Penanaman secara fertigasi telah lama dipraktis di negara maju seperti Eropah, Amerika dan Jepun. Malah di Israel sebuah negara padang pasir yang panas juga menggunakan kaedah ini yang dikawal sepenuhnya oleh komputer.
Kaedah fertigasi mula mendapat perhatian di negara kita beberapa tahun yang lalu.
Walaupun kaedah ini sering digambarkan sebagai satu kaedah yang mudah daripada aspek pengurusan dan boleh menguntungkan, namun ia memerlukan pengetahuan untuk kemajuan jangka panjang. Inilah yang dimaksudkan dengan K-ekonomi yang menjadi senjata penting dalam persaingan semua bentuk bisnes termasuk pertanian di peringkat global.
Oleh itu, kami mengambil langkah aktif untuk mengusahakan satu bengkel khusus untuk mereka yang ingin mengetahui dan berminat untuk memulakan penanaman fertigasi.
Peserta bengkel akan didedahkan mengenai teori fertigasi. Peserta juga akan melakukan amali secara “hands on” kaedah penyemaian, penyediaan sistem medium bukan tanah dan pemindahan anak pokok, penjagaan pokok, pengolahan baja pengukuran kemanisan dan kepedasan cili.
Aspek teori akan merangkumi asas
pertumbuhan pokok dalam sistem fertigasi, pembinaan sistem fertigasi dan pembinaan rumah perlindungan tumbuhan, kimia baja, kawalan keselesaan pertumbuhan, keselamatan kerja dan kualiti produk.
Bengkel ini terbuka kepada semua khususnya yang berminat dan merancang untuk bertani secara fertigasi dan kepada mereka yang juga ingin mengikuti perkembangan semasa dalam satu rangkaian yang dinamik.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Prof. Dr.
Bohari M. Yamin (UKM) dengan dibantu oleh Tn Hj Mohd Nor Ibrahim dan En.
Saripshah Abd Majid.
Yuran penyertaan RM150 seorang
(yuran termasuk nota bengkel, sijil, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang).
Pendaftaran boleh dibuat kepada urusetia melalui telefon, faks atau email. Borang pendaftaran juga boleh diposkan kepada Urusetia. Bayaran melalui cek hendaklah dibuat atas nama “Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia” dan dihantar kepada:
Bendahari Bengkel Fertigasi,
Pusat Pengajian Sains Kimia Dan Teknologi Makanan,
Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi.
(U/P: Hj Mohd Nor Ibrahim)
Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj. Mohd. Nor Ibrahim
Tel : 03- 8921 3889 h/p 013-3449299 Faks : 03- 8921 5410
Email : [email protected]
Bagi tujuan penginapan, sila berurusan terus:
Rumah Tamu Ungku Omar, UKM 03- 8921 3114
Puri Pujangga 03- 8921 3361
NIOSH, Bangi 03- 8926 1900
Hotel Equatorial, Bangi 03- 8210 2222 PENGENALAN
PENGINAPAN PESERTA
KANDUNGAN BENGKEL
PENGENDALI
YURAN PENYERTAAN
Bengkel Penanaman Fertigasi
8 Jun 2009
Nama:………
Jawatan:………
Alamat:………
………
………
Telefon(Pejabat)………
Telefon (Bimbit)………
No.Faks:………
E-mail :……….
Tarikh:………
Tandatangan:………
No cek/Draf :………..
Penaung
Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Penasihat
Prof. Madya Dr. Jumat Salimon
Pengerusi
Prof. Dr. Bohari Mohd Yamin
Setiausaha
Cik Nur Hidayah Deris
Bendahari
Hj Mohd. Nor Ibrahim
AJK
En. Saripshah Abd Majid
BENGKEL
PENANAMAN FERTIGASI
8 JUN 2009
ANJURAN
Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
BORANG PENDAFTARAN
AJK PENGANJUR