Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 usahawan disasar untuk menyertai iniasitif Perintis Usahawan Malaysia (PUMAS) menjelang akhir bulan ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar, berkata inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) itu diharap dapat menjadi platform untuk menarik minat anak muda menyertai sektor keusahawanan.
"Saya juga mengalu-alukan yayasan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudi bekerjasama dengan MEDAC untuk melahirkan lebih ramai anak muda membabitkan diri dalam bidang ini," katanya ketika merasmikan inisiatif berkenaan, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Pengasas MyPerintis, Datuk Lawrence Low, berkata PUMAS adalah platform untuk mengumpul dan membantu usahawan tempatan melalui pelbagai pakej dan tawaran khas daripada rakan strategik, sama ada dari sektor awam dan swasta.
PUMAS dimulakan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan membantu usahawan yang mempunyai masalah percukaian selepas pandemik COVID-19 selain melatih mereka menjadi celik cukai.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
"Saya berharap platform PUMAS ini mampu digunakan dengan sepenuhnya sebagai wahana untuk memperkembangkan kebolehan dan bakat keusahawanan, sekali gus menaikkan keuntungan dan pendapatan para usahawan," kata Low.
Antara rakan strategik PUMAS adalah Astro, Celcom, SME Bank, CEDAR, Alliance Bank, Tekun, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Insken, Pos Malaysia, Bank Rakyat, Tenaga Nasional Berhad, BlackCard dan Exabytes.
-BERNAMA