• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langkah yang tidak bijak - UiTM Library Article Indexing

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Langkah yang tidak bijak - UiTM Library Article Indexing"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Langkah yang tidak bijak

PERSPEKTIF

DR MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN

S

eperti tahun-tahun sudah, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sentiasa menjadi tum- puan ahli parti dan parti lawan, tidak kira semasa menjadi kerajaan atau pembangkang kerana kebiasaan PAU banyak membincang- kan isu-isu yang dekat dengan rakyat seperti ekonomi, pekerjaan dan pen- didikan.

Namun PAU 2020 kali ini cukup berbeza kerana seolah-olah menentukan hidup dan mati parti ter- sebut. Perbahasan berkisar kepada ri- wayat dan survival UMNO. Tiada yang salah dan memang PAU adalah medan terbaik sebagai tempat mendengar su- ara akar umbi terhadap perjuangan mereka.

Lebih pelik walaupun sebahagian daripada kerajaan, PAU kali ini mem- perlihatkan seolah-olah mereka bukan

daripada sebahagian kerajaan.

Perwakilan menghentam apa saha- ja yang dilakukan kerajaan sedangkan sembilan menteri dalam kabinet Peri- katan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah daripada UMNO.

Lebih menjadi parah ialah ugutan secara terbuka supaya menteri dan tim- balan menteri daripada UMNO supaya menarik diri daripada kerajaan adalah suatu perkara yang dilihat tidak bijak dan tidak mencerminkan kematangan UMNO sebagai parti yang menerajui kerajaan lebih 60 tahun.

Desakan itu muncul ketika keraja- an sedang sibuk memerangi Covid-19 dengan dua orang menteri daripada UMNO bertanggungjawab terhadap program vaksinisasi negara iaitu Khai- ry Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Ad- ham Baba.

Sangat tidak masuk akal kerana kepentingan politik semata-mata, me- reka dipaksa meninggalkan tanggung- jawab yang lebih besar daripada ke- pentingan rakyat yang merentasi ke fa ha man politik di seluruh negara.

Justeru, sekiranya UMNO berterus- an memberi tekanan sebegini, risiko

pandangan negatif rakyat kepada par- ti itu amat tinggi.

Beberapa perkara dari sudut politik yang dibincangkan kali ini memang menentukan hala tuju dan kestabilan politik negara. Sebagai parti politik, apa yang dibangkitkan tentang keju- juran politik dalam gabungan kerajaan PN dan masa depan parti itu tidak bo- leh dinafikan.

Sudah pasti UMNO akan meneliti keuntungan parti tersebut pada pilihan raya umum yang akan datang.

Cuma UMNO perlu sedar bahawa gerakan politik masa kini adalah ber- sifat dinamik dan makin terbuka. Rak- yat makin bijak membuat pertimbang- an untuk pilih parti mana untuk menerajui negara.

Politik tidak boleh hanya bersan- darkan kepada sejarah kehebatan lama semata-mata tetapi juga kepada kese- diaan menerima perubahan yang lebih memberi manfaat kepada masyarakat.

UMNO tidak boleh hanya mende- ngar suara akar umbi berjumlah lebih tiga juta sahaja kerana realitinya jumlah itu hanya mewakili kurang 20 peratus pengundi kelak. Hampir 30 peratus pengundi di Malaysia tidak berparti

dan atas pagar dan pasti UMNO me- mahami realiti yang perlu dihadapi ini.

Tiada masalah untuk UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pi- lihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Cuma ugutan tarik diri daripada kera- jaan perlu ditegur dan mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagi keutamaan.

Keputusan awal untuk mendokong kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan perlu dikekalkan. UMNO sebagai parti yang perkasa, sarat dengan penga laman dan sejarah ge- milang yang sentiasa meletakkan keutamaan rakyat sebelum tidak harus hilang arah kerana kepentingan politik semata-mata.

Jangan jadikan UMNO sebagai perisai kepada kepentingan individu tertentu yang berselindung di sebalik parti. Semoga jasa dan budi UMNO sebelum ini yang cukup baik walaupun tidak sempurna tidak akan lenyap be- gitu sahaja.

*Dr Muhammad Azwan Sulaiman ialah penganalisis strategis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM).

AUTHOR: DR MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN SECTION: NASIONAL PAGE: 18 PRINTED SIZE: 349.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 7,399.00 ITEM ID: MY0043373758

Page 1 of 2

05 APR, 2021

Langkah yang tidak bijak

Sinar Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

PERSPEKTIF DR MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN

Seperti tahun-tahun sudah, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sentiasa menjadi tumpuan ahli parti dan parti lawan, tidak kira semasa menjadi kerajaan atau pembangkang kerana kebiasaan PAU banyak membincangkan isu-isu yang dekat dengan rakyat seperti ekonomi, pekerjaan dan pendidikan. Namun PAU 2020 kali ini cukup berbeza kerana seolah-olah menentukan hidup dan mati parti tersebut. Perbahasan berkisar kepada riwayat dan survival UMNO.

AUTHOR: DR MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN SECTION: NASIONAL PAGE: 18 PRINTED SIZE: 349.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 7,399.00 ITEM ID: MY0043373758

Page 2 of 2

05 APR, 2021

Langkah yang tidak bijak

Sinar Harian, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait