KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 16,939 kes (1,800,278 kes kumulatif, 87.8%);
• Kes baharu : 18,815 kes (2,049,750 kes kumulatif);
• Kes import : 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 18,808 kes [16,819 warganegara (89.4%);
1,989 bukan warganegara (10.6%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):
1,222 kes (913 kes COVID-19; 309 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 710 kes (422 kes COVID-19; 288 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 5,228 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,822 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 1,406 kluster.
Daripada 18,815 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
• 222 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 18,593 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.
PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI: KEPUTUSAN SEMASA PENGUJIAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT
Seperti yang dimaklumkan Kerajaan, Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi telah pun bermula pada hari ini. Seiring dengan itu, KKM telah mula melaksanakan semakan ujian saringan COVID-19 dan juga ujian saringan COVID-19 (bagi pelancong yang belum menjalankan ujian) sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut.
Adalah dimaklumkan bahawa, sehingga jam 12 tengah hari 16 September 2021, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ini melibatkan sejumlah 1,250 orang yang telah disaring di empat (4) pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• Sejumlah 2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Ag, dan daripada jumlah ini, sebanyak lima (5) kes positif COVID-19 telah dikesan;
• Sejumlah enam (6) orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif; dan
• Baki 12 orang kanak-kanak di bawah enam (6) tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.
Kesemua lima (5) kes yang telah dikesan merupakan kategori satu (1) iaitu tidak bergejala. Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.
Bilangan pengembara yang disaring
Bilangan yang demam
Bilangan yang menjalani
RTK Ag
Bilangan yang menjalani
RT PCR
Bilangan COVID-19 positif
Bilangan pengembara yang dirujuk rawatan
lanjut
Bilangan yang diluluskan
untuk perjalanan seterusnya
CATATAN
PINTU MASUK UDARA
Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
338 0 338 0 1 0 334
3 kontak rapat kepada kes positif tidak meneruskan perjalanan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2@)
373 0 373 0 0 0 373
Lapangan Terbang Sultan
Abdul Aziz Shah Subang 487 0 470 5 3 0 482
2 kontak kepada kes positif tidak meneruskan perjalanan.
12 orang kanak- kanak bawah umur 6 tahun tidak menjalankan ujian saringan COVID-19.
JUMLAH SELANGOR 1,198 0 1,181 5 4 0 1,189
Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang 52 0 51 1 1 0 51
Lapangan Terbang Sultan
Azlan Shah Perak 0 0 0 0 0 0 0
Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai Johor 0 0 0 0 0 0 0
Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra Kelantan 0 0 0 0 0 0 0
JUMLAH ORANG PMA
UDARA 1,250 0 1,232 6 5 0 1,240
PINTU MASUK LAUT
Jeti Kuala Perlis 1,296 0 1,296 0 0 0 1,296
JUMLAH ORANG PMA LAUT 1,296 0 1,296 0 0 0 1,296
JUMLAH BESAR 2,546 0 2,528 6 5 0 2,536
Jadual 1 : Data Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi pada 16 September 2021
(sehingga jam 12 tengah hari)
Seperti yang ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.
Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif.
Kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.
Oleh itu, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-
19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.
KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi. KKM juga akan sentiasa menambah baik dan memudah cara proses serta pelaksanaan pengujian ini dari semasa ke semasa agar ianya berjalan lancar dan berkesan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
• Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.
Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi.
Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah
pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Selamat Hari Malaysia!
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 September 2021 @ 6:45 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
PURATA KES 7 HARI*
KADAR INSIDEN **
BILANGAN KES BAHARU
( ) ***
BILANGAN KES KUMULATIF SARAWAK 3,799 128.94 3,660 (1) 170,672 SELANGOR 2,604 38.21 2,718 (1) 651,640
JOHOR 2,082 52.34 2,206 172,291
SABAH 1,885 45.84 1,982 (1) 181,293 PULAU PINANG 1,644 90.03 1,777 114,690
KEDAH 1,320 57.42 1,233 122,736
KELANTAN 1,279 64.03 1,222 98,866
PERAK 1,174 66.21 1,446 87,142
TERENGGANU 790 59.89 814 45,795
PAHANG 752 28.55 712 54,746
WP KUALA LUMPUR 433 22.51 493 (3) 181,733
MELAKA 327 33.57 269 54,237
NEGERI SEMBILAN 203 17.27 170 (1) 95,158
PERLIS 67 25.16 80 3,050
WP PUTRAJAYA 21 21.60 22 5,800
WP LABUAN 5 4.93 11 9,901
MALAYSIA 18,385 53.70 18,815 (7) 2,049,750
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)
**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk
***Kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 18,815 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH
KES KLUSTER KONTAK RAPAT
IMPORT A*
LAIN- LAIN
SARAWAK 3,660 76 2,860 1 723
SELANGOR 2,718 97 1,396 1 1,224
JOHOR 2,206 391 1,001 - 814
SABAH 1,982 9 1,101 1 871
PULAU PINANG 1,777 91 501 - 1,185
PERAK 1,446 289 547 - 610
KEDAH 1,233 38 745 - 450
KELANTAN 1,222 41 800 - 381
TERENGGANU 814 47 548 - 219
PAHANG 712 270 356 - 86
WP KUALA LUMPUR 493 11 261 3 218
MELAKA 269 16 119 - 134
NEGERI SEMBILAN 170 2 123 1 44
PERLIS 80 - 35 - 45
WP PUTRAJAYA 22 - 12 - 10
WP LABUAN 11 3 - - 8
JUMLAH
KESELURUHAN 18,815 1,381 10,405 7 7,022
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 3
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI
KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES
JUMLAH DISARING
1 Industri
Batu 23 Kulai Tempat Kerja Johor Kulai 35 75
2 Industri Idaman
Senai Tempat Kerja Johor Kulai 24 29
3 Industri Jalan
Teluk Ramunia Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 19 53
4 Jalan Bahagia
Batu 19 Tempat Kerja Johor Tangkak 13 15
5 Industri Sulong
Utama Tempat Kerja Johor Batu Pahat 9 108
6 Senai Jaya Kulai Tempat Kerja Johor Kulai 8 16
7 Industri Jalan
Chepor 11/8 Tempat Kerja Perak Kinta 64 97
8 Jalan Jelapang 3 Tempat Kerja Perak Kinta 46 2,676
9 Pulau Kambing Tempat Kerja Terengganu
Kuala Terengganu, Kuala Nerus,
Besut, Marang, dan
Hulu Terengganu
103 473
10 Kampung Baloh Komuniti Kelantan Kota Bharu 18 25
NO NAMA KLUSTER KATEGORI
KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES
JUMLAH DISARING
11 Kampung Buloh Poh Komuniti Kelantan Kota Bharu 15 27
12 Kampung Sungai
Hilir Masjid Komuniti Kelantan Bachok dan
Kota Bharu 14 21
13 Kampung Gaung
Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 13
14 Kampung Belukar
Simpang Komuniti Kelantan Kota Bharu 9 14
15 Seri Mahkota Aman Komuniti Pahang Kuantan 26 72
16 Jalan Klinik Lama Gua Musang
Kumpulan Berisiko
Tinggi
Kelantan Gua Musang 27 36
17 Batu Sembilan Chemor
Kumpulan Berisiko
Tinggi
Perak Kinta 12 59
18 Dah Kota Kenari Pendidikan
Lain Kedah Kulim 83 88
19 Taman Kota Barat Pendidikan
Lain Perak
Larut, Matang, dan
Selama
14 21
20 Bukit Ibam Pendidikan
Tinggi Pahang Rompin 36 70
21 Tembok Choh 4 Pusat
Tahanan Johor Johor Bahru 19 22
LAMPIRAN 4
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 15 SEPTEMBER 2021
NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.14
TERENGGANU 1.08
PERLIS 1.06
PERAK 1.02
JOHOR 1.01
PAHANG 1.01
PULAU PINANG 1.00
KELANTAN 1.00
SABAH 0.93
KEDAH 0.92
MELAKA 0.92
NEGERI SEMBILAN 0.87
WP PUTRAJAYA 0.87
SELANGOR 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.97