• Tidak ada hasil yang ditemukan

M/S - ADOC.PUB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "M/S - ADOC.PUB"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Page | 1

KANDUNGAN

M/S

1. Objektif 2

2. Tempoh Pendaftaran 2

3. Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan 2

4. Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2

5. Aset Yang Disewa Beli 2-3

6. Aset Yang Disewa 3

7. Aset Lucut Hak 3

8. Pindahan Aset 3-4

9. Penempatan Aset 4

10. Pendaftaran Aset Alih Secara Hadiah 4

11. Pendaftaran Aset Alih Penyelidikan 4

12. Tatacara Pendaftaran Aset Alih 4-7

13. Pergerakan Aset Alih 7

14. Penyimpanan Daftar 7

15. Senarai Aset Alih Di Lokasi (KEW.PA-7) 7

16. Laporan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah/ Inventori (KEW.PA-8) 8

17. Carta Alir Pendaftaran 8-9

18. Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) 19. Daftar Inventori (KEW.PA-3)

20. Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) 21. Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)

22. Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) 23. Senarai Aset Alih (KEW.PA-7)

24. Laporan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-8)

(3)

Page | 2 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI (TPAU)

BAB B : PENDAFTARAN

1. OBJEKTIF

Pendaftaran aset alih adalah bertujuan untuk:-

a. Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini b. Memudahkan pengesanan dan pemantauan

c. Membolehkan keadaan aset alih diketahui

d. Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset alih

e. Memudahkan Unit Pengurusan Aset mengenalpasti aset/inventori yang berada di PTJ untuk tujuan perlindungan insuran dan juga tuntutan kerugian jika berlaku kehilangan/kebakaran. Aset alih yang tidak di daftarkan tidak akan dilindungi dan tidak akan diganti sekiranya berlaku kebakaran/kehilangan.

2. TEMPOH PENDAFTARAN

Setiap aset alih hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas barang diterima 3. ASET YANG DITERIMA TANPA PENEMPATAN

Aset yang diterima tanpa penempatan hendaklah diletakkan nama Pegawai Aset dalam UFASt dan menandatangani KEW.PA-2 atau KEW.PA-3. Apabila aset tersebut telah ditentukan penempatan sebenarnya, maka perubahan penempatan pada KEW.PA-2 atau KEW.PA-3 hendaklah dikemas kini.

4. ASET YANG DIBEKALKAN BERSEKALI DENGAN BANGUNAN

Aset alih yang dibekalkan bersekali dengan bangunan hendaklah didaftarkan mengikut tatacara ini.

5. ASET YANG DISEWA BELI

Aset yang disewa beli hendaklah didaftarkan berdasarkan kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian sewa beli iaitu:-

5.1 Didaftarkan semasa diterima jika:-

a. Dalam perjanjian sewa beli dinyatakan aset tersebut telah menjadi milik PTJ bermula tarikh penerimaan/ penyerahan; dan

b. Penyelenggaraan aset dilaksanakan oleh PTJ; atau c. Kos penyelenggaraan ditanggung oleh PTJ.

5.2 Didaftarkan selepas tamat tempoh perjanjian jika:-

(4)

Page | 3 a. Dalam perjanjian sewa beli dinyatakan aset tersebut menjadi milik Universiti selepas

sesuatu tempoh perjanjian; atau

b. Dalam perjanjian dinyatakan aset akan diganti oleh syarikat/ pembekal sekiranya rosak atau aset yang lama diganti dengan yang baharu dalam tempoh perjanjian di mana;

Penyelenggaraan aset dilaksanakan oleh syarikat/ pembekal; atau

c. Kos penyelenggaraan semasa tempoh perjanjian ditanggung oleh syarikat/ pembekal aset berkenaan

5.3 Senarai aset yang di sewa beli hendaklah disediakan semasa diterima oleh PTJ bagi tujuan rekod.

6. ASET YANG DISEWA

Aset yang disewa daripada syarikat/ pembekal/ pengilang seperti mesin fotostat, kenderaan dan sebagainya tidak perlu didaftarkan di bawah tatacara ini. Satu senarai aset yang disewa hendaklah disediakan oleh PTJ bagi tujuan rekod.

7. ASET LUCUT HAK

7.1 PTJ yang bercadang untuk menggunakan aset lucut hak dikehendaki mendapatkan kelulusan MPU dan didaftarkan.

7.2 Aset lucut hak yang tertakluk di bawah akta tertentu adalah menjadi tanggungjawab kuasa-kuasa tertentu untuk menentukan tindakan yang diambil ke atas aset berkenaan bagi maksud Akta tersebut sahaja.

8. PINDAHAN ASET

8.1 Pindahan aset bermaksud memindahkan aset antara PTJ dengan PTJ yang lain setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

8.2 Aset baharu yang dibeli bagi tujuan pindahan ke PTJ lain, tidak perlu didaftar oleh PTJ yang membuat perolehan. PTJ yang menerima hendaklah mendaftarkan aset tersebut berdasarkan punca maklumat.

8.3 Bagi aset yang telah didaftarkan oleh PTJ pemberi, salinan asal KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah diserahkan kepada PTJ penerima. KEW.PA-4, KEW.PA-5 dan KEW.PA-7 hendaklah dikemaskini oleh PTJ pemberi.

8.4 PTJ penerima hendaklah mengemaskini maklumat penempatan dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA- 3 dan mengemas kini KEW.PA-4, KEW.PA-5 serta KEW.PA-7.

8.5 Aset yang dipindahkan antara PTJ bagi tujuan latihan dan pameran hendaklah didaftarkan semula oleh PTJ penerima.

(5)

Page | 4 8.6 Aset yang dipindahkan untuk tujuan latihan atau pameran hendaklah digunakan bagi maksud

tersebut sahaja. Contohnya kenderaan yang dipindahkan untuk latihan hendaklah digunakan untuk latihan sahaja dan tidak boleh digunakan semula di jalan raya selepas dibaiki.

9. PENEMPATAN ASET

Aset yang dibeli oleh PTJ untuk di tempatkan kepada PTJ yang lain tindakan berikut hendaklah dilaksanakan:-

9.1 PTJ yang membuat pembelian aset hendaklah mendaftarkan aset tersebut dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3. Nombor ID aset yang telah didaftarkan adalah kekal kerana aset tersebut milik PTJ asal;

9.2 Salinan asal KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah diserahkan kepada PTJ penerima;

9.3 PTJ penerima hendaklah membuat penempatan ke atas aset dan menyediakan KEW.PA-7 secara berasingan;

9.4 PTJ penerima tidak perlu mendaftarkan semula aset tersebut; dan

9.5 Semua urusan pengurusan aset termasuk penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan hapus kira kehilangan aset adalah di bawah tanggungjawab PTJ yang menerima.

10. PENDAFTARAN ASET ALIH SECARA HADIAH

Aset alih yang diterima secara hadiah bagi tujuan pameran dan latihan/pembelajaran perlu didaftarkan di dalam UFAST dan cetak KEW.PA-2 / KEW.PA-3 dan ianya dikelaskan sebagai kategori aset alih yang diterima secara hadiah.

11. PENDAFTARAN ASET ALIH PENYELIDIKAN

Aset alih yang diperolehi melalui pemberian geran dari semua agensi diklasifikasikan sebagai aset alih UKM. Kakitangan yang menerima geran atau terlibat dengan penyelidikan yang menggunakan geran perlu mengembalikan dan menyerahkan semua aset alih yang dibeli menggunakan geran tersebut kepada pihak Universiti melalui Ketua Jabatan masing-masing selepas projek penyelidikan selesai dijalankan.

12. TATACARA PENDAFTARAN ASET ALIH 12.1 Dokumen Rujukan

Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk:- 12.1.1 Aset alih yang dibeli:-

(6)

Page | 5 a. Pesanan Rasmi Universiti

b. Nota Serahan c. Invois

d. Dokumen Kontrak e. Kad Jaminan f. Manual Pengguna

g. Dokumen - dokumen lain yang berkaitan.

12.1.2 Aset alih yang disewa beli:- a. Surat Ikatan Perjanjian; dan

b. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

12.1.3 Aset alih yang diterima daripada pelbagai sumber lain untuk didaftarkan:-

a. Salinan Daftar Harta Modal atau Daftar Inventori jika aset diterima secara pindahan atau melalui serahan;

b. Surat kelulusan menerima hadiah mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa berserta maklumat lengkap aset alih berkaitan;

c. Salinan Perintah Lucut Hak bagi aset yang diterima berikutan Perintah Lucut Hak Mahkamah;

d. Salinan dokumen-dokumen pembelian sekiranya diterima melalui agihan atau apa- apa kelulusan khas;atau

e. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

12.1.4 Aset alih yang belum berdaftar:-

Sekiranya tiada punca maklumat seperti di para 12.1.1, 12.1.2 dan 12.1.3, pendaftaran hendaklah berasaskan maklumat di fizikal aset alih berkenaan atau sumber-sumber lain yang berkaitan.

12.2 Dokumen Pendaftaran

Bagi memudahkan urusan merekod dan mengesan sesuatu aset alih, dokumen yang digunakan adalah seperti berikut:-

a. Daftar Harta Modal KEW.PA-2; dan b. Daftar Inventori KEW.PA-3.

12.3 Butiran Maklumat

Butiran maklumat di dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.

12.4 Tandatangan Ketua Jabatan di KEW.PA-2 dan KEW.PA-3

(7)

Page | 6 12.4.1 Ketua Jabatan/Bahagian/Unit hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat

yang terdapat dalam KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 sebelum menandatangani di ruangan tersebut.

12.4.2 Ketua Jabatan/Bahagian/Unit adalah dipertanggungjawabkan untuk menandatangani KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 bagi pihak terdahulu atau sebelumnya untuk daftar yang belum ditandatangani.

12.5 Penyediaan Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Aset Alih Bernilai Rendah/Inventori KEW.PA-5

Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) dan Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) disediakan oleh Pegawai Aset di PTJ secara tahunan mengikut senarai Harta Modal dan Inventori untuk PTJ.

KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 hendaklah dikemas kini apabila terdapat aset baru, aset di lupus atau aset dihapus kira.

12.6 Pengemaskinian Daftar Aset Alih

Daftar aset alih hendaklah dikemaskini apabila berlaku perkara-perkara berikut:- i. Perubahan penempatan

ii. Perubahan nama pegawai penempatan

iii. Penambahan/ penggantian/ penaiktarafan aset alih;

iv. Pemeriksaan aset alih;

v. Pelupusan; dan vi. Hapuskira.

12.7 Pelabelan Aset Alih

12.7.1 Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel atau mengecat atau mencetak timbul bagi menunjukkan tanda Hak Universiti Kebangsaan Malaysia dan nama PTJ yang berkenaan di tempat yang bersesuaian pada aset berkenaan. Bagi PTJ yang mempunyai pencetak label hendaklah cetak melalui sistem dan dilekatkan pada aset berkenaan.

12.7.2 Bagi aset yang digunakan bagi tujuan penyamaran dan risikan hendaklah dilabelkan di tempat yang tidak mudah dilihat.

12.7.3 Bagi aset yang sukar atau tidak praktikal untuk dilabel seperti keadaan fizikalnya kecil, tidak melekat, mudah rosak, kerap dicuci dan disteril atau aset tersebut digunakan dalam air dan seumpamanya menyebabkan label tertanggal dikecualikan daripada pelabelan.

Nombor siri pendaftaran dicatat pada Lokasi Penyimpanan Aset berkenaan mengikut kesesuaian.

(8)

Page | 7 12.7.4 Bagi memudahkan urusan pengesanan dan pelupusan aset yang dibeli/ diterima bersama

induk maka komponen/ aksesori yang dibekalkan bersama aset alih tersebut hendaklah direkodkan di Bahagian Aksesori dalam UFASt. Contoh komponen/ aksesori bagi komputer adalah tetikus, papan kekunci, speaker dan monitor. Contoh komponen/

aksesori bagi kapal adalah enjin, sistem GPS dan binocular.

13. PERGERAKAN ASET ALIH

Pergerakan Harta Modal / Inventori bagi tujuan gunasama, pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada :

i. Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori (KEW.PA-6) sekiranya pinjaman di dalam UKM atau

ii. Borang Kebenaran Membawa Keluar Aset Alih-Harta Benda UKM (UKM-SPKP-JP-PK11- BO06) dan Buku Daftar Pergerakan Aset (KEW.PA-6) jika aset dibawa keluar dari UKM atau

iii. Borang Akuan Penerimaan Aset/Inventori (UKM-SPKP-PKU08-BO01) untuk alat penyelidikan seperti komputer riba, kamera, Ipad dan voice recorder

14. PENYIMPANAN DAFTAR

14.1 Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3) hendaklah disimpan dalam fail kulit keras di dalam kabinet berkunci

14.2 KEW.PA-6 hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci 15. SENARAI ASET ALIH DI LOKASI (KEW.PA-7)

15.1 Senarai Aset alih mengikut lokasi Harta Modal / Inventori itu ditempatkan hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset menggunakan Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) dalam dua (2) salinan.

15.2 Satu (1) salinan senarai hendaklah dipamerkan di lokasi tersebut manakala satu (1) salinan lagi disimpan oleh Pegawai Aset. Bagi aset yang kerap berlaku perubahan penempatan dan sukar untuk dikawal pergerakannya seperti kerusi/ meja di dalam kelas, KEW.PA-7 tidak perlu dipamerkan. Walau bagaimana pun Pegawai Aset hendaklah memastikan aset tersebut berada di pejabat berkenaan pada setiap masa;

15.3 KEW.PA-7 hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai penempatan; dan

15.4 KEW.PA-7 hendaklah dikepilkan bersekali dengan nota serah tugas pegawai berkenaan apabila berlaku pertukaran/ persaraan dan sebagainya. Pegawai yang mengambil alih hendaklah menyemak dan mengesahkan aset di penempatan tersebut.

(9)

Page | 8 16. LAPORAN HARTA MODAL DAN ASET BERNILAI RENDAH/INVENTORI (KEW.PA-8)

Unit Pengurusan Aset mengemukakan KEW.PA-8 setiap sukuan tahunan kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Universiti.

17. CARTA ALIRAN PENDAFTARAN

Carta Aliran Pendaftaran Aset Alih adalah seperti di Jadual 1

(10)

Page | 9

Jadual 1

CARTA ALIRAN PENDAFTARAN ASET ALIH UNIVERSITI

1 2 3

Terima aset bersama punca maklumat

4 5 6 7 8 9 10

Kemaskini maklumat aset dalam UFASt selepas Akuan Penerimaan Barang diluluskan

Cetak Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA -3)

Dapatkan tandatangan Ketua Jabatan dan pemegang/pengguna aset menggunakan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA -3)

Terima label dari Unit Pengurusan Aset atau cetak label bagi PTJ yang mempunyai pencetak Tampal label pada aset

Sediakan atau kemaskini Senarai Aset KEW.PA-7 sedia ada Pemerkan KEW.PA-7 mengikut lokasi

Cetak Senarai Harta Modal Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) dan Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) mengikut bulan atau tahunan melalui UFASt

Simpan Daftar Fail

KEW.PA-2

(11)

DAFTAR HARTA MODAL Jabatan/Bahagian/Unit:___________________________________

BAHAGIAN A

Id Aset Keterangan Kategori Sub Kategori Jenis/Jenama/Model

Buatan Harga Perolehan Asal

Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima Tarikh Baucar

No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi

No Pendaftaran

(Bagi Kenderaan) Tempoh Jaminan tahun bulan

Nama Pembekal Dan Alamat:

KOMPONEN/AKSESORI: ID CETAKAN: KUANTITI:

**Sila rujuk lampiran bagi kuantiti aksesori melebihi 5

………..

Tandatangan Ketua Jabatan

Nama :

Jawatan : Tarikh :

Cop :

PENEMPATAN

Lokasi Tarikh Nama Pegawai Tandatangan

PEMERIKSAAN

Tarikh Status Aset Nama Pemeriksa Tandatangan

PELUPUSAN/HAPUS KIRA

Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan

(12)

BUTIR-BUTIR PENYELENGGARAAN, KEROSAKAN, PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIKTARAF

BAHAGIAN B Bil. Tarikh No. Kontrak/

No. PR Nama Pelapor Butiran penyelenggaraan, kerosakan, penambahbaikan,

penggantian dan naiktaraf Nama Syarikat Tempoh

Jaminan Kos(RM)

(13)

DAFTAR INVENTORI Jabatan/Bahagian/Unit:___________________________________

BAHAGIAN A Id Aset

Keterangan Kategori Sub Kategori Jenis/Jenama/Model

Buatan Harga Perolehan Asal

Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima Tarikh Baucar

No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi

No Pendaftaran

(Bagi Kenderaan) Tempoh Jaminan tahun bulan

Nama Pembekal Dan Alamat:

KOMPONEN/AKSESORI: ID CETAKAN: KUANTITI:

**Sila rujuk lampiran bagi kuantiti aksesori melebihi 5

………..

Tandatangan Ketua Jabatan

Nama :

Jawatan : Tarikh :

Cop :

PENEMPATAN

Lokasi Tarikh Nama Pegawai Tandatangan

PEMERIKSAAN

Tarikh Status Aset Nama Pemeriksa Tandatangan

PELUPUSAN/HAPUS KIRA

Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan

(14)

BUTIR-BUTIR PENYELENGGARAAN, KEROSAKAN, PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIKTARAF

BAHAGIAN B Bil. Tarikh No. Kontrak/

No. PR Nama Pelapor Butiran penyelenggaraan, kerosakan, penambahbaikan,

penggantian dan naiktaraf Nama Syarikat Tempoh

Jaminan Kos(RM)

(15)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENARAI DAFTAR HARTA MODAL BAGI TAHUN …………..

Fakulti/Jabatan/Institut/Pusat :

BIL. NOMBOR PESANAN

RASMI ID ASET NAMA ASET NOMBOR

APB

TARIKH LULUS PESANAN

RASMI

HARGA PEROLEHAN

ASAL (RM)

JUMLAH

(16)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENARAI DAFTAR INVENTORI BAGI TAHUN …………..

Fakulti/Jabatan/Institut/Pusat :

BIL. NOMBOR PESANAN

RASMI

ID

INVENTORI NAMA ASET NOMBOR APB

TARIKH LULUS PESANAN

RASMI

HARGA PEROLEHAN

ASAL (RM)

JUMLAH

(17)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI Nama Alat

Pegawai Pengeluar

Catatan Id Aset

Jenis

Jenama dan Model No. Siri Pembuat

Bil Nama

Peminjam No telefon/HP

Jabatan Tarikh

T/tangan Peminjam

Ketika Dikeluarkan Ketika Dipulangkan Dikeluarkan Jangka

Dipulangkan T/tangan Tarikh T/tangan Tarikh

(18)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SENARAI ASET ALIH

BAHAGIAN : _____________________________

LOKASI : _____________________________

BIL KETERANGAN ASET KUANTITI CATATAN

(a) Disediakan oleh: (b) Disahkan oleh:

……… ………

Tandatangan Tandatangan

Nama : _______________________ Nama : _______________________

Jawatan : _______________________ Jawatan : ______________________

Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________

Nota : a) Disediakan oleh Pegawai Aset

b) Pegawai yang mengesahkan ialah pegawai yang bertanggungjawab ke atas aset berkenaan contohnya :

i) Lokasi bilik Setiausaha Bahagian – disahkan oleh Setiausaha Bahagian ii) Lokasi bilik mesyuarat – disahkan oleh pegawai yang menguruskan bilik

mesyuarat

c) Dikemaskini apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai bertanggungjawab

(19)

KEW.PA-8

LAPORAN HARTA MODAL DAN INVENTORI BAGI SUKU ………….. TAHUN …………..

BAHAGIAN/ JABATAN : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL OBJEK

LANJUT KATEGORI ASET BILANGAN

KEW.PA-2 JUMLAH NILAI

HARTA MODAL (RM) BILANGAN

KEW.PA-3 JUMLAH NILAI INVENTORI (RM)

1

2

3

4

5

6

7

8

JUMLAH - - - -

Referensi

Dokumen terkait