• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manfaat manuskrip Melayu dalam perubatan moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Manfaat manuskrip Melayu dalam perubatan moden"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Manfaat manuskrip Melayu dalam perubatan moden

Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria - Julai 8, 2020 @ 11:01am bhrencana@bh.com.my

Manuskrip Melayu menjadi khazanah warisan ilmu berharga yang diwariskan generasi terdahulu untuk manfaat dan rujukan generasi seterusnya.

Di negara ini dan Indonesia, terdapat banyak manuskrip Melayu yang ditulis di serata wilayah mengikut ilmu yang diwarisi dan diperturunkan dalam satu-satu masa.

Perubatan antara bidang penting dalam semua kelompok masyarakat. Sebelum perkembangan teknologi perubatan dan farmaseutikal moden, manusia bergantung kepada herba yang tumbuh di sekeliling mereka untuk membantu dalam menyembuhkan penyakit.

Tumbuhan herba ini dikenal pasti oleh generasi terdahulu berdasarkan pemerhatian dan pengalaman menggunakannya dalam satu-satu masa.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Alam Melayu yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis tumbuhan yang ditulis dalam sejarah sebagai syurga rempah-ratus. Rempah-ratus juga tergolong dalam kategori herba yang boleh digunakan bukan sahaja untuk kegunaan luar, malah ia boleh dimakan untuk manfaat kesihatan dan penyembuhan.

Jika dunia penyelidikan farmaseutikal sekarang mementingkan proses penghasilan sesuatu jenis ubat atau makanan kesihatan untuk keselamatan pengguna, ahli herba tradisional juga mempunyai cara atau proses penyediaan ubat tersendiri bagi memastikan campuran herba yang digunakan berkesan.

Walaupun tidak menggunakan metrik sukatan yang sama seperti sekarang, ahli herba tradisional Melayu menggunakan metrik sukatan yang biasa digunakan oleh dalam masyarakat Melayu seperti genggam, cawan, keping, biji, helai dan potong.

Selain sukatan, ahli herba tradisional Melayu turut meletakkan kaedah herba itu diproses.

Terdapat dua kaedah proses yang selalu disebut dalam manuskrip Melayu, iaitu kaedah yang tidak perlu dimasak dan kaedah yang perlu dimasak.

Kaedah yang tidak perlu dimasak adalah kaedah penggunaan herba yang segera dan ringkas seperti proses melumatkan daun herba dan diletakkan di sesuatu bahagian badan untuk mengurangkan kesakitan.

Bagi kaedah kedua, ia mengambil masa untuk menyiapkan sesuatu jenis ramuan herba kerana ia membabitkan campuran herba dan juga proses pemanasan. Proses ini perlu untuk mendapatkan ekstrak daripada herba yang digunakan.

Kebanyakan hasil ramuan herba menggunakan kaedah ini adalah dalam bentuk cecair. Ekstrak herba dicatatkan dalam manuskrip Melayu diperoleh dengan kaedah memanaskan dan mendidihkan campuran herba yang sudah dicampur dengan air.

Sebagai contoh, sukatan ramuan herba yang sudah dicampurkan dengan air daripada tiga cawan perlu dididihkan menjadi satu cawan untuk diminum. Tempoh ia perlu dididihkan tidak dinyatakan dalam jam atau minit kerana bergantung kepada dapur, jenis kayu, ketebalan periuk dan pengudaraan tempat ia disediakan.

Campuran herba untuk kaedah kedua ini boleh menggunakan bahan yang segar dan yang kering. Kebanyakan manuskrip menyebut mengenai nama tumbuhan tetapi tidak dinyatakan sama ada ia kering atau segar kerana pada zaman ia ditulis, bahan-bahan berkenaan boleh diperoleh di persekitaran ahli herba yang boleh diambil pada bila-bila masa.

Namun, terdapat juga ramuan herba yang sudah dikeringkan bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang tinggal jauh daripada ahli herba dan boleh juga dijadikan stok simpanan ubat.

Ramuan herba kering ini turut dikenali sebagai ubat akar kayu dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional walaupun tidak semua ramuan herbanya daripada akar kayu.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Ramuan herba yang dicatatkan dalam manuskrip Melayu turut menggunakan bahan yang bukan herba seperti air, susu, arang dan jadam mengikut penggunaan yang diperlukan. Selain untuk mendapatkan manfaat yang dimiliki setiap bahan tambahan bukan herba ini ia juga berfungsi sebagai pelarut untuk mendapatkan khasiat yang ada di dalam sesuatu jenis herba selepas ia dipanaskan.

Manuskrip perubatan tradisional Melayu menyimpan pelbagai ilmu untuk diteliti dan dikembangkan oleh penyelidik dari pelbagai bidang penyelidikan terutama dalam bidang farmaseutikal moden untuk manfaat manusia sejagat.

Penulis adalah Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Referensi

Dokumen terkait

Statistical analysis shows that financial literacy, human resource competence and information technology have a significant effect on the financial management of

Research offers little help on the problems of using the computer effectively, but like TV and film research, it leaves little doubt that students of many backgrounds and abilities can