• Tidak ada hasil yang ditemukan

kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan tafsir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan tafsir"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

861 KEPENTINGAN PENDIDIKAN INTEGRITI INDIVIDU BERTERASKAN TAFSIR

TASAWUF ISHĀRI BAGI PENJAWAT PERKHIDMATAN AWAM Mahyuddin Hashim

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM [email protected]

Mohd Nur Adzam Rasdi

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM [email protected]

Abstrak

Dalam menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Beberapa inisiatif di peringkat nasional telah dibangunkan seperti Pelan Integriti Nasional dan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023. Namun begitu, kajian Nik et al.

menyatakan bahawa integriti penjawat perkhidmatan awam di Malaysia masih berada di tahap bermasalah. Kajian Barometer Rasuah Global menunjukkan sejumlah besar rakyat tidak percaya bahawa masalah rasuah bertambah baik. Lebih mendukacitakan, mulai 2014, skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun setiap tahun daripada skor 52 kepada skor 47 pada tahun 2018.

Antara tahun 2005-2014, Malaysia telah kehilangan RM 1.8 trilion menerusi aliran kewangan tidak sah yang sebahagiannya berpunca daripada amalan rasuah. Berdasarkan trend rasuah di Malaysia dalam tempoh 2013-2018, sektor awam dilihat sebagai sektor yang paling berisiko terhadap amalan rasuah.

Justeru, model baharu pendidikan integriti individu berteraskan tafsir Tasawuf Ishᾱri bagi penjawat awam sangat penting untuk dibangunkan. Ini kerana pendidikan integriti individu tidak akan berjaya kecuali melalui pembentukan rohani bersumberkan al-Quran yang terbukti telah menghasilkan keperibadian mulia. Pembentukan rohani adalah merupakan intipati ilmu Tasawuf berbanding model sedia ada yang tidak memfokuskan kepada aspek tersebut. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari bagi penjawat perkhidmatan awam. Metodologi kajian ini pula menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Hasil dapatan utama kajian ini ialah pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari boleh meningkatkan integriti penjawat awam bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WBK) 2030. Salah satu pemboleh daya WBK ialah Tadbir Urus dan Integriti iaitu pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.

Keyword: Pendidikan, integriti, individu, tafsir, Tasawuf, Ishᾱri, perkhidmatan awam.

1. PENDAHULUAN

Dalam menuju ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Untuk itu, beberapa inisiatif utama di peringkat nasional telah

(2)

862 dibangunkan bermula dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada bulan April 2004 yang menampilkan rancangan terperinci selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika tinggi selari dengan Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan (GTP) meneruskan kelangsungan prinsip asas PIN melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Banteras Rasuah.

Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan/mengenalpasti tiga misi penting yang akan menyumbang kepada keberkesanan usaha pembanterasan rasuah di negara ini melalui menegakkan kedaulatan undang-undang, penstrukturan semula sistem perkhidmatan awam bagi memupuk konsep tadbir urus baik dan berintegriti dalam persekitaran perniagaan (Jabatan Perdana Menteri, 2019).

Namun begitu, melalui kajian Nik, Azmi Awang & Azmi (2012) menyatakan prestasi dan integriti penjawat perkhidmatan awam di Malaysia masih berada di tahap bermasalah. Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (2019) ketika memperkenalkan Wawasan Kemajuan Bersama 2030, rasuah dan salah guna kuasa telah menjejaskan pertumbuhan dan pengagihan ekonomi.

Kajian antarabangsa seperti Barometer Rasuah Global dan Indeks Persepsi Rasuah masih menunjukkan bahawa sejumlah besar rakyat tidak percaya bahawa masalah rasuah telah bertambah baik di negara ini. Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa proses transformasi perlu dipertingkatkan, dan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu ini di semua peringkat, terutama pada tahap formatif. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia mencatatkan purata skor 49.61 antara tahun 1995 dan 2017. Malaysia mencapai rekod skor tertinggi, 53.20, dalam tahun 1996 dan rekod skor terendah, 43, pada 2011. Lebih mendukacitakan, mulai 2014, skor Malaysia menurun setiap tahun daripada skor 52 kepada skor 47 pada tahun 2017. Walaupun Malaysia telah mendapat skor 53 pada tahun 2019, usaha perlu diteruskan untuk memerangi rasuah (Jabatan Perdana Menteri, 2019).

Antara tahun 2005 hingga 2014, Malaysia telah kehilangan RM 1.8 trilion menerusi aliran kewangan tidak sah yang mana sebahagian daripadanya berpunca daripada amalan rasuah. Berdasarkan trend rasuah di Malaysia dalam tempoh lima tahun yang lalu (2013-2018), sektor awam dilihat sebagai sektor yang paling berisiko terhadap amalan rasuah. Berbanding tahap risiko 17.06% oleh sektor swasta, sektor awam mencatatkan tahap risiko yang jauh lebih tinggi iaitu 63.30%. Hal ini disebabkan oleh tadbir urus yang lemah dalam bidang perolehan, agensi penguatkuasaan undang-undang serta pentadbiran (Jabatan Perdana Menteri, 2019).

(3)

863 Rajah 1: Sorotan rasuah di Malaysia (Sumber: Jabatan Perdana Menteri, 2019)

Beberapa peluang yang mampu memperkukuh inisiatif antirasuah telah dikenalpasti melalui NACP iaitu antaranya sistem pendidikan menyeluruh yang memupuk tadbir urus insan (human governance) yang dibangunkan melalui kurikulum pendidikan kebangsaan berpaksikan Tadbir Urus Insan (human governance) dan Program Kepimpinan Berterusan (Jabatan Perdana Menteri, 2019).

Pendidikan Integriti individu

Integriti berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Menurut Megat Ayop Megat Arifin dan Abd. Halim Ahmad (2016), integriti terbahagi kepada dua asas utama. Pertama, individu dan kedua organisasi.

Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan

(4)

864 amalan bermoral tinggi. Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Manakala di peringkat organisasi ianya telah termaktub dalam perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture). Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu mahupun organisasi bermaksud code of behavior.

Kajian terdahulu mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Megat Ayop dan Abd. Halim, 2016). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik dan bebas daripada tingkah laku kaunter yang negatif seperti mencuri, vandalisme, memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja. Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1 yang merupakan antara contoh faktor dan kesan daripada kemerosotan integriti.

Jadual 1: Contoh faktor dan kesan daripada kemerosotan integriti

Sumber: Kajian Megat Ayop Megat Arifin dan Abd. Halim Ahmad (2016)

Setiap individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. Menurut Aristotle, individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan (Wakin, 1996). Individu juga perlu mempunyai keberanian untuk menentukan sempadan dan mempertahankan diri daripada perkara yang merosakkan dirinya sediri dan nilai yang dipegang (Widang & Fridlund, 2003). Pandangan Koonce (1998), menyatakan individu perlu menyerlahkan kreativiti, tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor, melakukan perkara yang betul, tidak bersifat taksub kepada pribadi tertentu dan mendengar pendapat orang lain untuk menjana integriti diri mereka.

Pendidikan integriti mesti bermula daripada pendidikan individu. Menurut Syed M. Naquib Al- Attas, ilmu dalam dunia pendidikan tidak hanya berfungsi sebagai sarana pencapaian tujuan sosioekonomi, tetapi secara khusus juga berperanan dalam mencapai tujuan spritual manusia. Tujuan

(5)

865 pendidikan adalah untuk mempersiapkan manusia yang dapat berperanan dan menyesuaikan diri dalam masyarakat masing-masing. Oleh itu, matlamat pendidikan dengan sendirinya diambil daripada dan diusahakan untuk memperkuatkan kepercayaan, sikap, ilmu pengetahuan dan sejumlah keahlian yang sudah diterima dan sangat berguna kepada masyakarat (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2018).

Menurutnya lagi, tujuan pendidikan menurut Islam bukanlah hanya untuk menghasilkan warga negara dan pekerja yang baik. Sebaliknya adalah untuk menciptakan manusia yang baik. Yang perlu ditekankan adalah nilai manusia sebagai manusia sejati sebagai sesuatu yang bersifat spritual. Orang terpelajar adalah orang baik. Maksud “Baik” ialah adab dalam pengertian yang menyeluruh, yang meliputi kehidupan spritual dan material seseorang, yang berusaha menanamkan kualiti kebaikan yang diterimanya. Justeru, orang yang benar-benar terpelajar ialah orang yang beradab insan adabi.

Penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang disebut dengan ta’dib (pendidikan). Pengaturan pendidikan dan ilmu pengetahuan dalam sistem pendidikan Islam haruslah mencerminkan Manusia Sempurna (Muhammad s.a.w). Insan adabi adalah individu yang sedar sepenuhnya akan dirinya dan hubungannya yang tepat dengan diri-diri lain, Tuhan, masyarakat dan alam yang tampak mahupun yang ghaib (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2018).

Antara teori atau model sedia ada berkaitan integriti individu ialah:

1. Theory of Planned Behavior (Ajzen, 2012)

Mengikut teori ini, niat adalah penentu langsung tingkah laku seseorang. Sikap terhadap perilaku, norma subjektif dan kawalan tingkah laku adalah 3 kompenan utama yang membawa kepada niat seseorang terhadap perilaku (Ajzen, 2012).

2. Theory of Reasoned Action (Ajzen & Fishbein, 1975)

Teori ini berpusatkan kepada niat, satu pembinaan motivasi yang dianggap sebagai penentu tingkah laku yang paling dekat. Niat mencerminkan sejauh mana individu mungkin merancang untuk melakukan dan berusaha dalam tingkah laku yang ditunjukkan. Niat dikonseptualisasikan sebagai fungsi dua binaan berasaskan kepercayaan: sikap dan norma subjektif. Sikap adalah penilaian positif atau negatif untuk melakukan tingkah laku pada masa akan datang, sementara norma subjektif mencerminkan keyakinan yang penting yang lain ingin mereka melakukan tingkah laku (Hagger, 2019).

Antara contoh-contoh kajian yang dilakukan berkaitan dengan integriti pula ialah kajian Ruhaya Atan, Md. Mahmudul Alam dan Jamaliah Said (2017) bertajuk: Practices of Corporate Integrity and Accountability of Non-Profit Organizations (NPOs) in Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji lima dimensi sistem integriti korporat iaitu compliance, policies and rules, organizational culture, leadership, ethics training and education, and whistle blowing dan kesannya terhadap hasil akauntabiliti organisasi bukan keuntungan (NPOs). Kajian ini mendapati bahawa bahawa semua lima dimensi tersebut menyumbang dengan ketara kepada keputusan kebertanggungjawaban positif NPOs.

Kajian juga dilakukan oleh Megat Ayop Megat Arifin dan Abd. Halim Ahmad (2016) bertajuk:

Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum.

kajian ini membincangkan definisi, kerangka konseptual integriti dan etika kerja dalam memantapkan penggunaannya terhadap individu dan organisasi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden

(6)

866 memperakui bahawa integriti dan etika kerja amat penting diamalkan oleh semua pekerja dan penjawat awam dalam sesebuah organisasi demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang unggul dan berkesan.

Nurshamimi Sabli et al. (2016) pula mengkaji tentang “Pencemaran kepada Integriti Akademik di dalam Sistem Pengajian Tinggi: Simbol Ketidakjujuran”. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi gambaran secara am mengenai kecurangan akademik yang melambangkan pencemaran integriti akademik. Kajian ini menekankan analisis kes penipuan dalam konteks pendidikan di Malaysia dan juga di negara-negara lain di seluruh dunia. Selain itu, perbincangan mengenai pelbagai definisi yang berkaitan dengan kecurangan akademik juga turut diambil kira. Unsur-unsur penipuan teori segi tiga yang diadun dalam memeriksa sebab-sebab atau faktor-faktor yang menyebabkan pelajar menipu atau kecurangan akademik samada dalam persepsi atau tindakan sebenar.

Selain daripada itu, Iskandar Hasan Tan Abdullah dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2016) telah mengkaji tentang Reassessment of Malaysia National Integrity Plan in Combating the Corruption. Kajian ini berusaha untuk mengingatkan bahawa integriti, akauntabiliti awam dan pembaharuan sektor awam adalah isu yang sah yang masih berlaku di Malaysia. Orang awam mempersoalkan ketelusan dan etika di kalangan kakitangan awam.

Maizatul Akmar Khalid, Md. Mahmudul Alam dan Jamaliah Said (2016) dalam kajiannya bertajuk: Empirical Assessment of Good Governance in the Public Sector of Malaysia mendapati bahawa terdapat sembilan faktor penting dalam pengukuran amalan tadbir urus yang baik. Walau bagaimanapun, sangat sedikit di sektor awam Malaysia yang mengendalikan kawalan penipuan. Di antara kumpulan perkhidmatan, kumpulan jurutera mengamalkan tadbir urus yang baik di peringkat tertinggi, manakala kumpulan perkhidmatan kesihatan mengamalkan tadbir urus yang baik di peringkat terendah. Oleh itu, masih terdapat ruang untuk menambah baik sistem tadbir urus yang baik untuk menjadi sektor awam yang lebih dipercayai dan cekap di Malaysia.

Tafsir Tasawuf Ishᾱri

Tafsir Tasawuf Ishᾱri pula adalah antara salah satu bentuk tafsir untuk menghuraikan makna al-Quran.

Ia merupakan tafsiran yang berdasarkan isyarat yang tersembunyi yang berlawanan dengan Tafsir ẓᾱhir ayat-ayat al-Quran kerana ia bergantung kepada rahsia di sebalik lafaz-lafaz tanpa terhenti pada sempadan zahir dan makna kamus semata-mata. Ia melihat kepada lafaz al-Quran yang mempunyai hakikat yang berbeza dengan pemahaman biasa (Qushairi, 1981).

Tafsir Tasawuf Ishᾱri adalah sangat berbeza dengan tafsir di sisi golongan Bᾱṭiniyyah kerana ahli Sufi memperakui bahawa al-Quran mempunyai perkara zahir dan batin. Adapun golongan Shi’ah Bᾱṭiniyyah, mereka hanya mengiktiraf batin al-Quran dengan menafikan zahirnya. Mereka sengaja menafsirkan perkara batin berdasarkan kepada niat mereka yang jahat. Ahli Sufi mengiktiraf zahir al- Quran dan tidak mengingkarinya sebagaimana mereka mengiktiraf batinnya.

Syeikh Taftᾱzᾱni [wafat 793H] (2000) berkata: "Dinamakan Bᾱṭiniyyah kerana mereka mendakwa bahawa nas-nas bukan pada zahirnya bahkan ia mempunyai makna-makna batin yang tidak diketahui kecuali al-Muallim. Tujuan mereka adalah untuk menafikan Syariat secara keseluruhannya."

(7)

867 Syeikh Tᾱftᾱzni (2000) berkata lagi: "Ada pun pandangan sebahagian Muhaqqiqin bahawa nas- nas adalah pada zahirnya dan dalam masa yang sama mempunyai isyarat yang tersembunyi yang diketahui oleh ahli Suluk yang mungkin diaplikasikan antaranya dengan maksud zahir nas tersebut maka ia adalah kesempurnaan ma’rifah dan keimanan."

Imam Shᾱṭibi [wafat 850H] (2003) berkata bahawa jika dikehendaki daripada tafsir Tasawuf Ishᾱri yang berlawanan dengan syarat adalah makna bagi lafaz ayat maka ia adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh golongan Bᾱṭiniyyah.

Seterusnya Imam Shᾱṭibi (2003) menyebut: "Keuzuran yang boleh diberikan kepada mereka (ahli-ahli tafsir Tasawuf Ishᾱri) ialah tafsiran tersebut tidak menunjukkan bahawa ia adalah tafsir bagi ayat tetapi hanyalah makna isyarat bagi al-Quran. Maka segala kemusykilan berkaitan dengannya hilang."

Dr. Dhahabi (1976) pula menyatakan bahawa makna-makna yang dibawa dalam tafsir Tasawuf Ishᾱri tersebut bukannya tafsir bagi lafaz dalam ayat-ayat al-Quran tetapi ia adalah setara dengan ayat- ayat tersebut. Ini adalah kerana ahli-ahli tafsir Tasawuf Ishᾱri memiliki ketinggian kedudukan dan ilmu serta agama yang diyakini. Mereka juga mengiktiraf makna zahir bagi lafaz yang ditafsirkan dan mengingkari golongan yang hanya memperkatakan tentang batin al-Quran tetapi tidak zahirnya.

Ilmu Tasawuf mempunyai hubungan langsung dengan jenis tafsir ini. Para ulama Sufi dan pengkaji berbeza pandangan dalam memberikan takrifan Tasawuf. Takrif Tasawuf tidak mungkin dapat diberikan dengan tepat kerana takrifan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman kerohanian masing-masing yang berbeza antara satu sama lain. (Mahyuddin Hashim, 2012).

Sebahagian ulama Sufi ketika memberikan takrif Tasawuf dengan mengaitkannya dengan akhlak mulia. Muhammad bin Ali al-Qassob [wafat 275H] memberikan takrif Tasawuf dengan berkata:

“Ia adalah akhlak yang mulia yang lahir pada zaman yang mulia daripada lelaki yang mulia.” Al-Jariri [wafat 311H] pula berkata: “Tasawuf ialah masuk ke dalam setiap akhlak yang tinggi dan keluar daripada setiap akhlak yang buruk.” Al-Kattani [322H] menyebut: “Tasawuf adalah akhlak, sesiapa yang bertambah akhlaknya maka bertambahlah Tasawufnya.” (Ibn Khaldun, 1911).

Berdasarkan kepada takrifan Tasawuf ini, jelas menunjukkan bahawa ia memberi penekanan kepada pembentukan rohani, akhlak dan keperibadian yang mulia yang merupakan intipati kepada integriti individu. Selain daripada aspek Tasawuf, tafsir Tasawuf Ishᾱri juga mempunyai elemen tafsir al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah yang menjadi petunjuk kepada manusia untuk membina kesejahteraan insan yang juga merupakan intipati kepada integriti individu. Justeru, aspek-aspek dalam tafsir Tasawuf Ishᾱri memempunyai kaitan langsung dengan integriti individu (Mahyuddin Hashim, 2012).

Kajian Ballentine, Larres dan Mulgrew (2014) mencadangkan agar dimasukkan unsur religiositi (penghayatan agama) sebagai pemboleh ubah bersandar memandangkan tidak banyak pengkaji yang memasukkan unsur ini dalam kajian mereka sedangkan perkara seperti religiositi (penghayatan agama) dilihat memainkan peranan sebagai faktor penentu dalam kajian ketidak jujuran.

(8)

868 Kajian Laurin, Kay dan Fitzsimon (2012) menyarankan agar perkara yang berkaitan dengan unsur ketuhanan dalam diri dan minda manusia boleh membawa kepada keutuhan dan kemurnian perilaku berasaskan aspek ketuhanan.

Di samping itu, kajian Randolph, Seng dan Nielsen (2007) mendapati unsur ketuhanan (religiosity) berupaya membawa kepada perilaku individu kepada lebih beretika (honestly).

Antara kajian berkaitan Tasawuf ialah kajian berkenaan Tasawuf Abu Yazid al-Bisṭami yang dilakukan oleh Mohd Fakhrudin ‘Abdul Mukti (2016). Beliau mendapati bahawa konsep al-fana yang dihayati oleh al-Bisṭami dalam usaha menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. telah menghasilkan suatu implikasi yang penuh dengan tanda tanya terutama kata-kata ganjil dan kontroversi yang terhembur dari bibirnya. Artikel ini juga meninjau sejauh mana pengaruh pemikiran mistik Hinduisme dalam Tasawuf al-Bisṭami atau sekurang-kurangnya persamaan-persamaan di antara keduanya.

Selain itu, kajian Che Zarrina Sa'ari (2017) pula mengemukakan analisis tentang doktrin Tasawuf yang ditulis oleh tokoh Sufi terkenal al-Ghazali dalam risalahnya Jami'u Haqa'iq bi Tajridil 'Ala'iq. Risalah kecil ini membentangkan satu formula ringkas tetapi padat bagi para salik untuk memulakan perjalanan kepada Allah SWT sehingga mencapai tujuan daripada pengembaraan kerohanian tersebut. Sebagai seorang tokoh berpengalaman dalam perjalanan kesufian ini, al-Ghazali mengemukakan pedoman berguna untuk dijadikan ikutan bagi mereka yang berminat melibatkan diri dalam tasawuf ini.

Antara kajian yang berkaitan dengan tafsir Tasawuf Ishᾱri ialah kajian penulis sendiri iaitu kajian Mahyuddin Hashim et al. (2016), bertajuk: Tafsir Sufi Ishᾱri inThe Profits Of Mysticism:

Criticism Approach In Tafsir Ruhul Bayan By Al-Burusawi; kajian Mahyuddin Hashim (2019), bertajuk: Tafsir Sufi Ishᾱri and its Comparison with Tafsir al-Batiniah, Tafsir Sufi of Philosophy and Tafsir Scientific Ishᾱri, kajian Mahyuddin Hashim et al. (2017) bertajuk: At-Tafsir as-Sufi al-Isyari fi al-Manhaj al-Amali ''inda as-Sufiyyah: Dirasah Naqdiyyah fi al-Bahrul al-Madid li ibn Ajibah, kajian Mahyuddin Hashim et al. (2016) bertajuk: At-Tafsir As-Sufi Al-Isyari Fi Bidayah As-Salikin: Dirasah Naqdiyyah Fi Ruhil Bayan Lil-Burusawi, kajian Mahyuddin Hashim et al. (2016) bertajuk: At-Tafsir As-Sufi Al-Isyari fi A'amalil Qulub: Dirasah Naqdiyyah Fi Tafsir Ruhil Bayan Lil Burusawi, kajian Mahyuddin bin Hashim (2013) bertajuk: At-Tafsir As-Sufi Al-Isyari fi Aa'mali Qulub; Dirasah Naqdiyyah Fi Al-Bahril Madid Libni Ajibah dan kajian Mahyuddin Hashim (2010) bertajuk: Mauqif As-Syatibi Min At-Tafsir Al-Isyari, Ma'alim al-Quran wa al-Sunnah.

Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan pendidikan integriti individu berteraskan Tasawuf Ishari bagi penjawat perkhidmatan awam.

2. METHODOLOGY:

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Kaedah analisis teks pula adalah satu kaedah penyelidikan untuk penafsiran subjektif kandungan data teks melalui proses klasifikasi sistematik pengkodan dan mengenal pasti tema atau pola (Hsieh & Shannon, 2005;

(9)

869 Zhang & Wildermuth, 2009). Pendekatan induktif adalah melibatkan pembacaan data mentah untuk menghasilkan penilaian terperinci mengikut tafsiran tema penyelidik (Thomas, 2006).

3. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bagi mendokong hasrat kerajaan untuk memerangi rasuah melalui peluang sistem pendidikan yang menyeluruh, pendidikan integriti individu berteraskan tafsir Tasawuf Ishᾱri sangat penting untuk dibangunkan. Justifikasi pemilihan tafsir Tasawuf Ishari sebagai teras model ini adalah kerana ia mengandungi aspek tafsir al-Quran yang menjadi sumber rujukan Ilahi untuk membina kesejahteraan insan. Di samping itu, ia juga mempunyai aspek Tasawuf yang memberikan penekanan kepada pendidikan rohani yang menyumbang kepada pembentukan integriti individu berbanding metod-metod tafsir yang lain. Kedua-dua aspek ini telah terbukti telah menghasilkan keperibadian mulia dan pembinaan integriti individu sejak zaman berzaman yang menjadi tujuan Nabi Muhammad s.a.w.

diutuskan (Mahyuddin Hashim, 2012).

Pembentukan rohani adalah merupakan intipati ilmu Tasawuf berbanding teori atau model sedia ada yang tidak memfokuskan kepada aspek tersebut (Ballentine, Larres dan Mulgrew, 2014). Ini tidak bermakna kajian ini menolak aspek intelek, jasmani, emosi dan sosial seseorang dalam pendidikan integriti individu tetapi penekanan rohani yang bersumberkan al-Quran perlu diberikan di samping aspek-aspek lain. Antara teori atau model yang sedia ada ialah Theory of Planned Behavior (Ajzen, 2012) dan Theory of Reason Action (Ajzen & Fishbein, 1975).

Pendidikan ini akan meningkatkan kualiti integriti individu penjawat awam bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Salah satu pemboleh daya wawasan ini ialah Tadbir Urus dan Integriti iaitu pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat (Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, 2019).

Ia selari dengan Pelan Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan - NACP) 2019-2023 yang dibangunkan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mencapai aspirasi supaya “Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”.

Selain itu, ia juga membantu kerajaan menangani rasuah dengan mempromosikan ketelusan, sikap bertanggungjawab dan integriti dalam semua pentadbiran Kerajaan seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal - SDG), iaitu matlamat 16 yang mempromosikan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, memberikan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.

Pendidikan ini juga selaras dengan Artikel 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Memerangi Rasuah (UNCAC) yang mana Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota.

(b) References

Ibn Khaldun, Abdul Rahman (1911), Shifᾱussᾱil li Tahzībil Masᾱil. Nashratul Abbil Khalifah, Addᾱrul

‘Arabiyyah lil Kitab.

(10)

870 Ballentine, J.A, Larres, P.M, Mulgrew, M. (2014). Determinants of Academic Cheating behaviour: The

future for Accountancy in Ireland. Accounting Forum, 38 (2014) 55-66.

Che Zarrina Sa'ari (2017). Analysis of the Doctrine of Sufism in Jamī'al Haqᾱiq bi Tajridil 'Alᾱiq. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 5 (1), 45-66.

Dhahabi, Muhammad Hasan (1976), At-Tafsīr wal Mufassirūn. Cairo: Dᾱrul Kutubil Hadithah.

Hagger, M. S. (2019). The reasoned action approach and the theories of reasoned action and planned behavior. In D. S. Dunn (Ed.), Oxford Bibliographies in Psychology. New York, NY: Oxford University Press.

Icek Ajzen (2012), The theory of planned behavior. In P. A. M. van Lange, A. W. Kruglanski, E. T.

Higgins (Ed.), Handbook of theories of social psychology, New York: Lawrence Erlbaum Associates. Retrieved from https://www.researchgate.net.

Iskandar Hasan Tan Abdullah dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2016). Reassessment of Malaysia National Integrity Plan in Combating the Corruption. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences. 6(6S).17-23

Jabatan Perdana Menteri (2019). Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, Putrajaya: Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional.

Kaplan, L.M. (1971). The use of Delphi method in organizational communication: A case study.

Columbus: Ohio State University.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (2019). Ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Putrajaya: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Koonce R (1998) Practice Your Own Successful Habits, Training & Development. 52 (3), 19.

Mahyuddin Hashim (2013), At-Tafsir As-Sufi Al-Isyari fi Aa'mali Qulub; Dirasah Naqdiyyah Fi Al- Bahril Madid Libni Ajibah, Ma'alim Al-Quran Wa As-Sunnah, 9, 125-156, penerbit USIM Mahyuddin Hashim, Abdul Rahman Obeid & Adnan Mohamed Yusoff (2017), At-Tafsir as-Sufi al-

Isyari fi al-Manhaj al-Amali ‘inda as-Sufiyyah: Dirasah Naqdiyyah fi al-Bahrul al-Madid li ibn Ajibah, Jurnal al-Abqori, 11, 211-228, Penerbit USIM

Mahyuddin Hashim (2010), Mauqif As-Syatibi Min At-Tafsir Al-Isyari, Ma'alim al-Quran wa al- Sunnah, 6, 45-82, Penerbit USIM

Mahyuddin Hashim (2012). Al-Fikrus Ṣūfi bainas Shaṭibi wabni Khaldun. Nilai: Penerbit USIM.

Mahyuddin Hashim (2019). Tafsir Sufi Ishᾱri and its Comparison with Tafsir al-Batiniah, Tafsir Sufi of Philosophy and Tafsir Scientific Ishᾱri. Ulum Islamiyyah, 27, 53-65, Penerbit USIM

(11)

871 Mahyuddin Hashim, Abdul Rahman Obeid & Adnan Mohamed Yusoff, (2016), Tafsir Sufi Ishᾱri inThe Profits Of Mysticism: Criticism Approach In Tafsir Ruhul Bayan By Al-Burusawi, Ulum Islamiyyah, 18, 235-252, Penerbit USIM

Mahyuddin Hashim, Abdul Rahman Obeid & Dr Adnan Mohamed Yusoff (2016), At-Tafsir As-Sufi Al-Isyari fi A'amalil Qulub: Dirasah Naqdiyyah Fi Tafsir Ruhil Bayan Lil Burusawi,Jurnal At- turath, 1, 94-101, UKM

Mahyuddin Hashim, Abdul Rahman Obeid, Adnan Mohamed Yusoff, Noornajihan Jaafar, Nurul Asiah Fasehah (2016), At-Tafsir As-Sufi Al-Isyari Fi Bidayah As-Salikin: Dirasah Naqdiyyah Fi Ruhil Bayan Lil-Burusawi, Ma’alim Al-Quran Wa As-Sunnah, 12, 36-62, Penerbit USIM.

Maizatul, A.K., Alam, M.M., and Said, J. (2016). Empirical Assessment of the Good Governance in the Public Sectors of Malaysia. Economics and Sociology, Vol. 9(4), 289-304.

Megat Ayop Megat Arifin dan Abd. Halim Ahmad (2016), Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of Society and Space ,12 (9), 138 – 149.

Mohd Fakhrudin ‘Abdul Mukti. 2016. The Mysticism of Abu Yazid al-Bistami. Jurnal Akidah &

Pemikiran Islam, 1 (1), 11-32.

Nik Hairi Omar, Azmi Awang, Azmi Abdul Manaf (2012) Integriti dari Perspektif Pengaduan Awam:

Kajian Kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Jurnal E-Bangi, 7 (1), 141-155.

Nurshamimi Sabli, Nurhazrina Mat Rahim, Mohamad Ridhuan Mat Dangi, Nurhaiyyu Abdull Hamid,Mohd Fairuz Adnan, Roslan Abd Wahab & Noor Hasniza Haron (2016), Pencemaran kepada Integriti Akademik di dalam Sistem Pengajian Tinggi: Simbol Ketidakjujuran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1). 53-64

Qushairi, ‘Abdul Karim (1981), Laṭᾱiful Ishᾱrᾱt, Kaherah: Haiatul Maṣriyyatil ‘Aᾱmmah lil Kitab.

Randolph-Seng, B., & Nielsen, M. E. (2007). Honesty: One effect of primed religious representations.

International Journal for the Psychology of Religion, 17(4), 303-315.

Ruhaya Atan, Md. Mahmudul Alam dan Jamaliah Said (2017). Practices of Corporate Integrity and Accountability of Non-Profit Organizations (NPOs) in Malaysia. International Journal of Social Economics, 44 (12), 2271-2286.

Shᾱṭibi, Ibrahim (2003), Al-Muwᾱfaqᾱt fi Usulis Shariah. Kaherah: Maktabatul Taufiqiyyah.

Taftᾱzᾱni, Mas'ūd (2000), Sharhul ‘Aqᾱidun Nasafiyyah .Kaherah: Maktabatul Azhar lit Turath.

Wakin MW (1996) Professional Integrity. Airpower Journal, Summer 96, 10 (2).

(12)

872 Wan Mohd Nor Wan Daud (2018). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas:

Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Widang I, Fridlund B (2003) Self-respect, Dignity and Confidence: Conceptions of Integrity Among Male Patients. Journal of Advanced Nursing 42 (1), p47p.

Zulkefli Aini, Che Zarrina Sa'ari dan Mohamad Zulkifli ‘Abdul Ghani (2018). Pendekatan Dakwah al- Wasatiyyah Sheikh ‘Abdul Rauf Ali al-Fansuri. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 20 (1), 179-212.

Referensi

Dokumen terkait