places, Confined Spaces, Close Conversation) serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;

(5)

• Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah amat digalakkan;

• Daftarkan diri anda dan keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19;

• Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya :

o telah dikenal pasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek, atau confirmed case;

o setelah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga keputusan ujian diketahui;

o telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan masih menunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan

o telah dikesan positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila kekal tinggal di rumah melainkan memerlukan rawatan perubatan kecemasan.

• Bagi individu yang telah dikesan positif COVID-19;

o Jalani pemeriksaan segera sekiranya mengalami kemerosotan gejala atau sebarang “warning signs”

seperti berikut;

✓ Demam berpanjangan;

(6)

✓ Kesukaran bernafas;

✓ Sakit dada;

✓ Tiada selera makan dan minum;

✓ Kelesuan bertambah teruk;

✓ Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan;

✓ Batuk, muntah dan cirit yang semakin teruk;

✓ Kurang kencing;

✓ Bibir atau jari kebiruan; dan

✓ Ketepuan oksigen < 95%.

Mereka yang mengalami gejala-gejala ini dinasihatkan agar menghubungi CAC dengan kadar segera atau talian 999 untuk kecemasan;

• Amalkan pemantauan kendiri di rumah melalui Home Assessment Tool (HAT) sebelum mendapat arahan selanjutnya oleh PKD dan COVID-19 Assessment Centre (CAC); dan

• Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19 sepanjang pemantauan kuarantin di rumah. Manfaatkan teknologi komunikasi bagi memantau kesihatan kaum keluarga/ rakan yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

(7)

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

• Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.

Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi.

Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah

(8)

pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

YB KHAIRY JAMALUDDIN

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 1 September 2021 @ 5:00 petang.

(9)

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia

(10)

LAMPIRAN 2

Perincian 18,762 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI JUMLAH

KES KLUSTER KONTAK RAPAT

IMPORT A*

LAIN- LAIN

SELANGOR 3,711 95 2,105 1 1,510

SABAH 2,430 156 1,362 - 912

SARAWAK 2,414 234 1,761 - 419

JOHOR 1,993 437 928 - 628

PULAU PINANG 1,762 118 554 - 1,090

KEDAH 1,585 27 1,097 - 461

KELANTAN 1,504 114 928 - 462

PERAK 899 57 377 - 465

PAHANG 715 193 409 - 113

WP KUALA LUMPUR 573 - 278 3 292

TERENGGANU 506 114 315 - 77

MELAKA 309 87 139 - 83

NEGERI SEMBILAN 291 75 92 1 123

WP PUTRAJAYA 34 - 28 - 6

PERLIS 33 1 8 - 24

WP LABUAN 3 - 2 - 1

JUMLAH

KESELURUHAN 18,762 1,708 10,383 5 6,666

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

(11)

LAMPIRAN 3 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA

PADA 1 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI

KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES

JUMLAH DISARING 1 Tapak Bina

Cenderasari Tempat Kerja Johor Johor Bahru

dan Kulai 87 393

2 Jalan Solok Tangkak Tempat Kerja Johor Tangkak 37 206

3 Ladang Kulai Besar Tempat Kerja Johor Kulai 32 63

4 Jalan Indah

Gemilang Empat Tempat Kerja Johor Johor Bahru 22 53 5 Tanjung Sembrong Tempat Kerja Johor Batu Pahat 16 196

6 Batu Dua

Minyak Beku Tempat Kerja Johor Batu Pahat 14 44

7 Industri PLO 17 Tempat Kerja Johor Kulai 13 125

8 Gudang Jalan

Ayer Hitam Tempat Kerja Johor Batu Pahat 11 25 9 Jalan Industri

Murni 11 Tempat Kerja Johor Kulai 9 188

10 Jalan Teluk

Ramunia Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 6 86

11 Industri Lorong

Jelatok Dalam Tempat Kerja Kelantan

Tanah Merah dan Pasir

Mas

14 14

12 Batu Dua Belas Tempat Kerja Negeri

Sembilan Port Dickson 64 186 13 Tapak Bina Keladan

Baiduri Tempat Kerja Pahang Temerloh 46 106

14 Seberang Changkat Tempat Kerja Perak Perak

Tengah 14 46

15 Tapak Bina

Jalan Kelawai Tempat Kerja Pulau

Pinang Timur Laut 44 248

(12)

NO NAMA KLUSTER KATEGORI

KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES

JUMLAH DISARING

16 Industri Medan

Bayan Lepas Tempat Kerja Pulau Pinang

Barat Daya dan Timur

Laut

32 88

17 Lengkok Kampung

Jawa Satu Tempat Kerja Pulau Pinang

Barat Daya, Timur Laut,

dan Seberang Perai Utara

21 160

18 Jalan Garuda

Bayan Lepas Tempat Kerja Pulau

Pinang Barat Daya 20 99

19 Sawit

Kinabatangan 2 Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 124 343 20 Sebayang - Stalun Tempat Kerja Sarawak Limbang 16 21

21 Tapak Bina Bukit

Perah Satu Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 25 60 22 Tapak Bina

Jalan Hillpark Tempat Kerja Selangor Kuala

Selangor 6 29

23 Dah Paya Komuniti Kedah Padang

Terap 20 47

24 Perumahan Transit Komuniti Kelantan Kota Bharu 17 28

25 Lorong Tini Komuniti Kelantan Kota Bharu 16 24

26 Kampung Keseng Komuniti Kelantan Kota Bharu 15 33

27 Kubang Bongor Hilir Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 20

28 Jalan Pantai Sabak Komuniti Kelantan Kota Bharu

dan Tumpat 9 14

29 Kampung Banggol

Gelang Mas Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 11

30 Kampung Sungai

Batu Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 11

31 Jalan Pangkal Kala Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 5

(13)

NO NAMA KLUSTER KATEGORI

KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES

JUMLAH DISARING 32 Jalan Bayu Lalang Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 7

33 Kampung Mampas Komuniti Negeri

Sembilan Kuala Pilah 24 80

34 Kampung Terbol Komuniti Pahang Temerloh 35 60

35 Menuang Baru Komuniti Sarawak Limbang 70 174

36 Bukit Manchong Komuniti Selangor

Hulu Selangor dan

Gombak

19 35

37 Jalan Air Terjun Komuniti Selangor Hulu

Selangor 7 30

38 Kampung Alor Lek Komuniti Terengganu Setiu 87 338

39 Selasih Jerteh Komuniti Terengganu Besut dan

Setiu 73 555

40 Pagar Jalan Tengah Pusat Tahanan

Pulau

Pinang Barat Daya 8 84

41 Jalan Jelawat Bekelam

Pendidikan

Lain Kelantan Bachok 16 25

42 Kampung Batu

Papan Keagamaan Pahang Bera 40 136

(14)

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 31 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT

SARAWAK 1.20

PERLIS 1.19

SABAH 1.11

JOHOR 1.10

PULAU PINANG 1.10

KELANTAN 1.05

PERAK 1.05

KEDAH 1.04

TERENGGANU 1.04

PAHANG 1.02

SELANGOR 0.94

MELAKA 0.91

WP PUTRAJAYA 0.87

WP KUALA LUMPUR 0.83

NEGERI SEMBILAN 0.82

WP LABUAN 0

MALAYSIA 1.02

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 3 APRIL 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG

Sehingga 2 Julai 2020, secara kumulatif KKM telah melaporkan sebanyak 113 kes COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan klinikal iaitu: • Persampelan ILI: 15 kes positif COVID-19

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 10 JULAI 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 6 JULAI 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN PKPP MULAI 10 JUN 2020 Setelah 35 hari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan iaitu mulai 4 Mei 2020, hari ini Yang Amat

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat