• Tidak ada hasil yang ditemukan

View of Konsep Maqamat Al-Yaqin Menurut Ibn `Ata’ Allah Dan Kaitannya Dengan Resiliensi [The Concept Of Maqamat Al-Yaqin According To Ibn `Ata' Allah And Its Relation To Resilience]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "View of Konsep Maqamat Al-Yaqin Menurut Ibn `Ata’ Allah Dan Kaitannya Dengan Resiliensi [The Concept Of Maqamat Al-Yaqin According To Ibn `Ata' Allah And Its Relation To Resilience]"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,24(2): 94-107

https: / / journal.unisza.edu.my / jimk

THE CONCEPT OF MAQAMAT AL-YAQIN ACCORDING TO IBN `ATA' ALLAH AND ITS RELATION TO RESILIENCE

KONSEP MAQAMAT AL-YAQIN MENURUT IBN `ATA’ ALLAH DAN KAITANNYA DENGAN RESILIENSI

NOR SHAKIRAH AZIZAN,1 SITI HAJAR MOHAMAD YUSOFF, 1 SYED HADZRULLATHFI SYED OMAR1 1FakultiPengajian Kontemporari Islam,

Universiti Sultan Zainal Abidin,

Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

*Corresponding author: [email protected].

Received Date: 1 November 2023 • Accepted Date: 1 December 2023 Abstract

The identification of Ibn `Ata Allah and his work has been the subject of extensive research conducted by scholars worldwide.According to Ibn `Ata Allah, associating partners with Allah SWT is considered shirk. This theological perspective views the act of attributing individuals or entities as allies to God as a form of polytheism. Allah SWT is attributed with wahdaniyyah, which means that Allah SWT is One in His Essence, His Attributes, and His Actions. This implies that nothing can ever be identical or equal to the essence, attributes, and actions of Allah SWT. This principle is deeply ingrained in the perspective of tawḥid practiced by Muslims. This article examines Maqamat al-Yaqin (the stages of certainty) from the perspective of Ibn `Ata Allah, a renowned Sufi figure. This study explores his understanding of the concepts of tawḥid and taṣawwuf and discusses his arguments in his book al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, regarding the significance of Maqamat al-Yaqin. This study employed a library research methodology to gather data and information. In the data analysis process, data reduction techniques were used to select and prioritize significant elements based on the available data, aiming to provide a clearer description of the data.The findings of this study demonstrate that the exploration of Maqamat al- Yaqin, as examined by Ibn `Ata Allah, has proven advantageous to Muslims by redirecting readers’

attention from the concern of shirk to a sense of appreciation and fortitude in the earthly realm.

Moreover, this research indicates the potential alleviation of stress in individuals’ lives.

Keywords:Maqamat al-Yaqin, al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, al-Qalb, Resiliency.

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2023.24.2.801

(2)

Abstrak

Riwayat hidup Ibn `Ata’ Allah dan hasil karya beliau telah diterokai oleh pengkaji di dalam dan luar negara. Menurut Ibn `Ata’ Allah bahawa sesiapa yang tadbir bersama-sama Allah SWT adalah syirik. Ini adalah kerana bagi Ibn `Ata’ Allah sekiranya tadbir kita bersama dengan tadbir Allah maka ianya syirik kerana mengadakan sekutu bagi Allah. Allah SWT itu bersifat dengan wahdaniyah yang bererti Allah itu Esa pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Ini bermakna tiada sesuatu pun yang akan menyamai zat, sifat dan perbuatan Allah SWT. Ianya telah menjadi pemikiran dan kepercayaan dalam perspektif ilmu tauhid yang diamalkan sebagaimana pegangan ahli sunnah wal Jamaah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang Maqamat al-Yaqin yang dilihat daripada sisi pemikiran seorang tokoh sufi yang terkenal iaitu Ibn `Ata Allah. Artikel ini menyentuh tentang konsep pemikiran beliau di dalam bidang tauhid dan tasawuf, hujah-hujah beliau dalam kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir dalam menonjolkan penghayatan terhadap Maqamat al-Yaqin tersebut. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini disusuli metode pengumpulan data dan kemudian metode analisis data. Manakala kaedah penganalisisan data menggunakan reduksi data bagi memilih dan memfokuskan pada hal-hal penting berdasarkan data yang ada bagi menggambarkan sesuatu data dengan lebih jelas Hasil kajian menunjukkkan perbahasan Maqamat al-Yaqin yang digunakan Ibn `Ata’ Allah telah memberi manfaat kepada orang Islam dengan mengalihkan tujuan pembaca daripada isu syirik semata-mata kepada penghayatan bagaimana untuk resiliensi di dunia. Di samping, hasil kajian ini dapat mengurangkan tekanan dalam kehidupan.

Kata Kunci: Maqamat al-Yaqin, al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, al-Qalb, Resiliensi.

PENGENALAN

Para ulama terdahulu berperanan sebagai seseorang yang berkepentingan di dalam masyarakat, berilmu pengetahuan yang tinggi dalam penyebaran dakwah keagamaan untuk mendidik masyarakat ke arah jalan yang benar mengikut acuan Islam (Aladin Mamat, 2019). Ulama juga berfungsi untuk meredakan emosi dan membantu menghadapi cabaran hidup serta mencegah masyarakat daripada melaksanakan perkara yang diluar jangkauan pemikiran seperti mencederakan diri sendiri dan akhirnya mampu bertahan dalam menghadapi situasi yang tidak diinginkan (Aisyah Ab Rahim, 2021). Kemampuan seseorang untuk tetap dalam keadaan yang baik dan mampu menghasilkan penyelesaian ketika berhadapan dengan tekanan dalam kehidupan adalah disebut sebagai resiliensi (Romana, 2020).

Ahmad bin Muhammad terkenal atau lebih dikenali dengan gelaran Ibn `Ata’ Allah Cite as: Nor Shakirah Azizan, Siti Hajar Mohamad Yusoff, Syed Hadzrullathfi Syed Omar.

2023. Konsep Maqamat Al-Yaqin Menurut Ibn `Ata’ Allah Dan Kaitannya Dengan Resiliensi [The Concept Of Maqamat Al-Yaqin According To Ibn `Ata' Allah And Its Relation To Resilience]. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 24(2): 94-107.

(3)

dunia tasawuf dan Ibn `Ata’ Allah merupakan orang yang pertama menyusun ajaran, pesanan dan doa al-Shadhili serta Abu al-`Abbas al-Mursi yang berkaitan dengan Tarekat Shadhiliyyah di dalam karyanya (H. M Syakirin al Ghozaly, 2010). Karya-karya beliau seperti Hikam `Ata’iyyah

`Ala Lisan Ahl al-Tariqah dan Taj al-A`rus al-Hawi ila Tahdhib al-Nufus mengandungi mutiara- mutiara ilmu yang berkaitan dengan ilmu tasawuf (Ibn `Ata’ Allah, 1985; Ibn `Ata’ Allah, t.t).

Artikel yang berbentuk analisis kandungan ini mengkaji tentang pemikiran Ibn `Ata’ Allah dalam menghuraikan Maqamat al-Yaqin menerusi kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir. Disamping gaya dan metode yang digunakan oleh beliau dalam membawa penghayatan terhadap konsep tersebut dan kaitannya dengan resiliensi, ketokohan beliau juga disentuh memandangkan isu ini berkaitan dengan kajian yang dilakukan dan penulis berpandangan perlu mengetahui tokoh yang membawa konsep Maqamat al-Yaqin ini. Metode yang digunakan dalam pengumpulan data dan maklumat didapati melalui kaedah kepustakaan.

BIODATA RINGKAS DAN KETOKOHAN IBN `ATA’ ALLAH DALAM BIDANG TASAWUF

Nama lengkap Ibn `Ata’ Allah ialah Ahmad bin Muhammad Ibn `Abd al-Karim Ibn `Abd al- Rahman Ibn `Abd Allah Ibn Ahmad Ibn `Isa Ibn al-Hassan Ibn `Ata’ Allah al-Judhami al-Maliki al-Iskandari al-Shadhili (Ibn Ata Allah, t.t). Nama gelaran beliau ialah Taj al-Din, Abu al-`Abbas, Abu al-Fadl, dan al-Sakandari atau al-Iskandari dan sangat terkenal dengan gelaran Ibn `Ata’

Allah (Ibn `Ata’ Allah, 1988; Zakaria Stapa, 1996).

Menurut Danner (1996) Ibn `Ata’ Allah juga disebut sebagai murid kepada Abu `Abbas al-Mursi yang banyak mendidik jiwa Ibn `Ata’ Allah. Abu `Abbas banyak mentarbiyah Ibn `Ata’

Allah dalam bidang tasawuf khususnya. Ibn `Ata’ Allah juga mendapat banyak manfaat hasil daripada perguruannya dengan Abu `Abbas al-Mursi. Nama lengkap gurunya ialah Abu al-`Abbas Ahmad bin `Umar bin Muhammad, al-Andalusi al-Mursi al-Ansari dilahirkan di bandar Mursia, Andalusia pada tahun 616 Hijrah dan beliau wafat pada 686 hijrah. Ibn `Ata’ Allah berguru dengan Abu `Abbas al-Mursi selama 12 tahun yang juga dikatakan sebagai sahabat beliau. Ibn `Ata’ Allah juga dikatakan mewarisi ilmu feqah daripada datuknya sendiri (Ibn al-Mulaqqin, t.t).

Ibn `Ata’ Allah turut dididik oleh Yaqut yang wafat pada 707 Hijrah dan dikuburkan di tempat pengembumian yang sama dengan Ibn `Ata’ Allah iaitu Qarafah (al-Ansari, t.t). Secara kesimpulannya, Ibn `Ata’ Allah mempunyai guru yang sangat tinggi nilai keilmuannya. Guru beliau ada yang bermazhab Maliki dan Shafi`i. Kebanyakan gurunya merupakan pengikut Abu Hasan al-Shadhili iaitu yang mengamalkan Tarekat Shadhiliyyah (Ibn al-Mulaqqin, t.t; Ibn `Ata’ Allah, 1988).

Ibn `Ata’ Allah merupakan seorang yang sangat terkenal dengan penulisan yang menusuk hati para pembaca sehingga penulisan beliau menarik minat pengkaji dari barat dan timur. Di antara karangan beliau ialah Usul Muqadimat al-Wusul, Taj al-A`rus al-Hawi Ila Tahdhib al- Nufus, Hikam `Ata’iyyah `Ala Lisan Ahl al-Tariqah, al-Tariq al-Jadah Fi Nayl al-Sa`adah, Lata’if al-Minan Fi Manaqib al-Shaykh Abi al-`Abbas al-Mursi wa Shaykh al-Shadhili Abi al-Hasan, al-

(4)

Mukhtasir Tahdhib al-Madunah li al-Birada`i Fi al-Fiqh, al-Murqi ila al-Qadir al-Abqa, al- Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, al-Qasd al-Mujarrad Fi Ma`rifah al-Ism al-Mufrad, al-Qawl al- Mujarrad Fi Ism al-Mufrad, `Unwan al-Tawfiq Miftah al-Falah wa Misbah al- Arwah Fi Dhikr Allah al-Karim al-Fattah dan Kafiyyah al-Suluk. Ibn `Ata’ Allah merupakan orang yang pertama menyusun ajaran, pesanan dan doa al-Shadhili serta Abu al-`Abbas al-Mursi yang berkaitan dengan Tarekat Shadhiliyyah di dalam karyanya (H. M Syakirin al Ghozaly, 2010).

Menurut Victor Banner (1999) kitab al-Tanwir Fi Isqat at-Tadbir merupakan sebahagian daripada kitab Hikam yang memberi gambaran secara detail berkaitan pendekatan al-Shadhili dalam menjadikan insan baik akhlaknya. Menurut `Uthman Shihab al-Din terdapat 15 fasal digambarkan dalam kitab ini. Permulaan fasal pada menyatakan firman tuhan. Keduanya, fasal pada menyatakan hadith Nabi. Ketiga, fasal pada menyatakan sesuatu pekerjaan. Keempat, fasal pada menyatakan kejadian bala dan susah sesuatu pekerjaan tadbir itu. Kelima, fasal pada menyatakan tadbir dan ikhtiyar yang dicela. Keenam, fasal pada menyatakan tadbir dan ikhtiyar yang dipuji. Ketujuh, fasal pada menyatakan tadbir pekerjaan rezeki. Kelapan, fasal pada menyatakan beberapa ayat al-Qur’an pada pekerjaan rezeki. Kesembilan, fasal pada menyatakan hal orang yang menaruhkan harta. Kesepuluh, fasal pada menyatakan orang yang berusaha dan orang yang diam. Kesebelas, fasal pada menyatakan hal datang susah dan payah pada pekerjaan rezeki itu. Kedua belas, fasal pada menyatakan hal datang susah dan payah dan dicela pada ketika sudah dapat rezeki itu. Ketiga belas, fasal pada menyatakan susah dan bala atas seseorang hilang hartanya. Keempat belas, fasal ada menyatakan beberapa misal tadbir. Di pengakhiran buku ini mengemukakan doa munajat.

Ibn `Ata’ Allah merupakan salah seorang yang berpengaruh besar di dunia Islam dan memiliki kemahiran serta ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya di dalam bidang ilmu tasawuf dan keilmuan beliau dibuktikan lagi dengan terhasilnya karya penulisan.

DEFINISI MAQAMAT AL-YAQIN DAN RESILIENSI

Konsep Maqamat al-Yaqin Ibn `Ata’ Allah dan kaitannya dengan resiliensi boleh membantu masyarakat yang kurang pengetahuan dan kemampuan ke arah pemikiran dan tingkah laku yang positif. Bagi memperjelaskan tajuk kajian ini, terdapat beberapa istilah yang perlu dihuraikan. Di antaranya ialah:

Maqam: Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), maqam ialah kedudukan atau tingkat, darjat, dan taraf yang tinggi di sisi Allah. Menurut Kamus al-Ma`ani, perkataan maqam مﺎﻘَﻣ ialah kata nama(ﻢﺳا) : maqamat تﺎﻣﺎﻘﻣ adalah jama` ﻊﻤﺠﻟا kepada maqam (al-Marbawi, 1990).

al-Maqamat dalam ilmu tasawuf. Berdasarkan `Abd Al-Razzaq Al-Kashani (1992) maqamat dalam ilmu tasawuf adalah kelakuan sifat hati bersebati dengan diri salik dengan sebab mujahadah khusus yang telah dilakukannya. Antaranya yang paling terpenting ialah taubat, wara`, zuhd, faqir, sabar, tawakal dan redha (Amrstrong, 1995).

Maqamat juga diertikan dengan pangkat-pangkat kerohanian dalam menuju kepada Tuhan tanpa bersusah payah dan bekerja keras min ghair mujahadah wa mashaqqah (`Abd Al-Razzaq

(5)

Al-Kashani, 1992). Di dalam al-Quran, surah al-Naziat ayat 40 menyebut maqam yang dimaknakan dengan kebesaran.

ٰىَﻮَ ۡﳍٱ ِﻦَﻋ َﺲۡﻔﱠـﻨﻟٱ ﻰََ�َو ۦِﻪِّﺑَر َمﺎَﻘَﻣ َفﺎَﺧ ۡﻦَﻣ ﺎﱠﻣَأَو ﴿

٤٠

Terjemahan: Adapun orang yang takut keadaan semasa ia berdiri di Mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan diri dari menurut hawa nafsu.

(al-Naziat: 40)

: رﻮﺛﺄﳌا ءﺎﻋﺪﻟا ﻦﻣو ﻪَﺗْﺪَﻋَو يﺬﻟا َدﻮﻤﶈا َمﺎﻘَﳌا ﻢﻬﻠﻟا ُﻪْﺜﻌﺑاو -

Dalam doa yang mathur selepas azan dan iqamat menyebut maqam sebagai makna tempat.

Yaqin: Kajian ini bertujuan untuk meneroka analisis atau penilaian atau hujah Ibn `Ata’ Allah terhadap konsep Maqamat al-Yaqin dengan memperhalusi teori tentang Isqat at-Tadbir. Dalam surah atl-Takathur ayat 5 menyebut kalimah yaqin sebagai yakin.

ِﲔِﻘَﻴ ۡﻟٱ َﻢ ۡﻠِﻋ َنﻮُﻤَﻠۡﻌَـﺗ ۡﻮَﻟ ﱠﻼَـﻛ ﴿

٥

Terjemahan: Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yaqin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(al-Takthur: 5) Yaqin dari sudut bahasa, kekurangan syak, pada lisan yaqin ilmu, menghilangkan syak dan tahqiq suruhan perintah. Yaqin mengurangi syak dan ilmu mengurangi jahil. Yaqin bermaksud berdiri di atas Haqaiq (kebenaran) dengan kashf (membuka)/keterangan dan gambaran yang terang. Membenarkan apa yang datang daripada rasul dan menetap ia dengan mukjizat melihat dengan yaqin tanpa ikutan perkara yang ditiru atau didengari sahaja, dan di dalam abwab terima apa yang tiada hadir ia tentang ahwal akhirat, melihat dengan yakin. Di dalam ilmu muamalat, yaqin di dalam bab tauhid af`al dan membetulkan tawakal. Di dalam akhlak, yaqin dengan keselamatan pada kesempurnaan ciptaannya dan kebaikannya. Dan pangkat di dalam awdiyyah menyaksikan sesuatu dengan nur basirah (`Abd Al-Razzaq Al-Kashani, 1992).

Resiliensi: berasal daripada perkataan Inggeris iaitu resiliency. Teori Resiliensi merujuk kepada yang di asaskan oleh Block dan Kremen, telah disebarkan oleh Reivich dan Shatte.

Resiliensi mempunyai fungsi perlindungan yang berkesan terhadap penerokaan dalam membangunkan jiwa dan kemahiran interpersonal yang berkaitan dengan kapasiti resiliensi, latihan dalam menangani strategi untuk tekanan harian, dan meningkatkan kemahiran sosioemosi dengan meningkatkan penghargaan dan pengurusan emosi. Resiliensi mempunyai strategi daya tindakan yang berkesan untuk menghentikan emosi dan pemikiran yang tidak menenangkan, serta strategi berfokuskan masalah yang tidak menyenangkan untuk mengurangkan kesan tekanan (Reivich & Shatte 2002).

(6)

Resiliensi juga merupakan pembolehubah yang sangat relevan yang harus digalakkan iaitu kecekapan diri, penerimaan diri dan mengurus strategi bagi mengatasi masalah dalam kehidupan.

Proses dinamik yang merangkumi proses penyesuaian positif individu dalam konteks kesukaran kehidupan (Luthar, Cicchetti, & Becker 2000). Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa resiliensi mempunyai hubungan dengan trait personaliti. Individu yang mempunyai resiliensi lebih cenderung optimis, melihat segala sesuatu sebagai pengalaman yang berguna, fokus kepada kekuatan diri, menggunakan kritikan yang membina, menghubungkan silaturrahim yang rapat dengan orang lain, mengembangkan keterampilan sosial, dan kemampuan untuk menghindari kerosakan.

Menurut Romana (2020) ketahanan yang baik mencegah timbulnya penyakit, memberikan kesihatan yang baik, mempercepat penyembuhan, memberikan kehidupan yang produktif dan rasa sejahtera meskipun mengalami penyakit kronik. Para ahli resiliensi percaya bahwa setiap individu dapat memperkuat resiliensi mereka dengan kemajuan kesihatan apabila sakit, meringankan gejala penyakit, dan membantu menyembuh dengan cepat (Romana, 2020).

Secara umumnya dapat disimpulkan resiliensi adalah pelindung setelah mengalami stress yang membuat seseorang lebih tahan apabila berhadapan dengan kejadian buruk. Individu yang mempunyai resiliensi mampu bertahan bagi mengatasi situasi yang sulit, penuh tekanan, dan trauma menghasilkan perkembangan yang positif akibat bangkit daripada pengalaman yang sulit itu. Hal ini didefinisikan Kevin (2021) resiliensi sebagai proses bernegosiasi, beradaptasi, atau mengurus tekanan hidup atau trauma yang signifikan secara lebih berkesan.

MAQAMAT AL-YAQIN MENURUT IBN `ATA ALLAH

Menurut Ibn `Ata Allah Maqamat al-Yaqin ialah Sembilan. Iaitu tawbah, Zuhd, Sabr, Shukr, Khawf, Rida, raja`, tawakkal dan Mahabbah. Ibn `Ata Allah berkata “Dan tidak sah setiap satu daripada maqam ini kecuali isqat at-Tadbir bersama Allah” (Ibn `Ata Allah, 1997).

a) Taubat

Dalam perbincangan Ibn `Ata Allah dalam maqam ini beliau menyeru umat manusia agar meninggalkan (isqat) tadbir dan ikhtiyar bersama-sama Allah SWT serta meninggalkan tipu daya syahwat dan hawa nafsu supaya manusia tidak mensyirikkan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT dan kufur nikmat akal yang telah diberikan olehNya. Menurut Ibn `Ata Allah orang yang bertaubat, kembali kepada Tuhan dengan meninggalkan sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah termasuklah tadbir. Bagi memahami makna tadbir ini adalah berdasarkan kata-kata beliau “sesiapa yang tidak mencipta atau menjadikan sesuatu, maka tidak layak baginya untuk tadbir” (Ibn `Ata Allah, 1997).

b) Zuhd

(7)

Ibn `Ata Allah menyatakan tidak diterima zuhd seorang itu kecuali dengan meninggalkan tadbir dan ikhtiyar nafsu kerana diperintah untuk meninggalkan yang berlebih-lebihan seperti tidak berlebih-lebihan memakan barangan yang halal, memakai yang halal, terlalu suka kepada pangkat yang tinggi di dalam dunia dan suka mashhur namanya di kalangan manusia (Ibn `Ata Allah, 1997).

c) Sabar

Ibn `Ata Allah menjelaskan tidak sah sabar seorang itu melainkan meninggalkan dan keluar daripada tadbir dan ikhtiyar nafsu kerana orang yang sabr itu sabr daripada suatu yang tidak diredhai Allah SWT dan termasuklah Allah SWT tidak suka tadbir dan ikhtiyar bagi nafsnya.

Seterusnya, Ibn `Ata Allah membahagikan sabar kepada tiga bahagian iaitu sabar daripada perkara-perkara yang haram dan berdosa, sabar dalam keadaan susah dan payah melakukan ketaatan atas perkara-perkara yang diwajibkan oleh Tuhan dan sabar engkau daripada meninggalkan tadbir dan ikhtiyar bagi nafsu disuruh manusia meninggalkan ia akan tadbir dan ikhtiyar bersama-sama Allah SWT (Ibn `Ata Allah, 1997).

d) Shukr

Berdasarkan perbincangan ini Ibn `Ata Allah menghuraikan shukr seorang itu dengan meninggalkan tadbir bagi nafsnya kerana orang yang bersyukur menghindari diri daripada melakukan ma`siyah terhadap ni`mah yang Allah SWT berikan seperti akal. Peranan akal adalah menilik kepada akhirnya. Seseorang tidak akan dapat melihat kebaikan tadbir kecuali apabila terdedah dengan akibat iaitu akhir tiap-tiap sesuatu. Dengan akal dapat membezakan manusia dengan Binatang, batu dan kayu. binatang dan kayu tidak tadbir kerana tiada `aql padanya. Dapat disimpulkan, seorang yang tadbir bagi hawa nafsnya dan tiada menilik ia kepada akhirnya tiada shukr ia ni`mah `aql itu (Ibn `Ata Allah, 1997).

e) Khawf

Ibn `Ata Allah mendapati khawf iaitu takut kepada Allah SWT dengan meninggalkan tadbir dan ikhtiyar bagi nafsnya kerana orang yang khawf itu istarih (rehat) kepada tadbir dan ikhtiyar Allah SWT dan berhadapan hatinya kepada Allah SWT (Ibn `Ata Allah, 1997).

f) Raja’

Berdasarkan perbincangan ini telah dinyatakan Ibn `Ata Allah tiadalah sah raja’ seorang itu melainkan meninggalkan ia tadbir dan ikhtiyar bagi nafsnya kerana orang yang raja’ itu penuh hatinya suka dengan rahmat dan nikmat Allah SWT dan waktunya bimbang dengan berhadapan kepada Tuhannya. Ibn `Ata Allah memberi jawapan dengan kaedah menyoal bagaimana boleh

(8)

diterima sah raja’ seorang itu apabila hatinya tadbir dan ikhtiyar dunya yang tidak membawa kepada akhirat(Ibn `Ata Allah, 1997).

g) Rida

Berdasarkan perbincangan ini telah ditekankan Ibn `Ata Allah tidaklah diterima redha seseorang itu melainkan meninggalkan tadbir dan ikhtiyar kerana orang yang rida cukup dengan dahulu tadbir dan ikhtiyar Allah SWT. Oleh yang demikian, ia tidak mentadbir akan sesuatu bersama- samanya Allah SWT apabila redha ia akan tadbir dan ikhtiyar Allah SWT. Dan tidak diterima redha seorang yang penuh hatinya pada tadbir dan ikhtiyar bagi nafsnya (Ibn `Ata Allah, 1997).

h) Tawakkal

Ibn `Ata Allah menekankan tidak diterima tawakkal seorang kecuali meninggalkan tadbir dan ikhtiyarnya kerana orang yang tawakkal menyerah badnnya dan ruhnya kepada Allah SWT dan mengiringi kebergantungannya pada usaha ikut kadar kemampuannya. Oleh yang demikian, ia mentadbir suatu pekerjaannya kerana sudah tawakkal dan menyerahkan dirinya kepada hukum dan qada’ Allah SWT (Ibn `Ata Allah, 1997).

i) Mahabbah

Ibn `Ata Allah berpandangan tidak sah mahabbah seorang itu melainkan meninggalkan tadbir dan ikhtiyar bagi nafsnya kerana orang yang mahabbah itu telah penuh hatinya suka kepada Allah SWT dan meninggalkan ia akan kehendaknya bersama-sama Tuhannya. Oleh yang demikian, bagaimana mungkin boleh diterima mahabbah seorang yang ada tadbir dan ikhtiyar dunya pada hatinya (Ibn `Ata Allah, 1997).

(9)

Rajah 1.1: Diubah suai daripada Maqamat al-Yaqin Ibn `Ata Allah

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan pendekatan sembilan Maqamat al-Yaqin berasaskan pemikiran Ibn `Ata Allah menjelaskan isqat al-tadbir bersama Allah dalam sembilan Maqamat al-Yaqin membawa makna meninggalkan pengurusan yang tercela yang mengikut hawa nafsu dan tipu daya syahwat.

KAITAN MAQAMAT AL-YAQIN DENGAN RESILIENSI

Pengamalan taubat dalam Maqamat al-Yaqin menyeru individu tawbah daripada ma`siyyah, tawbah daripada lalai dan lupa bagus tadbir Allah SWT, kembali kepada Tuhan dengan meninggalkan segala yang Tuhan tidak redha. Pandangan (Zamroni 2010; Ruidahasi et al., 2022) dengan bertaubat permasalahan yang dihadapi terasa lebih ringan dan membawa kepada kedamaian jiwa. Hal ini kerana individu yang tidak tawbah akan dapat azab. Individu akan kembali dan berserah diri kepada Allah memohon ampunan kepada Allah akan bertekad untuk tidak mengulangi kerana individu itu akan menyedari bahwa kejadian yang tidak menyenangkan merupakan ujian dari Allah SWT akibat dari hal yang telah diperbuat individu sendiri. Atas kesedaran tersebut, individu dapat memiliki dorongan untuk bertaubat dan seterusnya dapat meningkatkan resiliensi dengan menghasilkan penyelesaian untuk melepaskan diri daripada keadaan sulit (Zamroni 2010; Ruidahasi et al., 2022).

Kajian daripada Zamroni (2010) menjelaskan resiliensi adalah dengan menghilangkan rasa kecemasan apabila hidup sederhana dan ketika terjadi pelbagai kekurangan. Ini menunjukkan

(10)

pengamalan zuhd dalam Maqamat al-Yaqin meningkatkan resiliensi. Hasil kajian Zamroni (2010) menyatakan semakin tinggi tingkat konsep diri dan zuhud, maka semakin tinggi tingkat motivasi berprestasi individu, begitulah juga sebaliknya semakin rendah tingkat konsep diri dan zuhud, maka semakin rendah motivasi berprestasi individu. Penulis berpandangan apabila tinggi motivasi menunjukkan tinggi resiliensi. Selepas itu, pengamalan sabar dalam Maqamat al-Yaqin juga meningkatkan resiliensi. Kenyataan ini dijelaskan oleh Nurhani (2021) semakin tinggi tingkat kesabaran maka resiliensi yang dimiliki juga akan semakin tinggi dan semakin rendah tingkat kesabaran maka semakin rendah pula resiliensi. Seterusnya, Pengamalan syukur dalam Maqamat al-Yaqin dilihat meningkatkan resiliensi. Kajian lalu telah menunjukkan terdapat hubungan positif antara syukur dengan resiliensi. Semakin tinggi rasa bersyukur dalam diri individu maka semakin tinggi kemampuan resiliensinya, begitu juga semakin semakin rendah rasa bersyukur dalam diri individu, maka semakin rendah kemampuan resiliensi di dalam individu. tinggi resiliensi.

Kenyataan ini disokong oleh (Dony Agus Saputra, 2021; Wisnu Sri Hertinjung, 2022).

Menurut Casmini (2021) hati yang takut (khawf) kepada bahaya yang boleh mengancam dirinya menyebabkan individu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan menghindari bahaya atau mengatasi masalah tersebut. Gumiandari (2022) mengatakan keimanan dan tingkah laku yang baik muncul apabila ada rasa takut dan harapan kepada Allah SWT sehingga meningkatkan resiliensi. Casmini (2021) juga berpandangan perasaan suka dan senang dalam menantikan sesuatu yang diingini memberi motivasi untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan menghindarkan diri dari perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Oleh yang demikian, Pengamalan khawf dan raja dalam Maqamat al-Yaqin meningkatkan resiliensi. Seterusnya, pandangan kedua pengkaji ini iaitu Zahrotul Uyun (2012) dan Ardina Shulhah Putri (2017) melihat semakin tinggi tingkat tawakal maka semakin semakin tinggi resiliensi. Sehubungan itu, Pengamalan tawakkal dalam Maqamat al-Yaqin didapati meninggikan resiliensi.

Pengamalan mahabbah dalam Maqamat al-Yaqin juga dapat meningkatkan resiliensi.

Kenyataan ini disokong oleh Uyun Zahrotul (2012) kerana cinta kepada Tuhan dapat melahirkan segala bentuk perilaku yang positif mempunyai spiritual yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan Resiliensi. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa kesemua Maqamat al- Yaqin ini memberikan kesan positif kepada perkembangan diri individu bagi meningkatkan resiliensi seterusnya dapat memberi kesan positif terhadap tingkah laku yang terhasil. Individu yang mempunyai resiliensi yang lebih tinggi dapat menyesuaikan diri dan melepasi ujian dalam kehidupan. Lahmuddin dan Zulkifli (2004) menyatakan amalan spiritual dapat meningkatkan pengetahuan spiritual dan perubahan pemikiran individu. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian Nor Ezdianie, Zakaria, Abdul Hanid dan Ruhani (2010) mengatakan pengamalan agama membuktikan telah berjaya meningkatkan Resiliensi dengan mempunyai min kesejahteraan spiritual yang tinggi. Menurut Zaheran (2019) antara komponen dalam resiliensi dari perspektif Islam adalah Quwwah (kekuatan) atau yang kukuh, iaitu yang melibatkan kekuatan fizikal dan spiritual. Beliau juga mengatakan individu yang mempunyai resiliensi yang tinggi akan dapat menguasai diri secara positif apabila berhadapan dengan ujian dapat memelihara diri dari melakukan perkara yang merosakkan. Ketahanan fizikal dan spiritual yang seimbang bagi

(11)

melahirkan individu yang cemerlang serta mampu melahirkan individu yang cemerlang bagi menghadapi cabaran ujian dalam kehidupan.

Berdasarkan Maqamat al-Yaqin ini individu dapat membimbing diri dan merancang tindakan untuk masa hadapan dengan pengurusan sifat terpuji dan membina kesihatan mental yang lebih sihat untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Hasil daripada pengamalan Maqamat al-Yaqin dapat meninggikan resiliensi. Peristiwa dalam kehidupan yang berlaku dapat membangunkan potensi individu ke arah yang lebih baik dan positif selaras dengan nilai agama. Dapatan kajian juga mendapati Maqamat al-Yaqin bukan sahaja memberi pengetahuan tetapi juga meningkatkan resiliensi serta penghayatan agama. Daripada kesemua Maqamat al-Yaqin tersebut dapat memberi kekuatan kepada yang mengamalkannya dengan menyuntik kekuatan dan keyakinan diri dalam berhadapan dengan pelbagai situasi. Jelaslah, kajian-kajian telah lalu menyokong dapatan kajian kaitan konsep Maqamat al-Yaqin dengan resiliensi.

Dengan itu, kajian telah menjelaskan Maqamat al-Yaqin dan resiliensi saling mempengaruhi antara satu sama lain serta mempunyai pengaruh terhadap perkembangan dan perlakuan personaliti seseorang. Pendekatan Maqamat al-Yaqin ini dilihat membawa perubahan atau perkembangan diri berdasarkan pemikiran, tingkah laku, perasaan dan seterusnya membuat keputusan. Pendekatan Maqamat al-Yaqin yang bercorak deduktif atau mengutamakan kepada pemikiran meninggal tadbir bersama Allah yang membawa kepada proses pembentukan diri melalui kesedaran untuk membuang sifat dan tingkah laku negatif, yang bertentangan dengan norma masyarakat dan agama yang menyebabkan kecelaruan dan jiwa tidak tenteram. Justeru, Pendekatan Maqamat al-Yaqin membentuk bagaimana seseorang itu berfikir dan membentuk sistem kepercayaan betul seterusnya menghasilkan tindakan positif dan dapat dirawat dengan membetulkan sistem kepercayaan dan melalui agama Islam iaitu pembersihan jiwa. Oleh itu, fahaman mendalam tentang Maqamat al-Yaqin dapat membetulkan sistem kepercayaan salah dan meningkatkan resiliensi bagi mendapat kesejahteraan dan kebahagian dunia dan akhirat. Jesteru itu, Maqamat al-Yaqin adalah sumber kekuatan kepada manusia kerana yakin tadbir Allah SWT dalam semua perkara yang telah berlaku sedang berlaku dan akan berlaku. Ini dapat menghasil redha terhadap Allah SWT dan Allah SWT meredhai serta dapat kemanisan iman. Maqamat al- Yaqin juga sebagai suntikan ke arah meningkatkan resiliensi dan bertujuan untuk pembangunan potensi diri. Pengkaji telah menonjolkan kajian-kajian lalu yang telah menyokong Maqamat al- Yaqin dengan resiliensi bagi mencapai jiwa nafs al-Mutmainnah menjadikan lebih mendekatkan diri dengan maha pencipta.

KESIMPULAN

Ibn `Ata Allah dengan bijak telah menghuraikan konsep Maqamat al-Yaqin berkaitan dengan persoalan qada’ dan qadar Allah serta af`al Allah dan af`al `ibad dan membidas fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah ahlusunnah waljamaah. Persoalan af`al Allah dan af`al `ibad ini juga terdapat pelbagai pandangan pemikiran yang terhasil akibat daripada salah faham terhadap ayat-ayat Allah SWT seperti golongan Jabariah, Muktazilah, dan Qadariah. Melalui metode dan

(12)

gaya dalam menghuraikan Maqamat al-Yaqin, beliau juga dilihat telah berjaya mengalihkan tujuan pembaca daripada pengetahuan semata-mata kepada penghayatan dan bagaimana untuk beradab kepada Allah SWT bagaimana untuk resiliensi di dunia disamping mengurangkan tekanan dalam kehidupan. Berasaskan kepada perbincangan mengenai konsep Maqamat al-Yaqin dapatlah disimpulkan bahawa konsep Maqamat al-Yaqin ini membekalkan pengetahuan kepada manusia bahawa Allah SWT bersifat Esa di dalam pentadbiranNya dan hanya Allah yang memiliki segala sesuatu dan bersifat dengan al-Mulk dan al-Qahhar sepertimana yang sepatutnya diketahui dalam skop konsep ketuhanan. Konsep Maqamat al-Yaqin ini menunjukkan bahawa sebagai hamba perlu untuk menerima penuh keredhaan hukum-hakam dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Hasil daripada penghayatan konsep ini dapat meningkatkan resiliensi dan berjiwa nafs mutma’innah yang mampu mencapai keredhaan terhadap Allah di dunia dan beroleh keredhaan Allah di akhirat. Oleh itu, dalam membentuk peribadi manusia yang positif dan sejahtera, dengan menyandarkan segala sesuatu kepada Allah SWT menimbulkan penghayatan dan kesedaran mendalam terhadap keagungan dan keesaan perbuatan Allah SWT dapat menyelamatkan seseorang daripada sifat tercela dan mendidik hati untuk meninggalkan tadbir yang tercela seperti melawani takdir serta menghiasi jiwa dan peribadinya dengan akhlak terpuji. Konsep Maqamat al-Yaqin sebagai rujukan bagi pengamalan tasawuf kerana ia membahaskan ilmu tasawuf dan kaedah untuk taqarrub kepada Allah dengan meninggalkan tadbir dan ikhtiyar bersama Allah SWT dan meninggalkan nafsu yang terkeji.

RUJUKAN

Amrstrong, Amatullah. (1995). Sufi Terminology (al-Qamus al-Sufi) The Mystical Language of Islam. Kuala Lumpur: A.s. Noordeen.

al-Hifni, `Abd al-Mun`im. Mu`jam Mustalahat al-Sufiyyah. Beirut: Dar al-Musayrah, t.t.

al-Kashani, `Abd al-Razzaq. (1992). Mu`jam Istilahat al-Sufiyyah, Kaherah: Dar al-Sanar.

al-Marbawi, Muhamad Idris Abdul Rauf. (1990). Qamus Idris al-Marbawi `Arabi Malayuwi.

Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Al-Quran Darul Iman, Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd, t.t.

Casmini et al., (2021). Penanaman Khauf dan Raja’ Dalam Pendidikan Karakter Remaja, Syifa al- Qulub: Jurnal Studi Psikoterapi Sufistik 5, 2: 123-131.

DOI: https://doi.org/10.15575/saq.v5i2.8730

Dayif, Shawqi et al., Mu`jam al-Wasit. Cet. Ke-4, Kaherah: Dar al-Shuruq al-Dawliyyah, 2004.

Danner, Victor. (1973). Sufi Aphorisms. Leiden: E.J Brill.

Danner, Mary Ann Koury. (1996). The Key to Salvation & the Lamp of Souls. Cambridge: The Islamic Book Texts Society.

Dony Agus Saputra. (2021). Hubungan antara kebersyukuran dengan resiliensi pada mahasiswa bidikmisi fakultas ekonomika dan bisnis Universitas Diponegoro Semarang. Jurnal Empati, 10 , 06, 404-408.

Farid Mat Zain. (2007). Islam Di Tanah Melayu Melayu Abad Ke – 19. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

(13)

Gumiandari, S. (2022). Islamic Resilience as Spiritual and Psychological Coping Strategies for Muslims during COVID-19 Pandemic. Afkar: Jurnal Akidah &Amp; Pemikiran Islam, 313–348. https://doi.org/10.22452/afkar.sp2022no1.10

H.M Syakirin al Ghozaly. (2010). Ilmu Tasawuf: Sebuah Pengantar. Jawa Tengah: Aswaja Institut Surakarta.

Ibn al-Mulaqqin. Tabaqat al-Awliya’. t.tp: Dar al-Ma`rifah, t.t.

Ibn `Ata’ Allah. (1997). Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Ibn `Ata’ Allah. Taj al-`Arus al-Hawi li Tahdhib al-Nufus. Kaherah: Dar Jawami` al-Kalim, t.t.

Ibn `Ata’ Allah. (1985). Hikam Ibn `Ata’iyyah. Kaherah: Mu`assasah Dar al-Shu`ab.

Ibn `Ata’ Allah et al.. Iqaz al-Humam Fi Sharh al-Hikam. t.tp: Dar al-Fikr, t.t.

Ibn `Ata’ Allah. (1988). al-Hikam al-`Ata’iyyah li Ibn `Ata’ Allah al-Sakandari Sharh Ibn `Abad al-Nafazi al-Rundi. Kaherah: Markaz al-Ahram li al-Tarjamah wa al-Nashr.

Ibn Manzur. (1956). Lisan al-`Arab. Beirut: Dar Sadir.

Kevin M. Powell et al. (2021). Resilience Protective Factors Checklist (Rpfc): Buffering Childhood Adversity And Promoting Positive Outcomes Windle (2011), Psikologis 124(4), Psychological Reports, Vol. 124(4) 1437–1461, DOI:

10.1177/0033294120950288

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Cet. Ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lahmuddin & Zulkifli Mohamed Rasid. (2004). Keberkesanan terapi spiritual bagi peningkatan aspek-aspek personaliti penagih dadah di Panti Insyaf Medan Indonesia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 19, 123-138.

Marion Lecoquierre. (2019). The Maqāmāt As Places Of Popular Practice: Evolution And Diversity. Case Studies From Hebron And Its Region. [Research Report] Eu Funded Project “My Heritage! My Identity!”(Eni/2017/390-692). Ffhal-02184911

Mohd Zaharen Md Zahir, Md Noor Saper & Mohammad Nasir Bistamam. (2019). Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs.

Journal of Research, Policy & Practice of Teachers &Teacher Education (ISSN 2232-

0458/ e-ISSN 2550-1771) Vol. 9, No. 1, 58-69. DOI:

https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol9.no1.6.2019.

Mohd Zaidi Ismail. Good Governance Adab-Oriented Tadbir in Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2011.

Morales-Rodríguez, F.M. (2021).Fear, Stress, Resilience And Coping Strategies During Covid-19

In Spanish University Students. Sustainability,13, 5824.

Https://Doi.Org/10.3390/Su13115824

Nor Ezdianie Omar, Zakaria Mohamad, Abdul Hanid Halit & Ruhani Mat Min. (2010).

Kesejahteraan spiritual di kalangan pelajar IPS. Prosiding Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2010 PERKAMA. Universiti Malaysia Terengganu.

Nurhani, Devi. (2021). Pengaruh Sabar Dan Hardiness Terhadap Resiliensi Korban Body Shaming Pada Siswa Madrasah Aliyah Swasta Kecamatan Bantan. Disertasi. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Romana Babiu, Mario Babiu, Pejana Rastoviu, Marina Uurlin, Josip simiu, Kaja Mandiu & Katica Pavloviu (2020). Resilience In Health And Illness Psychiatria Danubina, 32, 2, 226-232.

(14)

Ruidahasi, T. D., Kartikasari, M., & Nashori, H. F. (2022). Validasi modul terapi zikir istigfar untuk meningkatkan resiliensi dan menurunkan gejala gangguan stres pascatrauma pada orang dewasa. Jurnal Empati, 10(5), 368-379. https://doi.org/10.14710/empati.2021.32940 Reivich, K., & Shatte, A. (2002). The resilience factor: 7 essential skill for overcoming life's

inevitable obstacle. New York: Broadway Books.

Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., (2006). Qamus Besar Arab-Melayu Dewan al-Mu`jam al

`Arabi al-Malayuwi al-Kabir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Werner, E. E. (1995). Resilience in development. Current Directions in Psychological Science, 4(3), 81-. 85.

Wisnu Sri Hertinjung et al. (2022). Hubungan Rasa Syukur dan Resiliensi dengan Kesejahteraan Psikologis Remaja Selama Pandemi. Jurnal Psikologi: ISSN: 2088-0634 Jurnal Ilmiah Fakultas Psikologi Universitas Yudharta Pasuruan,9, 2, DOI:

https://doi.org/10.35891/jip.v9i2 hlm. 159-177

Uyun, Zahrotul. (2012). Resiliensi dalam Pendidikan Karakter, Seminar Nasional Psikologi UMS Aplikasi Psikologi Islami dalam Pendidikan Karakter, 200-208.

`Uthman Shihab al-Din. (1925). Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub. Kaherah: Matba`ah

`Isa al-Babi al-Halabi wa Sharkah.

Danner, Victor. (1999). Mistisisme Ibnu `Ata’illah: Wacana Sufistik Kajian Kitab al-Hikam Surabaya: Risalah Gusti.

Zakaria Stapa. (1996).Tasawuf dan Empat Tokoh Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamroni. (2010). Dinamika interkorelasi antara konsep diri, zuhud, dan motivasi berprestasi santri.

Universitas Tarumanagara Jakarta.

Referensi

Dokumen terkait