• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 JANUARI 2021

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,708 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 105,431 kes (80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 8 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,643 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID- 19 di Malaysia sebanyak 131,108 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,140 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala

(2)

2

penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,641 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,666 kes adalah warganegara Malaysia (63 peratus) dan 975 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,086 kes (41.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 904 kes (83.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 401 kes (15.2 peratus) dan Johor sebanyak 298 kes (11.3 peratus).

Sebanyak 79 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Tembok Gajah (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

(3)

3

Sehingga kini, terdapat 170 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 16 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 537 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Untuk makluman, peningkatan kes-kes kematian pada hari ini adalah berikutan terdapat kes-kes yang memerlukan tempoh masa tertentu untuk siasatan lebih lanjut dijalankan sebelum kematian tersebut disahkan adalah disebabkan oleh COVID-19.

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No.

Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara)

Umur (tahun)

Hospital/Tempat

Kematian Latar Belakang

522 112405 Johor Lelaki

(WN) 59

Hospital Enche' Besar Hajjah

Khalsom, Kluang

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi

523 123240 Sabah Lelaki

(WN) 66

Jenazah dibawa ke

Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Penyakit darah tinggi, gout, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang

kronik

524 123241 Sabah Lelaki

(WN) 63

Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota

Kinabalu

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dislipidemia, dan

obesiti

(4)

4

525 123242 Sabah Lelaki

(WN) 46

Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota

Kinabalu

Obesiti

526 123244 Sabah Perempuan

(WN) 66

Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik 527 123973 Selangor Lelaki

(WN) 50

Hospital Sungai Buloh

Penyakit darah tinggi

528 123984 Selangor Lelaki

(WN) 70

Hospital Sungai Buloh

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan jantung

529 124203 Selangor Lelaki

(WN) 60

Hospital Sungai Buloh

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan jantung

530 125169 Johor Lelaki

(WN) 56

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik

531 126197 Selangor Perempuan

(WN) 62

Hospital Sungai Buloh

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dislipidemia, jantung, dan

hypotiroid

532 126598 Selangor Lelaki

(WN) 79

Hospital Sungai Buloh

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan jantung 533 126601 Selangor Lelaki

(WN) 72

Hospital Ampang

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi

534 126602 Selangor Lelaki

(WN) 71

Hospital Banting

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik

535 126608 Selangor Perempuan

(WN) 63

Hospital Serdang

Penyakit kencing manis, jantung, strok, dan buah pinggang kronik

(5)

5 536 126616 Selangor Lelaki

(WN) 55

Hospital Serdang

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik

537 128101 Johor Lelaki

(WN) 44

Hospital Enche' Besar Hajjah

Khalsom, Kluang

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 8 Januari 2021, terdapat sebanyak 576 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu pada hari ini.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 319 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba, Kluster Makmur, dan Kluster Tapak Bina Galeri. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 257 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster- kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes).

(6)

6

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN KLINIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA HEVEA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

(7)

7

3. KLUSTER BUKIT BELIMBING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 912 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KAURAN

Kluster ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER KAPITAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8

(8)

8

Januari 2021, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SETAPAK INDAH

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126802) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kendiri. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang

(9)

9

perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Januari 2021 @ 6.00 petang.

(10)

10

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES

BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF

SABAH 401 39,854

SELANGOR 1,086 (2) 38,433

WP KUALA LUMPUR 282 15,540

JOHOR 298 9,300

NEGERI SEMBILAN 88 8,512

PULAU PINANG 75 4,483

PERAK 80 3,565

KEDAH 107 3,415

WP LABUAN 6 1,777

PAHANG 28 1,532

MELAKA 70 1,498

SARAWAK 16 1,196

KELANTAN 49 1,134

TERENGGANU 34 439

WP PUTRAJAYA 20 380

PERLIS 3 50

JUMLAH KESELURUHAN 2,643 (2) 131,108

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import.

(11)

11

LAMPIRAN 2

Perincian 2,643 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Januari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 1,086 kes

o 652 kes daripada kluster-kluster, termasuk 165 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Klinik, Kluster Bukit Belimbing, dan Kluster Tapak Bina Hevea;

o 252 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o Dua (2) kes import dari luar negara; dan

o 180 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 401 kes

o 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kauran;

o 256 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 298 kes

o 126 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

(12)

12

o 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 282 kes

o 106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kapital dan Kluster Setapak Indah;

o 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 107 kes

o 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 66 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 88 kes

o 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(13)

13

Perak: 80 kes

o 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Sembilan (9) kes lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 75 kes

o 36 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;

o 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 70 kes

o 52 kes daripada kluster sedia ada;

o 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 49 kes

o 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(14)

14

Pahang: 28 kes

o Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 34 kes

o 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 20 kes o Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;

o 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 16 kes

o Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan o Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes o Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;

o Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

(15)

15

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 2 SEPTEMBER 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19

LAMPIRAN 2 Perincian 851 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Disember 2020 adalah seperti berikut: • Selangor: 249 kes o 82 kes daripada