• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kenyataan Media

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "Kenyataan Media"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Kenyataan Media

CYBERJAYA 20 Julai 2019

PENYEBARAN MAKLUMAT MELALUI LAMAN SOSIAL ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan pelajar lain yang sedang tular di laman sosial yang berpotensi untuk menyemarakkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat.

Sebaliknya, orang ramai diminta untuk segera melaporkan kewujudan rakaman video itu kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Perkongsian kandungan yang bersifat jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

MCMC sedang berurusan dengan pihak penyedia platform media sosial untuk menurunkan rakaman video berkenaan daripada terus tular.

Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai supaya bertanggungjawab dalam menyebarkan atau memberi komen terhadap mana-mana kandungan di laman sosial sama ada berupa video, gambar mahupun tulisan. Penyebaran atau sikap memberi komen ke atas kandungan yang tidah sahih bukan sahaja boleh mewujudkan kekeliruan awam tetapi juga dikhuatiri mengganggu-gugat keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

(2)

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my dan untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:

Kamalavacini Ramanathan

Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Markus Lim Han King

Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: +603 8688 8000 Faks: +603 8688 1000 E-mel: [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

Dalam menyelesaikan persamaan menggunakan metode eliminasi atau substitusi, kami menggunakan fakta yang diketahui dari persamaan, yaitu dan melakukan serangkaian operasi

PEMBERITAHUAN PENANGGUHAN KAJIAN PENGGUNA TELEFON BIMBIT 2019 DAN KAJIAN PENGGUNA E-DAGANG 2019 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC ingin memaklumkan bahawa Kajian