• Tidak ada hasil yang ditemukan

majlis perasmian kejohanan olahraga

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "majlis perasmian kejohanan olahraga"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP 2008 Teks Ucapan

Y.Bhg. KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkap

Penaung

Kejohanan Sukan Olahraga Tertutup UniMAP pada 19 Januari 2008, di Stadium UiTM cawangan Arau,

Perlis.

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Akademik Dan Antarabangsa),

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

Pegawai-Pegawai Utama Universiti

Dekan - Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP

(2)

Wakil-Wakil Media, para atlet seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Bersyukur ke hadrat Allah Subbahanu Wa Taala di atas limpah kurnia serta rezeki yang dicurahkan, kasih dan sayang–Nya mengizinkan kita semua hamba-Nya pada pagi ini berkumpul bersama-sama di dalam Kejohanan Olahraga Tertutup. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan tetamu yang sudi melapangkan masa, hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua amat besar ertinya buat kami.

Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak jawatankuasa kejohanan olahraga UniMAP kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini. Pengorbanan dan usaha gigih anda semua amat saya hargai.

Kejohanan Olahraga Tertutup adalah salah satu program kesukanan yang terbesar di UniMAP dan sentiasa dinantikan kemeriahannya oleh setiap warga UniMAP. Kejohanan Olahraga Tertutup bukan sahaja menarik minat warga UniMAP bersukan malah dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan sebagai pelapis atlit peringkat universiti ke

(3)

kejohanan MASUM dan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-33 2008 nanti.

Seperti yang kita semua sedia maklum sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah dapat membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan. Kita juga boleh melihat kekuatan mental yang mampu mempengaruhi corak permainan di samping kekuatan fizikal yang dimiliki. Selain itu semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlit juga dapat melatih diri para atlit untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan memberi respon dalam pelbagai situasi. Sekiranya menang ataupun tewas dalam sesuatu pertandingan atlit dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Yang penting kita hendaklah bermain dengan penuhsemangat kesukanan.

Hadirin sekalian

Kejohanan Olahraga Tertutup ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan. Ini akan melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya ingin menarik perhatian saudara-saudara mengenai sukan teras prestasi tinggi. Saya amat berharap agar atlit-atlit yang ada di hadapan saya dapat bergiat cergas dan aktif di dalam

(4)

permainan-permainan yang dikategorikan sebagai sukan prestasi tinggi ini. Secara tak langsung sudah pastinya kita akan dapat melahirkan bintang sukan yang selama ini negara kita merasakan ketandusannya.

Akhir kata, tinjukkanlah semangat kesukanan yang tinggi dan jadikan kemenangan sebagai dorongan dan cabaran kepada pihak lain di pertandingan-pertandingan yang akan datang. Kepada yang gagal menjadi johan atau mendapat tempat, diharapkan mereka tidak berputus asa tetapi sebaliknya hendaklah mencuba lagi. Apa yang penting sukan perlu dilihat sebagai alat untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga UniMAP.

Dengan lafaz bismillahi rahmani rahim, saya merasmikan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2008.

Referensi

Dokumen terkait

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita berhimpun dan bertemu lagi

ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita semua berkumpul pada petang yang mulia ini untuk menjayakan satu program penting, iaitu Majlis Perasmian Minggu

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KEPADA KITA BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA MALAM INI DENGAN PELAJAR PASCA SISWAZAH

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta izin-Nya dapat saya menyelesaikan tesis yang bertajuk ‘Kelestarian Bahasa Orang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Lembaga

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian MoA Antara Usim Dan Institut

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan telah melanggan 2 pangkalan data yang menggunakan pelantar Web of Science, iaitu Science Citation Index

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA, KASIH SAYANG SERTA KEIZINAN-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI INI DI DALAM SUASANA YANG PENUH KECERIAAN