• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKNA DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH MENERUSI PERSPEKTIF BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM MENDEPANI MUSIM PANDEMIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MAKNA DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH MENERUSI PERSPEKTIF BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM MENDEPANI MUSIM PANDEMIK"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

717 MAKNA DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH MENERUSI PERSPEKTIF BADIUZZAMAN

SAID NURSI DALAM MENDEPANI MUSIM PANDEMIK

Nurul Asiah Fasehah Muhamad (Penulis bersama)

Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +6096109583, E-Mail: [email protected]

Mohd Nazree Mohd Yunus, OUM Celal Akar, Hayrat Foundation

Abstrak

Malaysia digemparkan dengan ujian Pandemik Covid 19 pada tahun 2020. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan pandemik yang memberikan kesan yang ketara kepada masyarakat keseluruhannya dapat di kawal dengan baik. Walau bagaimanapun, setiap usaha itu haruslah bermula dengan diri yang berada dalam sesebuah masyarakat itu. Malah usaha yang dijalankan di peringkat individu masyarakat ini diangkat oleh Allah SWT dalam Quran sebagai usaha yang akan membawa kepada perubahan (surah Ar Ra’du:13). Justeru, kajian ini ingat meneliti konsep hamba pada diri manusia yang menurut Badiuzzaman Said Nursi merupakan kunci untuk menarik rahmat Allah SWT kepada seseorang dan aplikasinya dalam mendepani ujian pandemik ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian dokumen analisis. Sampel utama adalah Kilauan Pertama, surat ketiga puluh satu buku Risalah An-Nur karya Badiuzzaman Said Nursi. Dapatan kajian mendapati, konsep hamba yang dijelaskan melalui risalah ini adalah hamba Allah yang benar-benar merasai kelemahan dan kefaqiran diri lalu menyerahkan pergantungan mutlak kepada Allah taala, melalui pergantungan itu dia melazimi Quran untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan menerima takdirnya yang sedang dihadapi. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran praktikal kepada setiap individu yang sedang berhadapan dengan ujian pandemik ini dengan perspektif yang benar menerusi kaca mata Quran.

Kata kunci: Makna diri, Konsep Hamba Allah, Pandemik, Ujian, Said Nursi

Pendahuluan

Ujian getir yang sedang menimpa seluruh dunia telah sedikit sebanyak mengubah landskap dunia keseluruhannya. Senario dan cara hidup kita berubah dengan agak drastik. Ia mengundang pelbagai reaksi dan memberikan impak yang amat ketara. Sesuai dengan kalam Said Nursi yang mensifatkan manusia sebagai makhluk yang jam’iyyat iaitu makhluk yang terkumpul padanya semua yang berada di bumi, maka sudah pasti manusialah yang paling terkesan (Said Nursi, 2015).

Dalam menghadapi ujian ini, perspektif dan cara pandang kita terhadap sesuatu ujian itu harus terlebih dahulu diluruskan agar ia menepati dan sejajar sebagaimana yang diterangkan dalam Al- Quran. Kisah yang dibawakan oleh Said Nursi dalam menerangkan tentang ujian, dan sikap yang

(2)

718 harus diambil dalam menghadapinya menerusi Kisah Nabi Yunus AS memberikan gambaran jelas tentang hal ini.

Bagi memahami konsep ujian, kita seharusnya menekuni makna diri kita sebagai hamba Allah SWT sebagaimana yang diterangkan dalam Quran (Al-Anbiya’: 87 dan 83; Al-taubah: 129 dan Ali Imran:173). Mengetahui makna yang benar memberikan kita gambaran jelas bagaimana seharusnya sikap yang diambil dalam meletakkan tempat yang betul bagi setiap perkara dalam kehidupan. Ramai orang yang merasakan sesak dan berat dengan ujian pandemik yang sedang kita lalui, justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis makna diri sebagai seorang Hamba Allah menurut perspektif Badiuzzaman Said Nursi khusus dalam mendepani era pandemik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif iaitu menerusi reka bentuk analisis dokumen.

Sampel utama kajian ini adalah risalah kilauan pertama, karya Badiuzzaman Said Nursi.

Badiuzzaman Said Nursi, Risalah An Nur dan Risalah Kilauan Pertama

Badiuzzaman Said Nursi dianggap sebagai Mujahid Dakwah, Mufakkir dan Mujaddid abad ke-20.

Antara sumbangan besarnya adalah usaha untuk mengekang dan menyelamatkan iman masyarakat Turki daripada ancaman sekularisme yang melanda Turki setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 (Ahmad Azam, 2015). Said Nursi bertekad untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah ibarat matahari maknawi yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan. Tekad beliau tersebut sejajar dengan firman Allah swt dalam surah al-Hijr, ayat 9 yang berbunyi: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya (Al-Quran,15:9).

Usaha beliau untuk menyelamatkan iman masyarakat Turki yang kuat dihimpit dengan cengkaman daripada luar dan dalam adalah pada mulanya dengan mencadangkan penubuhan sebuah sistem pendidikan atau institusi pengajian yang mengintegrasi antara akal dan hati.

Menurut Said Nursi, ilmu agama adalah cahaya bagi hati, manakala ilmu sains moden adalah cahaya untuk akal. Pengabungan kedua-duanya akan memunculkan hakikat dan meningkatkan keazaman pelajar. Namun usaha itu tidak terhasil dalam bentuk fizikal namun boleh dikatakan berjaya dengan penyebaran makalah-makalah iman beliau sedikit demi sedikit sehingga ke seluruh turki. Walaupun dalam ketika itu beliau dikenakan pelbagai hukuman seperti dipenjarakan dan dibuang daerah, namun beliau melihat tragedi-tragedi tersebut adalah rahmat kepada tersebarnya risalah hakikat-hakikat iman buat kepada penduduk Turki. Hakikat-hakikat iman ini dikenali sebagai Risalah Nur. (Hayrat Neşriyat, 2013)

Risalah Nur adalah siri tafsiran Quran secara tematik yang menekankan tentang hakikat iman.

Risalah Nur mengandungi 130 risalah yang terdiri daripada Kalimat (33 risalah), Maktubat (33 risalah), Lamaat (33 risalah), Syu’a’at (15 risalah), Surat ke-29 (8 risalah) dan surat ke-28 (8 risalah). Reka bentuk unik Risalah Nur ini adalah pada pendekatannya yang berdasarkan pada Maqasid Al-Quran. Said Nursi menggunakan pendekatan perbincangan intelektual dan perumpamaan atau analogi yang mudah difahami untuk menerangkan hakikat-hakikat iman. Salah satu ciri penting Risalah Nur ialah gabungan ilmu agama dan sains moden dalam pentafsiran beliau berkaitan ayat-ayat kauniyyah. Ini kerana, Badiuzzaman Said Nursi juga menguasai dan mahir dalam ilmu agama dan Sains Moden (Ahmad Azam, 2015). Risalah Nur bertujuan untuk melindungi dan meneguhkan iman dengan menerangkan intipati dan fakta Al-Quran terutamanya perselisihan mengenai isu-isu pelbagai aspek yang merangkumi keesaan Allah, dunia akhirat, dan

(3)

719 banyak lagi topik yang akan datang (Tawil & Akar, 2021).

Risalah Kilauan pertama adalah risalah yang memaparkan kisah Nabi Yunus AS sebagai cerita utama dalam menerangkan empat ayat Quran utama iaitu Al-Anbiya’: 87 dan 83; Al-taubah: 129 dan Ali Imran:173. Risalah ini secara keseluruhannya mengajak pembaca berfikir tentang pergantungan kepada Allah SWT yang dimodel kan oleh kisah Nabi Yunus AS. Pendekatan Badiuzzaman Said Nursi memberikan gambaran nyata yang mampu digapai oleh akal dalam memahami konsep pergantungan amat menarik untuk dikaji dan ditelusuri. Selain daripada itu, sisi hamba yang di bawa oleh watak utama cerita Nabi Yunus AS merupakan perkara yang akan menjadi fokus dalam kajian ini.

Makna Diri Sebagai Hamba Allah Menurut Pandangan Badiuzzaman Said Nursi

Makna diri sebagai hamba Allah dalam kajian ini dianalisis daripada Risalah Lama’ah (kilauan) pertama. Dalam risalah ini, Said Nursi menerangkan konsep ini menerusi tafsiran beliau daripada empat ayat Quran iaitu Al-Anbiya’: 87 dan 83; Al-taubah: 129 dan Ali Imran:173.

Ayat yang pertama:

ِإ َهَٰـَلِإ ٓ َّلا نَأ ِتَٰـَمُلُّظلٱ ِفِ َٰىَداَنَف ِهۡيَلَع َرِدۡقَّن نَّل نَأ َّنَظَف اًً۬بِضَٰـَغُم َبَهَّذ ذِإ ِنوُّلنٱ اَذَو ِهنِّإ َكَنَٰـَحۡبُس َتنَأ ٓ َّلا

ك ُتن

َينِمِلَٰـ َّظلٱ َنِم ٨٧ (

)

Bermaksud: (Setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!

Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiyaa' 21:87) Ayat kedua:

ُهَّبَر َٰىَداَن ۡذِإ َبوُّي َ أَو ۞ ِ هنَّأ ۤۥ

َ ِنِ َّسَم ُّ ُّضِلٱ َتن َ

أَو ُمَحۡر َ

أ َينِ ِحَّْرلٱ ٨٣ (

)

Bermaksud: Dan Ayub! Tatkala dia berseru kepada Tuhannya, “Sesungguhnya aku telah disentuh oleh suatu malapetaka, sedang Engkau adalah lebih Pengasih dari segala yang pangasih. (Al- Anbiyaa' 21:83)

Ayat ketiga:

َوُه َّ

لاِإ َهَٰـ َلِإ ٓ َلا ُ َّللّٱ َ ِبِۡسَح ۡلُقَف ْاۡوَّلَوَت نِإَف َوَت ِهۡيَلَع

ۡ ك ِميِظَعۡلٱ ِشۡرَعۡلٱ ُّبَر َوُهَو ُت ١٢٩ (

)

Bermaksud: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):

"cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

(4)

720 Ayat keempat:

َنُب ۡسَح ْاوُلاَقَو اًً۬نَٰـَميِإ ۡمُهَداَزَف ۡمُهۡو َشۡخٱَف ۡمُكَل ْاوُعَ َجَ ۡدَق َساَّلنٱ َّنِإ ُساَّلنٱ ُمُهَل َلاَق َنيِ َّلَّٱ َو ۡ لٱ َمۡعِنَو ُ َّللّٱ ا

ك ُلي ١٧٣ ( )

Bermaksud: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" (Ali-Imraan 3:173)

Keempat-empat ayat yang dibincangkan oleh Said Nursi dalam risalah ini memberikan penekanan kepada aspek kehambaan dalam diri insan yang cirinya amat lemah dan faqir dan amat memerlukan kepada suatu kuasa yang kuat untuk bergantung. Said Nursi mengaitkan ayat-ayat ini dengan contoh kisah Nabi Yunus AS sewaktu baginda di dalam perut ikan Nun. Keadaan baginda yang amat lemah dari segi fizikalnya dan keadaan disekeliling baginda yang amat asing dan gelap menunjukkan bahawa tiada pergantungan lain yang baginda harapkan selain kepada Yang Maha Mengetahui dan Berkuasa yang mampu menolong Baginda AS. Sisi hamba yang ditunjukkan dalam kisah ini amat jelas, iaitu melalui pengakuan Baginda Nabi Yunus AS bahawa dirinya lemah dan situasi yang sedang dihadapinya amat sukar dan hanya Allah yang boleh membantunya.

Dalam risalah yang lain, Said Nursi menjelaskan konsep ini dengan lebih terperinci iaitu, konsep hamba Allah adalah merasakan diri kita lemah kerana kita memiliki musuh dan ancaman yang banyak dan tidak mampu mengatasi semua musuh dan ancaman itu secara sendiri, dan kita juga faqir kerana kita mempunyai keinginan yang banyak tetapi tidak mampu untuk penuhi semua keinginan tersebut (Said Nursi, 2012). Oleh yang demikian, kita perlu berharap kepada Allah Al- Qawiy dan Allah Al-Ghaniy yang Maha berkuasa dan memiliki setiap perbendaharaan di langit dan di bumi. Pengaduan Baginda Yunus AS tentang keadaan dirinya dan persekitarannya dan pengakuan Baginda yang hanya meletakkan persandaraan kepada Allah SWT memberikan makna yang tepat tentang hakikat seorang hamba Allah SWT.

Merasakan kedhaifan dan kefaqiran diri menolak rasa ananiah dalam diri insan yang meletakkan dirinya sendiri sebagai fokus dan mampu memberikan kesan melalui setiap tindakan yang dilakukan. Kerendahan diri yang ditunjukkan oleh Nabi Ayyub dan Nabi Yunus AS dengan mengadu keadaan diri, mengiktiraf hanya Allah yang boleh membantu dan mengiktiraf Allah adalah sebaik-baik pembantu kemudian meletakkan kesalahan kepada diri. Nabi Yunus dan Nabi Ayub AS juga percaya dengan yaqin bahawa sebab tidak memberikan kesan dalam situasi yang mereka sedang hadapi dan hanya bergantung secara langsung kepada Al-Musabbib al-Asbab.

Dalam menerangkan hal ini Said Nursi menekankan lafaz munajat Nabi Yunus as :

َتن َ

أ لاِإ َ لَِإ َ َلا َينِمِلا َّظلا َنِم ُتن ُك ِهنِّإ َكَناَحْبُس .

Said Nursi (2015) menjelaskan bahawa munajat Nabi Yunus AS menarik kasih sayang Allah terhadap tiga perkara:

1)

َتن َ أ لاِإ َ َ

لَِإ َلا

- menarik perhatian kasih sayang Allah terhadap masa depan manusia yang tidak

diketahui

2)

َكَناَحْبُس

– menarik perhatian kasih sayang Allah kepada keadaan kehidupan

(5)

721 3)

َينِمِلا َّظلا َنِم ُتن ُك ِهنِّإ

– menarik perhatian kasih sayang Allah kepada keadaan diri manusia

(hawa nafsu manusia)

Kesimpulannya, Said Nursi menyatakan makna diri selaku hamba Allah berhubungan secara positif dengan pergantungan yang diletakkan kepada Allah SWT dalam kehidupan. Maksudnya, semakin seseorang itu mengiktiraf dirinya sebagai hamba Allah maka semakin tinggi pergantungannya dengan Allah SWT dan sebaliknya. Hakikat hamba adalah mengiktiraf kelemahan dan kafaqiran diri lalu menyandarkan seluruh pergantungan kepada Al-Qawiy dan Al- Ghaniy lalu mengiktiraf kekuasaan dan kasih sayangNya.

Pemahaman Konsep ini dalam Mendepani Situasi Pandemik

Dalam mendepani era pandemik yang penuh dengan ketidaktentuan memerlukan persediaan dalaman yang utuh. Situasi sebegini tidak memungkinkan kita bergantung kepada persekitaran yang amat rapuh dan mudah untuk berubah. Natijahnya, wujud pelbagai isu yang menggugat perpaduan dan kesihatan mental. Isu utama dalam berdepan dengan ketidaktentuan adalah pergantungan. Keadaan ketidaktentuan yang dihadapi sewaktu era pendemik ini sejajar dengan perkara-perkara yang diketengahkan oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi dalam risalah ini. Tiga perkara tersebut adalah:

1)Ketidaktentuan Masa hadapan

Said Nursi menggambarkan ketidaktentuan masa hadapan dalam risalah ini ibarat keadaan malam Nabi Yunus AS yang gelap dan sunyi. Kegelapan yang dihadapi oleh Nabi Yunus AS adalah kegelapan malam, kegelapan laut dan kegelapan dalam perut ikan Nun. Di mana keadaan gelapnya itu tidak memungkinkan kita untuk mengetahui apa yang bakal berlaku terhadap kita dan kehidupan secara umum. Malah apatah lagi jika kehidupan ini dijalani dengan kelalaian, maka masa depan kita lebih gelap lagi daripada malam Nabi Yunus AS ketika di dalam lautan dan perut ikan Nun. Kegelapan yang dihadapi oleh Nabi Yunus AS hanya menjejaskan kehidupan dunia yang sementara ini. Manakala kegelapan yang kita hadapi menjejaskan kehidupan dunia dan kehidupan abadi kita.

2)Ketidaktentuan keadaan dunia

Gambaran ketidaktentuan keadaan bumi ini diberikan oleh Said Nursi ibarat gelombang air laut yang penuh dengan gelora. Said Nursi menambah keadaan bumi kita pada waktu ini yang penuh dengan jenazah iaitu dengan berita kematian yang silih berganti. Laut kita lebih dahsyat berbanding laut Nabi Yunus AS. Kita lebih memerlukan munajat yang dipanjatkan oleh Baginda AS.

3)Ketidaktentuan keadaan dalaman (hawa nafsu) individu

Manakala, hawa nafsu ini diibaratkan seperti ikan Nun Nabi Yunus AS. Hawa nafsu manusia mampu memberikan tekanan kepada kehidupan abadi manusia dengan memberikan fokus yang

(6)

722 tidak sepatutnya dan menjadikan tujuan kehidupan kita tersasar.

Badiuzzaman menerangkan hakikat keadaan manusia yang sangat terdedah kepada ketidaktentuan di atas, hanya dengan mengetahui hakikat sebenar makna diri seorang hamba Allah, kita akan meletakkan diri kita pada tempat yang wajar dalam sistem kehidupan. Said Nursi (2014) menjelaskan, hakikatnya manusia menarik perhatian kasih sayang Allah melalui kelemahan dan kefaqirannya. Said Nursi menggambarkan hal ini seperti seorang anak kecil yang tidak memiliki daya upaya, hanya menangis untuk menarik perhatian orang sekelilingnya terhadap keperluan dirinya, dan dia memilikinya. Hanya dengan mempertaruhkan kelemahan dirinya dan kefaqirannya, perhatian ibu ayah dan orang sekelilingnya berjaya diraih.

Malah, dalam era pandemik ini, masa depan kita semakin jelas tidak menentu. Jika dahulu, hakikat ini seakan boleh diabaikan kerana manusia yakin boleh memberikan kesan kepada masa hadapan dengan apa sahaja yang dilakukan sekarang. Contohnya, kita percaya dengan usaha memberikan pendidikan kepada anak-anak sekarang bakal memberikan mereka kehidupan yang terjamin pada masa akan datang. Namun dalam keadaan pandemik yang menyebabkan sebahagian daripada kita kehilangan punca pendapatan, keadaan ekonomi yang tidak menentu, sistem persekolahan yang terganggu, sistem kesihatan awam yang terjejas dan sebagainya menyebabkan masa depan kita seolahnya benar-benar sukar diramalkan. Kini ramai daripada kita yang merasakan keadaan gelap persis kegelapan yang ditempuh oleh Nabi Yunus AS ketika Baginda di dalam perut ikan Nun.

Selain itu, mendengar berita kematian yang semakin hampir yang melibatkan orang-orang yang rapat malah mungkin ahli keluarga dalam musim pandemik ini, benar-benar meletakkan jiwa kita dalam keadaan yang sesak dan sentiasa bergelora persis gelora ombak laut yang dirasakan oleh Nabi Yunus AS. Malah keadaan ini mungkin lebih berat lagi kata Said Nursi jika masih dilihat melalui perspektif yang sama iaitu cara pandang kelalaian dan jauh daripada iman.

Apatah lagi dalam keadaan ini, perubahan mendadak sebahagian besar daripada kita dari sudut status ekonominya dan landskap kehidupannya secara menyeluruh menyebabkan kita dalam keadaan yang sangat rapuh dari sudut emosi dan jiwa jika tidak bersandar kepada Yang Maha Kuat. Gejolak hawa nafsu yang sentiasa menghimpit akan merendahkan fungsi akal manusia lalu menjatuhkan darjatnya ke tahap نيلفاسلا لفسا. Melihat kepada statistik, semakin ramai yang kalah dengan hawa nafsu yang masih menginginkan kehidupan materialistik dunia lalu melakukan tindakan-tindakan luar kawal seperti bunuh diri, mencederakan diri sendiri dan sebagainya (Abdul Aziz, A. R. and Ab Razak, N. H., 2021).

Dalam menghadapi situasi ini, kefahaman tentang konsep hamba harus benar-benar difahami oleh setiap daripada kita. Mengiktiraf diri sebagai hamba Allah adalah dengan mengakui bahawa kita sesungguhnya lemah dan faqir apatah lagi dalam menghadapi segala ketidaktentuan yang sudah tentu amat menyesakkan. Mengambil ibrah daripada apa yang dilakukan oleh Nabi Yunus AS dan Nabi Ayyub AS ketika berhadapan dengan segala ketidaktentuan ini, mereka benar-benar mengakui kelemahan diri, mengiktiraf kekuasaan Allah SWT dan mengakui persandaran hanya kepada Allah SWT. Mengakui diri sebagai hamba Allah sentiasa meletakkan seseorang hanya bergantung kepada Al-Musabbib al-asbab dan bukan kepada sebab. Dengan kata lain, redha dan bersabar dengan apa sahaja yang berlaku kerana ianya daripada Allah dan tidak menyalahkan orang lain malah melihat ujian yang berlaku secara pandangan introspektif iaitu dengan

(7)

723 beristighfar, melakukan islah kendiri dan memahami isi kandungan Al-Quran. Sejajar dengan saranan Said Nursi (2012) kelemahan dan kefaqiran manusia ini dapat dipenuhi dengan persandaran kepada Allah yang total dan cahaya Al-Quran. Justeru, wajarlah untuk kita menggunakan masa yang ada dengan cuba sedaya mungkin untuk memahami isi kandungan Quran kerana dengan kefahaman yang benar ini dapat memberikan cahaya kepada masa depan kita yang gelap dan memberikan ketenangan kepada gelora kehidupan dan hawa nafsu. Ia juga membantu memperkemaskan makna diri sebagai hamba Allah yang tepat selari dengan makna Al- Quran.

Kesimpulan

Ujian yang sedang kita lalui waktu ini perlu difahami dengan wajah hakikat. Bagi memahami hakikat tersebut, jiwa hamba harus dihidupkan dengan memberikan makna yang tepat sejajar dengan kefahaman Quran. Said Nursi memberikan sebuah perspektif yang mendekatkan kita kepada makna tersebut menerusi gambaran kisah Nabi Yunus AS yang menunjukkan watak hamba yang harus diteladani oleh kita semua dalam mendepani era pendemik yang diakui amat menyesakkan. Justeru, makna diri sebagai hamba Allah ini seharusnya menggantikan perspektif kabur yang mungkin kita miliki sebelumnya agar perspektif hakikat ini mampu membuahkan watak dan tindakan hamba yang tulus kepada yang Esa bermula dengan detik era pandemik ini.

Penghargaan

Sekalung penghargaan kepada Hayrat Foundation, Turki serta Hayrat Malaysia akan bantuan secara langsung dan tidak langsung terhadap kajian ini.

Rujukan Al-Quran.

Abdul Aziz, A. R. and Ab Razak, N. H. (2021) “Satu Tinjauan Terhadap Pemikiran dan Idea Bunuh Diri dalam kalangan Pelajar”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), pp. 12 - 26. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.909.

Ahmad Azam Ab Rahman (2015) Imam Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960): Sejarah Perjuangan Dan Implikasi Kepada Usaha Dakwah. Konvensyen Pemikiran Badiuzzaman Said Nursi.

Abdul Aziz, Abdul Rashid; Mohd Sukor, Nurhafizah; Ab Razak, Nor Hamizah. (2020). Wabak Covid19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal

of Social Science Research, 2(4), 156-174.

http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/11594

Abdul Aziz, A. R., Shafie, A. A. H., Ali, Z., & Dzainal, N. D. S. (2020). Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social

Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12),31-44.

https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.593

Biro Kajian Ilmiah (2011) Badiuzzaman dan Dakwah Risalah An-Nur. Istanbul, Turki: Penerbitan Altinbasak.

Hayrat Neşriyat. (2013). Bediüzzaman Said Nursi ve Hayrul Halefi Ahmed Hüsrev Altınbaşak.

Hayrat Neşriyat: Isparta

Said Nursi, Bediuzzaman. (2012), Kalimah- kalimah Kecil. Bandar Baru Bangi: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak.

(8)

724 Said Nursi. (2014) Pedoman Para Wanita. Bangi: Pemikiran Nur.

Said Nursi, Bediuzzaman. (2015), Lem’alar Mecmuası. Isparta: Hayrat Neşriyat.

Siti Fatimah Mohd Tawil & Celal Akar (2021) Exploring The Repository Of Religious Texts to Explore The Universe: Risale-i Nur Approaches. The Journal of Risale-i Nur Studies. Issue 6.

Referensi

Dokumen terkait