1
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
9 JANUARI 2021
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,401 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 106,832 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 9 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,451 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID- 19 di Malaysia sebanyak 133,559 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 26,185 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala
2
penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,446 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,858 kes adalah warganegara Malaysia dan 588 kes adalah bukan warganegara.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 564 kes (23.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 342 kes (60.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 409 kes (16.7 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 351 kes (14.3 peratus).
Sebanyak 327 kes (13.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (291 kes), Kluster Telok Mas (17 kes), Kluster Tembok Gajah (9 kes), Kluster Damai Pelangi (8 kes), Kluster Pagar Siput (1 kes), dan Kluster Tembok Choh (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
3
Sehingga kini, terdapat 177 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima (5) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 542 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No.
Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara)
Umur (tahun)
Hospital/
Tempat Kematian
Latar Belakang
538 129919 Selangor Lelaki
(WN) 87
Hospital Sungai
Buloh
Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan
jantung
539 115075 WP
Putrajaya
Lelaki
(WN) 60
Hospital Sungai
Buloh
Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
540 130516 Johor Lelaki
(WN) 82
Hospital Enche'
Besar Hajjah Khalsom,
Kluang
Penyakit obstruktif paru- paru kronik (COAD)
541 130517 Johor Lelaki
(WN) 67
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Penyakit kencing manis, darah tinggi, lymphoma, asma, strok, psoriasis, dan
Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
542 130518 Johor Lelaki
(WN) 62
Hospital Enche'
Besar Hajjah Khalsom,
Kluang
Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan
buah pinggang kronik
*WN merujuk kepada warganegara.
4
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 9 Januari 2021, terdapat sebanyak 581 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini.
Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 325 kluster, termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Erima, Kluster Baloi, Kluster Talang-talang, Kluster View Kolombong, dan Kluster Jalan Kilang. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 256 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster- kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (291 kes), Kluster Beringin (226 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (115 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
5
1. KLUSTER MIKRO
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 588 individu telah disaring, di mana 97 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER SYMPHONY MAGAZINE
Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 114882) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER PASAI
Kluster ini melibatkan daerah Sibu dan Mukah di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128367) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 73 individu telah
6
disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TEKNOLOGI KESIDANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106640) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER PALUT
Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117349) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
9 Januari 2021 @ 5.00 petang.
8
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 9 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES
BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 409 40,263
SELANGOR 564 38,997
WP KUALA LUMPUR 198 (2) 15,738
JOHOR 302 (2) 9,602
NEGERI SEMBILAN 351 8,863
PULAU PINANG 273 4,756
PERAK 42 3,607
KEDAH 65 3,480
WP LABUAN 4 1,781
PAHANG 36 1,568
MELAKA 50 1,548
SARAWAK 55 (1) 1,251
KELANTAN 61 1,195
TERENGGANU 16 455
WP PUTRAJAYA 17 397
PERLIS 8 58
JUMLAH KESELURUHAN 2,451 (5) 133,559
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
9
LAMPIRAN 2
Perincian 2,451 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Januari 2021 adalah seperti berikut:
• Selangor: 564 kes
o 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 296 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 222 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Sabah: 409 kes
o 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 255 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 141 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Negeri Sembilan: 351 kes
o 296 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
10
• Johor: 302 kes
o 159 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mikro;
o 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Dua (2) kes import dari luar negara; dan
o 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Pulau Pinang: 273 kes
o 226 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 13
kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Symphony Magazine;
o 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 198 kes o 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Dua (2) kes import dari luar negara; dan
o 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Kedah: 65 kes
o 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
11
o 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Kelantan: 61 kes
o 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Sarawak: 55 kes
o 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pasai;
o Satu (1) kes import dari luar negara; dan
o Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Melaka: 50 kes
o 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes
daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Kesidang;
o 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
12
• Perak: 42 kes
o Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Lima (5) kes lain-lain saringan COVID-19.
• Pahang: 36 kes
o Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya: 17 kes o Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
o 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Terengganu: 16 kes
o Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palut;
o Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
13
• Perlis: Lapan (8) kes
o Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
o Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.