• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "kenyataan akhbar - COVID-19 MALAYSIA"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,527 kes (479,666 kes kumulatif, 85.9%);

• Kes baharu : 9,020 kes (558,534 kes kumulatif);

• Kes import : 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 9,015 kes [8,346 warganegara (92.6%);

669 bukan warganegara (7.4%)];

• Kes aktif : 76,218 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 844 kes;

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 430 kes;

• Kes kematian : 98 kes (2,650 kes kumulatif, 0.47%; 98 warganegara);

• Jumlah kluster : 2,146 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 23 kluster;

(2)

• Jumlah kluster yang telah tamat :1,516 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 630 kluster.

Sebanyak 98 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KLUSTER RENTAS NEGERI DAN KLUSTER KOMUNITI BERKAITAN PERAYAAN: KENAIKAN JUMLAH KES DAN KLUSTER ADALAH TERUS MEMBIMBANGKAN

Bermula 7 Disember 2020, sebanyak 51 buah kluster rentas

negeri yang terdiri daripada 6,468 kes telah dilaporkan kepada

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)

(3)

Kebangsaan, KKM. Ini berikutan kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara pada ketika itu. Walau bagaimanapun, larangan ini mula dikuatkuasakan semula sejak 10 Mei 2021 berikutan keadaan pandemik yang semakin meruncing.

Kluster-kluster rentas negeri adalah termasuk yang berpunca dari kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.

Sejak 1 April 2021 sehingga 28 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20

kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah

dilaporkan. Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan

(4)

jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan (8) kluster (40 peratus), Terengganu dengan tiga (3) kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua (2) kluster (10 peratus).

Dalam pada masa yang sama, negara juga menghadapi cabaran kluster komuniti terutamanya sub-kluster perayaan.

Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang

berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah

dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Untuk makluman,

seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak

1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu

kadar positiviti 25.1 peratus. Daripada jumlah 1,019 kes

tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan sehingga kini dan

(5)

satu (1) kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh (7) kluster (26.9 peratus), Kelantan dengan lima (5) kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing- masing dengan dua kluster (7.7 peratus).

Adalah dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah. Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru COVID-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut.

Melihat situasi seperti di atas, KKM ingin mengambil

kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar

dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan

Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi. Begitu juga bagi

sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya

berpanjangan sehingga satu (1) bulan. Masyarakat diingatkan

bahawa larangan merentas daerah dan negeri masih lagi

(6)

berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung mengunjung bagi menyambut perayaan. Peningkatan sub-kluster perayaan hari raya perlu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak terus bertambah.

Aktiviti merentas daerah, negeri, kunjung-mengunjung atau perhimpunan sewaktu perayaan tidak sepatutnya berlaku sama sekali dengan pelaksanaan total lockdown bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Sekarang adalah waktu untuk kita semua bertindak bersama-sama menurunkan jumlah kes dan kematian harian.

Sayangilah diri dan keluarga kita, serta lindungilah warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus yang menyebabkan COVID-19, demi perayaan yang lebih bermakna pada tahun-tahun mendatang.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu

yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi

saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan

iaitu;

(7)

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Mei 2021 @ 6.30 petang.

(8)

LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES

BAHARU *( )

BILANGAN KES KUMULATIF

SELANGOR 2,836 (2) 182,338

SABAH 265 61,847

WP KUALA LUMPUR 789 (3) 57,651

JOHOR 468 57,461

SARAWAK 726 46,162

PULAU PINANG 345 28,050

KELANTAN 907 26,481

NEGERI SEMBILAN 898 25,584

PERAK 272 20,167

KEDAH 468 18,023

MELAKA 340 11,532

PAHANG 216 9,119

TERENGGANU 189 8,353

WP LABUAN 253 3,423

WP PUTRAJAYA 29 1,851

PERLIS 19 492

JUMLAH KESELURUHAN 9,020 (5) 558,534

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import

(9)

LAMPIRAN 2 Ringkasan 98 kes kematian pada 29 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No.

Kematian Negeri Jantina (Warganegara)

Umur

(Tahun) Hospital Latar Belakang 2553 Selangor Perempuan

WN 91 Hospital Sunway

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung

2554 WP Kuala Lumpur

Perempuan

WN 67

Hospital Canselor Tuanku Muhriz,

Cheras

Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan

dislipidemia 2555 WP Kuala

Lumpur

Lelaki

WN 49 Hospital KPJ

Damansara

Penyakit darah tinggi

2556 Sarawak Lelaki

WN 70

Hospital Umum Sarawak,

Kuching

-

2557 Selangor Perempuan

WN 86 Hospital

Selayang

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi 2558 Sarawak Perempuan

WN 59 Hospital Kapit

Penyakit kencing manis dan buah

pinggang 2559 Kelantan Lelaki

WN 57

Hospital Sultan Ismail Petra,

Kuala Krai

Penyakit darah tinggi

2560 Pulau Pinang

Perempuan

WN 77 Hospital Pulau

Pinang

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia,

dan dementia

2561 Johor Lelaki

WN 70

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, buah pinggang, dan

dislipidemia

2562 Kedah Perempuan

WN 73 Hospital

Kuala Nerang

Penyakit kencing manis

2563 Terengganu Perempuan

WN 70

Hospital Sultanah Nur Zahirah,

Kuala Terengganu

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang 2564 WP Kuala

Lumpur

Perempuan

WN 66 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung 2565 Selangor Lelaki

WN 68 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit kencing manis dan dislipidemia

(10)

2566 Johor Lelaki

WN 62

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Penyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan dislipidemia

2567 Pulau Pinang

Perempuan

WN 69 Hospital Pulau

Pinang

Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan

buah pinggang

2568 Kedah Lelaki

WN 65

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia,

dan Alzheimer

2569 Selangor Lelaki

WN 84

Hospital Canselor Tuanku Muhriz,

Cheras

Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang,

paru-paru dislipidemia, dan

gout 2570 Selangor Lelaki

WN 71 Hospital Shah

Alam

Penyakit darah tinggi dan dislipidemia

2571 Sabah Perempuan

WN 76

Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu

Penyakit darah tinggi, dislipidemia,

dan kanser 2572 WP Kuala

Lumpur

Lelaki

WN 62 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit kencing manis dan

leukemia 2573 Kelantan Perempuan

WN 68

Hospital Sultan Ismail Petra,

Kuala Krai

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi

2574 Kedah Perempuan

WN 81

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Penyakit darah tinggi

2575 Selangor Lelaki

WN 65 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang

2576 Sabah Perempuan

WN 87

Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu

-

2577 Terengganu Lelaki

WN 80 Hospital Setiu Penyakit darah tinggi

2578 Johor Lelaki

WN 77

Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang

2579 Johor Lelaki

WN 62 Hospital Segamat Penyakit jantung

(11)

2580 Sarawak Lelaki

WN 73 Hospital Kapit

Penyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan schizophrenia

2581 Kedah Lelaki

WN 56

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang

2582 Terengganu Lelaki

WN 37

Hospital Sultanah Nur Zahirah,

Kuala Terengganu

-

2583 Sabah Perempuan

WN 57

Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi 2584 WP Kuala

Lumpur

Lelaki

WN 74 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung 2585 Pulau

Pinang

Lelaki

WN 83 Hospital Pulau

Pinang -

2586 Pulau Pinang

Lelaki

WN 60 Hospital Pulau

Pinang

Penyakit darah tinggi

2587 Sarawak Lelaki

WN 58 Hospital Bintulu

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan dislipidemia 2588 Negeri

Sembilan

Lelaki

WN 66 Hospital Port

Dickson

Penyakit Parkinson dan kemurungan

2589 Melaka Lelaki

WN 69 Hospital Melaka -

2590 Selangor Perempuan

WN 57 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit kencing manis dan buah

pinggang 2591 Selangor Lelaki

WN 75 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit darah tinggi dan jantung 2592 WP Kuala

Lumpur

Lelaki

WN 70 Hospital Sungai

Buloh Penyakit jantung 2593 Negeri

Sembilan

Lelaki

WN 73 Hospital Tunku

Jaafar, Seremban

Penyakit darah tinggi dan obesiti

2594 Perak Perempuan

WN 58 Hospital Seri

Manjung

Penyakit darah tinggi, rheumatoid

arthritis, dan osteoarthritis

2595 Kedah Lelaki

WN 69

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia,

dan gout

2596 Kedah Lelaki

WN 53 Hospital Sultanah Bahiyah,

Penyakit buah pinggang, darah

(12)

Alor Setar tinggi,dan

dislipidemia

2597 Johor Lelaki

WN 57

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Penyakit kencing manis 2598 Negeri

Sembilan

Lelaki

WN 83 Hospital Tunku

Jaafar, Seremban -

2599 Johor Lelaki

WN 61

Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan hati

2600 Johor Lelaki

WN 54

Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

Penyakit darah tinggi

2601 Pulau Pinang

Lelaki

WN 84 Hospital Pulau

Pinang

Penyakit darah tinggi dan dislipidemia

2602 Melaka Lelaki

WN 75 Hospital Melaka

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi

2603 Pahang Perempuan

WN 75

Hospital Tengku Ampuan Afzan,

Kuantan

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, buah pinggang, dan

jantung 2604 Selangor Lelaki

WN 86 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit kencing manis dan buah

pinggang

2605 Johor Lelaki

WN 38

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Obesiti

2606 WP Kuala Lumpur

Lelaki

WN 72 Hospital Sunway

Penyakit darah tinggi dan penyakit

jantung

2607 Sarawak Lelaki

WN 63 Hospital Bintulu

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi 2608 Negeri

Sembilan

Lelaki

WN 62 Hospital Port

Dickson

Penyakit darah tinggi, jantung, dan

dislipidemia

2609 Kedah Perempuan

WN 47

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

Asma dan penyakit bawaan darah 2610 WP Labuan Perempuan

WN 60 Hospital Labuan -

2611 Selangor Lelaki

WN 89 Hospital Shah

Alam -

2612 Johor Perempuan

WN 66

Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

-

(13)

2613 Negeri

Sembilan

Lelaki

WN 18 Hospital Tunku

Jaafar, Seremban Asma 2614 Negeri

Sembilan

Perempuan

WN 66 Hospital Tunku

Jaafar, Seremban

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung

2615 Negeri Sembilan

Lelaki

WN 55 Hospital Port

Dickson

Penyakit kencing manis, darah tinggi, kanser hati,

dan obesiti

2616 Pahang Lelaki

WN 73 Jenazah dibawa

ke Hospital Raub

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung

2617 Pahang Lelaki

WN 89

Hospital Tengku Ampuan Afzan,

Kuantan

Asma

2618 Selangor Lelaki

WN 60

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang 2619 Selangor Perempuan

WN 89 Hospital Sungai

Buloh

Penyakit darah tinggi dan dislipidemia 2620 Selangor Lelaki

WN 86 Hospital Ampang -

2621 Selangor Perempuan

WN 84 Hospital Shah

Alam

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, buah pinggang, dan

asma 2622 Selangor Perempuan

WN 75 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis, darah tinggi

dan strok 2623 Selangor Perempuan

WN 72 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit darah tinggi 2624 Selangor Lelaki

WN 67 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung 2625 Selangor Lelaki

WN 66

Jenazah dibawa ke Hospital

Banting

-

2626 Selangor Lelaki

WN 66 Hospital

Selayang

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi

2627 Selangor Lelaki

WN 59 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, buah pinggang, dan

anemia

(14)

2628 Selangor Lelaki

WN 55 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, buah pinggang, dan

jantung

2629 Selangor Lelaki

WN 54 Hospital Ampang

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang

2630 Selangor Lelaki

WN 50 Hospital Kajang

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, buah pinggang, dan gout

2631 Selangor Lelaki

WN 77

Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku

Muhriz, Cheras

Penyakit darah tinggi, osteoarthritis, multiple myeloma,

hypocortisolism, dan hypothyroidism, 2632 Selangor Lelaki

WN 64

Jenazah dibawa ke Hospital

Serdang

-

2633 Selangor Lelaki

WN 59

Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

-

2634 Selangor Lelaki

WN 51

Jenazah dibawa ke Hospital Kuala

Lumpur

-

2635 Sabah Lelaki

WN 67

Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan dislipidemia 2636 WP Kuala

Lumpur

Lelaki

WN 84 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi

2637 WP Kuala Lumpur

Lelaki

WN 77

Jenazah dibawa ke Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, dan dislipidemia

2638 WP Kuala Lumpur

Lelaki

WN 73

Hospital Canselor Tuanku Muhriz,

Cheras

Penyakit kencing manis, darah tinggi, hati dan

gout

2639 WP Kuala Lumpur

Lelaki

WN 75

Hospital Rehabilitasi

Cheras

Penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan gout

(15)

2640 WP Kuala

Lumpur

Perempuan

WN 69

Hospital Canselor Tuanku Muhriz,

Cheras

Penyakit kencing manis dan darah

tinggi 2641 WP Kuala

Lumpur

Perempuan

WN 68 Hospital Kuala

Lumpur

Penyakit buah pinggang, darah tinggi, tibi,dan gout 2642 WP Kuala

Lumpur

Perempuan

WN 64 Hospital Sungai

Buloh Dislipidemia

2643 Johor Lelaki

WN 73

Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

Penyakit jantung, kencing manis, dan

darah tinggi

2644 Johor Perempuan

WN 83

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Penyakit jantung

2645 Johor Perempuan

WN 79

Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

Penyakit jantung, kencing manis, dan

darah tinggi

2646 Johor Lelaki

WN 77

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Penyakit jantung, kencing manis,dan

darah tinggi

2647 Johor Lelaki

WN 27

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu

Penyakit kencing manis dan buah

pinggang

2648 Negeri Sembilan

Lelaki

WN 53 Hospital Tunku

Jaafar, Seremban

Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah

pinggang

2649 Kedah Lelaki

WN 86

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

-

2650 Terengganu Lelaki

WN 76

Hospital Sultanah Nur Zahirah,

Kuala Terengganu

Penyakit bawaan darah, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan

buah pinggang

*WN merujuk kepada warganegara

(16)

LAMPIRAN 3 Perincian 9,020 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI JUMLAH

KES KLUSTER KONTAK

RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN

SELANGOR 2,836 145 1,966 2 723

KELANTAN 907 136 555 - 216

NEGERI SEMBILAN 898 158 501 - 239

WP KUALA LUMPUR 789 74 459 3 253

SARAWAK 726 45 521 - 160

JOHOR 468 77 287 - 104

KEDAH 468 50 298 - 120

PULAU PINANG 345 81 144 - 120

MELAKA 340 190 122 - 28

PERAK 272 52 167 - 53

SABAH 265 75 134 - 56

WP LABUAN 253 149 49 - 55

PAHANG 216 53 126 - 37

TERENGGANU 189 40 101 - 48

WP PUTRAJAYA 29 0 20 - 9

PERLIS 19 - 13 - 6

JUMLAH

KESELURUHAN 9,020 1,325 5,463 5 2,227

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

(17)

LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA

PADA 29 MEI 2021

No. Nama Kluster Kategori

Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes

Jumlah Disaring 1 Jalan Teknokrat Lima Tempat Kerja Selangor Sepang 9 246 2 Persiaran Tiga

Selayang Tempat Kerja Selangor

Gombak dan Hulu Selangor

8 63

3

Bukit Permai

Utama Tiga Tempat Kerja Selangor

Hulu Langat

dan Sepang 21 34 4 Industri Jalan Berlian Tempat Kerja Johor

Pontian dan

Kulai 15 58

5 Jalan Istimewa Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 15 175

6 Industri Jalan Lapan Tempat Kerja Kelantan

Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Machang, dan Pasir

Mas

46 138

7

Jalan Klinik Pasir Puteh

Tempat Kerja Kelantan Pasir Puteh

dan Bachok 15 97 8

Industri Batu 16 Bemban

Tempat Kerja Melaka Jasin 34 126

9 Patuma Keagamaan Sabah

Kota

Kinabalu 11 133 10 Taman Desa Harmoni Keagamaan Johor Kluang 14 20 11 Jalan Bagan Ajam Keagamaan Pulau Pinang Seberang

Perai Utara 11 39

12 Trolak Utara Keagamaan Perak

Batang Padang dan Kinta

10 53

(18)

13 Rengas Jaya Keagamaan Perak

Kuala Kangsar dan

Perak Tengah

29 50

14 Taman Asean Dua Keagamaan Melaka Melaka

Tengah 24 88

15 Site BC Sekinchan Komuniti Selangor Sabak

Bernam 45 240

16 Sungai Sian Komuniti Sarawak Maradong 22 57

17 Jalan Damai Tangkak Komuniti Johor Tangkak 20 29

18 Dah Kedawang Komuniti Kedah Langkawi 34 170

19 Paya Terbakar Komuniti Pulau Pinang Seberang

Perai Utara 22 70 20 Kampung Baru Bentong Komuniti Pahang Bentong 27 54 21 Kampung Matang Komuniti Terengganu Hulu

Terengganu 52 245

22 Simpang Sungai Komuniti WP Labuan Labuan 7 27

23 Jalan Ng Song Teik

Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar

di bawah KPM

Perak Kinta 13 35

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 3 APRIL 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 10 JULAI 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG