• Tidak ada hasil yang ditemukan

lampiran a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "lampiran a"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

LAMPIRAN A

PROSEDUR BAYARAN BAGI KONTRAK KERJA YANG DISELIA OLEH

PROJECT MANAGEMENT CONSULTANT

(PMC)

1. Pendahuluan

Prosedur bayaran ini adalah khusus untuk mempercepatkan bayaran bagi projek kerja Kementerian/Jabatan yang diselia oleh PMC. Carta aliran berkenaan adalah seperti di Lampiran A (i).

2. Tuntutan Bayaran

PMC perlulah mengemukakan perakuan tuntuan bayaran terus kepada Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berkaitan. Semua tuntutan bayaran hendaklah menggunakan Borang JKR 66 termasuk bayaran pendahuluan kepada kontraktor. Dalam membuat perakuan bayaran PMC hendaklah menolak potongan bagi wang pendahuluan yang telah diterima oleh kontraktor dan potongan wang jaminan pelaksanaan jika berkaitan. Mengikut prosedur baru ini, PMC akan membuat pengesahan dan memperakukan bahawa kontraktor yang membuat tuntutan adalah kontraktor yang tulen dan jumlah yang dituntut adalah munasabah dengan nilai kerja yang telah dibuat oleh kontraktor.

3. Waran Peruntukan

Bagi membolehkan Cawangan JANM berkaitan memproses bayaran, pihak Kementerian/Jabatan perlu memberi waran peruntukan kepada Cawangan JANM berkenaan.

4. Pemberian Kuasa

Kementerian/Jabatan hendaklah memberi kuasa kepada PMC bagi memperakukan bayaran bagi pihak Kementerian/Jabatan.

5. Penyediaan Baucar Bayaran

Cawangan JANM akan menyediakan dan memperakui baucar bayaran apabila menerima tuntutan bayaran daripada PMC.

6. Bayaran Wang Pendahuluan

Bagi bayaran wang pendahuluan atau bayaran kemajuan pertama Kementerian/Jabatan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:- (i) Surat setuju terima tawaran yang telah ditandatangani;

(ii) Bon pelaksanaan; dan

(3)

2

(iii) Segala polisi insurans seperti insurans kerja, tanggungan awam, PERKESO atau pampasan kerja yang ditetapkan dalam syarat kontrak. Jika polisi insurans belum dikeluarkan, nota perlindungan yang masih sah dan resit pembayarannya boleh diterima.

7. Bayaran Kepada Subkontraktor

Bayaran kepada subkontraktor dan pembekal boleh dipotong dari Bayaran Kemajuan kontaktor utama bagi subkontaktor dan pembekal yang dinamakan dalam kontrak sahaja.

8. Butir-butir Projek, Kontraktor Dan PMC

Kementerian/Jabatan hendaklah menghantar kepada Cawangan JANM butir- butir projek, kontraktor dan PMC sebelum pendahuluan (jika ada) atau tuntutan bayaran kemajuan pertama dikeluarkan. Maklumat ini adalah diperlukan untuk mempastikan kesahihan tuntutan dan perlu disediakan dengan mengguna borang seperti di Lampiran A (ii).

9. Laporan Kemajuan Fizikal Projek

PMC hendaklah menghantar Laporan Kemajuan Fizikal Projek kepada Kementerian/Jabatan mengikut keperluan Kementerian/Jabatan. Satu salinan dimajukan kepada Cawangan JANM berkenaan.

10. Laporan Bayaran Kemajuan

Cawangan JANM yang memproses bayaran akan melaporkan pembayaran kemajuan kepada Kementerian/Jabatan setiap bulan melalui Laporan Perbelanjaan Bulanan C 232.

11. Perjanjian Kontrak

Perjanjian Kontrak hendaklah dikemukakan ke Cawangan JANM berkenaan setelah disempurnakan mengikut peraturan sedia ada.

12. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau penjelasan hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Operasi Cawangan Jabatan Akauntan Negara.

Kementerian Kewangan

1 April 2001.

(4)

LAMPIRAN A (ii) BUTIR-BUTIR PROJEK, KONTRAKTOR DAN PMC

KEMENTERIAN/JABATAN

A. Butir Kontrak

(i) Nama Projek/Tajuk Kerja : (ii) Nilai Kontrak Asal (RM) :

B. Butir-butir Kontraktor Utama

(i) Nama Kontraktor :

(ii) Alamat Kontraktor :

(iii) Nombor Akaun Bank :

(iv) Alamat Bank :

C. Butir-butir PMC

(i) Nama PMC :

(ii) Alamat PMC dan No. Telefon :

(iii) Senarai Nama Pegawai PMC (termasuk No. Kad Pengenalan, Jawatan dan Contoh Tandatangan) yang diberi kuasa untuk memperakui bayaran.

D. Butir-butir Subkontraktor/Pembekal

(i) Nama :

(ii) Alamat :

(iii) Nombor Akaun Bank :

(iv) Alamat Bank :

Tarikh: ……..………

(Tandatangan)

Nama

Jawatan Cop Rasmi

(5)

LAMPIRAN A (i)

CARTA ALIRAN BAYARAN BAGI KONTRAK KERJA YANG DISELIA OLEH PMC

Hantar Butir-butir Projek,

Hantar Butir-butir Projek, Kontraktor dan PMC serta Waran Peruntukan

PMC Memperakui dan Mengesahkan Bayaran

(14 hari)

Cawangan JANM Menyedia dan Memperakui Baucar Bayaran

(5 hari)

Pengeluaran Cek

(5 hari)

Kementerian/Jabatan

Laporan Perbelanjaan Bulanan C232 Laporan Kemajuan Fizikal

Hantar Kepada Kontraktor Kontraktor Kemukakan

Tuntutan

(Tuntutan boleh dibayar dalam tempoh 24 hari)

Referensi

Dokumen terkait