HIJAUKUNING.COM (HKC)
Dl NO. 103,104, & 105 JALAN LAGENDA 1, LAGENDA HEIGHT 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Oleh:
KHAIRUL AMIZAN FIZZI BIN MANAN
2005486660
JABATAN SENIBINA DALAMAN
FAKULTI SENI BINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PERAK
KAMPUS SERIISKANDAR
APRIL 2008
ABSTRAK
Projek yang dipilih bagi melengkapkan subjek pada semester akhir ini ialah Cadangan Merekabentuk Ruang Dalaman Restoran Dan Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman (HKC) di atas lot 'corner" dialamat bernombor No 103,104 dan 105 Jalan Lagenda 1, Lagenda Heigh 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman. Untuk Tetuan Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman (HKC). Sebelum menjalankan kajian ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut fasa-fasa tertentu. Pelbagai faktor dan perkara penting telah diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman serta kawasan juar tapak. Aktiviti mengenalpasti masalah yang wujud dilakukan teriebih dahulu sebelum proses yang seterusnya dijalankan. Ini adalah penting bagi mengelakan berlakunya masalah yang sama pada masa hadapan dan supaya projek akhir ini boleh berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian bermula daripada peringkat perkara asas hinggalah halus yang perlu diteliti. Kajian mengenai kelab-kelab lain yang sedia ada di seluruh dunia juga dilakukan bagi membuat perbandingan yang perlu. Selain daripada kelab kajian turut dilakukan pada restoran dan kafe untuk mendapatkan maklumat merekabentuk ruang dapur dan restoran. Sehubungan dengan itu, proses pengumpulan data akan diterapkan supaya proses rekabentuk yang berjaya dan menarik dapat dihasilkan disamping dapat menonjolkan imej dan elemen-elemen yang hendak disampaikan. Justeru itu, perancangan yang teliti dan teratur telah dibuat sebelum proses merekabentuk dilakukan. Kepentingan pengguna khususnya ahli kelab dan pelanggan adalah diutamakan dalam merekabentuk restorant dan kelab ini. Oleh demikan, satu ruang restoran yang mempunyai imej dan elemen yang tersendiri harus direka bagi memberi impak yang positif terutama dari segi psikologi. la menjurus kepada satu ruang yang menaikan semangat dan menampakkan ciri-ciri semangat membara pasukan bolasepak negeri Kedah khususnya.
i
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Bersyukur penulis ke hadrat lilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah penulis menyiapkan Laporan Kajian untuk projek semester akhir ini. Laporan kajian ini adalah bagi melengkapkan syarat penganugerahan Diploma Rekabentuk Dalaman serta dijadikan tatapan semua pembaca yang dihormati.
Ucapan ini didahulukan dengan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa, En.Manan Bin Yahya dan Pn Manis Binti Saad, seluruh ahli keluarga, serta sahabat-sahabat seperjuangan. Jutaan terima kasih juga penulis ucapkan kepada seluruh warga pensyarah Jabatan Rekabentuk Dalaman Universiti Teknologi Mara Perak Kampus Sen" Iskandar terutama pensyarah kursus Rekabentuk Dalaman semester akhir, warga kerja Perpustakaan Universiti Teknologi Mara Perak yang banyak memberikan dorongan, bantuan dan sokongan moral selama penulis menyiapakn laporan kajian ini. Turut tidak dilupakan kepada seluruh keluarga RADIUS GSA Sdn. Bhd, terutamanya En Nasir Bin Abd Sabri Dan En Zamzuri Bin Nasir yang sudi menerima kedatangan penulis sebagai pelajar praktikal pada semester lima. Segala bantuan anda akan dikenang dan dihargai.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu di dalam proses melengkapkan laporan kajian ini terutamanya Cik Nur Adilla Binti Abd. Rahaman selaku penyelia bagi projek laporan kajian ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pn.
Mawar Binti Masri selaku koordinator projek laporan kajian ini kerana tidak jemu-jemu memberikan bantuan. Terima kasih. Akhir sekali, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama sekali kepada pihak klien yang banyak memberikan kerjasama kepada penulis selama ini. Terutama kepada En Mohd Sahar Bin Mohd Saad selaku pengerusi kelab dan En Mohd Zikri Bin Hashim selaku setiausaha dan AJK kawasan Sungai Petani. Tidak lupa kepada semua kakitangan yang secara langsung membantu dalam menyiapkan laporan kajian ini.
ii
ABSTRAK
PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI FOTO
SENARAI SINGKATAN KATA SENARAI LAMPIRAN
BAB1
1.0 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN KEPADA PRO JEK 1.2 MATLAMAT PROJEK
1.3 OBJEKTIF PROJEK 1.4 ISU DAN MASALAH 1.5 SKOP PROJEK
1.6 KAJIAN METADOLOGI
1.7 FAEDAH KEPADA MASYARAKAT BAB 2
2.0 LATAR BELAKANG KLIEN 2.1 SEJARAH PENUBUHAN 2.2 CARTA ORGANISASI 2.3 VISI DAN MISI KLIEN
2.3.1 VISI 2.3.2 MISI 2.3.3 LOGO
2.3.4 REKA BENTUK LAMBANG
THESIS 386 UiTM PERAK
2.3.6 MOTO
2.4 IMEJ KORPORAT KLIEN BAB 3
3.0 ANALISA TAPAK DAN BANGUNAN 3.1 PENGENALAN TAPAK
3.2 LOKASI TAPAK 3.3 PELAN LOKASI
3.4 CADANGAN TAPAK BANGUNAN 3.5 KAJIAN TAPAK BANGUNAN
3.6 SEJARAH DAN CIRI-CIRI SEDIA ADA TAPAK 3.7 KAWASAN SEKELILING
3.7.1 BAHAGIAN UTARA 3.7.2 BAHAGIAN TIMUR 3.7.3 BAHAGIAN SELATAN 3.7.4 BAHAGIAN BARAT 3.8 STRUKTUR BANGUNAN
3.8.1 CIRI-CIRI DALAMAN BANGUNAN
3.9 LALULINTAS DAN TEMPAT MELETAK KENDERAAN 3.10 AKTIVITI DAN ALIRAN TRAFIK
3.11 KAJIAN AKSES
3.11.1 KAJIAN LALUAN PENGANGKUTAN AWAM 3.11.2 KAJIAN KAWASAN
3.12 KAJIAN KEMUDAHAN SEDIADA BAB 4
4.0 KAJIAN PEMERHATIAN 4.1 KAJIAN KESESAKAN 4.2 PEMERHATIAN RUANG
4.3 PEMERHATIAN PERANCANGAN RUANG 4.4 PEMERHATIAN LALUAN
4.5 KAJIAN TEMURAMAH
THESIS 386 UiTM PERAK