• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2018"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

____________________________________________________________________________________________

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2018

DAM BREAK INFORMATION SYSTEM (DBIS) (DBIS)

BAHAGIAN

REKABENTUK & EMPANGAN

(2)

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

AKRONIM DAN SINGKATAN GAMBAR

JADUAL

A. RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

1.1 Sokongan Dan Kelulusan Pihak Tertinggi Setiap Agensi Terlibat

1.2 Kumpulan

1.3 Keterangan Projek 1.4 Kategori Projek 1.5 Pernyataan Masalah 1.6 Sasaran Projek

2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK DAN PEMBUKTIAAN

2.1 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan/ Organisasi 2.2 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh

(Stakeholder)

2.3 Sejajar Dengan Agenda Dan Matlamat Nasional 2.4 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa 2.5 Kaedah Pemilihan Projek Dan Analisis

2.6 Penyataan Sasaran Outcome Dan Impak

3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN

3.1 Strategi Penyelesaian Kreatif Termasuk Aplikasi Penggunaan Tools

i ii iii

2 3 3 6 6 6

8

8

9 9 10 10 11

12

12

1

2

(3)

3.2 Penghasilan Dan Pengujian Prototaip

3.3 Perakauan Daripada Pihak Bertauliah/ Pihak Berkuasa 3.4 Pelaksanaan Inovasi

4.0 KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Pencapaian Outcome Dan Pembuktiaan 4.2 Faedah Sampingan (Luar Jangka) 4.3 Penilaian Impak Dan Pembuktiaan

5. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

5.1 Tahap Ketersediaan Teknologi Sistem/ Proses 5.2 Tahap Replikasi Atau Pengkormersialan

6.0 KESIMPULAN/ PENUTUP

7.0 LAMPIRAN

7.1 Lampiran 1 7.2 Lampiran 2 7.3 Lampiran 3 7.4 Lampiran 4 7.5 Lampiran 5

12 12 13

15

15 15 15

17

17 17

18

19

(4)

AKRONIM DAN SINGKATAN

BRE - Bahagian Rekabentuk dan Empangan

DBIS - Dam Break Information System EAP - Emergency Action Plan

EIA - Environmental Impact Assessment

FRIM - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ICT - Information and Communication Technology JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia JPM - Jabatan Perdana Menteri

KATS - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli MKN - Majlis Keselamatan Negara

MyDAMS - Malaysia Dam Safety Management Guidelines NADMA - Agensi Pengurusan Bencana Negara

NRE - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar PDRM - Polis Diraja Malaysia

PEMANDU - Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

PERHILITAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

TKP - Timbalan Ketua Pengarah

TKSU - Timbalan Ketua Setiausaha

5W+2H - Who, When, What, Why, Where, How and How Much

(5)

GAMBAR

Gambar A : Salah satu empangan yang terdapat di Malaysia iaitu Empangan Bakun, Sarawak.

Gambar 1.3 (a) : Contoh capaian maklumat yang dibangunkan untuk Empangan Padang Saga, Kedah dengan menggunakan Dam Break Information System (DBIS).

Gambar 1.3 (b) : Contoh capaian maklumat berkenaan aduan dan EAP untuk Empangan Padang Saga ,Kedah iaitu Dam Break Information System (DBIS).

Gambar 1.6 : Contoh Emergency Action Plan (EAP) bagi Empangan Anak Endau.

Gambar 2.1 : Malaysia Dam Safety Management Guideline (MyDAMS) yang diterbitkan oleh JPS Malaysia pada tahun 2017.

Gambar 2.3 : Arahan No. 20 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Gambar 3.3 (a) : Taklimat ringkas berkaitan DBIS telah dilaksanakan sebelum Sesi Table Top EAP.

Gambar 3.3 (b) : Pegawai-pegawai JPS Malaysia, Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi-agensi Penyelamat dan Operator Empangan yang terlibat.

Gambar 3.3 (c) : Peserta sedang mendengar Taklimat DBIS berkaitan Empangan Padang Saga, Kedah dan Empangan Beris, Kedah.

1

4

5

7

8

10

13

14

14

(6)

JADUAL

Jadual 2.5 : Perbandingan sebelum dan selepas adanya Dam Break Information System (DBIS).

Jadual 3.2 : Kaedah 5W+2H telah digunapakai dalam membuat penghasilan dan pengujian.

Jadual 3.3 : Taklimat ringkas DBIS pada dua (2) lokasi empangan.

11

12

13

(7)

A. RINGKASAN EKSEKUTIF

Malaysia mempunyai 103 buah empangan yang diuruskan oleh pelbagai agensi.

Empangan merupakan antara komponen yang penting dalam pembangunan negara di mana mempunyai pelbagai fungsi yang merangkumi tebatan banjir, bekalan air, tenaga hidro, pengairan, penahan kelodak dan rekreasi. Kelestarian fungsi dan integriti keselamatan empangan menjadi paksi utama pada kaedah pengawasan keselamatan serta operasi dan penyelenggaraan. Sesebuah struktur empangan yang telah siap dibina memerlukan pengendalian, penyelenggaraan dan pengawasan yang sebaik mungkin oleh pemilik/ Operator Empangan agar keselamatannya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan kelestarian fungsinya dikekalkan. Keselamatan empangan perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana kegagalan sesebuah struktur empangan merupakan salah satu bencana besar terutamanya bagi kes-kes yang melibatkan nyawa dan harta benda.

Gambar A: Salah satu empangan yang terdapat di Malaysia iaitu Empangan Bakun, Sarawak.

(8)

1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

1.1 Sokongan Dan Kelulusan Pihak Tertinggi Setiap Agensi Terlibat

Satu (1) sesi makmal berkaitan keselamatan empangan yang diketuai oleh pihak Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU, JPM) telah diadakan pada bulan November 2012. Outcome daripada makmal tersebut telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada tahun 2014. Jemaah Menteri memutuskan bahawa satu (1) Jawatankuasa Khas Keselamatan Struktur Empangan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada ketika itu ditubuhkan (kini dikenali sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, KATS) untuk mengawalselia pengurusan keselamatan empangan di Malaysia. Jemaah Menteri telah bersetuju dengan lima (5) cadangan hasil daripada Makmal Mengenai Keselamatan Struktur Empangan di Malaysia salah satunya adalah pelaksanaan pengurusan keselamatan empangan secara bersepadu. Oleh itu, Seksyen Empangan, Bahagian Rekabentuk dan Empangan (BRE), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengambil inisiatif dan langkah inovatif untuk membangunkan Dam Break Information System (DBIS) bagi memudahkan pencapaian maklumat empangan kepada semua pegawai dan agensi yang terlibat dalam pengurusan keselamatan empangan melalui atas talian.

Selain itu, Jemaah Menteri juga telah bersetuju dengan perubahan Jawatankuasa Khas Keselamatan Struktur Empangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) yang kini dikenali sebagai Kementerian Air, Tanah dan Alam Sekiter (KATS) pada tahun 2015. Mesyuarat jawatankuasa ini juga dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Sektor Pakar JPS Malaysia dan dihadiri oleh Seksyen Empangan, BRE, JPS Malaysia serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Mesyuarat ini pada dasarnya bersetuju agar JPS

(9)

menerajui pengurusan berkaitan keselamatan empangan dan dijadikan contoh oleh agensi-agensi lain yang menguruskan empangan.

1.2 Kumpulan

1.3 Keterangan Projek

Sebelum ini, pengkalan data dan maklumat setempat bagi analisa sistem Dam Break dan Emergency Action Plan (EAP) masih belum dibangunkan secara bersepadu. Justeru itu, Seksyen Empangan, BRE, JPS Malaysia mengambil proaktif dan langkah inovatif dengan membangunkan Dam Break Information System (DBIS) secara bersepadu lansung di atas talian. DBIS merupakan satu (1) sistem pengkalan data atas talian yang mengandungi kesemua data dan maklumat berkaitan yang meliputi peta kawasan banjir, kedalaman banjir, halaju air, kadaralir waktu puncak, tempoh masa banjir dan pusat pemindahan banjir.

Tarikh Penubuhan Kumpulan Logo Kumpulan

Nama Kumpulan

17 Oktober 2017 Alamat

Bilangan Ahli Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Bahagian Rekabentuk dan Empangan Jalan Sultan Salahuddin,

50626 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

10 Orang

No. Telefon & Faks

No. Tel : 03-26973104 Faks : 03-26972833 [email protected]

Email

BAHAGIAN

REKABENTUK & EMPANGAN

(10)

DBIS merupakan sistem pengkalan data dalam bentuk yang mudah dan tersedia berkaitan Dam Break dan dokumen EAP. Ia juga meliputi pelan tindakan dan prosedur langkah menangani kecemasan sebelum dan semasa kejadian empangan pecah. Secara ringkasnya, DBIS ini akan memudahkan proses di dalam melaksanakan pelan tindakan kecemasan bagi sesuatu empangan yang berisiko untuk gagal.

Gambar 1.3 (a) : Contoh capaian maklumat yang dibangunkan untuk Empangan Padang Saga ,Kedah iaitu Dam Break Information System (DBIS).

(11)

Gambar 1.3 (b) : Contoh capaian maklumat berkenaan aduan dan EAP untuk Empangan Padang Saga ,Kedah iaitu Dam Break Information System (DBIS).

(12)

1.4 Kategori Projek

DBIS adalah projek di dalam kategori penciptaan baru yang dibangunkan oleh Seksyen Empangan, BRE, JPS Malaysia untuk memastikan data berkaitan empangan pecah dan EAP diuruskan secara sistematik dan bersepadu.

1.5 Pernyataan Masalah

1.5.1 Data-data dan dokumen rujukan Emergency Action Plan (EAP) dalam bentuk hardcopy dan sukar untuk dicapai secara pantas semasa kecemasan.

1.5.2 Data dan maklumat sediada (hardcopy) sukar untuk diperolehi secara pantas kerana salinan dokumen terhad kepada pegawai terlibat sahaja.

1.6 Sasaran Projek

Melalui pelaksanaan DBIS, maklumat berkaitan EAP sesuatu empangan dapat dicapai dengan pantas oleh pihak berkepentingan pada kadar 100%

dan ini dapat memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dalam mencapai maklumat dan data berkaitan.

(13)

Gambar 1.6: Contoh Emergency Action Plan (EAP) bagi Empangan Anak Endau.

(14)

2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN

Pemilihan Projek

Kriteria pemilihan projek oleh kumpulan adalah seperti berikut:

2.1 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan/ Organisasi

DBIS memenuhi Chapter 10 dalam Malaysia Dam Safety Management Guideline (MyDAMS) seperti di Lampiran 1 yang berfungsi sebagai garispanduan kepada pemilik/ Operator Empangan dalam membangunkan program pengurusan keselamatan empangan.

Gambar 2.1: Malaysia Dam Safety Management Guideline (MyDAMS) yang diterbitkan oleh JPS Malaysia pada tahun 2017.

(15)

2.2 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh (Stakeholder) Data-data dan maklumat boleh diperolehi dengan mudah secara atas talian dan boleh dicapai di mana-mana sahaja oleh pemilik/ Operator Empangan (stakeholder).

2.3 Sejajar Dengan Agenda Dan Matlamat Nasional

Jemaah Menteri pada 2012 juga telah bersetuju agar kesemua 41 empangan berisiko tinggi di Malaysia untuk menyediakan EAP termasuklah 9 empangan di bawah seliaan JPS Malaysia. Kemajuan pelaksanaan EAP ini dipantau oleh Jawatankuasa Khas Keselamatan Empangan dan dijadikan keutamaan.

Dalam mengawalselia pengurusan keselamatan empangan, DBIS berperanan menjadi satu (1) pusat rujukan kepada ahli Jawatankuasa Khas Keselamatan Empangan yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Data dan maklumat di dalam DBIS dapat diseragamkan dan lebih sistematik sejajar dengan maklumat yang diperlukan semasa berlakunya kecemasan sesebuah empangan. Penyediaan EAP dan data-data berkaitan berpandukan kepada Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti di Lampiran 2.

(16)

Gambar 2.3: Arahan No. 20 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2.4 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa

Apabila empangan berada dalam keadaan selamat, risiko kegagalan struktur empangan dapat dikurangkan (rendah). Sehubungan itu, ancaman terhadap kehilangan nyawa, harta benda dan ekosistem dapat dielakkan.

2.5 Kaedah Pemilihan Projek Dan Analisis

Melalui kerja-kerja pengawasan empangan oleh BRE mendapati maklumat berkaitan empangan pecah dan EAP tidak diuruskan secara bersepadu dan tersusun oleh Operator Empangan. Ekoran daripada masalah ini, dikhuatiri status keselamatan empangan tidak dapat dikenalpasti apabila Operator Empangan gagal untuk memberi maklumat segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku risiko bencana kegagalan empangan.

(17)

Jadual 2.5: Perbandingan sebelum dan selepas adanya Dam Break Information System (DBIS).

Bil Maklumat Sebelum DBIS Selepas DBIS

1. Secara atas talian

2.

Data boleh dilihat melalui peranti pintar dan lain-lain gajet selagi ada kemudahan internet di lokasi tersebut.

3. Maklumat disimpan dalam keadaan lebih teratur dan sistematik.

4. Mesra pengguna.

2.6 Penyataan Sasaran Outcome Dan Impak

Sistem pengkalan data yang mudah dicapai secara atas talian bagi memastikan tindakan segera diambil dari pihak pemilik/ Operator Empangan sepertimana yang dinyatakan di dalam dokumen EAP. DBIS berupaya:

2.6.1 Mengurangkan kebarangkalian risiko empangan pecah (outcome).

2.6.2 Menggelakan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan ekosistem (impak).

(18)

3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN

3.1 Strategi Penyelesaian Kreatif Termasuk Aplikasi Penggunaan Tools Hasil pemeriksaan dan pemantauan pihak BRE, JPS Malaysia terhadap 15 empangan JPS mendapati dokumen EAP ini perlu ditambah baik dari segi kemudahan untuk disemak dan dirujuk. Dengan pelaksanaan DBIS, data-data penting boleh dikemaskini dan disemak dengan mudah oleh semua berkepentingan.

3.2 Penghasilan Dan Pengujian Prototaip

Pelan Tindakan Penyelesaian dirumuskan menggunakan kaedah 5W+2H seperti Jadual 3.2 di bawah:

Jadual 3.2: Kaedah 5W+2H telah digunapakai dalam membuat penghasilan dan pengujian.

WHO Ahli Kumpulan Eagle Eye WHEN 2017 sehingga 2018

WHAT

Membangunkan laman sesawang Dam Break Information System (DBIS) yang mesra pengguna (friendly user)

WHY Memudahkan pencapaian maklumat EAP WHERE BRE dan 15 Pejabat Empangan

HOW

Hasil perbincangan dan percambahan idea oleh ahli kumpulan dalam menghasilkan sistem pengkalan data rekaan Bahagian sendiri

HOW MUCH Tiada kos yang ketara

3.3 Perakuan Daripada Pihak Bertauliah/ Pihak Berkuasa

Taklimat ringkas berkaitan DBIS telah dijalankan sebelum Sesi Table Top EAP (Lampiran 3) yang telah diadakan seperti berikut:

(19)

Jadual 3.3: Taklimat ringkas DBIS pada dua (2) lokasi empangan.

Empangan Tarikh Agensi Terlibat

Padang Saga,

Kedah 11 Julai 2018

-Majlis Keselamatan Negara (MKN) -Polis Diraja Malaysia (PDRM) -Pegawai Daerah

-JPS Malaysia

-Perunding Jadi Sdn. Bhd.

-Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

-Jabatan Bomba dan Penyelamat

Beris,

Kedah 12 Julai 2018

-Majlis Keselamatan Negara (MKN) -Polis Diraja Malaysia (PDRM) -Pegawai Daerah

-JPS Malaysia

-TBS Consulting Engineer

-Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

-Jabatan Bomba dan Penyelamat

3.4 Pelaksanaan Inovasi

Pelaksanaan DBIS telah dibangunkan untuk dua (2) empangan iaitu Empangan Padang Saga dan Empangan Beris di Kedah akan dimajukan secara berperingkat untuk semua empangan di bawah selian JPS Malaysia.

Gambar 3.3 (a): Taklimat ringkas berkaitan DBIS telah dilaksanakan

(20)

Gambar 3. 3 (b): Pegawai-pegawai JPS Malaysia, Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi-agensi Penyelamat dan Operator Empangan yang terlibat.

Gambar 3.3 (c): Peserta sedang mendengar Taklimat DBIS berkaitan Empangan Padang Saga, Kedah dan Empangan Beris, Kedah.

(21)

4.0 KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Pencapaian Outcome Dan Pembuktian

Melalui DBIS, maklumat berkaitan dengan EAP boleh diakses dengan mudah dan pantas oleh pihak berkepentingan dan 100% penggunaan DBIS memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dalam mencapai maklumat/ data yang diperlukan. Sistem ini telah berjaya dalam pengujian pencarian maklumat secara lebih efisyen semasa Sesi Table Top Exercise bagi Empangan Padang Saga dan Empangan Beris yang telah diadakan pada 11 dan 12 Julai 2018. Tiada implikasi kewangan yang ketara dalam membangunkan DBIS ini.

4.2 Faedah Sampingan (Luar Jangka)

Peta risiko banjir yang terdapat dalam sistem ini boleh juga digunapakai sebagai rujukan bagi memindah binatang liar dan menyelamatkan spesis- spesis flora yang terancam oleh pihak berkaitan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

4.3 Penilaian Impak dan Pembuktian 4.3.1 Imej Jabatan:

Dengan wujudnya sistem ini secara langsung dapat meningkatkan imej Jabatan melalui penyaluran yang cekap dan pantas.

4.3.2 Prestasi Sistem:

Sistem ini bukan sahaja boleh digunakan oleh Seksyen Empangan, BRE, JPS Malaysia dan Operator Empangan JPS sahaja malah ianya juga boleh digunakan atau direplikasikan oleh semua Jabatan Kerajaan terutamanya dalam membantu menangani isu kecemasan seperti risiko berlakunya kegagalan empangan.

(22)

4.3.3 Idea Kreatif:

Sistem ini merupakan idea kreatif daripada kumpulan Eagle Eye bagi mempercepatkan proses perolehan data dan maklumat semasa kecemasan.

4. 3.4 Keselamatan:

Dengan wujudnya sistem ini dapat meningkatkan lagi langkah keselamatan struktur empangan (Lampiran 4) melalui penyimpanan data secara sistematik dan bersepadu.

4.3.5 Motivasi:

Dengan pewujudan sistem ini secara langsung dapat meningkatkan motivasi dan kesiapsiagaan oleh Operator Empangan.

(23)

5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

5.1 Tahap Ketersediaan Teknologi/ Sistem/ Proses

Menggunakan aplikasi Information and Communication Technology (ICT) dengan keperluan minimum demi memastikan pembangunan DBIS secara webbase dapat digunapakai secara praktikal dan menyeluruh.

5.2 Tahap Replikasi Atau Pengkomersialan

Sistem ini boleh direplikasikan untuk kegunaan agensi-agensi lain (pemilik dan Operator Empangan) untuk pemantauan pengawasan empangan meliputi integriti struktur dan data instrumentasi, kesan alam sekitar (EIA) dan lain-lain yang berkaitan.

(24)

6.0 KESIMPULAN/ PENUTUP

Dengan pelaksanaan DBIS ini, pemilik dan Operator Empangan JPS Malaysia dapat meningkatkan kecekapan dalam memastikan empangan-empangan sentiasa berfungsi sebagaimana yang direkabentuk dan berada dalam keadaan selamat. DBIS ini juga bermanfaat untuk dijadikan sebagai pusat rujukan (One Stop Center) kepada pemilik dan Operator Empangan JPS Malaysia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelakkan bencana empangan pecah daripada berlaku. Oleh itu, pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data berkualiti, cepat, efisyen serta realiable sebagaimana DBIS ini amat penting dalam kerja-kerja pengawasan keselamatan empangan. Ini serta secara tidak langsung boleh meningkatkan imej Jabatan dalam aspek kecekapan perkhidmatan.

(25)

7.0 LAMPIRAN

Gambar

Gambar 1.3 (a) : Contoh capaian maklumat yang dibangunkan untuk          Empangan Padang Saga ,Kedah iaitu Dam Break          Information System (DBIS)
Gambar 1.3 (b) : Contoh capaian maklumat berkenaan aduan dan EAP                                untuk Empangan Padang Saga ,Kedah iaitu Dam Break                                Information System (DBIS)
Gambar 3.3 (a): Taklimat ringkas berkaitan DBIS telah dilaksanakan

Referensi

Dokumen terkait