• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 1,377 kes (331,001 kes kumulatif, 95.5%);

• Kes baharu : 1,178 kes (346,678 kes kumulatif);

• Kes import : 20 kes (9 warganegara, 11 bukan warganegara)

• Kes tempatan : 1,158 kes [861 warganegara (74.4%); 297 bukan warganegara (25.6%)];

• Kes aktif : 14,399 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 163 kes;

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes; dan

• Kes kematian : 6 kes (1,278 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara; 1 bukan warganegara).

(2)

Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 238 kes (20.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 183 kes (76.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 237 kes (20.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 190 kes (16.1 peratus).

Sebanyak 31 kes (2.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster DTI Jalan Duta (7 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Pagar Bukit Chagar (1 kes).

Terdapat enam (6) kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Kelantan, dan Sabah. Sebanyak lima (5) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut

(3)

negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 April 2021:

• Jumlah kluster : 1,378 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 6 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat : 1,016 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Persiaran Bunga Tanjung, Kluster Jalan Baru, Kluster Jalan Tronoh, Kluster Jalan Jaya, Kluster Jalan Kota Kulai, Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Kempas Baru, Kluster Kampung Mak Teh, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Jalan Melati);

• Jumlah kluster aktif : 362 kluster;

• Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 55 kluster; dan

• Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Jelawat (105 kes),

(4)

Kluster Kait Gading (64 kes), dan Kluster Rimbayan (15 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI

“PROTEIN SPIKE” COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Kesihatan Negara (NIH) telah melakukan analisis terhadap lebih daripada 261 turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 (COVID-

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster

1 Bukit Serdang Selangor Tempat Kerja

2 Jalan Sungai Ramal Selangor Tempat Kerja 3 Jalan Permas Cetak Johor Tempat Kerja

4 Kait Gading Johor Tempat Kerja

5 Jalan Teluk Kumbar Pulau Pinang Tempat Kerja

6 Taman Emas Pahang Komuniti

(5)

19) dari sampel klinikal. Ini merangkumi kes-kes COVID-19 di Malaysia daripada gelombang pertama sehingga gelombang ketiga. Analisis ini memberi fokus kepada pemantauan terhadap semua jenis mutasi gen terutama pada anjakan protein yang memainkan peranan penting dalam proses pengecaman reseptor dan proses membran sel (receptor recognition and cell membrane fusion process). Sebelum ini, IMR telah mengesan beberapa bentuk varian mutasi virus SARS-CoV-2 (COVID-19) termasuk mutasi D614G dan A701V.

1. Penemuan kewujudan varian South African B.1.351

Terkini, IMR telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan varian South African B.1.351 di kalangan kes positif COVID-19 tempatan melalui survelan genomik (genomic surveillance).

Strategi survelan genomik ini melibatkan sampel-sampel yang disahkan positif sepanjang Januari 2021 sehingga ke 31 Mac 2021 daripada:

• Kes-kes positif dari kluster-kluster tempatan di Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan;

• Kes-kes positif dengan sejarah perjalanan ke negara lain;

dan

• Kes-kes kematian disebabkan COVID-19.

(6)

Untuk makluman, penemuan varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada bulan Disember 2020 di dua buah negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan. Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut telah juga turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia, dan Korea Selatan.

Kewujudan varian South African B.1.351 di Malaysia telah mula dikenalpasti di kalangan empat (4) kes tempatan pada bulan Mac 2021. Hasil siasatan awal mendapati, keempat-empat kes tersebut mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti yang ditunjukkan dalam analisis filogenetik. Dua (2) kes dipercayai dari Kluster Jalan Lima yang merupakan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Walau bagaimanapun, cara penularan atau jangkitan varian B.1.351 kepada pekerja kes tersebut sukar untuk dikenal pasti dan disahkan. Satu (1) kes pula adalah daripada Kluster Kebun Baru dan 1 (satu) kes lagi adalah merupakan ahli keluarga kepada kes positif COVID-19 yang tinggal serumah.

Susulan daripada penemuan pertama varian B.1.351 tersebut, lebih banyak ujian jujukan genom telah dijalankan dengan menggunakan sampel positif COVID-19 dari lokasi geografi

(7)

termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang. Hasil dari ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat lima (5) kes lagi dikesan dari lokaliti ini yang telah dijangkiti dengan varian tersebut. Empat (4) kes adalah daripada Kluster Kebun Baru dan satu (1) kes adalah daripada Kluster Jalan Lima.

2. Kluster-kluster yang terlibat

Kluster Jalan Lima telah tamat pada 29 Mac 2021 di mana kluster ini telah melibatkan 57 kes secara keseluruhan dan 447 individu telah disaring. Kluster Kebun Baru pula masih aktif dan dijangka tamat pada 25 April 2021 (sekiranya tiada lagi pertambahan kes). Sehingga 31 Mac 2021, kluster ini telah melibatkan 1,111 kes secara keseluruhan (111 masih aktif dan diasingkan untuk rawatan atau isolasi) dan 1,565 individu telah disaring.

Varian B.1.351 didapati mempunyai pelbagai mutasi “spike protein”, termasuk L18F, D80A, D614G, D215G, A701V, K417N, E484K, N501Y and L241_A243del. Walau bagaimanapun, varian ini tidak mempunyai mutasi H69_V70del seperti yang terdapat pada varian UK B.1.1.7. Analisa jujukan genom juga menunjukkan kebarangkalian asal-usul jangkitan daripada kes positif COVID-19 melibatkan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di KLIA berdekatan dengan kawasan Sepang

(8)

diikuti penularan jangkitan ke kawasan penduduk tempatan di daerah Kuala Langat.

Oleh itu, sehingga 31 Mac 2020, sejumlah sembilan (9) kes positif COVID-19 telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 daripada jangkitan tempatan di

Malaysia. Sehingga kini, analisis filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

3. Tindakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan IMR

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang serta pihak IMR akan terus melakukan turutan jujukan genom penuh virus dari sampel klinikal untuk memantau kehadiran varian ini dan juga varian lain. Sejak awal Januari 2021 hingga hujung Mac 2021, sejumlah 117 jujukan genom penuh SARS-CoV-2 telah diperolehi bagi pelbagai mutasi COVID-19. Manakala untuk sepanjang tahun 2020, sebanyak 144 jujukan genom telah dimuat naik di sistem pengkalan maklumat iaitu di laman GISAID. Tindakan ini akan terus dilaksanakan secara aktif.

KKM akan terus berwaspada dan melaksanakan pelbagai langkah kesihatan awam untuk mencegah berlakunya limpahan

(9)

varian baru ke Malaysia. Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada umum. Semoga segala usaha untuk mengekang penularan varian baharu COVID-19 ini akan membantu negara membendung jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

(10)

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 April 2021 @ 6.00 petang.

(11)

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( )

BILANGAN KES KUMULATIF

SELANGOR 237 (10) 116,315

SABAH 86 54,853

JOHOR 165 41,420

WP KUALA LUMPUR 101 (9) 37,921

NEGERI SEMBILAN 34 17,302

SARAWAK 238 (1) 16,628

PULAU PINANG 190 16,259

PERAK 31 12,997

KEDAH 32 8,467

MELAKA 9 6,551

KELANTAN 27 6,277

PAHANG 14 4,280

TERENGGANU 6 3,599

WP LABUAN 7 2,335

WP PUTRAJAYA 1 1,144

PERLIS 0 330

JUMLAH KESELURUHAN 1,178 (20) 346,678

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import

(12)

LAMPIRAN 2

Perincian 1,178 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 April 2021 adalah seperti berikut:

Sarawak: 238 kes

o 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 162 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o Satu (1) kes import dari luar negara; dan

o 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 237 kes

o 33 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal;

o 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o 10 kes import dari luar negara; dan

o 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 190 kes

o 113 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Teluk Kumbar;

(13)

o 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif

COVID-19; dan

o 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 165 kes

o 83 kes daripada kluster-kluster; termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Permas Cetak dan Kluster Kait Gading;

o 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 101 kes

o 13 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;

o 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan

o 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 86 kes

o 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(14)

Negeri Sembilan: 34 kes

o Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 32 kes

o 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 31 kes

o Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 27 kes

o 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(15)

Pahang: 14 kes

o 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Emas; dan

o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: Sembilan (9) kes

o Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;

o Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Terengganu: Enam (6) kes

o Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain- lain saringan COVID-19.

(16)

LAMPIRAN 3

Ringkasan enam (6) kes kematian pada 1 April 2021 adalah seperti berikut:

No.

Kematian

No.

Kes Negeri Jantina (warganegara)

Umur (tahun)

Hospital / Tempat Kematian

Latar Belakang

1273 302296 Sarawak Lelaki

(WN) 68 Hospital Sibu

Penyakit kencing manis,

darah tinggi, buah pinggang

kronik, dan strok 1274 319115 Sarawak Lelaki

(WN) 60 Hospital

Bintulu

Penyakit kencing manis

dan darah tinggi 1275 323173

WP Kuala Lumpur

Perempuan

(WN) 81 Hospital

Kuala Lumpur

Penyakit darah tinggi

1276 339416 Kelantan Lelaki

(WN) 54

Hospital Raja Perempuan

Zainab II, Kota Bharu

Penyakit kencing manis,

jantung, dan asma 1277 342305 Johor Perempuan

(WN) 73

Jenazah dibawa ke

Hospital Sultan Ismail,

Johor Bahru

Penyakit kencing manis

dan buah pinggang

kronik 1278 338697 Sabah Perempuan

(BWN) 69

Jenazah dibawa ke

Hospital Keningau

Penyakit gout

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

(17)

LAMPIRAN 4

Perincian enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN SUNGAI RAMAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335819) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di dua (2) buah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Sungai Ramal dan Taman Sri Kenari, Kajang. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 312 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BUKIT SERDANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

(18)

3. KLUSTER JALAN TELUK KUMBAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337533) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini diambil sempena lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Barat Daya.

Sehingga 1 April 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KAIT GADING

Kluster tempat kerja inimelibatkan daerah Batu Pahat di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 429 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN PERMAS CETAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345888) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu

(19)

bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas Jaya 9/13, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAMAN EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lipis di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338151) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan komuniti. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Emas, Lipis. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Referensi

Dokumen terkait

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, KLUSTER BUNGA DAN KLUSTER SUNGAI 1 Kluster Benteng LD Sehingga 14 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 5,402 individu telah disaring dalam

LAMPIRAN 2 Perincian 1,575 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Mac 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 751 kes o 134 kes daripada

LAMPIRAN 2 Perincian 3,418 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mei 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 1,200 kes o 65 kes daripada

8 LAMPIRAN 2 Kes positif 1,924 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 666 kes o 187 kes daripada

10 LAMPIRAN 2 Perincian 2,433 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Januari 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 730 kes o 181 kes daripada

11 LAMPIRAN 2 Perincian 2,295 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Januari 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 638 kes o 284 kes daripada

9 LAMPIRAN 2 Kes positif 2,253 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Februari 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 633 kes o 143 kes daripada

LAMPIRAN 2 Perincian 1,482 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Mac 2021 adalah seperti berikut: • Selangor: 661 kes o 400 kes daripada