• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRM RANGKUL EMAS DI MM KONVENSYEN ICC

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KRM RANGKUL EMAS DI MM KONVENSYEN ICC"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

KRM RANGKUL EMAS DI MM KONVENSYEN ICC

johan Pertandingan lnovatif dan Kreatif (ICC) 2012 peringkat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), pasukan Generasi Budaya Saing, sekali lagi mengharumkan nama Frim dengan memenangi Anugerah Emas di Mini Konvensyen ICC yang dianjurkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), baru­baru ini.

Pasukan Generasi Budaya Saing

membentangkan projek melibatkan pembinaan sebuah menara penyejuk dinamakan

sebagai 'Good Budget System'(GBS) sebagai sistem sokongan alat penyulingan air untuk mengelakkan pembaziran air dalam proses penyulingan, seterusnya menjimatkan kos.

Penyulingan adalah salah satu kaedah rawatan air yang melibatkan proses pengewapan, penyejukan dan kondensasi bagi menyingkirkan

bendasing bagi menghasilkan air tulen atau dikenali sebagai air suling.

Proses ini menghasilkan banyak air terbuang bersuhu panas. Penggunaan sistem GBS ini membolehkan air terbuang diperangkap dan dikitar semula secara berterusan.

Sistem ini boleh diaplikasikan kepada mana­

mana alat penyulingan air walaupun sedikit pengubahsuaian mungkin perlu dibuat mengikut spesifikasi alat penyulingan air yang berbeza.

Terdapat 15 unit alat penyuling air yang digunakan secara aktif di Frim. Sekiranya sistem GBS dilaksanakan di keseluruhan makmal, ia berupaya menjimatkan kos bil air di Frim hampir RM5.000 setahun.

Headline FRIM RANGKUL EMAS DI MINI KONVENSYEN ICC MediaTitle Sinar Harian

Date 30 Apr 2013 Color Full Color

Section Mahkamah Circulation 60,000

Page No 37 Readership 180,000

Language Malay ArticleSize 182 cm²

Journalist N/A AdValue RM 1,001

Frequency Daily PR Value RM 3,003

Referensi

Dokumen terkait