Pemohon & Pengguna OAS JG 4 : Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor Gas
Manual Pengguna
Online Application System (OAS)
2 | H a l a m a n
Kandungan
Pengenalan ...3
Log Masuk ke dalam OAS ...3
Dokumen Sokongan ... 4
Bahagian A & B ... 6
Bahagian C – Maklumat Orang Kompeten ... 7
Bahagian D – Pengakuan Pemohon ... 8
Pendaftaran Berjaya Dihantar ... 8
3 | H a l a m a n
Pengenalan
Borang ini hendaklah diisi oleh pemohon untuk mempernaharui Perakuan Pendaftaran kontraktor gas.
(Peraturan 103-108, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997)
Log Masuk ke dalam OAS
1. Masukkan alamat portal OAS , http://oas.st.gov.my ke pelayar (browser) anda.
2. Pada kotak Log Masuk, taipkan Alamat Emel dan Kata Laluan yang digunakan semasa pendaftaran.
3. Tekan bebutang Log Masuk.
4. Selepas login pengguna akan mendapat akses menu seperti berikut o Dashboard
o E-Application
o Maklumat Pengguna (bagi pengguna Individu) o Maklumat Syarikat (bagi pengguna Syarikat) o Kata Laluan (untuk menukar Kata Laluan)
4 | H a l a m a n
JG 4 : Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor Gas
1. Klik pada menu e-Application.
2. Klik pada pautan JG 4 : Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor Gas.
3. Hanya pengguna jenis Syarikat sahaja yang boleh memohon permohonan JG4.
Dokumen Sokongan
1. Tab dokumen sokongan akan dipaparkan.
2. Pemohon boleh memuat naik dokumen sokongan seperti yang disenaraikan dengan klik pada butang Muat Naik.
3. Saiz maksimum bagi setiap fail yang dimuat naik ialah 500KB.
5 | H a l a m a n
4. Dokumen yang dimuat naik boleh dihapuskan dengan klik pada butang Hapus jika diperlukan.
5. Dokumen sokongan yang tidak dimuat naik perlu dihantar ke pejabat Suruhanjaya Tenaga.
6. Klik pada pautan Seterusnya.
6 | H a l a m a n
Bahagian A & B
1. Pilih Kelas Kontraktor yang dipohon.
2. Muat naik gambar foto dengan klik pada butang Muat Naik Foto.
3. Klik pada pautan Tambah Maklumat Ahli untuk melengkapkan senarai Ahli-Ahli Lembaga Pengarah / Perkongsian / Milikan Saham.
7 | H a l a m a n
Tambah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah / Perkongsian / Milikan Saham.
4. Lengkapkan maklumat Ahli-Ahli Lembaga Pengarah / Perkongsian / Milikan Saham.
5. Klik butang Simpan.
6. Klik pada pautan Seterusnya atau Bahagian C.
Bahagian C – Maklumat Orang Kompeten
1. Klik pada Tambah Orang Kompeten.
2. Masukkan No. Mykad dan klik butang Cari.
3. Hasil carian akan dipaparkan sekiranya Orang Kompeten wujud di dalam sistem. Klik pada butang Tambah Kompeten untuk menambah Orang Kompeten tersebut.
4. Klik pada pautan Seterusnya.
8 | H a l a m a n
Bahagian D – Pengakuan Pemohon
1. Pada Bahagian B, sila tandakan pada kotak pengakuan (Saya mengaku bahawa maklumat yang terkandung di dalam pemohonan ini adalah benar dan orang-orang kompeten seperti butiran di bahagian B adalah bekerja sepenuh masa).
2. Klik butang Simpan Draf untuk menyimpan permohonan secara draf.
3. Klik butang Hantar untuk mendaftarkan permohonan – JG4 : Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor Gas.
Pendaftaran Berjaya Dihantar
1. Maklumat ringkas berkaitan permohonan akan dipaparkan seperti No. Rujukan, Tarikh Permohonan, Status Permohonan dan ID Pemohon.
2. Prebiu untuk cetakan borang permohonan akan dipaparkan di bahagian bawah.
3. Sila klik pada ikon Pencetak untuk mencetak Borang Permohonan.