• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kompetensi Guru Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Sejarah Berasaskan Analisis Dokumen (Teacher Competence in the Implementation of History Learning Based on Document Analysis)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kompetensi Guru Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Sejarah Berasaskan Analisis Dokumen (Teacher Competence in the Implementation of History Learning Based on Document Analysis)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Kompetensi Guru Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Sejarah Berasaskan Analisis Dokumen

(Teacher Competence in the Implementation of History Learning Based on Document Analysis)

Adlina Sojep1*, Anuar Ahmad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2022.4.4.17

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Analisis dokumen amat penting sebagai salah satu alternatif dalam pembelajaran Sejarah dalam menggalakkan murid meneroka pelbagai sumber dokumen. Pelaksanaan kajian ini amat penting bagi melihat kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah menerusi analisis dokumen dari tiga bahagian iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Instrumen soal selidik telah digunakan bagi melaksanakan kajian tinjauan ini. Seramai 300 orang guru Sejarah di Sarawak dipilih secara rawak menggunakan teknik persampelan bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 telah digunakan untuk menganalisis hasil dapatan kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati kompetensi guru dari aspek pengetahuan dalam pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.4783, s.p = 0.76345) . Bagi aspek kemahiran guru, kompetensi guru juga adalah pada tahap yang tinggi (min=

3.4783, s.p = 0.76345). Bagi kompetensi sikap dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah berasaskan dokumen, hasil analisis juga adalah pada tahap yang tinggi (min= 3.7967, s.p = 0.79893). Penggunaan analisis dokumen dalam pembelajaran Sejarah bukan sahaja memberikan kesan yang positif tetapi turut menyumbang kepada pembelajaran Sejarah yang berpusatkan murid sebagai peneroka maklumat ke arah pembelajaran bermakna. Kajian lanjutan berkaitan analisis dokumen harus diperluaskan agar ianya memberi manfaat kepada guru dan pengkaji masa akan datang.

Kata kunci: analisis dokumen, pembelajaran Sejarah, peneroka maklumat, pembelajaran bermakna

Abstract: Document analysis is very important as one of the alternatives in learning History in encouraging students to explore various document sources. The implementation of this study is very important to see the competence of teachers in implementing History learning through document analysis from three parts, namely knowledge, skills, and attitudes. A questionnaire instrument was used to carry out this survey. A total of 300 History teachers in Sarawak were randomly selected using purposive sampling techniques to meet the needs of this study. The Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software version 26.0 was used to analyze the results of this study. The results of the study found that the teacher's competence from the aspect of knowledge in learning History based on document analysis is at a high level (mean= 3.4783, s.d. = 0.76345). For the aspect of teacher skills, teacher competence is also at a high level (mean = 3.4783, s.d. = 0.76345). For the attitude competence in implementing document-based History learning, the results of the analysis are also at a high level (mean= 3.7967, s.d. =

(2)

0.79893). The use of document analysis in History learning not only has a positive effect but also contributes to student-centered History learning as an information explorer towards meaningful learning. Further studies related to document analysis should be expanded so that it will benefit teachers and researchers in the future.

Keywords: document analysis, History learning, information explorer, meaningful learning ___________________________________________________________________________

1. Introduction

Inovasi dalam pembelajaran Sejarah semakin meluas ekoran mata pelajaran ini dijadikan subjek wajib lulus sejak tahun 2013 iaitu selaras dengan perkembangan pendidikan abad ke- 21. Pedagogi dalam pengajaran Sejarah amat penting kerana ia akan mempengaruhi semangat pelajar dalam pembelajaran serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Boadu, 2014). Bidang sejarah merupakan salah satu disiplin ilmu yang mengemukakan kesahihan sesuatu fakta berkaitan sesuatu peristiwa berasaskan bukti. Murid perlu diberi peluang meneroka dan menganalisis sumber sejarah bagi mendapatkan tafsiran di samping mengemukakan pendapat serta hujah mereka berkaitan sesuatu peristiwa sejarah. Justeru, para guru memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna ini.

Pembelajaran berasaskan dokumen adalah salah satu strategi pengajaran Sejarah oleh guru bagi melibatkan semua murid untuk belajar melalui penggunaan sumber pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan analisis dokumen menjurus kepada pemahaman ilmu sejarah yang mengutamakan penguasaan kandungan sejarah (Thangamalar & Nagendralingam, 2018).

Pembelajaran Sejarah menggunakan kaedah analisis dokumen menggalakkan murid menjadi peneroka. Murid dapat merujuk pelbagai sumber bagi mencari kebenaran, mengesahkan bukti, serta mendapatkan jawapan daripada pelbagai persoalan yang ada dalam pelbagai sumber dokumen yang dikaji. Penggunaan buku teks sahaja pastinya tidak mencukupi jika ingin menerapkan kemahiran meneroka bukti dalam kalangan murid (Rosy Talin, 2015). Justeru, guru perlu berinisiatif dan sentiasa bersedia mengaplikasikan kepelbagaian sumber dokumen sejarah yang relevan dengan sukatan pelajaran bagi menggalakkan suasana pembelajaran sejarah yang interaktif di samping meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid.

Kompetensi guru adalah berupa standard yang merangkumi keupayaan seseorang guru bukan sahaja dari aspek pengetahuan tetapi juga kemahiran sikap guru dalam mengukuhkan profesionalisme guru tersebut. Kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen amat penting disebabkan murid perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa menganalisis sumber dokumen yang digunakan dalam pembelajaran. Hasil kajian Kaviza (2018) mendapati tahap kesediaan murid menggunakan sumber Sejarah dalam pembelajaran dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid adalah tahap sederhana.

Hasil dapatan ini adalah disebabkan guru jarang menggunakan sumber dokumen sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. penggunaan sumber dokumen yang jarang digunakan di dalam kelas. Kajian ini juga disokong oleh Cowgill II dan Waring (2017) seta kajian oleh Getman- Eraso dan Culkin (2017) telah mendapati para guru kurang yakin terhadap keupayaan murid menganalisis sumber dokumen yang mereka perolehi untuk dikaitkan dengan suatu peristiwa sejarah. Walaupun pembelajaran berasaskan dokumen bukanlah sesuatu yang baru dalam pengajaran Sejarah, namun kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen masih belum diketahui. Justeru, kajian ini bertujuan melihat kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen. Kajian yang dilaksanakan

(3)

ini mengemukakan objektif kajian seperti yang berikut:

1) Mengenalpasti tahap kompetensi guru sejarah sekolah menengah dalam aspek pengetahuan terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen 2) Mengenalpasti tahap kompetensi guru sejarah sekolah menengah dalam aspek

kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen 3) Mengenalpasti tahap kompetensi guru sejarah sekolah menengah dalam aspek sikap

terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen 2. Ulasan Kajian Lepas

2.1 Pembelajaran Berasaskan Analisis Dokumen

Menurut Croce,B. (1921), kesahan fakta sejarah harus dibuktikan menggunakan dokumen sejarah. Hal ini turut disokong oleh M.Kaviza (2021) yang menyatakan sumber dokumen sejarah dalam pembelajaran penting dalam melaksanakan interpretasi berkaitan sesuatu peristiwa yang berlaku. Analisis dokumen adalah salah satu kemahiran paling asas yang diperlukan untuk menguasai pembelajaran sejarah (Williams Jr., B. R 2019). Sehubungan itu, pembelajaran berasaskan dokumen dalam pembelajaran sejarah merupakan satu kaedah alternatif bagi menggantikan kaedah konvensional pembelajaran sejarah yang bersifat hafalan.

Pelbagai kajian lepas telah dilakukan berkaitan pembelajaran berasaskan dokumen. Dalam kajian De La Paz et al. (2017), hasil dapatan kajiannya menunjukkan hasil yang positif apabila murid menggunakan kemahiran-kemahiran ini dalam pembelajaran sejarah. Kemahiran yang diperlukan adalah seperti kemahiran meneroka, menyiasat, menaakul dan mentafsir sesuatu berkaitan peristiwa sejarah. Berdasarkan kajian oleh Siti Kisni Kisson dan Christina Peter Ligadu (2019), mereka mendapati bahawa kemahiran pemikiran Sejarah seperti kemahiran meneroka bukti dapat diterapkan sekiranya sumber dokumen seperti dokumen teks digunakan dalam pembelajaran. Kesimpulannya, proses mengenal pasti sumber sejarah melalui pembelajaran berasaskan dokumen dapat melahirkan murid yang sentiasa berfikir wajar ketika membuat rasionalisasi sejarah.

Seterusnya, Eric B. Claravall, E. B. dan Irey, R. (2021) dalam kajian mereka terhadap penggunaan pembelajaran berasaskan dokumen sebagai rangka kerja pedagogi untuk memupuk pemikiran sejarah (historical thinking) telah terbukti berkesan. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pelajar yang membaca dan menganalisis pelbagai sumber sejarah dapat mengetengahkan pengetahuan kandungan dengan cekap, dapat membandingkan sumber sejarah serta berupaya untuk mengesahkan maklumat daripada sumber yang berbeza dan kajian ini menyamai kajian yang dijalankan oleh Siti Kisni Kisson dan Christina Peter Ligadu (2019) yang mendapati murid berupaya membezakan sumber sejarah sama ada primer atau sekunder menerusi pembelajaran Sejarah menggunakan sumber dokumen Sejarah.

2.2 Kompetensi Guru dalam Pengajaran

Guru yang kompeten pastinya berupaya menyediakan pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan prestasi murid. Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Nurul Farhanah Bakar dan Aliza Alias (2021) mendapati pengajaran guru yang jelas dapat dilihat menerusi kompetensi pengajaran seorang guru. Abdul Halim dan Nor Mashitah (2016) menyatakan bahawa tahap perkembangan murid harus sesuai dengan isi kandungan yang dipelajari.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Reisman dan Fogo (2016), mereka mendapati para guru Sejarah tidak terdedah kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber Sejarah kerana beranggapan tahap kemampuan murid adalah pelbagai. Menurut Suh (2013) pula,

(4)

pengalaman sebenar murid dalam meneroka sumber sejarah membantu murid untuk lebih memahami sesuatu konsep dan fakta Sejarah. Maka, para guru harus berusaha meningkatkan profesionalisme terutamanya dari segi pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan penerapan kemahiran pemikiran sejarah selari dengan penguasaan kandungan pembelajaran Sejarah.

Walaupun pelbagai kajian berkaitan pembelajaran berasaskan analisis dokumen telah dilaksanakan, namun kajian yang berkaitan kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen masih kurang dikaji.

3. Metodologi

Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan kaedah penyelidikan yang berkaitan tentang situasi terkini sesuatu populasi dan satu atau dua pembolehubah (Noraini Idris ,2013). Kajian ini mengemukakan analisis data deskriptif daripada satu set soalan soal selidik. . Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sejarah sekolah menengah di Sarawak iaitu seramai 440 orang yang menepati pemboleh ubah yang ingin dikaji. Saiz sampel dalam kajian ini ditentukan menggunakan Teknik pensampelan bertujuan berdasarkan jadual penentu saiz Krejcie dan Morgan (1970) dan sampel kajian adalah sekitar 300 orang. Instrumen kajian yang digunakan dibina adalah adaptasi daripada hasil kajian Nur Fadhillah Muzammil (2017) ‘Tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah kebangsaan daerah Sepang, Selangor’ serta soal selidik yang digunakan oleh Nor Amalina dan Zanaton Iksan (2018) dalam kajian mereka iaitu ‘Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pembelajaran Sains’. Item soal selidik tersebut disesuaikan mengikut keperluan objektif kajian ini menggunakan skala Likert Lima Mata dengan mempunyai empat bahagian dengan item sejumlah 30 item. Hasil daripada data kajian ini dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Analisa data bagi kompetensi guru dapat dilihat menerusi nilai min, kekerapan dan peratus. Skala min menentukan sama ada kompetensi guru dalam melaksanakan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen berada pada tahap yang rendah, sederhana mahupun tinggi (Pallant, 2007)

4. Dapatan Kajian

4.1 Maklumat Demografi Responden

Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden guru lelaki adalah kurang iaitu seramai 116 orang (38.7%) manakala responden guru perempuan adalah seramai 184 orang (61.3%).

Kebanyakan guru mempunyai pengalaman mengajar lebih 20 tahun iaitu seramai 122 orang (40.7%) diikuti dengan 94 orang guru (31.3%) mempunyai pengalaman mengajar selama 11- 20 tahun, 69 orang (23%) mempunyai pengalaman mengajar 1-5 tahun dan 15 orang (5%) berpengalaman 6-10 tahun mengajar. Dari segi kategori sekolah, seramai 220 orang (73.33%) guru mengajar di kawasan luar bandar dan seramai 80 orang (26.67%) guru mengajar di bandar.

Dapatan demografi responden adalah seperti Jadual 1 di bawah:

(5)

Jadual 1: Maklumat demografi responden

Kategori Bilangan Peratus

Jantina Lelaki 116 38.7%

Perempuan 184 61.3%

Pengalaman Mengajar 1-5 tahun 69 23%

6-10 tahun 15 5.0%

11-20 tahun 94 31.3%

Lebih 20 tahun 122 40.7%

Kategori sekolah Bandar 80 26.67%

Luar Bandar 220 73.33%

4.2 Mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam aspek pengetahuan terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen

Tahap kompetensi guru dalam aspek pengetahuan terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen adalah berdasarkan Jadual 2 yang berikut:

Jadual 2: Tahap kompetensi guru dalam aspek pengetahuan terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen

No.

Item

Item Min SP Tahap

Saya tahu tentang pembelajaran berasaskan dokumen iaitu:

B1 Definisi pembelajaran berasaskan dokumen 2.96 .981 Tinggi B2 Teori-teori berkaitan pembelajaran berasaskan dokumen 3.01 .964 Tinggi B3 Perbandingan antara pembelajaran berasaskan dokumen dengan

pembelajaran konvensional

3.69 .933 Tinggi

B4 Kelebihan melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen berbanding pembelajaran konvensional

3.72 .951 Tinggi

B5 Kaedah melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen dengan terancang

3.74 .959 Tinggi

B6 Peranan guru dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan dokumen

3.74 .959 Tinggi

Berdasarkan dapatan kajian, min keseluruhan bagi tahap kompetensi guru dalam aspek pengetahuan terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen ialah [M=3.4783, SP=0.76345] iaitu berada pada tahap yang tinggi. Terdapat 6 item dalam soalan ini. Item yang tertinggi adalah item 5 dan 6 dengan min yang bernilai 3.74 dan sisihan piawai 0.959 iaitu pengetahuan berkaitan “Kaedah melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen dengan terancang” dan “Peranan guru dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan dokumen”. Item yang mempunyai nilai min terendah adalah item berkaitan

(6)

pengetahuan tentang “Definisi pembelajaran berasaskan dokumen” iaitu nilai min 2.96 dengan nilai sisihan piawai 0.981. Lain-lain item pula berada pada skala [M=3.01 hingga M=3.72]

4.3 Mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam aspek kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen

Jadual 3 menunjukkan tahap kompetensi guru dalam aspek kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen. Terdapat 12 item dalam aspek ini.

Berdasarkan dapatan kajian ini, min keseluruhan bagi tahap kompetensi guru dalam aspek kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen ialah [M=3.4783 , SP=0.76345] iaitu berada pada tahap yang tinggi. Item tertinggi ditunjukkan pada item pertama iaitu “Mengagihkan murid pelbagai latar belakang kumpulan” dan item ke-8 iaitu

“Memberi ruang kepada murid mengemukakan idea, pandangan dan dapatan dalam sesi perbincangan atau sesi pembentangan” dengan nilai [M=3.71, SP=0.978]. Item yang mempunyai nilai min terendah ialah item ke-4 iaitu “Memberi peluang kepada murid menganalisis sumber dokumen” dengan nilai [M=3.27, SP=0.969]. Bagi item yang lain pula, min terletak pada skala [M=3.29 hingga M=3.70].

Jadual 3: Tahap kompetensi guru dalam aspek kemahiran terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen

No.

Item

Item Min SP Tahap

Saya mempunyai kemahiran melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen dari segi:

C1 Mengagihkan murid pelbagai latar belakang dalam kumpulan 3.71 .978 Tinggi C2 Menyediakan rancangan mengajar yang menyumbang kepada

pembelajaran berasaskan dokumen

3.34 .856 Tinggi

C3 Menyediakan sumber bahan yang menyumbang kepada pembelajaran berasaskan dokumen

3.70 .976 Tinggi

C4 Memberi peluang kepada murid menganalisis sumber dokumen 3.27 .969 Tinggi C5 Memberi penekanan kepada kemahiran dan penglibatan murid

dalam meneroka bukti

3.34 .856 Tinggi

C6 Menyusun kedudukan murid yang pelbagai bagi memudahkan kawalan guru

3.34 .856 Tinggi

C7 Menyusun kedudukan murid yang boleh memudahkan proses perbincangan murid

3.34 .856 Tinggi

C8 Memberi ruang kepada murid mengemukakan idea, pandangan dan dapatan dalam sesi perbincangan atau sesi pembentangan.

3.71 .978 Tinggi

C9 Memberikan bimbingan kepada individu/kumpulan yang memerlukan bantuan

3.34 .856 Tinggi

C10 Menjalankan tugas sebagai pemudah cara 3.32 .864 Tinggi C11 Melaksanakan peneguhan dan memberikan gred selepas

melaksanakan pembelajaran berasaskan analisis dokumen

3.29 .876 Tinggi

(7)

C12 Membuat penilaian dan refleksi terhadap keberkesanan pembelajaran berasaskan dokumen yang dilaksanakan

3.34 .856 Tinggi

4.4 Mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam aspek sikap terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen

Dalam kajian ini, tahap kompetensi guru dalam aspek sikap terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen turut dikaji. Terdapat 8 item bagi aspek ini.

Min keseluruhan bagi aspek ini ialah 3.7967 dengan sisihan piawai 0.79893 iaitu pada tahap yang tinggi. Item yang tertinggi ialah item ke-4 iaitu “Mewujudkan perubahan positif sikap murid terhadap pembelajaran berasaskan dokumen berbanding pembelajaran secara konvensional” dengan nilai [M=3.98, SP=0.838] manakala item yang terendah ialah item yang ke-5 iaitu “Memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran Sejarah” dan item ke-8 iaitu

“Meyakinkan saya untuk memberi galakan kepada rakan sekerja untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen dalam pembelajaran Sejarah” iaitu masing-masing dengan nilai min 3.56 dengan sisihan piawai 0.961. Lain-lain item pula terletak pada skala [M=3.72 hingga M=3.92].

Jadual 4: Tahap kompetensi guru dalam aspek sikap terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen

No.

Item

Item Min SP Tahap

Pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen :

D1 Salah satu kaedah pedagogi yang sesuai dalam pengajaran Sejarah.

3.87 .914 Tinggi

D2 Pembentukan interaksi sosial murid yang positif 3.84 .999 Tinggi D3 Berupaya menyediakan suasana pembelajaran Sejarah yang

interaktif

3.92 .925 Tinggi

D4 Mewujudkan perubahan positif sikap murid terhadap pembelajaran berasaskan dokumen berbanding pembelajaran secara konvensional

3.98 .838 Tinggi

D5 Memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran Sejarah 3.56 .931 Tinggi D6 Berkesan apabila dirancang dengan baik 3.91 .939 Tinggi D7 Memberi peluang kepada saya berkongsi dengan rakan sekerja

berkaitan strategi pembelajaran Sejarah menggunakan pembelajaran berasaskan dokumen

3.72 .911 Tinggi

D8 Meyakinkan saya untuk memberi galakan kepada rakan sekerja untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen dalam pembelajaran Sejarah

3.56 .961 Sederhana

5. Perbincangan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi tahap kompetensi guru secara keseluruhannya dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah pada tahap yang tinggi. Dari aspek pengetahuan, pengkaji mendapati pengetahuan guru amat tinggi berkaitan kaedah melaksanakan pembelajaran berasaskan dokumen dengan terancang dan peranan guru dalam

(8)

melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan dokumen. Hasil dapatan ini selaras dengan kajian Ain Nur Atika Agus (2021) yang medapati bahawa pengetahuan guru adalah tinggi berkaitan dengan kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran. Lezah (2017) dalam kajiannya mendapati bahawa guru berperanan penting memilih kaedah pengajaran yang efektif untuk meningkatkan minat belajar murid terhadap sesuatu pelajaran. Guru sewajarnya melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi kandungan yang terkini agar guru kekal kompeten dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang agar matlamat dan objektif pembelajaran tercapai.

Hasil daripada kajian ini juga mendapati guru mempunyai kemahiran melaksanakan pembelajaran berasaskan analisis dokumen yang tinggi. Hal ini paling ketara dari aspek mengagihkan murid pelbagai latar belakang kumpulan. Pengkaji juga mendapati para guru memiliki kemahiran dalam memberikan ruang kepada murid dalam melaksanakan perbincangan dan pembentangan menerusi perkongsian idea dan dapatan. Kajian ini sejajar dengan kajian De La Paz (2005) yang mendapati pelajar dari kumpulan kawalan yang mempunyai kecerdasan pelbagai berupaya untuk menghasilkan penulisan yang panjang dan berkualiti serta berupaya memberikan hujah dan ketepatan fakta sejarah. Justeru, kajian ini telah membuktikan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan analisis dokumen sesuai sesuai dilaksanakan walaupun kemampuan murid yang pelbagai.

Walau bagaimanapun, hasil dapatan ini bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Cowgil II dan Waring (2017) yang mendapati guru kurang berkemahiran dalam menganalisis gambar yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa Sejarah. Hal ini apabila guru sebagai responden mereka mentafsir gambar yang dianalisis tanpa memiliki pengetahuan asas berkaitan peristiwa yang berkaitan dengan gambar.

Kompetensi sikap juga dilihat berada pada tahap yang tinggi dalam kajian ini. Hal ini dapat dibuktikan menerusi item mewujudkan perubahan positif sikap murid terhadap pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen berbanding pembelajaran secara konvensional. Dapatan kajian ini telah membuktikan sokongan dan penerimaan guru Sejarah dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti analisis dokumen.

Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian Kaviza (2020) yang mendapati tahap perspektif murid terhadap pembelajaran berasaskan dokumen sebagai proses analisis adalah tinggi. Hal ini disebabkan pelaksanaan pembelajaran berasaskan analisis dokumen membolehkan murid meneroka sumber sejarah bagi mencari signifikan sesuatu peristiwa yang berlaku.

Hasil dapatan kajian ini dilihat berbeza dengan kajian Cowgil II dan Waring (2017) yang mendapati para guru tidak dapat membimbing murid melaksanakan pembelajaran berasaskan analisis dokumen dengan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila murid tidak memahami kandungan topik yang mereka pelajari setelah analisis dokumen dilaksanakan. Murid tidak berupaya membuat kesimpulan yang tepat berkaitan dokumen yang dianalisis kerana guru tidak membimbing murid tentang menilai bukti kontekstual berpandukan dokumen yang diberikan.

Justeru, dalam kajian ini dicadangkan agar para guru meningkatkan profesionalisme mereka menerusi pelbagai program pembangunan bagi meningkatkan kemahiran mereka.

6. Kesimpulan

Kajian ini menekankan kompetensi guru dalam pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen. Pelbagai transformasi dan penambahbaikan boleh dirancang bagi

(9)

meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati kompetensi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen adalah tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Walaubagaimanapun, tiada hubungan langsung antara pengalaman mengajar guru dengan kompetensi guru dalam pelaksanaan pembelajaran Sejarah berasaskan analisis dokumen berdasarkan kajian ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para guru dalam mengupayakan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan lagi profesionalisme guru menerusi pembelajaran berasaskan dokumen sebagai salah satu alternatif pembelajaran abad ke-21 agar sehala dengan falsafah pendidikan negara. Pelaksanaan kajian ini diharapkan agar boleh diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang bagi memperoleh hasil dapatan yang berbeza berdasarkan kepada aspek demografi.

Rujukan

Abdul Halim Masnan, & Nor Mashitah Mohd Radzi. (2016). Pengetahuan persediaan pengajaran guru prasekolah baru. International Journal of Early Childhood Education and Care, 5.

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

11(1), 75-87.

Boadu, G., Awuah, M., Ababio, A. M. & Eduaquah, S. (2014). An examination of the use of technology in the teaching of history: A study of selected senior high schools in the Cape Coast metropolis, Ghana. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 8(1), 187-214.

Cowgill II, D.A., & Waring, S.M. 2017. Historical thinking: An evaluation of student and teacher ability to analyze sources. Journal of Social Studies Education Research, 8(1), 115-145.

Croce, B. (1921). Theory & History Of Historiography. London: George G. Harrap &

Company.

De La Paz, S. (2005a). Effects of Historical Reasoning Instruction and Writing Strategy Mastery in Culturally and Academically Diverse Middle School Classrooms. Journal of Educational Psychology, 97(2):39–156.https://doi.org/10.1037/0022-0663.97.2.139 De la Paz et al. (2012b). Adolescents’ Disciplinary Use of Evidence, Argumentative Strategies,

and Organizational Structure in Writing About Historical Controversies. SAGE Journals, https://doi.org/10.1177%2F0741088312461591

Eric B. Claravall, E. B. & Irey, R. (2021). Fostering Historical Thinking: The Use Of Document Based Instruction For Students With Learning Difference. The Journal of Social Studies Research, https://doi.org/10.1016/j.jssr.2021.08.001

Getman-Eraso, J., & Culkin, K. (2017). Close Reading: Engaging and Empowering History Students through Document Analysis on e-Portfolio. International Journal of e-Portfolio.

7(1), 29-42.

M. Kaviza. (2018a). Penggunaan Sumber Sejarah Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Adakah Murid Sudah Bersedia untuk Meneroka? Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 3(5), 41-47.

M. Kaviza. (2019b). Kesan Kaedah Document-Based Lesson Terhadap Penaakulan Sejarah Dalam Kalangan Murid Berbeza Tahap Pemikiran Kritis. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik-JuKu. 7(2), 1-9.

(10)

M. Kaviza. (2021c). Kesan Pembelajaran Berasaskan Dokumen dengan Pendekatan Kepelbagaian Sumber Terhadap Pengetahuan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6(1), 128-139.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. McGraw Hill. Kuala Lumpur.

Nurul Farhanah Bakar dan Aliza Alias. (2021). Pengetahuan dan Kemahiran Guru Mengenai Bahan Bantu Mengajar bagi Matematik Awal di Prasekolah. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences,4 (4), 124-132.

Pallant, J. (2007). SPSS survival manual-A step by step guide to data analysis using SPSS for windows (3rd ed.) Maidenhead: Open University Press.

Reisman, A., & Fogo, B. (2016). Contributions of Educative document based curricular materials to quality of historical instruction. Teaching and Teacher Education. 59,191- 202.

Rosy Talin. (2015). Historical Thinking Skills-The Forgotten Skills? International Journal of Learning and Teaching.7(1), 15-23.

Siti Kisni Kisson & Christina Peter Ligadu. (2019). Elemen Meneroka Bukti dalam Pembelajaran Sejarah Menggunakan Sumber Dokumen Teks. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 4(8), 54-60.

Thangamalar Paramasivam & Nagendralingam Ratnavadivel. (2018).Issues and chall enges in managing curriculum change in primary schools : A case study of managing year four history history curriculum in the district of Kuala Selangor, Malaysia. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education. 8(1), 18-31.

Williams Jr., B. R. (2019). Measuring The Impact Of The Document-Based Lesson Cycle On Eighth Graders’ Ability To Analyze Historical Documents. Tesis Fal, Texas A&M University.

Yusof Boon & Mohd Musa Shaharudin. (2011). Kepimpinan Guru besar dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait