KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN EFIKASI KENDIRI GURU: SATU HUBUNGAN YANG SIGNIFIKAN DI SEKOLAH MENENGAH
Nor Syahrul Bariyah Johari1 Norazlinda Saad, Ph.D2
Marini Kasim, Ph.D3
1Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia, (E-mail: [email protected])
2Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia, (E-mail: [email protected])
3Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia, (E-mail: [email protected])
__________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kepimpinan sekolah merupakan salah satu faktor yang seringkali dikaitkan dengan kejayaan kepada organisasinya. Kepimpinan sekolah terus mendapat perhatian kerana hasil daripada kepercayaan bahawa kepimpinan sekolah mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru serta akhirnya memberi kesan kepada peningkatan pencapaian pelajar. Kajian ini dijalankan bagi meneliti hubungan antara kepimpinan pengajaran pengetua dan efikasi kendiri guru di sekolah menengah. Rekabentuk kajian adalah kajian kuantitatif secara tinjauan rentasan. Pengumpulan data menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat demografi responden serta maklumat berkenaan pemboleh ubah kajian iaitu kepimpinan pengajaran dan efikasi kendiri guru. Seramai 408 orang guru sekolah menengah di Bahagian Utara Semenanjung Malaysia terlibat sebagai responden kajian. Data yang terkumpul diproses dan dianalisis menggunakan SPSS menerusi frekuensi, min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati amalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah menengah yang dikaji berada pada tahap tinggi. Dimensi menjelaskan matlamat sekolah adalah paling tinggi diamalkan dalam kalangan pengetua. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara kepimpinan pengajaran pengetua dengan efikasi kendiri guru. Justeru, dapatan kajian ini jelas menunjukkan kepentingan amalan kepimpinan pengajaran dalam kalangan ketua pemimpin di sekolah. Usaha untuk mempertingkatkan amalan kepimpinan pengajaran ini perlu dilaksanakan secara berterusan agar kualiti pendidikan terus berlaku.
Kata kunci: kepimpinan pengajaran, efikasi kendiri guru, kepimpinan sekolah
Abstract: School leadership is one of the factors that is often associated with success in its organization.
School leadership continues to receive attention as a result of the belief that school leadership can influence the teaching and learning process of teachers and ultimately affect the improvement of student achievement. This study was conducted to examine the relationship between principal instructional leadership and teachers' self-efficacy in secondary schools. The study design was a quantitative study by a cross-sectional survey. Data collection used a questionnaire to get demographic information of respondents as well as study variables, instructional leadership and teachers’ self-efficacy. A total of 408 secondary school teachers in the Northern Part of Peninsular Malaysia were took part as respondents of the study. The collected data were processed and analysed using SPSS through frequency, mean, standard deviation and Pearson correlation. The results of the study found that the instructional leadership practices of the principals in the secondary schools studied were at a high level. The dimension of defining the school’s mission is most highly practiced among principals. The findings also indicate that there is a moderate and significant positive relationship between principal instructional leadership and teachers’ self-efficacy. Thus, the findings of this study clearly show the importance of instructional leadership practices among school leaders. Efforts to improve these instructional leadership practices need to be implemented continuously so that the quality of education is maintained.
Keywords: instructional leadership, teacher self-efficacy, school leadership
__________________________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Sistem pendidikan berperanan penting dalam menyediakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Hal ini kerana pendidikan menjadi perkara asas yang utama dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Namun, bagi menyediakan pendidikan seiring dengan peredaran masa, sistem pendidikan perlu sentiasa mengalami perubahan (Rosnarizah & Hussein, 2015; Rusliza et al., 2017). Perubahan ini penting dalam sistem pendidikan negara supaya peningkatan kualiti pendidikan boleh berlaku dan negara mampu bersaing di peringkat global (Ainimazita, 2016; Azlin Norhaini, Mohd Zabil Ikhsan &
Aida Hanim, 2021).
Sehubungan dengan itu, sesebuah institusi pendidikan seperti organisasi sekolah perlu mempunyai pemimpin yang berkesan untuk mengurus dan mentadbir perubahan di peringkat sekolah dengan baik (Jamelaa dan Jainabee, 2011). Pemimpin sekolah merupakan salah satu faktor serta memainkan peranan dalam menentukan kemenjadian para pelajar. Hal ini disebabkan faktor kepemimpinan sekolah seringkali dikaitkan dengan kejayaan kepada organisasinya (Al-Mahdy, Mohamed Emam & Hallinger, 2018; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013; Yaakob & Yahya, 2012). Kepentingan kepimpinan sekolah turut mendapat perhatian pada peringkat antarabangsa kerana hasil daripada kepercayaan bahawa kepimpinan sekolah mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah serta akhirnya memberi kesan kepada peningkatan pencapaian pelajar (Cruickshank, 2017).
Umar dan Piaw (2018) menerusi kajian mereka terhadap pengetua-pengetua sekolah berprestasi tinggi di Malaysia mendapati dalam mencapai kejayaan bagi sesebuah sekolah perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah menerusi kepimpinan, khususnya kepimpinan pengetua. Pengetua selaku pemimpin sekolah boleh mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan, namun kepimpinan instruksional atau kepimpinan pengajaran perlu menjadi amalan dalam kalangan pengetua. Hal ini kerana kepimpinan pengajaran mampu memberi sumbangan ke atas kualiti pengajaran guru (Mohd Yusri & Aziz, 2014) dan pencapaian akademik pelajar (Ramli, Norashikin & Fooi, 2017; Shatzer et al., 2014).
Seiring dengan hasrat mencapai sistem pendidikan yang mampu bersaing di peringkat global, selain kepemimpinan pengetua, faktor guru juga berperanan untuk menggerakkan keberhasilan pelajar (Alam & Ahmad, 2017; Khalip & Seng, 2017; Lee & Shukri, 2016).
Semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kualiti pengajaran guru sangat dititikberatkan. Guru-guru yang kompeten diperlukan dalam usaha melahirkan para pelajar yang seimbang secara holistik iaitu dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Justeru, kejayaan para pelajar dalam setiap peringkat pengajian adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk ketua pemimpin sekolah (guru besar atau pengetua) dan para guru yang berada dalam institusi pendidikan berkenaan.
2. Tinjauan Literatur
Kepimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri Guru
Peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran merupakan antara ciri yang seringkali menjadi tarikan ke arah usaha mencapai kecemerlangan sekolah (Dzulfida, Muhammad Nasri &
Abdullah, 2020). Berdasarkan literatur empirikal yang luas, kepimpinan pengajaran merupakan salah satu penentu kepada peningkatan prestasi sekolah (Harris et al., 2019). Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi perancangan transformasi pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan bahawa pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi akan ditempatkan di sekolah. Di Malaysia, walaupun perkembangan kepimpinan pengajaran dalam kalangan pemimpin sekolah telah bermula semenjak lebih 30 tahun yang lalu, namun kepimpinan ini masih releven untuk menjadi amalan (Roslizam, Jamilah & Yusof, 2019).
Shaked, Glanz dan Gross (2018) menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran merupakan satu prinsip yang memfokuskan kepada aktiviti utama di sekolah iaitu proses pengajaran dan pembelajaran. Dou, Devos dan Valcke (2016) juga turut menyokong bahawa ciri yang penting menerusi kepimpinan pengajaran adalah memberi tumpuan kepada peningkatan amalan guru di dalam kelas. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran guru di kelas perlu diambil perhatian yang serius bagi menggalakkan pembelajaran berkesan pelajar kerana faktor guru juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar (Fauziah et. al, 2017; Kalman & Arslan, 2016).
Guru merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sehubungan itu, guru wajar mempunyai efikasi kendiri yang tinggi.
Guru yang berefikasi kendiri yang tinggi berkemampuan menyediakan suasana pembelajaran yang efektif dan berupaya mendepani tugasan yang sukar (Şeker, 2021; Shafinaz et al., 2016).
Menurut Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy (2001), efikasi kendiri adalah berkaitan dengan tingkah laku atau sikap seseorang di bilik darjah dan ianya mampu memberi impak ke atas usaha-usaha berkaitan proses pengajaran guru.
Walaupun didapati efikasi kendiri merupakan aspek penting yang perlu ada dalam diri seseorang guru (Mohammed Afandi & Mohd Effendi Ewan, 2021; Rosidah & Nurahimah, 2020), namun kajian yang dijalankan di 41 buah sekolah di Malaysia mendapati pengajaran guru tidak disampaikan dengan cara yang memuaskan menyumbang sebanyak 50% (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Dapatan ini menunjukkan bahawa perlu ada usaha dalam penambahbaikan pengajaran guru.
Menerusi data empirikal yang lalu, amalan kepimpinan pengajaran mampu mempengaruhi efikasi kendiri guru. Kajian lalu seperti kajian yang dijalankan oleh Cansoy dan Parlar (2018) mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan kepimpinan pengajaran dan efikasi kendiri guru. Kajian Mohd Yusri dan Aziz (2014) pula menunjukkan bahawa apabila pengetua mengamalkan kepimpinan pengajaran dengan menetapkan matlamat sekolah, sentiasa mengutamakan pengurusan kurikulum dan pengajaran serta mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang positif dapat memberi sumbangan kepada kecekapan
pengajaran guru. Justeru, satu kajian lebih lanjut wajar dilakukan untuk meneroka hubungan anatara kepimpinan pengajaran pengetua dan efikasi kendiri guru.
Walaupun terdapat ramai sarjana dan tokoh mengemukakan konsep dalam kepimpinan pengajaran, namun konsep kepimpinan pengajaran yang diperjelaskan oleh Hallinger dan Murphy (1985) adalah lebih banyak digunakan dan menyeluruh (Liu & Hallinger, 2018; Talip, 2016). Menurut Hallinger dan Murphy (1985) terdapat tiga dimensi kepimpinan pengajaran iaitu menjelaskan matlamat sekolah, mengurus program pengajaran dan menggalakkan iklim pembelajaran positif (rujuk Jadual 1). Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk: 1) menentukan tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian) di negeri Kedah; 2) menganalisis hubungan antara kepimpinan pengajaran pengetua dengan efikasi kendiri guru Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian) di negeri Kedah.
Jadual 1: Dimensi Dan Fungsi Kepimpinan Pengajaran (Hallinger & Murphy, 1985)
3. Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan rentasan. Data dikumpul melalui penggunaan soal selidik yang terpiawai. Bahagian ini diperincikan lagi dengan subtopik responden kajian, instrumen kajian dan analisis data.
Responden Kajian
Populasi bagi kajian ini adalah guru-guru Tingkatan Empat dan Lima yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian) dalam negeri Kedah. Pembahagian bilangan responden kajian mengikut daerah adalah berdasarkan pensampelan rawak berstrata manakala kaedah pensampelan rawak mudah pula digunakan semasa memilih sekolah dan responden kajian.
Seramai 408 orang guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
Menjelaskan matlamat sekolah
Mengurus program pengajaran
Menggalakkan iklim pembelajaran positif
• Menetapkan matlamat sekolah
• Menghebahkan matlamat sekolah
• Penyeliaan dan penilaian pengajaran
• Menyelaras kurikulum
• Memantau kemajuan pelajar
• Memelihara masa pengajaran
• Memastikan sentiasa kelihatan di sekolah
• Menyediakan insentif kepada guru
• Menggalakkan perkembangan profesional
• Menyediakan insentif kepada pelajar
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, alat ukur Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) Teacher Form 2.1 - 50 item oleh Hallinger (1982/1990/2015) digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan pengajaran pengetua. Alat ukur ini menggunakan skala lima mata bermula dengan (1) Tidak Pernah sehingga (5) Sangat Kerap. Nilai kebolehpercayaan PIMRS adalah seperti berikut; menjelaskan matlamat sekolah .93 (α), mengurus program pengajaran .95 (α) dan menggalakkan iklim pembelajaran positif .96 (α). Aras kebolehpercayaan keseluruhan PIMRS ini ialah .98 (α).
Selain itu, alat ukur Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy (2001) terdiri daripada 12 item pula digunakan bagi mengukur dimensi efikasi kendiri guru. Item-item dalam alat ukur ini pula menggunakan skala enam mata bermula dengan (1) Sangat Tidak Bersetuju sehingga (6) Sangat Bersetuju. Gabungan tiga dimensi yang membentuk TSES ialah strategi pengajaran .89 (α), pengurusan kelas .92 (α) dan penglibatan pelajar .87 (α). Aras kebolehpercayaan keseluruhan TSES ini ialah .95 (α). Nilai kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) bagi kedua-dua alat ukur ini berada di antara 0.87 hingga 0.98 dan berdasarkan Pallant (2013), nilai kebolehpercayaan alat ukur ini adalah baik.
Analisis Data
Data yang diperoleh diproses menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab soalan kajian yang dikemukakan. Analisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bagi mengukur tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua mengikut persepsi guru.
Berdasarkan kepada skala lima bagi mengukur amalan kepimpinan pengajaran, amalan tersebut dapat dibahagikan kepada tiga tahap; 1.00 - 2.33 (rendah), 2.34 - 3.66 (sederhana) dan 3.67 - 5.00 (tinggi) (Samsiah & Khalip, 2019).
Seterusnya, ujian korelasi Pearson pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan efikasi kendiri guru. Tafsiran pekali korelasi oleh Fauzi, Jamal dan Mohd Saifoul (2014) dalam Jadual 2 di bawah digunakan bagi menunjukkan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tersebut.
Jadual 2: Pekali Korelasi
Nilai pekali Hubungan
1.00 Sempurna
0.80 – 0.99 Sangat kuat
0.60 – 0.79 Kuat
0.40 – 0.59 Sederhana
0.20 – 0.39 Lemah
0.01 – 0.19 Sangat lemah
0.00 Tiada hubungan
4. Dapatan Kajian
Profil Responden
Jadual 3 di bawah menunjukkan maklumat demografi bagi responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu jantina responden, kelulusan akademik dan kategori sekolah. Berdasarkan kepada 408 respons yang diperoleh, seramai 88 responden (21.6%) adalah lelaki manakala selebihnya 320 responden (78.4%) adalah perempuan. Dari aspek kelulusan akademik pula, kebanyakan responden memperoleh ijazah sarjana muda iaitu seramai 368 orang (90.2%), diikuti berkelulusan ijazah sarjana seramai 39 orang (9.6%) dan terdapat seorang (0.2%) berkelulusan doktor falsafah. Seterusnya, dalam aspek kategori sekolah, seramai 197 orang guru (48.3%) mengajar di kategori sekolah bandar dan seramai 211 orang guru (51.7%) pula mengajar di sekolah luar bandar.
Jadual 3: Maklumat Demografi (N=408)
Bahagian Item Frekuensi Peratus (%)
Jantina Lelaki 88 21.6
Perempuan 320 78.4
Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda 368 90.2
Ijazah Sarjana 39 9.6
Doktor Falsafah 1 0.2
Kategori sekolah Bandar 197 48.3
Luar Bandar 211 51.7
Statistik Deskriptif
Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya, dimensi bagi pemboleh ubah kepimpinan pengajaran dalam kalangan pengetua sekolah menengah di Kedah berada pada tahap tinggi.
Skor min bagi dimensi menjelaskan matlamat sekolah merupakan skor yang tertinggi (M = 4.19, SD = 0.53). Sebaliknya, dimensi mengurus program pengajaran (M = 4.05, SD = 0.53) merupakan skor min terendah. Seterusnya, skor min keseluruhan iaitu kepimpinan pengajaran dalam kalangan pengetua di sekolah menengah mengikut persepsi guru (n = 408, M = 4.10, SD
= 0.49) berada pada tahap amalan yang tinggi. Jadual 4 di bawah menunjukkan statistik deskriptif bagi pemboleh kepimpinan pengajaran mengikut dimensinya.
Jadual 4: Statistik Deskriptif Pemboleh Ubah Kepimpinan Pengajaran
Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Tahap
Menjelaskan matlamat sekolah 4.19 0.53 Tinggi
Mengurus program pengajaran 4.05 0.53 Tinggi
Menggalakkan iklim pembelajaran
positif 4.06 0.51 Tinggi
Kepimpinan Pengajaran 4.10 0.49 Tinggi
Tahap fungsi kepimpinan pengajaran mengikut dimensi
Berdasarkan Jadual 5, skor min bagi fungsi (sub-dimensi) bagi kepimpinan pengajaran berada di antara 3.81 hingga 4.29. Secara keseluruhannya, 10 fungsi bagi pemboleh ubah kepimpinan pengajaran dalam kalangan pengetua sekolah menengah di negeri Kedah berada pada tahap tinggi. Skor min bagi fungsi menghebahkan matlamat sekolah merupakan skor yang tertinggi
(M = 4.29, SD = 0.55). Sebaliknya, fungsi sentiasa kelihatan di sekolah (M = 3.81, SD = 0.65) merupakan skor min terendah yang menjadi amalan dalam kalangan pengetua. Walaupun begitu, fungsi tersebut masih berada pada tahap yang tinggi amalannya. Jadual 5 di bawah menunjukkan statistik deskriptif bagi pemboleh kepimpinan pengajaran mengikut dimensi dan fungsinya.
Jadual 5: Statistik Deskriptif Bagi Dimensi Dan Fungsi Kepimpinan Pengajaran
Dimensi Min Sisihan
Piawai Tahap
Menjelaskan matlamat sekolah 4.19 0.53 Tinggi
Menetapkan matlamat sekolah 4.10 0.57 Tinggi
Menghebahkan matlamat sekolah 4.29 0.55 Tinggi
Mengurus program pengajaran 4.05 0.53 Tinggi
Menyelia dan menilai pengajaran 3.93 0.58 Tinggi
Menyelaras kurikulum 4.17 0.58 Tinggi
Memantau kemajuan pelajar 4.04 0.58 Tinggi
Menggalakkan iklim pembelajaran positif 4.06 0.51 Tinggi
Memelihara masa pengajaran 4.04 0.54 Tinggi
Sentiasa kelihatan di sekolah 3.81 0.65 Tinggi
Menyediakan insentif kepada guru 4.04 0.64 Tinggi
Menggalakkan perkembangan profesional 4.21 0.55 Tinggi Menyediakan insentif kepada pelajar 4.18 0.59 Tinggi
Statistik Inferensi
Hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan efikasi kendiri guru
Hubungan antara kepimpinan pengajaran dalam kalangan pengetua dengan efikasi kendiri guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian) dalam negeri Kedah menggunakan ujian korelasi Pearson. Jadual 6 di bawah menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah kepimpinan pengajaran dan efikasi kendiri guru. Analisis korelasi menunjukkan kepimpinan pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan (r = .57, p < .01) dengan efikasi kendiri guru secara keseluruhan. Hubungan positif ini menunjukkan bahawa apabila amalan kepimpinan pengajaran tinggi maka efikasi kendiri guru juga tinggi, manakala kepimpinan pengajaran rendah maka efikasi kendiri guru juga rendah. Hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan efikasi kendiri guru secara keseluruhan adalah sederhana (r = .57).
Selain itu, analisis korelasi menunjukkan dimensi kepimpinan pengajaran iaitu menggalakkan iklim pembelajaran yang positif mempunyai hubungan positif yang signifikan terkuat (r = .56, p < .01), diikuti oleh mengurus program pengajaran (r = .54, p < .01) dan menjelaskan matlamat sekolah (r = .49, p < .01) dengan pemboleh ubah efikasi kendiri guru.
Secara keseluruhannya, analisis korelasi mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah.
Jadual 6. Analisis Korelasi Kepimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri Guru
Dimensi Strategi pengajaran
Pengurusan kelas
Penglibatan pelajar
Efikasi Kendiri Guru
Menjelaskan
matlamat sekolah .48** .42** .44** .49**
Mengurus program
pengajaran .51** .47** .50** .54**
Menggalakkan iklim
pembelajaran positif
.54** .50** .49** .56**
Kepimpinan
Pengajaran .55** .50** .51** .57**
**p < .01 (2-tailed)
5. Perbincangan dan Kesimpulan
Kajian ini telah dijalankan secara tinjauan rentasan yang melibatkan 408 orang guru sekolah menengah di Bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, kajian ini meninjau hubungan antara kepimpinan pengajaran dan efikasi kendiri guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan pengajaran berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Lee dan Shukri (2016), Liu dan Hallinger (2018), Samsiah dan Khalip (2019) dan Siti Noor et al. (2018) yang turut mendapati kepimpinan pengajaran berada pada tahap tinggi. Namun berbeza dengan dapatan kajian oleh Dzulfida et al. (2020) yang mendapati bahawa amalan kepimpinan pengajaran pengetua berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menjelaskan bahawa pengetua di sekolah menengah dalam kajian telah mengamalkan kepimpinan pengajaran dengan baik.
Dalam kajian ini, amalan kepimpinan pengajaran pengetua merangkumi 10 fungsi yang dibahagikan kepada tiga dimensi iaitu; 1) menjelaskan matlamat sekolah terdiri daripada fungsi menetapkan matlamat sekolah dan menghebahkan matlamat sekolah; 2) mengurus program pengajaran terdiri daripada fungsi menyelia dan menilai pengajaran , menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan pelajar; 3) menggalakkan iklim pembelajaran positif pula merangkumi fungsi memelihara masa pengajaran, sentiasa kelihatan di sekolah, menyediakan insentif kepada guru, menggalakkan perkembangan profesional dan menyediakan insentif kepada pelajar.
Analisis deskriptif menunujukkan bahawa amalan kepimpinan pengajaran yang paling tinggi adalah dimensi menjelaskan matlamat sekolah, diikuti dengan menggalakkan iklim pembelajaran positif. Dapatan kajian juga mendapati, aspek mengurus program pengajaran menunjukkan dimensi terendah yang menjadi amalan dalam kalangan pengetua menerusi kepimpinan pengajaran. Walaupun begitu, amalan bagi dimensi ini masih berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dijalankan oleh Ramli et al. (2017) yang turut mendapati amalan kepimpinan pengajaran pengetua yang paling tinggi adalah dalam aspek menjelaskan matlamat sekolah. Seterusnya, kajian oleh Al-Mahdy et al.
(2018) di Oman; Jamelaa dan Jainabee (2011) di Malaysia, juga mendapati aspek menjelaskan matlamat sekolah merupakan amalan yang tertinggi menerusi kepimpinan pengajaran pengetua. Namun dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa dimensi menggalakkan iklim pembelajaran positif merupakan amalan yang terendah.
Hasil kajian ini telah menjelaskan bahawa pengetua dalam kajian telah mengamalkan kepimpinan pengajaran seperti dalam Model Kepimpinan Pengajaran oleh Hallinger dan Murphy (1985). Pengetua telah melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menetapkan matlamat tahunan sekolah dan menghebahkannya kepada semua warga sekolah. Skor min bagi fungsi menghebahkan matlamat sekolah juga merupakan yang tertinggi daripada 10 fungsi kepimpinan pengajaran yang dikaji. Tambahan pula, aspek ini penting bagi menggerakkan semua warga sekolah ke arah mencapai satu matlamat yang sama. Dapatan kajian ini menyokong dan selari dengan kajian yang dijalankan oleh Kalman dan Arslan (2016). Kalman dan Arslan (2016) menyatakan bahawa pengetua perlu menjaga hubungan dengan guru iaitu berkolaborasi dengan mereka. Pengetua berkolaborasi dengan guru untuk membentuk dan berkongsi visi sekolah. Contohnya membuat perancangan tahunan untuk menjadikan sekolah lebih berjaya di peringkat sekolah dan di dalam peperiksaan kebangsaan.
Keputusan analisis korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara kepimpinan pengajaran dengan efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa apabila amalan kepimpinan pengajaran meningkat, maka efikasi guru juga akan meningkat dan sebaliknya. Dapatan kajian ini turut selari dengan kajian yang dijalankan oleh Cansoy dan Parlar (2018); dan Shengnan dan Hallinger (2021). Bagi dimensi kepimpinan pengajaran pula iaitu menjelaskan matlamat sekolah, mengurus program pengajaran dan menggalakkan iklim pembelajaran positif juga didapati mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan efikasi kendiri guru. Namun begitu, analisis korelasi tersebut menunjukkan bahawa aspek menggalakkan iklim pembelajaran positif mempunyai hubungan positif terkuat dengan efikasi kendiri guru.
Dapatan ini menyokong kajian oleh Niqab et al. (2014) yang telah menggariskan tiga aspek penting dalam memenuhi amalan kepimpinan pengajaran. Antaranya ialah seseorang pengetua perlu mempunyai kualiti kepimpinan dengan bersikap demokratik agar dapat mewujudkan iklim yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, menerusi kajian Kalman dan Arslan (2016) di bandar besar Turki turut mendapati bahawa amalan kepimpinan pengajaran dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang positif.
Seterusnya, dapatan kajian ini turut melaporkan bahawa fungsi menggalakkan perkembangan profesional merupakan skor tertinggi dalam dimensi menggalakkan iklim pembelajaran positif ini. Dalam kajian terkini, Cassata dan Allensworth (2021) menyokong bahawa amalan perkembangan profesional misalnya melalui Program Pembangunan Profesional dapat menambahbaik pengajaran guru. Di samping itu, kajian oleh Rusliza et al. (2017) juga turut mendapati bahawa latihan dalam perkhidmatan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan efikasi kendiri. Guru perlu memenuhi latihan dalam perkhidmatan (LDP) minimum sebanyak tujuh kali (bersamaan 42 jam) setahun (Rusliza et al., 2017). LDP juga merupakan salah satu aspek dalam perkembangan profesional guru. Dengan wujudnya penetapan sebegini dalam arus pendidikan, seharusnya efikasi kendiri guru dapat dipertingkatkan.
Rumusannya, kajian ini telah memberi sumbangan penting dalam bidang pendidikan khususnya bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Maklumat ini adalah berkaitan kepimpinan pengajaran agar dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan efikasi kendiri guru. Pelbagai pihak seperti pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Institut Aminudin Baki, pengetua dan pihak pengurusan
sekolah dapat menjadikan panduan dalam melaksanakan latihan dan penekanan terhadap dua elemen ini. Dapatan ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah dan kualiti guru seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sebagai cadangan, diusulkan agar kajian lanjut djalankan memandangkan kajian ini hanya dikaji dalam peringkat guru sekolah menengah harian, maka kajian ini juga wajar diperluaskan kepada populasi guru di jenis sekolah yang berbeza dan lokasi yang berbeza.
Rujukan
Ainimazita Mansor. (2016). Hubungan antara kepimpinan kendiri dan efikasi kendiri dengan gelagat kewarganegaraan organisasi guru. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Utara Malaysia.
Alam, A., & Ahmad, M. (2017). The impact of instructional leadership, professional communities and extra responsibilities for teachers on student achievement. Journal of Educational Management, 31(3), 383-395.
Al-Mahdy, Y. F. H., Mohamed Emam, M., & Hallinger, P. (2018). Assessing the contribution of principal instructional leadership and collective teacher efficacy to teacher commitment in Oman. Teaching and Teacher Education, 1(3), 185-216.
Azlin Norhaini Mansor, Mohd Zabil Ikhsan Mohd Nasaruddin & Aida Hanim A Hamid.
(2021). The effects of school climate on Sixth Form Teachers’ self-efficacy in Malaysia. Sustainability, 13(4), 2011.
Cansoy, R., & Parlar, H. (2018). Examining the relationship between school principals’
instructional leadership behaviors, teacher self-efficacy, and collective teacher efficacy.
International Journal of Educational Management, 38(4), 550-567.
Cassata, A., & Allensworth, E. (2021). Scaling standards-aligned instruction through teacher leadership: methods, supports, and challenges. International Journal of STEM Education, 8(1), 1-21.
Cruickshank, V. (2017). The influence of school leadership on student outcomes. Open Journal of Social Sciences, 5(9), 115-123.
Dou, D., Devos, G., & Valckle, M. (2016). The effect of autonomy gap in personnel policy, principal leadership and teachers’ self efficacy on their organizational commitment. Asia Pacific Education Review, 17(2), 339-353.
Dzulfida A Razak, Muhammad Nasri Md. Hussain & Abdullah Abdul Ghani. (2020). Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua Dan Hubungannya Degan Komitmen Organisasi Di Sekolah Menengah Agawa Swasta. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 5(28), 8-24.
Fauzi Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul Zamzuri Noor. (2014). Kaedah penyelidikan &
analisis data SPSS. UUM Press.
Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin & Nurhafizah Abdan. (2017). Kesan pembelajaran koperatif dan tradisional terhadap pencapaian akademik penguasaan kemahiran jawi. The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 19, 57-70.
Hallinger, P. (1982/1990/2015). Principal Instructional Management Rating Scale. Leading Development. Bangkok, Thailand.
Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behavior of principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217-247.
Harris, A., Jones, M., Adams, D., & Cheah, K. (2019). Instructional leadership in Malaysia: a review of the contemporary literature. School Leadership & Management, 39(1), 76-95.
Jamelaa Bibi Abdullah & Jainabee Md Kassim. (2011). Instructional leadership and attitude towards organizational change among secondary schools principal in Pahang, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 15, 3304-3309.
Kalman, M., & Arslan, M. C. (2016). School principals’ evaluations of their instructional leadership behaviours: realities vs. ideals. School Leadership & Management, 36(5), 508-530.
Khalip Musa & Seng, N. N. (2017). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar di Sibu, Sarawak. International Journal of Education and Training, 7(2), 176- 190.
Lee Saat & Shukri Zain. (2016). pengaruh kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua terhadap pencapaian akademik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(3), 42-65.
Liu, S., & Hallinger, P. (2018). Principal instructional leadership, teacher self-efficacy and teacher professional learning in China: Testing a mediated-effects model. Educational Administration Quarterly, 54(4), 501-528.
Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohammed Afandi Zainal & Mohd Effendi Ewan Mohd Matore. (2021). The influence of teachers’ self-efficacy and school leaders’ transformational leadership practices on teachers’ innovative behaviour. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(12), 6423.
Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin. (2014). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11-25.
Niqab, M., Sharma, S., Wei, L. M., & Shafinaz A. Maulod. (2014). Instructional Leadership Potential among School Principals in Pakistan. International Education Studies, 7(6), 74- 85.
Pallant, J. (2013). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using IBM SPSS (5th ed). McGraw-Hill.
Ramli Basri, Norashikin Abu Bakar & Fooi, F. S. (2017). Hubungan kepimpinan pengajaran pengetua dengan pencapaian akademik pelajar. International Research Journal of Education and Sciences, 1(1), 60-70.
Rosidah Ramli & Nurahimah Mohd. Yusoff. (2020). Self-efficacy and differentiated instruction: A study among Malaysian school teachers. Universal Journal of Educational Research, 8(4), 1252-1260.
Roslizam Hassan, Jamilah Ahmad & Yusof Boon. (2019). Instructional Leadership in Malaysia. International Journal of Engineering and Advanced Technology, 8(6S3), 537- 547.
Rosnarizah Abdul Halim & Hussein Hj Ahmad. (2015). Kepemimpinan distributif, faktor kontekstual dan efikasi kendiri guru di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 2(4), 47-61.
Rusliza Yahaya, Norsamsinar Samsudin, Jessnor Elmy Mat Jizat & Hemini Krishnan. (2017).
Hubungan antara latihan dalam perkhidmatan dan efikasi kendiri guru. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), 34-45.
Samsiah Si-Rajab & Khalip Musa. (2019). The level of instructional leadership practices among principals of National Religious secondary school in Malaysia. International Journal of Scientific Research and Management (IJSRM), 7(3), 927-939.
Şeker, M. (2021). An Investigation into Social Studies Teachers’ Self-Efficacy Perceptions about Basic Skills in the Social Studies Curriculum. Review of International Geographical Education Online, 11(2), 317-334.
Shafinaz A. Maulod, Piaw, C. Y., Hussein Ahmad, Wei, L. M., & Shahrin Alias. (2017).
Kecerdasan emosi pengetua dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(3), 54-75.
Shaked, H., Glanz, J., & Gross, Z. (2018). Gender differences in instructional leadership: how male and female principals perform their instructional leadership role. School Leadership & Management, 38(4), 417-434.
Shatzer, R. H., Caldarella, P., Hallam, P., R., & Brown, L., R. (2014). Comparing the effects of instructional and transformational leadership on student achievement: Implications for practice. Educational Management Administration and Leadership, 42(4), 445-459.
Shengnan, L., & Hallinger, P. (2021). Unpacking the effects of culture on school leadership and teacher learning in China. Educational Management Administration &
Leadership, 49(2), 214-233.
Siti Noor Ismail, Yahya Don, Fauzi Husin & Rozalina Khalid. (2018). Instructional leadership and teachers’ functional competency across the 21st century learning. International Journal of Instruction. 11(3), 135-152.
Talip Bijat. (2016). Pengaruh kepimpinan pengajaran terhadap efikasi kendiri, budaya sekolah dan amalan pentaksiran guru sekolah menengah kebangsaan, Sarawak. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Utara Malaysia.
Tschannen-Moran, M., & Woolfolk Hoy, A. (2001). Teacher efficacy: Capturing and elusive construct. Teaching and Teacher Education, 17, 783-805.
Umar Man & Piaw, C. Y. (2018). Critical Success Factors for School Improvement in High Performing Secondary Schools in Malaysia. Educational Leader (Pemimpin Pendidikan), 6, 1-28.
Yaakob Daud & Yahya Don. (2012). Budaya sekolah, kepemimpinan transformasional dan pencapaian akademik pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 9, 111- 139.