Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengkaji semula program Jom Jadi Perantis atau Jumper yang dikendalikan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).
Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata ia bertujuan supaya selaras dengan kehendak yang diperlukan oleh golongan usahawan.
"Tiba masanya program Jumper mendapat pembiayaan diperlukan peserta program, berbanding hanya menerima geran sebanyak RM10,000. Masalah program ini, apabila peserta tamat kursus kita tidak menyediakan mereka keperluan sebagai usahawan.
"Kalau hendak melatih usahawan, kita kena ikut berapa yang diperlukan mereka untuk memulakan perniagaan dan kemudian membuat penilaian mengenainya," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Pejabat Urusan Chinta Rich Empire di Peninsula Park, di sini hari ini.
Jumper adalah program berkonsep mentor-mentee, bertujuan memberi pendedahan awal kepada siswazah mengenai selok-belok dunia perniagaan.
Pada masa sama, Noh berkata, program Jumper membolehkan peserta program keusahawanan menerima elaun sara diri RM1,200 sebulan sepanjang lapan bulan.
"Tiada makna kalau kita hantar latihan (keusahawanan) dan setelah habis, kita letak pelbagai syarat baharu.
"Ketika ini, kira-kira 7,000 pelatih sudah mengikuti Jumper. Bagaimanapun, tidak sampai 10 peratus sahaja yang menjadi usahawan," katanya.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Noh berkata, selain latihan, pinjaman istimewa juga perlu diberikan kepada peserta dan bukan semata-mata beri geran RM 10,000.
"Kita boleh beri geran, tetapi RM140,000 lagi sebagai contoh...diberi dalam bentuk pinjaman untuk mereka memulakan modal perniagaan," katanya.